CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 20-1-2022 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 19-1-2022 08:31 PM
Last buat banner zaman sekolah dulu kaka. Sekarang ni kalau suruh buat memang skill pun kelaut
...

Bod yg baharu je

Kes semlm....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2022 06:34 AM
Bod yg baharu je

Kes semlm....

Kes sembuh pun tinggi. Syukur sangat. Ada sinar harapan di hujung jalan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:09 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 20-1-2022 06:46 AM
Kes sembuh pun tinggi. Syukur sangat. Ada sinar harapan di hujung jalan

Moga kembali ke satu digit semula kes kematian...Kes baharu ke dua angka dan satu digit sudahnya...terus lenyap

Tadi sarap roti canai telur...sarap pe tu?


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:36 AM | Show all posts
COVID-19: Kes varian Omicron di UK mula 'berundur'Astro Awani
Januari 20, 2022 07:46 MYT





Ketika ini, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat awam dan sekolah di England. - Foto fail/AP


LONDON: Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid pada Rabu berkata kes varian Omicron di UK 'mula berkurangan' selepas kerajaan bertindak menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19 di England.

Memetik data Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS), Javid berkata langkah Pelan B yang dilaksanakan sejak Disember itu telah memberi masa untuk mengubah gelombang peningkatan jangkitan.Bagaimanapun, Javid berkata penarikan balik sekatan menunjukkan satu "pencapaian penting", tetapi kewaspadaan tambahan perlu dikekalkan bagi mengelakkan keadaan buruk berlaku.




"Rancangan kami adalah untuk menggunakan masa yang diberikan dalam Pelan B, bagi mendapatkan kuasa tambahan dalam perjuangan menentang Omicron.
"Pelan ini telah berjaya dan data menunjukkan bahawa Omicron sedang 'berundur'. Data ONS menunjukkan penurunan dalam jangkitan, termasuk dalam kumpulan umur yang lebih tua.

"Kemasukan ke hospital juga telah berkurangan sejak minggu lalu. Dan bilangan pesakit COVID, di katil rawatan rapi kini berada pada tahap yang sama seperti pada Julai," katanya.

Ketika ini, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat awam dan sekolah di England.

Manakala pasport COVID-19 tidak menjadi kewajipan bagi menghadiri acara besar.

Angka rasmi menunjukkan bahawa jangkitan COVID-19 telah menurun di kebanyakan bahagian di UK buat kali pertama sejak awal Disember, dengan 94,432 kes positif baharu direkodkan pada Selasa.

Walaupun hospital di utara England masih tertekan kerana beban kes yang tinggi, Perdana Menteri Boris Johnson berkata kemasukan hospital dan pesakit di unit rawatan rapi di tempat lain di England semakin stabil atau menurun.

Kerajaan juga akan menghentikan galakkan bekerja dari rumah mulai Khamis depan.

Scotland dan Wales, yang menetapkan peraturan kesihatan awam mereka sendiri, juga telah mengumumkan kelonggaran sekatan yang sama.

Britain mempunyai angka kematian kedua terburuk akibat pandemik di Eropah selepas Rusia, dengan lebih 153,000 kematian berkaitan COVID-19 telah disahkan.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:00 PM | Show all posts


KOTA KINABALU : Penularan kes jangkitan COVID-19 di sekolah yang terlibat dengan kluster di Sabah baru-baru ini tidak akan ditutup kerana jumlah kes kini masih terkawal.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana jumlah kes bagi kluster membabitkan institusi pendidikan hanya terhad dalam kalangan pelajar yang tinggal dalam penginapan asrama.

“Sekarang ini kita lihat sejauh mana perebakan virus itu berlaku.  Jika kita lihat di Ranau, jumlah yang dijangkiti tidak begitu ramai kerana ianya terhad dalam satu bilik penginapan asrama.

“Justeru itu, kita mengambil pendekatan sebolehnya kita mengelak berlakunya penutupan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan pelancaran Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2022 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Masidi yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cara pengurusan COVID-19 kini telah berbeza dan berlainan berbanding sebelum ini.

Katanya, pelaksanaan ‘lockdown’ dan ‘total lockdown’ sebelum ini tepaksa dilaksanakan bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 disebabkan belum adanya pemberian vaksin.

“Tetapi sekarang kita sudah ada vaksin dan seperti mana saya jelaskan baru-baru ini, vaksin ini mampu mengurangkan gejala kepada mereka yang dijangkiti.  Jadi pendekatan kita adalah untuk pastikan semua orang mendapat vaksin.

“Daripada apa yang kita pelajari dan bagi mengurangkan kes jangkitan akibat penularan jangkitan, adalah lebih baik semua untuk mematuhi prosedur standard operasi (SOP)  dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan majoriti pesakit baharu adalah mereka yang telah menerima vaksin lengkap.

“Tetapi pada masa sama, statistik menunjukkan hampir semua yang dijangkiti itu hanya berada dalam kategori satu dan dua iaitu tiada gejala atau gejala ringan dan tidak perlukan rawatan hospital.

“Pengajaran kita terima daripada statistik setiap hari, alangkah baiknya semua orang patuhi SOP dengan baik, bukan sahaja mengurangkan jangkitan tetapi mengurangkan jumlah mereka yang dalam kategori lebih serius,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2022 08:09 AM
Moga kembali ke satu digit semula kes kematian...Kes baharu ke dua angka dan satu digit sudahnya.. ...

Tadi breakfast cornflakes dengan susu je. Kalut sangat tak sempat nak masak. Konsepnya asal kenyang
Lunch pun dah tak tau nak makan apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 01:29 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 20-1-2022 12:05 PM
Tadi breakfast cornflakes dengan susu je. Kalut sangat tak sempat nak masak. Konsepnya asal kenyan ...

Ni tunggu beli ABC special



SEKTOR pelancongan dunia dijangka pulih sepenuhnya menjelang tahun 2024. - Shuttershock

Pelancongan dunia jangka pulih tahun 2024

MADRID, Sepanyol – Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) memberitahu jadual pelancongan dunia dijangka tidak akan kembali seperti sebelum ketibaan panemik Covid-19 sehingga tahun 2024.

Sebahagian besar situasi itu dipengaruhi oleh penularan varian Omicron yang dianggap bergejala ringan namun mengganggu fasa pemulihan awal 2022.

Menurut Barometer Pelancongan Dunia kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di Madrid,berlaku pertumbuhan sebanyak empat peratus pada tahun lalu berbanding 2020

Hasil pelancongan pada 2020 turun sehingga 72 peratus berbanding tahun sebelumnya selepas pintu sempadan dunia akibat Covid-19.

“Kadar pemulihan kekal perlahan dan tidak sekata di seluruh wilayah dunia disebabkan oleh pelbagai peringkat sekatan mobiliti, kadar vaksinasi dan keyakinan pengembara,” kata UNWTO dalam satu kenyataan akhbar.

Negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan ketibaan pelancong asing masing-masing melonjak sebanyak 19 peratus dan 17 peratus pada tahun lepas berbanding 2020.

Bagaimanapun, situasi di Timur Tengah menunjukkan ketibaan merosot sebanyak 24 peratus pada 2021 manakala di rantau Asia-Pasifik merudum 65 peratus di bawah paras 2020 dan 94 peratus turun pada tahap pra-pandemi.

Tambah kenyataan itu, pakar sektor pelancongan melihat prospek yang lebih baik untuk tahun ini selepas pergolakan pada bulan-bulan awal kerana gelombang Omicron.

UNWTO meramalkan peningkatan 30 hingga 78 peratus dalam ketibaan antarabangsa tahun ini berbanding 2021.

Kebanyakan pakar mengatakan mereka tidak meletakkan harapan bahawa situasi akan kembali ke tahap pra-pandemik sehingga sekurang-kurangnya 2024. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... a-pulih-tahun-2024/
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2022 01:29 PM
Ni tunggu beli ABC special



Cepatlah pulih keadaan. Nak travel sana-sini. Sekarang ni nak travel banyak benar processnya huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 02:00 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 20-1-2022 12:36 PM
Cepatlah pulih keadaan. Nak travel sana-sini. Sekarang ni nak travel banyak benar processnya huhu

Mujo dah puas gak round the world...ikut male cousin & wife...bff...staff...kolig...siblings...tak sangka sekarang ada pandemik...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 20-1-2022 12:36 PM
Cepatlah pulih keadaan. Nak travel sana-sini. Sekarang ni nak travel banyak benar processnya huhu

Hari ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 03:54 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 20-1-2022 12:36 PM
Cepatlah pulih keadaan. Nak travel sana-sini. Sekarang ni nak travel banyak benar processnya huhu

Wah...

Jangkitan berkurangan, England longgarkan sekatan COVID-19
Januari 20, 2022 @ 12:28pm

LONDON: United Kingdom (UK) mengumumkan sekatan yang dikenakan di England bulan lalu dalam usaha melawan penularan COVID-19 varian Omicron akan ditarik balik.

Panduan orang ramai untuk bekerja dari rumah turut ditarik balik serta-merta manakala mulai pertengahan minggu depan, tidak perlu lagi memakai pelitup muka dalam mana-mana keadaan atau menggunakan pas COVID untuk memasuki tempat seperti kelab malam.

Kerajaan Scotland, Wales dan Ireland Utara sebelum ini mengenakan sekatan ketat dengan mengharamkan perhimpunan besar ketika acara sukan.

Di Britain, kes jangkitan harian COVID-19 mencatat rekod purata 200,000 kes sehari pada awal Januari.

   
Peningkatan itu menyebabkan beban Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) bertambah walaupun jangkitan harian kini berada pada purata 153,000 kes sehari.

Perdana Menteri, Boris Johnson, menyatakan kempen dos penggalak yang luar biasa kejayaannya di negara itu memungkinkan perubahan berlaku.

Katanya, lebih daripada 36 juta suntikan dos penggalak diberikan dengan lebih 90 peratus individu berusia lebih 60-an kini diberi dos ketiga manakala kadar kes rekod berkurangan sejak beberapa minggu.

"Saintis kami percaya kemungkinan gelombang Omicron kini sudah memuncak pada peringkat nasional, namun wabak belum berakhir.

"Saya menggalakkan semua orang di seluruh negara untuk meneruskan langkah berjaga-jaga," katanya.

Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid, berkata langkah-langkah yang diumumkan adalah satu perkembangan penting.

"Tetapi ia bukan penghujung jalan dan kita tidak sepatutnya melihat ini sebagai garisan penamat.

"Kerajaan akan menetapkan rancangan jangka panjang untuk hidup dengan coronavirus dalam masa beberapa bulan lagi," katanya.

Antaranya termasuk menamatkan pengasingan diri mandatori bagi mereka yang diuji positif untuk COVID-19.

"Adalah munasabah untuk berfikir sama seperti kita hidup dengan selesema sebagai contoh, kita tidak memerlukan orang untuk mengasingkan diri tetapi perlu lebih berhati-hati," katanya. - AFP


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 04:02 PM | Show all posts
Isu RFID: PM mahu pengguna lebuh raya perlu diberi opsyen

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... erlu-diberi-opsyen/

Oleh AMREE AHMAD
19 Januari 2022, 11:30 pm


Ramai pengguna kenderaan dikatakan masih belum bersedia dengan RFID. –FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA – Pengguna  Lebuh Raya Utara-Selatan perlu diberikan pilihan dan tidak dipaksa untuk menerima sistem bayaran tol secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID)
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sambil menambah, jika ia perlu dikenakan kos bayaran tertentu, isu itu wajar dibawa kepada rujukan Kabinet.

“Saya sudah mengarahkan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) untuk panggil syarikat pemegang konsesi (PLUS Expressway Berhad) untuk bincang dulu pelaksanaan sistem ini.

“Malah, mesyuarat mingguan jemaah Kabinet bersetuju supaya kalau ada melibatkan bayaran tertentu oleh pengguna, mereka (syarikat konsesi) kena rujuk kepada Kabinet,” katanya selepas menghadiri Program Eksklusif Bersama Perdana Menteri dan melancarkan Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di sini malam ini.

Isu RFID menarik perhatian ramai apabila dilaksanakan PLUS bermula 15 Januari lalu yang meliputi kenderaan kelas 1 bermula dari Plaza Tol Juru di Pulau Pinang hingga Skudai, Johor.

Sebelum itu, projek perintis tersebut sudah dilaksanakan secara ujian melibatkan Plaza Tol Hutan Kampung di utara Kedah sehingga Sungai Dua, Pulau Pinang pada awal tahun 2020 lalu. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2022 02:57 PM
Hari ni...

Naik ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2022 04:02 PM
Isu RFID: PM mahu pengguna lebuh raya perlu diberi opsyen

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... erlu ...

Betul jugak tu. Perlu diberi option. If nak transition pun buatlah berperingkat. Tapi iols malas sebenarnya kalau kena pakai RFID tu huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2022 03:54 PM
Wah...

Jangkitan berkurangan, England longgarkan sekatan COVID-19

Tak ingat negara mana. Entah dah berapa wave theyols chill2 je
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 20-1-2022 08:14 PM



Kes baharu COVID-19 Selangor 19.1.2022 – 776 kes (747 komuniti, 2 Penjara, 27 Import A)
???? GOMBAK 63
Batu 30
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 24
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Bagan 2) 3
Saringan Pekerja 1
Saringan SARI 1
Hulu Kelang 22
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 17
Kuang 3
Saringan Kontak Rapat 3
Rawang 5
Saringan Kontak Rapat 5
Setapak 3
Saringan Kontak Rapat 3
???? HULU LANGAT 139
Ampang 36
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 26
Saringan Pekerja 2
Saringan Pre-admission 1
Beranang 1
Saringan Bergejala 1
Cheras 16
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 14
Saringan Pekerja 1
Hulu Langat 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1
Kajang 60
Saringan Bergejala 14
Saringan Kendiri 2
Saringan Kontak Rapat 39
Saringan Pekerja 4
Saringan Pre-admission 1
Semenyih 15
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 10
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Jalan City A) 1
Import 7
Import A (Arab Saudi) 2
Import A (Bangladesh) 1
Import A (Canada) 1
Import A (Turki) 2
Import A (Vietnam) 1
Penjara 2
Saringan OKT 2
???? HULU SELANGOR 74
Ampang Pechah 65
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Hamzah Ampang Pechah) 63
Serendah 9
Saringan Kontak Rapat 9
???? KLANG 91
Kapar 15
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan Pekerja 1
Saringan Postmortem 1
Klang 73
Saringan Bergejala 27
Saringan Kontak Rapat 32
Saringan Pekerja 14
Import 3
Import A (India) 1
Import A (Indonesia) 1
Import A (Pakistan) 1
???? KUALA LANGAT 64
Batu 2
Saringan Kontak Rapat 2
Jugra 7
Saringan Kendiri 4
Saringan Kontak Rapat 3
Morib 6
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 4
Tanjung 12 (1) 14
Saringan Bergejala 8
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 5
Tanjung 12 (2) 25
Saringan Bergejala 14
Saringan Kontak Rapat 9
Saringan Pekerja 2
Telok Panglima Garang 8
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 3
Saringan Pekerja 1
Saringan SARI 1
Import 2
Import A (India) 1
Import A (Kenya) 1
???? KUALA SELANGOR 34
Bestari Jaya 1
Saringan Kontak Rapat 1
Ijok 16
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 9
Jeram 4
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 2
Kuala Selangor 5
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 3
Tanjung Karang 7
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak Rapat 1
Import 1
Import A (Arab Saudi) 1
???? PETALING 223
Bukit Raja 28
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 20
Damansara 66
Saringan Bergejala 17
Saringan Kontak Rapat 42
Saringan Pekerja 7
Petaling 71
Saringan Bergejala 23
Saringan Kontak Rapat 46
Saringan Pekerja 1
Saringan SARI 1
Sungai Buloh 44
Saringan Bergejala 16
Saringan Kontak Rapat 26
Saringan Pekerja 2
Import 14
Import A (Albania) 1
Import A (England) 1
Import A (India) 3
Import A (Jerman) 1
Import A (Mesir) 2
Import A (Qatar) 1
Import A (Turki) 5
???? SABAK BERNAM 30
Bagan Nakhoda Omar 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Bedena 2/6) 1
Panchang Bedena 5
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Bedena 2/6) 1
Pasir Panjang 4
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 1
Sabak 9
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Bagan 2) 6
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Bedena 2/6) 1
Sungai Panjang 10
Saringan Bergejala (Kluster Jalan Sepintas Bagan Terap) 9
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Bedena 2/6) 1
???? SEPANG 58
Dengkil 26
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 14
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan City A) 2
Saringan Kontak Rapat (Kluster Persiaran Universiti) 6
Saringan Pekerja 1
Labu 20
Saringan Kontak Rapat 20
Sepang 12
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 8
~ CPRC JKN Selangor


KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH (19/1/2022)
BALING - 5
PULAI 4
TELOI KANAN 1
BANDAR BAHARU - 1
SUNGAI KECHIL ILIR 1
KOTA SETAR - 30
ANAK BUKIT 1
DERANG 1
DERGA 3
GAJAH MATI 1
GUNONG 4
KANGKONG 2
KOTA SETAR 2
LANGGAR 1
MERGONG 1
PADANG HANG 2
PENGKALAN KUNDOR 4
SALA KECHIK 1
TEBENGAU 1
TELAGA MAS 2
TELOK CHENGAI 3
TITI GAJAH 1
KUALA MUDA - 35
GURUN 4
PEKULA 3
PINANG TUNGGAL 7
SIDAM KIRI 6
SUNGAI PASIR 4
SUNGAI PETANI 10
TELOI KIRI 1
KUBANG PASU - 69
BINJAL 1
BUKIT TINGGI 1
GELONG 2
JITRA 5
KEPELU 8
MALAU 1
NAGA 15
PERING 1
SUNGAI LAKA 11
TEMIN 24
KULIM - 62
JUNJONG 4
KARANGAN 3
KULIM 24
LUNAS 2
MAHANG 1
NAGA LILIT 1
PADANG CINA 20
SIDAM KANAN 1
SUNGAI SELUANG 6
LANGKAWI - 3
KUAH 1
PADANG MATSIRAT 1
ULU MELAKA 1
PADANG TERAP - 18
BELIMBING KANAN 3
PADANG TEMAK 4
PADANG TERAP KANAN 1
PADANG TERAP KIRI 2
TEKAI KANAN 2
TEKAI KIRI 6
PENDANG - 11
AYER PUTEH 3
PADANG PUSING 2
TOBIAR 6
SIK - 10
JENERI 4
SIK 3
SOK 2
TELOI 1
YAN - 15
SALA BESAR 2
SUNGAI DAUN 12
YAN 1
JUMLAH KES - 259




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 20-1-2022 08:15 PM

Sidang Media YBMK 20 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)
BY DG OF HEALTH ON JANUARY 20, 2022
PROGRAM VAKSINASI KANAK- KANAK BERUMUR 5-11 TAHUN

Sejak bermulanya pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memantau status jangkitan COVID-19 terutama di dalam populasi remaja dan kanak-kanak.
Bagi tempoh 25 Januari 2020 hingga 19 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 melibatkan individu berumur kurang daripada 18 tahun adalah sebanyak 579,624 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 269,773 kes melibatkan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.
Walaupun kebiasaannya kanak-kanak hanya mengalami gejala ringan, terdapat juga sebilangan kanak-kanak yang mengalami gejala teruk serta memerlukan rawatan di hospital termasuk di unit rawatan rapi (ICU).
Secara keseluruhannya, sebanyak 144 kematian telah direkodkan akibat daripada jangkitan COVID-19 dalam kalangan populasi berumur 18 tahun dan ke bawah. Daripada jumlah tersebut, 31 kes kematian melibatkan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.
Mutakhir ini, terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak terutamanya setelah pembukaan sekolah pada awal tahun 2022 ini. Selain itu, varian baharu Omicron didapati lebih mudah merebak dan berpotensi tinggi untuk menjangkiti kanak-kanak serta orang dewasa.
Data yang diperolehi daripada negara-negara yang terkesan dengan varian Omicron ini juga menunjukkan terdapat peningkatan kemasukan ke hospital dalam kalangan kanak-kanak.
Selain daripada risiko penyakit Long-COVID, kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 juga berisiko tinggi untuk mendapat kesan serius yang dikenali sebagai Multi-System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).
Kejadian MIS-C ini boleh berlaku satu dalam 3200 kanak-kanak yang dijangkiti oleh COVID-19. Kanak-kanak tersebut boleh mengalami gejala yang sangat teruk seperti demam yang berlarutan, tekanan darah rendah, sawan serta keradangan pelbagai organ termasuk jantung (miokarditis), paru-paru, buah pinggang, otak, kulit, mata, saluran usus dan lain-lain.
Populasi kanak-kanak juga turut mengalami kesan tidak langsung kepada kehidupan sosial terutama dari segi persekolahan dan pendidikan. Ini seterusnya memberikan kesan yang buruk kepada psikologi serta perkembangan sosial kanak-kanak secara keseluruhannya.
Melihat kepada keperluan untuk melindungi populasi kanak-kanak ini, KKM melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) Malaysia telah menganalisa data-data keselamatan dan keberkesanan serta bersetuju untuk memberikan kelulusan bersyarat kepada Vaksin Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (Pfizer-BioNTech)pada 6 Januari 2022 untuk kegunaan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
Vaksin mRNA ini telah menjalani kajian klinikal yang sangat ketat dan teliti bagi memastikan kualiti, keselamatan, serta keberkesanan vaksin tersebut. Hasil dapatan kajian klinikal vaksin menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.
Namun, seperti vaksin yang lain, vaksin Comirnaty® formulasi khas untuk kanak-kanak ini juga boleh memberikan kesan sampingan vaksin yang biasa dialami oleh kanak-kanak seperti sakit pada tempat suntikan, kemerahan dan bengkak. Tindak balas sistemik pula termasuklah keletihan, pening kepala, sakit otot, menggigil dan demam. Kebanyakan kesan sampingan vaksin ini adalah ringan dan sederhana, serta tidak berpanjangan.
Program vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun menggunakan vaksin Comirnaty® formulasi khas untuk kanak-kanak ini juga telah dilaksanakan di beberapa negara termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Israel, Australia dan Singapura. Real World Data melaporkan insiden miokarditis atau radang otot jantung setelah pengambilan vaksin mRNA adalah sangat rendah.
Amerika Syarikat telah melaksanakan pemberian vaksin ini hampir 8.7 juta dos menggunakan formulasi khas kanak-kanak dan data awal Adverse Event Following Immunization (AEFI), telah mendapati insiden AEFI adalah jauh lebih rendah berbanding insiden AEFI dikalangan remaja berumur 12 hingga 17 tahun.
Melihat kepada keperluan untuk memastikan keselamatan kepada kanak-kanak yang akan menerima vaksin COVID-19 ini, KKM akan sentiasa memantau perkembangan terkini terutamanya pola AEFI tersebut di peringkat global.
Buat masa ini, vaksinasi COVID-19 ini adalah disyorkan bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Walau bagaimanapun, keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program ini adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk termasuklah kemasukan ke hospital dan ke unit rawatan rapi (ICU) serta kematian. Masalah kesihatan tersebut merangkumi:
Penyakit respiratori kronik;
Penyakit kardiovaskular;
Immunosuppression;
Kencing manis;
Penyakit ginjal kronik; dan
Penyakit saraf.
Sebagai makluman, formulasi vaksin COVID-19 Comirnaty® yang akan digunakan dalam program vaksinasi adalah formulasi khas untuk kanak-kanak dan dibekalkan di dalam bebuli 10-dos (penutup jingga) dan perlu dicampur dengan 1.3 mL larutan garam biasa. Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mL dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada doa yang digunakan di dalam dos dewasa.
Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama.
Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama. Selain itu, data ini juga menunjukkan sela masa tersebut mampu mengurangkan risiko miokarditis dan telah disyorkan oleh badan-badan kesihatan seluruh dunia termasuk United Kingdom, Kanada dan Australia.
Berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022 sebaik Vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari 2022.
Pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun akan diadakan pada 3 Februari 2022 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.
Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari 2022. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka.
Tempahan janji temu vaksinasi bagi kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu.
Perincian mengenai  akses kepada sistem  tempahan janji temu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali, telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 19 Januari 2022.
CITF – C berperanan membentuk dasar, menyelaras strategi pengoperasian, mengenal pasti perkara yang boleh serta pemantauan pencapaian Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids).
Saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon kepada majikan supaya memberikan cuti tanpa rekod kepada ibu bapa yang membawa anak mereka untuk vaksinasi dan juga untuk membuat pemerhatian kepada kesihatan anak mereka selepas vaksinasi.
KKM mensasarkan 70% kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan dapat diberikan dos 1 vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh 2 bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal Februari 2022, dan 80% akan menerima dos lengkap dalam tempoh 6 bulan pelaksanaan.
ISU PENJUALAN SIJIL VAKSINASI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya mengesan dan melaporkan siasatan ke atas beberapa premis pengamal perubatan swasta yang didakwa terlibat dalam penjualan sijil vaksinasi.
Hasil siasatan dan semakan oleh KKM dengan pihak PDRM mendapati setakat ini, kesemua kes yang dikesan adalah melibatkan pelaksanaan vaksinasi berbayar yang dijalankan oleh pihak swasta (Private Purchase Vaccination).
Sebagai prosedur yang ditetapkan, semua proses pemberian vaksinasi yang dijalankan oleh PICK dan Private Purchase perlu dilaporkan kepada KKM melalui sistem MyVAS bagi tujuan rekod dan pengeluaran sijil vaksinasi. Bagaimanapun, dalam insiden-insiden ini, apa yang berlaku adalah pengamal perubatan swasta yang terlibat telah memberikan laporan pemberian vaksinasi palsu kepada KKM.
Buat masa ini siasatan masih dijalankan oleh pihak polis dan KKM akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
STATUS PERJALANAN MENGERJAKAN UMRAH

Semalam, 19 Januari 2022, KKM bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah telah mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Agensi Pelancongan (Umrah) bagi mendapatkan maklum balas berhubung hala tuju industri umrah susulan daripada keputusan penangguhan sementara yang sedang berkuat kuasa.
Antara perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri pelancongan umrah pada sesi perbincangan libat urus petang ini adalah SOP berkaitan pelaksanaan perjalanan umrah, isu bayaran balik dan penjadualan semula penerbangan, perlindungan insurans, garis masa pembukaan semula perjalanan umrah dan bantuan pemulihan kepada industri pelancongan.
Pada sesi tersebut, saya dan YB Menteri MOTAC telah menyatakan komitmen untuk memperincikan dan memperhalusi setiap isu serta cadangan yang dikemukakan di peringkat kementerian masing-masing sebelum membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 akan datang.
Antaranya termasuklah proses saringan semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA, pelaksanaan kuarantin sama ada di stesen-stesen kuarantin ataupun di kediaman dan juga peranan agensi pelancongan umrah sebelum, semasa dan selepas mengerjakan umrah.
Khusus bagi garis masa pembukaan semula perjalanan umrah, kedua-dua kementerian komited untuk memuktamadkan proses penilaian risiko dan SOP perjalanan umrah menjelang pertengahan Februari tahun ini.
KKM amat berharap agar semua pemain industri dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan aktiviti umrah dapat terus dilaksanakan dengan selamat.
PENGURANGAN TEMPOH KUARANTIN BAGI PENGEMBARA DARI LUAR NEGARA

KKM telah melaksanakan perintah pengasingan ke atas pengembara yang memasuki Malaysia dari luar negara termasuk warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatariat atau kor diplomatik atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen.
Perintah ini dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.
Berdasarkan data, sains dan pengalaman negara-negara lain berkaitan pengurusan kemasukan pengembara dari luar negara, KKM telah membuat penilaian semula tempoh pengawasan dan pemerhatian dan memutuskan ketetapan terkini seperti berikut:
Pengembara yang telah menerima Dos PenggalakTempoh kuarantin – 5 hariMenjalani ujianRT-PCR COVID-19 dua (2) hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19RT-PCR COVID-19 pada hari ketibaanRT-PCR  pada hari ke-4 ATAU RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-5 negatif
Pelepasan kuarantin
Pelepasan kuarantin pada hari ke-5 jika ujian RT-PCR pada hari ke-4 ATAU RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-5 negatif
Tiada Dos Penggalak tetapi LENGKAP VAKSIN
Tempoh kuarantin – 7 hari
Menjalani Ujian:
RT-PCR COVID-19 dijalankan 2 hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19
RT-PCR COVID-19 pada hari ketibaan
RT-PCR pada hari ke-5 ATAU RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-7
Pelepasan Kuarantin:
Pelepasan kuarantin pada hari ke-7 jika ujian RT-PCR ATAU RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-7 negatif
TIADA / BELUM menerima vaksinasi lengkap
Tempoh kuarantin -10 hari
Menjalani Ujian:
RT-PCR COVID-19 dijalankan 2 hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19
RT-PCR COVID-19 pada hari ketibaan
RT-PCR pada hari ke-8 ATAU RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-10
Pelepasan Kuarantin:
Pelepasan kuarantin pada hari ke-10 jika ujian RT-PCR hari ke-8 ATAU RTK Ag yang diselia oleh petugas kesihatan pada hari ke-10 negatif
Selain itu sebagai langkah penambahbaikan proses kerja di pintu masuk antarabangsa (PMA), KKM turut membuat ketetapan seperti berikut:
Semua pengembara yang tiba dari luar negara akan diberikan digital HSO. Maka dengan itu, pengembara-pengembara tidak perlu lagi dipakaikan gelang pengawasan biasa (warna pink).
Bagaimanapun bagi pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi dan dibenarkan menjalani perintah kuarantin di kediaman, mereka masih akan dipakaikan gelang pengawasan digital.
Pengurangan tempoh kuarantin bagi pengembara dari luar negara ini akan mula berkuat kuasa pada Isnin, 24 Januari 2022.
Sementara itu, KKM juga bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan pengimbas suhu daripada SOP. Cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pemakluman dan kemaskini dokumen rasmi SOP Pelan Pemulihan Negara.
SITUASI KLUSTER PENDIDIKAN 2022

Dari Minggu Epid 1 tahun 2022 hingga 19 Januari 2022, terdapat sejumlah 52 kluster pendidikan, melibatkan 30 kluster (57.7%) sekolah menengah. Daripada 30 sekolah menengah tersebut, 27 buah (90.0%) adalah sekolah berasrama.
Sesi persekolahan telah bermula pada 9 Januari 2022 dan 10 Januari 2022 mengikut negeri-negeri tertentu. Perkumpulan ramai ini telah meningkatkan risiko penularan jangkitan menyebabkan jumlah kluster di sekolah pada minggu pertama persekolahan sebanyak 15 kluster.
Pada minggu kedua persekolahan bilangan kluster pendidikan meningkat sekali ganda kepada 33 kluster. Semua negeri ada melaporkan kluster kecuali Perlis, Terenggau, Sarawak dan WP Labuan.
Bagi 52 kluster Pendidikan yang telah dilaporkan sejak minggu pertama 1 tahun 2022, siasatan mendapati 44 kluster dengan kes indeksnya adalah pelajar, indeks kes adalah guru atau pensyarah bagi 5 kluster dan staf sokongan pusat pendidikan bagi 3 kluster lagi.
KKM juga telah memberi penekanan kepada Sektor Pendidikan:
Kepentingan untuk saringan gejala pelajar, guru dan staf sebelum masuk ke kawasan sekolah/institusi,
Pengujian RTK Ag ke atas murid, guru dan staf mengikut strategi pengujian COVID-19.
Pemerkasaan ibu bapa untuk memantau status kesihatan anak dan bertanggungjawab untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bergejala.
Menjalankan penilaian risiko penularan jangkitan COVID-19 di institusi masing-masing dari semasa ke semasa, agar Tindakan pencegahan dapat segera diambil.
KKM juga ingin mengingatkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah, sekiranya terdapat kes positif dilaporkan oleh pihak sekolah atau institusi pendidikan, siasatan dan penilaian risiko perlu dijalankan bagi menilai status penularan jangkitan.
Selain itu, tindakan pembersihan dan disinfeksi serta pengesanan kontak perlu dijalankan di samping pelaksanaan aktivi-aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19.
KKM akan mengadakan perbincangan dengan pihak KPM dan KPT dalam masa terdekat bagi mengukuhkan aktiviti kawalan dan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 di institusi pendidikan.
KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Kesihatan

20 Januari 2022

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 20-1-2022 03:52 PM
Naik ke tu

Naik le....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 20-1-2022 03:54 PM
Betul jugak tu. Perlu diberi option. If nak transition pun buatlah berperingkat. Tapi iols malas s ...

Naik ke 2 digit balik...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 20-1-2022 03:55 PM
Tak ingat negara mana. Entah dah berapa wave theyols chill2 je

Negara apa? Pe jadi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8786 Replies : 113
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 121693 Replies : 712
'Saya masih sayangkan Fazura'
maklukpenggoda'Saya masih sayangkan Fazura'
Views : 75223 Replies : 107
Che Ta berang org kutuk anak dia baju mcm pelacur, muka mcm jawa ada hati nak hantaran 900k..
ModngengadeChe Ta berang org kutuk anak dia baju mc
Views : 11688 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 99194 Replies : 5283
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 58921 Replies : 554
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 45524 Replies : 360
Ringgit Malaysia terus melonjak
maklukpenggodaRinggit Malaysia terus melonjak
Views : 78080 Replies : 16
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27735 Replies : 43
Edisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysia 2024
telracsEdisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysi
Views : 32920 Replies : 67

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 3.817611 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list