kat mana area KL yg rate harga main boling terendah?
mieraedoera Post at 24-6-2010 16:45
rendah2 pun dalam RM5 ke atas utk. 1 game
kalau area serdang - mines & south city plaze ... murah sikit
hari biasa boleh dapat 4 game RM10
warta bangi - dalam RM3.00/game
hujung minggu harga lain....
Tip satu: Berdiri di titik (ada titik kat board kita berdiri tu) yang betul (bergantung kepada cara baling) , baling bola pada arrow yang betul.(bergatung kepada cara baling dan bola).
cth: kalau baling straight right handed.
a) Berdiri kaki kiri di titik kedua (titik kira dari kiri),
b) Semasa membaling kaki kiri mesti ke depan dan digelosorkan pada titik kedua juga berhampiran board lorong.
c) Bola mesti dilepaskan melalui arrow tengah menghala pin 1-2/1-3.
d) Cara pegang bola; bola diampu di atas tapak tangan dengan ibu cari menunjukan jam 12 semasa melepaskan bola.
e) Tangan mesti dihayun lurus naik sehingga paras bahu ketika membaling.
Balingan Spare:
a) jika ada pin 1 baling seperti balingan pertama.
b) jika pin 6@9@10 berdiri kaki kiri di titik paling kiri, bola melalui arrow tengah, tangan hayun hala arah pin.
c) jika pin 4@5@7 bediri kaki kiri di titik 3 dari kanan, bola melalui arrow tengah, tangan
hayun hala arah pin.
p/s: guna arrow tengah , kedudukan anda berdiri saja perlu diubah mengikut pin.
sesiapa yg main di metro point kajang (ASB Kajang) boleh saya demokan.
kalau perlukan personal coach saya ada contactnya.
a) Tidak terlalu tunduk kerana mempengaruhi arah pergerakan bola.
b) Dada hendaklah selari dengan garisan board lorong (jangan senget ke kiri/kanan).
c) Hujung kaki yang digunakan untuk mengelongsor perlu tepat pada titik seperti titik ketika berdiri ( cth titik 2 gelosor ke titik 2) dan bersudut tepat dengan garisan board lorong. Jika tidak bersudut tepat maka anda mungkin memberi tekanan kepada bahagian lutut dan dalam jangka masa panjang lutut akan cedera.
d) Tidak perlu tengok pin (pin takkan bergerak) sebaliknya fokus kepada arrow yang mahu dibaling/campak/golek melaluinya.
e) Jika lorong kering anda perlu menambah kelajuan balingan berbanding lorong yang lebih berminyak.
f) Biasakan hayunan tangan naik ke paras bahu atau setinggi yang boleh, selalunya pemain baru tidak menghayun sekadar melepakan bola di paras lutut. Cara ini untuk mempastikan hayunan lurus berlaku dan bukan menghayun ke kiri/kanan lorong.
G) Gunakan bola yang paling berat yg mampu anda baling untuk impak maksima.

Cara berdiri kaki kiri dititik dua, kaki kanan di rapatkan.
mengelonsor ke titik dua dekat board lorong
d) Tidak perlu tengok pin (pin takkan bergerak) sebaliknya fokus kepada arrow yang mahu dibaling/campak/golek melaluinya.
Baling melalui arrow tengah
e) Jika lorong kering anda perlu menambah kelajuan balingan berbanding lorong yang lebih berminyak.
f) Biasakan hayunan tangan naik ke paras bahu atau setinggi yang boleh, selalunya pemain baru tidak menghayun sekadar melepakan bola di paras lutut. Cara ini untuk mempastikan hayunan lurus berlaku dan bukan menghayun ke kiri/kanan lorong.
G) Gunakan bola yang paling berat yg mampu anda baling untuk impak maksima.
Tip 3: Balingan Hook
Cara saya main (right handed), bola storm invasion 2010/14lbs.
1. Berdiri kaki kiri di titik kedua (kira dari kiri board)
, melangkah ke depan dan mengelongsor dengan kaki kiri ke titik dua berhampiran board lorong.
2. Memegang bola dengan ibu jari menghala jam 10 ,
menghayun bola ke belakang ketika mengelongsor dan melepaskan bola melalui arrow 3 (kira dari kanan)
, target pin 1-3. Jika poket tepat kita dapat strike "garing".
Spare:
Pin 9/10- berdiri kaki kiri di titik 1 (kira dari kiri), baling melalui arrow tiga, tangan hala pin 9/10.
pin 4/7- berdiri kaki kiri di titik 2 (kira dari kanan), baling melalui arrow dua (kira dari kanan) tangan hala pin 4/7.
1. Jika bola cepat bergerak ke kiri merentasi board, ini bermakna keadaan lane agak kering. Anda dinasihati menolak bolak lebih jauh ke depan dan menambah kelajuan.
2. Jika bola lambat masuk dan bergerak hampir lurus, ini bermakna lane agak banyak minyak. Anda dinasihati mencangkut jari tengah dan jari manis dengan lebih kemas naik ke atas sehingga para bahu agar lencongan masuk bola menepati sasaran pin 1-3 (dengan syarat kedudukan berdiri dan balingan melalui arrow yang betul dan tepat).