CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 20-1-2022 09:06 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
20 JANUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh: 3,254 kes (2,747,457 kes kumulatif, 97.4%)
  • Kes baharu : 3,764kes (2,820,927 kes kumulatif);
  • Kes import : 522 kes (426 warganegara; 96 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,242 kes [3,089 warganegara (95.3%); 153 bukan warganegara (4.7%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 160 kes (125 kes disahkan COVID-19; 35 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 72 kes (55 kes disahkan COVID-19; 17 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,272 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,058 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 214 kluster.
Daripada 3,764 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 19 Januari 2022
NEGERI
NILAI R[size=12.375px]T
WP KUALA LUMPUR
1.09
NEGERI SEMBILAN
1.04
JOHOR
1.04
KEDAH
1.04
MELAKA
1.03
SABAH
1.00
SELANGOR
1.00
PAHANG
0.98
PERAK
0.96
WP PUTRAJAYA
0.96
PULAU PINANG
0.94
KELANTAN
0.92
SARAWAK
0.82
TERENGGANU
0.78
PERLIS
0.00
WP LABUAN
0.00
MALAYSIA
1.00
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.
Dengan pengambilan vaksin dan dos penggalak, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Januari 2022 @ 6:30 petang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 03:22 PM | Show all posts

Hari ni naik...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 06:09 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 21-1-2022 08:27 PM

Kes baharu COVID-19 Selangor 21.1.2022 – 964 kes (851 komuniti, 6 Penjara, 107 Import A)
???? GOMBAK 109
Batu 35
Saringan Bergejala 24
Saringan Kontak Rapat 11
Hulu Kelang 16
Saringan Bergejala 9
Saringan Kontak Rapat 6
Saringan Pekerja 1
Kuang 17
Saringan Bergejala 13
Saringan Kontak Rapat 4
Rawang 2
Saringan Kontak Rapat 2
Setapak 26
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 19
Import 13
Import A (Arab Saudi) 13
???? HULU LANGAT 218
Ampang 31
Saringan Bergejala 9
Saringan Kontak Rapat 20
Saringan Pre-admission 2
Beranang 2
Saringan Kontak Rapat 2
Cheras 33
Saringan Bergejala 9
Saringan Kontak Rapat 24
Hulu Langat 8
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 6
Saringan Pekerja 1
Kajang 87
Saringan Bergejala 23
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 61
Saringan Pekerja 2
Semenyih 25
Saringan Bergejala 11
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 1
Penjara 4
Saringan OKT 4
Import 28
Import A (Arab Saudi) 17
Import A (Australia) 1
Import A (India) 3
Import A (Mesir) 6
Import A (United Kingdom) 1
???? HULU SELANGOR 44
Ampang Pechah 5
Saringan Kontak Rapat 5
Batang Kali 9
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 6
Hulu Bernam 7
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan SARI 2
Hulu Yam 1
Saringan Kontak Rapat 1
Kerling 1
Saringan Kontak Rapat 1
Rasa 2
Saringan Kontak Rapat 2
Serendah 18
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 15
Import 1
Import A (Kemboja) 1
???? KLANG 114
Kapar 19
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 11
Saringan Pekerja 3
Klang 79
Saringan Bergejala 40
Saringan Kontak Rapat 27
Saringan Pekerja 12
Import 16
Import A (Arab Saudi) 11
Import A (India) 4
Import A (Pakistan) 1
???? KUALA LANGAT 57
Batu 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1
Jugra 2
Saringan Kontak Rapat 2
Tanjung 12 (1) 21
Saringan Bergejala 8
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 10
Saringan Pekerja 2
Tanjung 12 (2) 17
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 10
Telok Panglima Garang 10
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Pekerja 3
Penjara 2
Saringan OKT 2
Import 3
Import A (Arab Saudi) 2
Import A (Bangladesh) 1
???? KUALA SELANGOR 53
Api - Api 1
Saringan Kontak Rapat 1
Bestari Jaya 3
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 1
Ijok 24
Saringan Bergejala 10
Saringan Bergejala (Kluster Selekoh Batu Empat) 2
Saringan Kontak Rapat 12
Jeram 3
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 1
Kuala Selangor 5
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 3
Tanjung Karang 17
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 13
???? PETALING 256
Bukit Raja 20
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 11
Saringan Pekerja 1
Damansara 74
Saringan Bergejala 33
Saringan Kontak Rapat 32
Saringan Pekerja 9
Petaling 67
Saringan Bergejala 36
Saringan Kontak Rapat 29
Saringan Pekerja 2
Sungai Buloh 50
Saringan Bergejala 24
Saringan Kontak Rapat 25
Saringan Pekerja 1
Import 45
Import A (Arab Saudi) 22
Import A (Australia) 1
Import A (Filipina) 3
Import A (Ghana) 1
Import A (India) 3
Import A (Mesir) 1
Import A (Mexico) 1
Import A (Myanmar) 1
Import A (Pakistan) 1
Import A (Qatar ) 2
Import A (Switzeland) 1
Import A (Turki) 5
Import A (United Kingdom) 2
Import A (USA) 1
???? SABAK BERNAM 61
Panchang Bedena 23
Saringan Bergejala 5
Saringan Bergejala (Kluster Selekoh Batu Empat) 13
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Kontak Rapat (Kluster Selekoh Batu Empat) 3
Pasir Panjang 25
Saringan Bergejala 6
Saringan Bergejala (Kluster Industri Jalan Pantai) 6
Saringan Kontak Rapat 6
Saringan Pekerja (Kluster Industri Jalan Pantai) 7
Sabak 11
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Bagan Dua) 5
Sungai Panjang 1
Saringan Bergejala (Kluster Jalan Sepintas Bagan Terap) 1
Import 1
Import A (Taiwan) 1
???? SEPANG 52
Dengkil 32
Saringan Bergejala 13
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Jalan Hospital) 1
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan Pekerja 1
Labu 19
Saringan Bergejala 14
Saringan Kontak Rapat 5
Sepang 1
Saringan Kontak Rapat 1


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-1-2022 06:09 PM
Kes baharu COVID-19 Selangor 21.1.2022 – 964 kes (851 komuniti, 6 Penjara, 107 Import A)???? GOMBAK ...

Kes banyak hari ni hampir 4k
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 21-1-2022 06:00 PM
Kes banyak hari ni hampir 4k

Naik balik dah 2 hari dinner pe?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:32 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 21-1-2022 09:46 PM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
21 JANUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh: 2,804 kes (2,750,261 kes kumulatif, 97.4%)
  • Kes baharu : 4,046kes (2,824,973 kes kumulatif);
  • Kes import : 489 kes (388 warganegara; 101 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,557 kes [3,449 warganegara (97.0%); 108 bukan warganegara (3.0%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 149 kes (120 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 71 kes (49 kes disahkan COVID-19; 22 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,284 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,064 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 220 kluster.
Daripada 4,046 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 20 Januari 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
WP KUALA LUMPUR1.13
NEGERI SEMBILAN1.06
KEDAH1.04
JOHOR1.03
MELAKA1.02
SABAH1.01
SELANGOR1.00
PAHANG0.98
PULAU PINANG0.96
PERAK0.95
KELANTAN0.95
WP PUTRAJAYA0.92
TERENGGANU0.76
SARAWAK0.00
PERLIS0.00
WP LABUAN0.00
MALAYSIA1.00
SITUASI SEMASA MENGENAI LIPUTAN DOS PENGGALAK DALAM KALANGAN GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI, PETUGAS-PETUGAS KESIHATAN, DAN PENERIMA VAKSIN SINOVAC (CORONAVAC)
Penurunan imuniti atau waning immunity selepas penerimaan vaksin dalam tempoh masa  tertentu adalah perkara yang lazim berlaku pada kebanyakan penerima vaksin termasuk penerima vaksin COVID-19. Daripada pemantauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) di Malaysia, penurunan imuniti sebanyak 20 peratus berlaku kepada individu yang telah mengambil dos lengkap [2 (dua) dos], manakala bagi penerima vaksin Sinovac, berlaku penurunan imuniti sebanyak 40 peratus selepas tiga (3) hingga lima (5) bulan menerima dos kedua.
Pelbagai kajian dari negara Israel, United Kingdom, dan Chile juga mendapati terdapat penurunan tahap neutralising antibody kepada virus COVID-19 selepas tiga (3) hingga enam (6) bulan menerima dos primer lengkap. Ini menyebabkan risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 meningkat terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi.
Sehubungan dengan itu, dos penggalak atau booster dose COVID-19 perlu diberikan selepas beberapa tempoh tertentu untuk memastikan imuniti yang diperolehi kekal pada tahap yang optimum. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menyarankan pengambilan dos penggalak kepada setiap individu yang layak dalam usaha mengelakkan berlakunya peningkatan semula kes dan kemasukan ke hospital sehingga menyebabkan sistem kesihatan negara terbeban.
Pelaksanaan pemberian dos penggalak telah dimulakan di seluruh negara sejak 13 Oktober 2021. Sehingga 20 Januari 2022, seramai 10,235,759 atau 43.7 peratus populasi Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas atau 44.7 peratus daripada penduduk dewasa yang telah mendapatkan dos lengkap, kini sudah menerima dos penggalak. Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada penerimaan dos penggalak adalah:
  • Mengelakkan berlaku peningkatan semula kes dan kemasukan ke hospital sehingga menyebabkan sistem kesihatan negara terbeban; dan
  • Melindungi penduduk daripada ancaman varian baharu termasuk varian Delta dan varian Omicron. Dos penggalak boleh meningkatkan tahap imuniti terhadap jangkitan varian Omicron sehingga 70 peratus berbanding mereka yang tidak menerima dos penggalak.
Memandangkan risiko jangkitan COVID-19 boleh dikurangkan dengan dos penggalak, KKM juga telah menjalankan semakan semula tempoh kuarantin untuk pengembara dari luar negara. Berdasarkan penilaian risiko tersebut, tempoh kuarantin pengembara yang telah mengambil dos penggalak telah  dikurangkan daripada tujuh (7) hari kepada lima (5) hari.
Keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada kumpulan berisiko tinggi dan kumpulan rentan seperti anggota barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, orang kurang upaya, serta individu dengan komorbid.
Sehingga 20 Januari 2022, peratus liputan dos penggalak dalam kalangan anggota kesihatan, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, orang kurang upaya, serta individu dengan komorbid menunjukkan kadar liputan yang rendah seperti yang digambarkan dalam Jadual 2 .
Jadual 2 : Liputan Imunisasi Dos Penggalak Vaksin COVID-19 di Kalangan Golongan Berisiko Tinggi dan Kumpulan Rentan

KEPERLUAN DOS PENGGALAK UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN DI MALAYSIA
Anggota barisan hadapan kesihatan adalah termasuk dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi bagi mendapat jangkitan COVID-19. Ianya disebabkan oleh kategori ini perlu berhadapan dengan orang ramai yang tidak diketahui status penyakit pada setiap masa seperti mereka yang:
  • Datang mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan termasuk di COVID-19 Assesment Centre (CAC);
  • Menerima rawatan pesakit dalaman di hospital termasuk di Pusat Rawatan dan Kuarantin (PKRC);
  • Menjalankan ujian terutama ujian pengesanan COVID-19 di makmal-makmal seluruh negara; dan
  • Menjalankan aktiviti di lapangan seperti pengesanan kontak rapat, pemeriksaan premis, pengendalian jenazah pesakit COVID-19, dan pengambilan sampel untuk ujian COVID-19.
Pada awal Januari 2022, negara United Kingdom berhadapan dengan peningkatan kes yang sangat tinggi sehingga 218,274 kes sehari pada 4 Januari 2022, iaitu peningkatan sebanyak 15% dari 31 Disember 2021. Peningkatan ini juga secara tidak langsung menyebabkan peningkatan kemasukan ke wad dan ICU di hospital iaitu sehingga 3,700 kes sehari.
Peningkatan kadar jangkitan di negara itu juga menyebabkan jangkitan yang ketara dalam kalangan petugas kesihatan dan menyebabkan petugas-petugas kesihatan tidak dapat bertugas sama ada disebabkan oleh jangkitan atau perlu menjalani kuarantin. Ini menyebabkan sistem kesihatan di sebahagian negeri berada di dalam kritikal seperti perkhidmatan ambulans yang terjejas dan kekurangan petugas di wad dan ICU serta perlu memanggil semula pekerja yang bercuti atau berehat mahupun yang telah bersara untuk bertugas semula.
Berdasarkan pengalaman di United Kingdom tersebut, anggota barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan di Malaysia amat digalakkan untuk mengambil dos penggalak bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka sehingga menyebabkan sistem kesihatan di negara terjejas.
KEPERLUAN DOS PENGGALAK UNTUK PENERIMA VAKSIN SINOVAC (CORONAVAC) DI MALAYSIA
Bagi penerima dos lengkap vaksin COVID-19 jenis Sinovac (CoronaVac), data kajian dalam dan luar negara menunjukkan penurunan tahap perlindungan terhadap jangkitan COVID-19. Data kajian RECoVaM (The Real World Evaluation of COVID-19 Vaccines under PICK Malaysia) juga menunjukkan tahap perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 menurun sebanyak 48% dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) bulan selepas mengambil dos lengkap (Rajah 1).

Rajah 1: Perlindungan terhadap Jangkitan COVID-19 berkurangan dalam tempoh 3 – 5 bulan selepas mengambil dos lengkap
Sumber data: Data kajian RECoVaM (The Real World Evaluation of COVID-19 Vaccines under PICK Malaysia)
Sehubungan itu, penerima dos lengkap vaksin Sinovac (CoronaVac) amat digalakkan untuk mengambil dos penggalak secara heterologous iaitu sama ada vaksin AstraZeneca (Covishield/Vaxzevria) atau vaksin Pfizer-BioNTech (Comirnaty) bagi mendapat perlindungan yang optima (Rajah 2).

Rajah 2: Keberkesanan dos penggalak jenis heterologous bagi penerima dos lengkap vaksin Sinovac di Chile
Sumber : Kementerian Kesihatan Chile, Oktober 2021
KEPERLUAN DOS PENGGALAK UNTUK WARGA BERUSIA 60 TAHUN DAN KEATAS DI MALAYSIA
Kajian Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) juga mendapati sehingga hari ini, kadar kematian dikalangan warga berumur 60 tahun dan ke atas adalah tinggi iaitu sebanyak 57.2 peratus daripada keseluruhan kumpulan umur. Berdasarkan faktor tersebut dan kebarangkalian imuniti yang rendah disebabkan faktor usia, komorbiditi, sela tempoh vaksin primer yang telah ambil, penurunan imuniti dan lain-lain, individu berusia 60 tahun dan ke atas adalah diwajibkan untuk mengambil dos penggalak.
Bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, perkhidmatan vaksinasi secara walk-in akan ditawarkan di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, dan Sarawak melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berikut (Jadual 3):
  • Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang mulai 19 Januari 2022.
Jadual 3: Lokasi PPV Integrasi di Lembah Klang bagi perkhidmatan vaksinasi secara walk-in kepada warga emas
Lokasi PPVWaktu bermula walk-in
PPV World Trade Centre, Kuala Lumpur2.00 petang – 8.00 malam
PPV Axiata Arena, Bukit Jalil2.00 petang – 8.00 malam
PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam2.00 petang – 8.00 malam
Soka Gakkai, Klang12.00 tengah hari – 4.00 petang
  • PPV Offsite di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak mulai 24 Januari 2022. Senarai lengkap PPV Offsite yang terlibat akan diumumkan oleh pihak ProtectHealth Corporation.
KKM juga ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa bekalan vaksin di Malaysia adalah mencukupi dan KKM sedang mempertingkatkan pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, orang ramai disarankan untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 supaya perlindungan yang optima terhadap jangkitan COVID-19 dapat dikekalkan.
Semua individu yang telah menerima vaksin termasuk vaksin penggalak juga perlu mengamalkan norma baharu dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh MKN bagi membendung jangkitan COVID-19 dan seterusnya memastikan negara dibuka dalam keadaan yang selamat.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN DOS PENGGALAK COVID-19
KKM ingin menasihati individu yang telah mengambil dos penggalak mematuhi saranan serta nasihat-nasihat seperti berikut;
  • Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya 15 minit;
  • Memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami tanda-tanda kesan teruk selepas vaksin COVID-19;
  • Mengamal norma baharu dan mematuhi langkah pencegahan penyakit COVID-19;
  • Menyimpan kad vaksinasi yang diberikan oleh anggota kesihatan; dan
  • Elakkan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.
Dengan pengambilan vaksin dan dos penggalak, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Januari 2022 @ 6:30 petang


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-1-2022 03:22 PM
Hari ni naik...

Uish 4k
Kawan2 iols pun ada je yang dah 2 3 kali positive. My cousin tu doctor, dia pun cakap rupanya ramai je doctor yang dah positive beberapa kali kat tempat dia kerja huhu.
Cepatlah berakhir wabak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 21-1-2022 08:52 PM
Uish 4k
Kawan2 iols pun ada je yang dah 2 3 kali positive. My cousin tu doctor, dia pun c ...

Ameen....ni supper mentarang...dinner kerang....cuti JJCM sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-1-2022 09:59 PM
Ameen....ni supper mentarang...dinner kerang....cuti JJCM sungguh

Hari tu ada terbaca pasal nasi goreng banjir ke apa entah. Tapi tak ingat dekat mana. Tengok gambar macam menyelerakan, review pun mostly cakap sedap.
Mentarang ni mak ayah iols suka. Kalau menghala ke Kuala Selangor mesti theyols cari mentarang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 21-1-2022 09:09 PM
Hari tu ada terbaca pasal nasi goreng banjir ke apa entah. Tapi tak ingat dekat mana. Tengok gamba ...

Buat gulai lomak cili api nomnom...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 07:23 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 21-1-2022 09:09 PM
Hari tu ada terbaca pasal nasi goreng banjir ke apa entah. Tapi tak ingat dekat mana. Tengok gamba ...

Mod PristineOne meninggal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-1-2022 07:23 AM
Mod PristineOne meninggal dunia

Innalillah... selalu jugak nampak dia komen
Meninggal sebab apa kaka?
Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang soleh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 22-1-2022 06:42 AM
Innalillah... selalu jugak nampak dia komen
Meninggal sebab apa kaka?
Semoga roh dicucuri rahma ...

Tu je yg tahu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 12:35 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-1-2022 07:23 AM
Mod PristineOne meninggal dunia

Innalillah....semoga roh dicucuri rahmat dan Allah ampunkan segala dosa-dosanya
even tak kenal cuma tahu dia dah taraf pakcik-pakcik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah untuk arwah PristineOne. Antara yg arwah penah sebut unstable angina. Berkait dengan bila blood flow tak mendapat oxygen yg secukupnya .  Al Fatihah (dibaca )kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.  @aina_shaira @BlackOpium
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 22-1-2022 12:49 PM
Al fatihah untuk arwah PristineOne. Antara yg arwah penah sebut unstable angina. Berkait dengan bila ...


Salam takziah kepada Pakcik PristineOne sekeluarga.Mula mengenali pokcik di benang abegong.Selalu jadi SR di thread pokcik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 22-1-2022 12:53 PM
Salam takziah kepada Pakcik PristineOne sekeluarga.Mula mengenali pokcik di benang abegong.Selalu  ...

Yeah..samalah. Very friendly and chill je...unexpected. Kita doakan ya, sedih juga bila tau ..dah la baru dapat baby recently and naik pangkat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 22-1-2022 11:35 AM
Innalillah....semoga roh dicucuri rahmat dan Allah ampunkan segala dosa-dosanya
even tak kenal cum ...

Salu masuk kuiz dia buat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 22-1-2022 01:04 PM
Yeah..samalah. Very friendly and chill je...unexpected. Kita doakan ya, sedih juga bila tau ..dah  ...


Ya..kita doakan roh pokcik tenang di sana dan dipermudahkan.beberapa hari lepas baru terbaca benang pokcik kat kenamaan. ingatkan pokcik buka benang baru , rupanya benang lama pokcik forumer naik kan balik
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
@noor2 sini ada bincang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8786 Replies : 113
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 121693 Replies : 712
'Saya masih sayangkan Fazura'
maklukpenggoda'Saya masih sayangkan Fazura'
Views : 75223 Replies : 107
Che Ta berang org kutuk anak dia baju mcm pelacur, muka mcm jawa ada hati nak hantaran 900k..
ModngengadeChe Ta berang org kutuk anak dia baju mc
Views : 11688 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 99194 Replies : 5283
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 58921 Replies : 554
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 45524 Replies : 360
Ringgit Malaysia terus melonjak
maklukpenggodaRinggit Malaysia terus melonjak
Views : 78080 Replies : 16
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27735 Replies : 43
Edisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysia 2024
telracsEdisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysi
Views : 32920 Replies : 67

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 4.205707 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list