CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fynnkakiblock

Suhaimi Saad & Ina Naim Tolak Vaksin, Anak2 Tak Sekolah Kutip Derma? #zuhud

 Close [Copy link]
Post time 7-7-2016 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 page ni tak tenggelam... selagi anak2 suhaimi tak masuk sekolah .. bersekolah mcm org lain... moga ada la wartawan2 hiburan atau bloger mcm BN.. OM... OMM... dapat viralkan kesah ni... kalau ceta laki anzalna sakit perut lah.... mira filzah serah kan urusan persiapan raya pada ibu lah... kalut korang nak tulih masuk paper bagai.... kesah realiti ni yg perlukan perhatian pihak berwajib ni tak mau tulih plak...???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2016 11:12 PM | Show all posts
brainbiru replied at 7-7-2016 08:51 PM
Harap2 page ni tak tenggelam... selagi anak2 suhaimi tak masuk sekolah .. bersekolah mcm org lain... ...

Nak kena ada tajuk meletop br reputs amik tau.lagipun ni ntah sapa2 kan. Bukan suam suam kuku. Basi da ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kaogi replied at 7-7-2016 01:13 PM
Makan ati kot....

makan laksa dgn mee kari hari2..
nasi kerabu kongsi lima orang...
mau x maintain berat dia 39kg..
hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2016 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 7-7-2016 11:12 PM
Nak kena ada tajuk meletop br reputs amik tau.lagipun ni ntah sapa2 kan. Bukan suam suam kuku. Bas ...

Betoi gak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 01:00 AM | Show all posts
kalau x silap aku, suhaimi ni belajo uia pun kena buang..

kalau x silap la, sbb dulu masa aku kat uia mmg ada dgr2 budak in-team course BAR (bachelor of arabic) kena dismissed
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
BBNU sgt perangai si Suhaimi ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2016 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 8-7-2016 01:00 AM
kalau x silap aku, suhaimi ni belajo uia pun kena buang..

kalau x silap la, sbb dulu masa aku ka ...

X pasti... tp berdasarkan komen ni maybe kot

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 7-7-2016 01:46 PM
see..ekin x la seburuk yg korg kutuk dulu..aman2 adja membina keluarga bahagia dgn mawi skrg

Akak sendri pun tak sangka sebegitu sundal Ekin dulu sekarang ini mampu jadi wife yang baik dan sopan uol.

Sama dengan Memey, Camelia, Fasha - ni semua stok2 birah sangat dulu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2016 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by brainbiru at 8-7-2016 01:48 AM

SO.... SURAT TERBUKA TU DIA DAH JAWAB BELUM?

SURAT TERBUKA KEPADA SUHAIMI SAAD DAN MENYANGGAH KEKELIRUAN BELIAU TENTANG VAKSIN


Saya sempat membaca beberapa posting saudara Suhaimi Saad tentang vaksin di facebook beliau.

Ini beberapa kekeliruan beliau dan penjelasan daripada kami.

1) Isu vaksin halal.

Majlis Fatwa Kebangsaan sudah beberapa kali mengadakan muzakarah sejak tahun 1988 berkenaan hukum penggunaan vaksin. Setakat saat yang ditulis ini, semua vaksin adalah harus kecuali vaksin Biothrax, Rotateq dan Meningocoocal Meningitis Monumune.

Untuk pengetahuan, ketiga-tiga vaksin ini tidak termasuk dalam program imunisasi nasional yang diwajibkan kepada kanak-kanak Malaysia.

Jadi, tidak ada isu halal atau tidak bagi ibu bapa yang membiarkan anak mereka divaksin mengikut jadual program imunisasi nasional.

2) Pemahaman tentang sunnah nabi dalam konsep berubat.

Beliau mengaku tidak mengambil vaksin untuk anak-anak dan hanya mengamalkan penyusuan ibu, kurma, habbatus sauda’, madu dan air yang dibacakan ayat Al-Quran untuk perawatan keluarganya.

Saya ingin bertanya kembali kepada saudara Suhaimi, jika benar itulah konsep rawatan yang Islam mahukan daripada umatnya, kenapakah muncul ramai tokoh-tokoh perubatan Muslim di zaman kegemilangan tamadun Islam yang telah mencipta pelbagai kaedah rawatan dan inovasi perubatan yang seterusnya dimanfaatkan oleh seluruh dunia?

Tokoh-tokoh seperti Az-Zahrawi, Ibn Sina, Ibn Nafis, Ar-Razi tidakkah mereka mengambil semangat daripada roh Islam yang menyeru untuk kita mengembangkan tamadun dan bukan menguncupkannya kembali? Kenapa mereka tidak guna kurma, habbatussauda’, madu dan air jampi sahaja untuk merawat?

Kita tidak menafikan kebaikan makanan sunnah, tapi menafikan manfaat perubatan moden yang Allah telah beri nikmat kepada kita hari ini, tidakkah itu kufur nikmat namanya?

Saya pasti saudara Suhaimi telah membaca kisah wabak taun di zaman Saidina Umar r.a. Bukankah peristiwa itu masyhur di mana Saidina Umar r.a. mahu berjumpa dengan Abu Ubaidah r.a. di Syam namun oleh kerana sedang menularnya wabak taun di Syam, Saidina Umar memutuskan untuk bertemu Abu Ubaidah di luar Syam. Lalu Abu Ubaidah bertanya, adakah beliau mahu lari dari takdir Allah? Lalu Saidina Umar menjawab, aku lari dari takdir Allah kepada takdir Allah yang lain.

Nah, sahabat Nabi pun mengamalkan kaedah pencegahan penyakit. Kenapa mereka tidak tawakkal saja masuk ke Syam dan makan habbatussauda’, madu dan air jampi? Sebab Islam tak sempitkan konsep berubat. Siapa yang lebih faham tentang sunnah Nabi? Sahabat Nabi SAW atau anda wahai Suhaimi?

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi juga pernah menyebut rahsia umat Islam dulu berkembang adalah kerana konsep yang mereka amalkan iaitu “Mendirikan agama berdasarkan ikutan, mendirikan dunia berdasarkan ciptaan”. Maksudnya, dalam bab aqidah dan ibadat, kita tak boleh mereka-reka, tetapi mestilah mengikut secara sepertimana ianya diperintahkan. Solat 5 waktu tak boleh direka menjadi 6 waktu atas alasan mahu lebih taat. Tetapi berbeza dengan hal urusan dunia, Islam memberikan kebebasan kepada manusia untuk mencipta reka untuk kebaikan tamadun manusia. Tidak terikat kepada situasi pada zaman Nabi SAW sahaja.

Bukankah antara tugas kita sebagai khalifah adalah untuk memakmurkan dunia? Di manakah kemakmuran jika kanak-kanak mati dan sakit di sana-sini?

3) Islam memberikan hak kepada yang pakar

Perlu diketahui tidaklah semua yang dikatakan oleh Nabi SAW itu wajib diikuti 100%. Islam memberikan hak kepada yang pakar untuk membuat keputusan dalam bidangnya. Ini seperti yang direkodkan dalam satu hadis riwayat Muslim di mana Nabi SAW mencadangkan kepada beberapa sahabat tentang tanaman kurma, dan akhirnya tanaman kurma itu tidak menjadi dan para sahabat mengadu kepada Nabi SAW, maka jawapan baginda ialah “Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu.”

Dalam hal ini, urusan perubatan imunologi ada pakar dan autoritinya dan saranan mereka terbukti dengan kajian, maka kenapa kita masih berdegil walaupun bukti sudah ada di depan mata?

Kematian kanak-kanak di Malaysia sudah berkurang sebanyak 85% sejak 1970. Dunia pula telah berjaya menghapuskan penyakit smallpox dan hampir berjaya menghilangkan penyakit polio dari muka bumi, hasil dari vaksinisasi.

4) Kenapa kami marah kalau ada ibu bapa yang tak mahu vaksinkan anak-anak?

Kerana di kalangan anak-anak kecil, ada yang tidak boleh menerima vaksin atas sebab perubatan, contohnya kanak-kanak yang belum cukup usia matang untuk menerima vaksin dan juga kanak-kanak yang mengalami sistem pertahanan badan yang lemah, contohnya kanak-kanak yang menghidap kanser.

Jadi mereka ini dilindungi daripada penyakit berjangkit hanya bila orang sekeliling mereka tidak membawa penyakit tersebut. Jika mereka terdedah dengan kanak-kanak yang membawa penyakit tersebut, maka mereka berisiko mendapat penyakit tersebut. Inilah yang dipanggil herd immunity. Ini tanggungjawab kita bersama. Bukan anak aku sukahati aku, itu pentingkan diri namanya.

Semoga bermanfaat’

Sumber: Rakan Medik
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by brainbiru at 8-7-2016 01:51 AM

Calling for @suhaimiinanaim @suhaiminanaim
@suhaimiinanaim
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 02:06 AM | Show all posts
brainbiru replied at 8-7-2016 01:33 AM
X pasti... tp berdasarkan komen ni maybe kot

haa kan kan.. aku walaupun study yu-ai-yay (uia) mmg sezaman dgn geng2 in-team ni, tp aku xpenah kenal sorg pun nama2 diorg.. sbb aku xminat nasyid, aku geng2 metalhead je wakakaka.. ada sorg tu bawak kenari biru, ada sticker in-team kat cermin belakang, pernah duduk satu blok dgn aku kat mahallah ali

tp masa dgr2 cerita budak in-team kena buang, mmg aku ingat orgnya gelap2 skit.. tu pun sbb member aku tunjuk muka dia kat banner konsert ke ape ntah.. yg komfem, dia course bachelor of arabic.. suhaimi ni dlm artikel mane ntah mengaku "graduan" uia, ceh, pdhal kena dismissed

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Speechless dengan kebodohan suhaimi. taknak komen pape pasal anti vaksin tu, as expected dari manusia akal sempit. Tapi bab taknak hantar anak gi sekolah tuu aku takleh terima! Ko dah bodoh, ko nak biarkan anak ko bodoh jugak ke?! Hancur masa depan bebudak tu dapat bapak camni erghhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kengkadang aku rasa mamat ni macam ikut ajaran sesat
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 8-7-2016 01:38 AM
Akak sendri pun tak sangka sebegitu sundal Ekin dulu sekarang ini mampu jadi wife yang baik dan so ...

Termasuk eina azman #akaktambahlist
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 09:06 AM | Show all posts
raxief replied at 8-7-2016 02:06 AM
haa kan kan.. aku walaupun study yu-ai-yay (uia) mmg sezaman dgn geng2 in-team ni, tp aku xpenah k ...

kenapa dia kena dismissed?masalah disiplin?or fail exam?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 09:48 AM | Show all posts
tunaluna replied at 8-7-2016 09:06 AM
kenapa dia kena dismissed?masalah disiplin?or fail exam?

Tak datang kelas. Exam failed. Dia amik jurusan bahasa arab. Pun malas pg kelas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2016 10:23 AM | Show all posts
nuryakmal replied at 8-7-2016 09:48 AM
Tak datang kelas. Exam failed. Dia amik jurusan bahasa arab. Pun malas pg kelas

thank you.pemalas sejak azali ye suhaimi ni.
kesian anak2 tak dapat pendidikan sebab bapak pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 10:31 AM | Show all posts
brainbiru replied at 8-7-2016 01:44 AM
SO.... SURAT TERBUKA TU DIA DAH JAWAB BELUM?

SURAT TERBUKA KEPADA SUHAIMI SAAD DAN MENYANGGAH KEK ...

“Mendirikan agama berdasarkan ikutan, mendirikan dunia berdasarkan ciptaan..




BETUL la cakap lu bro...


tak sangka otak blue cm ko terer...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
naperla xhntr ank dekat sekolah...sian betul ank2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
OT sikit, apa jadi dgn bisnes Agendi Mencari Jodoh Mosus ?

By the way, apa maksud Mosus?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54461 Replies : 6
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 283257 Replies : 8355
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 12713 Replies : 15
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 42067 Replies : 151
KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
maklukpenggodaKL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
Views : 16343 Replies : 61
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika dikecam hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 29608 Replies : 53
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27445 Replies : 87
All about Ben Amir : Benomena Vol3
NekNgahAll about Ben Amir : Benomena Vol3
Views : 119648 Replies : 1556
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50290 Replies : 178

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.416738 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list