Shahir Lupa Lirik
Kecuali Shahir yang terlupa lirik, hampir kesemua pelajar sudah bersedia untuk membuat persembahan di minggu ketujuh ini. Pada sesi raptai minggu ini, Farina mengekalkan persembahan menarik seperti minggu lalu manakala pelajar lain terus menunjukkan peningkatan
Seperti biasa, berikut merupakan perkembangan pelajar-pelajar berdasarkan sesi raptai yang diadakan di Dewan Sri Putra sebentar tadi
ADIRA – Ayat Ayat Cinta (Rossa)
Kena tunjukkan penceritaan di wajah daripada awal. Nyanyian kurang baik ketika korus
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
AIN – Seindah Biasa (Dato’ Siti Nurhaliza)
Nampak persembahan sangat baik. Namun, ada masalah tempo
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
DAUS – New Devide (Linkin Park)
Permulaan dan penamat yang baik. Nampak pergerakan nampak masih terlalu terkawal
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
FARINA – Jika Kau Ubah Fikiran (Mila)
Permulaan persembahan kena lebih kemaskan. Nampak penghayatan menarik, tarian dengan penari latar sangat baik. Dia banyak menggunakan falsetto kerana menyimpan suara untuk konsert esok
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
IWAN – Warisan Wanita Terakhir (Teacher’s Pet)
Nyanyian ok tapi tidak nampak kelainan. Kalau boleh ada reaksi sikit terutama dengan lirikan mata
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
MAULANA – Semalam (Sean Ghazi)
keseluruhannya ok
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA
SHAHIR – Tiara (Kris)
Permulaan yang kurang kemas. Nampak terlalu terkongkong dalam diri sendiri. Ada masalah lupa lirik di permulaan. Penamat kurang menarik
PERKEMBANGAN: SUDAH BERSEDIA