|
Reply #1338 kubus's post
Lama 2 x ler...ada la dlm 3 minggu...Siang kalo ok la sikit,memlm tue yg berproblem..xtau nk p mana :stp: Pusing p pusing mai last skali balik umah...tidoq :gantuk: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1340 promulgate's post
Citer pasai pelam sala nie,sj nk tempek kt sini...haku paste prom utusan...
Mempelam Sala Perlis terbiar ekoran lambakan mangga Siam
Oleh Muhd. Nizam Abd. Hamid
![](http://www.utusan.com.my/pix/2006/0426/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02_big.jpg)
APA SUDAH JADI...Shahidan Salleh (dua dari kiri) melihat dua orang pekerjanya membuang mempelam Sala ke dalam kolam di kebunnya di Kampung Chuping, Padang Besar, Perlis, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
PADANG BESAR 25 April - Mempelam Sala sedang lebat berbuah di sini. Semua orang, malah penduduk Kuala Lumpur - yang mengetahui mengenai kelazatannya - sedang menunggu kehadirannya. Namun pelik, sampai sekarang pun ia belum berada di pasaran.
Utusan Malaysia diberitahu oleh para pekebun mempelam di sini, peraih enggan mengambilnya.
Alasannya mereka susah hendak jual kerana mempelam Siam daripada pelbagai jenis dan nama sedang menguasai pasaran ibu kota dan seluruh negara.
Di pasar Chow Kit, misalnya, mempelam Siam telah menguasai gerai-gerai buah di situ sejak tiga minggu lalu. Itu tidak termasuk lagi di pasar raya-pasar raya besar lain.
Yang hairan, jika sudah tahu mempelam tempatan akan bermusim dan berbuah, tidak bolehkah difikirkan satu mekanisme supaya dikawal kemasukan mempelam Siam itu?
Apa sudah jadi dengan agensi-agensi kita? Di satu sudut kerajaan menggalakkan kita menceburi bidang pertanian, tetapi di satu sudut lain, tiada kepekaan langsung di kalangan agensi-agensi tersebut.
Contoh paling klasik terjadi ke atas pengusaha mempelam Sala, Ali Abdullah, 56, dari Chuping dekat sini.
Beliau yang beberapa kali memenangi Anugerah Usahawan Mempelam Sala sempena Hari Peladang dan Penternak Negeri Perlis kemungkinan terpaksa memusnahkan kira-kira 50 tan buah mempelam jenis itu dari kebunnya.
``Kita tidak menghadapi masalah untuk berlawan harga tetapi tidak ada pasaran untuk dijual,'' ujarnya.
Jika masalah itu tidak diatasi dalam tempoh dua minggu ini, keadaan lebih buruk dijangka berlaku, kerana dalam tempoh itu buah tersebut sudah mulai ranum.
Ali, 56, yang merintis tanaman itu secara komersial di negeri ini 16 tahun lalu berkata, peraih yang biasa datang ke kebunnya tidak dapat membeli pada musim ini kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk memasarkan buah tersebut.
``Setakat ini saya baru petik 25 peratus daripada 425 pokok mempelam di kebun ini sejak buahnya boleh dipetik penghujung bulan lalu dan sepatutnya dalam tempoh seminggu lagi kesemua baki buah itu sudah dihabiskan,'' katanya ketika ditemui di kebunnya di Kampung Panggas, hari ini.
Beliau berkata, walaupun harga ladang mempelam Sala ketika ini antara 80 sen dan 90 sen sekilogram, tiada peraih yang datang membeli kerana mereka menghadapi masalah untuk memasarkannya kerana buah mangga dari negara jiran terlalu banyak.
Katanya, para pekebun selama ini boleh menyerap kenaikan kos baja, racun dan minyak tetapi jika buah tidak mempunyai pasaran ia merupakan masalah besar bagi mereka.
Seorang lagi pekebun, Shahidan Salleh, 55, pula berkata, dia telah membuang kira-kira 2,000 kilogram buah mempelam Sala dari kebunnya seluas dua hektar di Kampung Chuping kerana terbiar dan busuk akibat ketiadaan pembeli.
``Sekarang ini pun buah mempelam Sala saya masih banyak di atas pokok kerana ketiadaan pembeli dan setiap hari banyak yang luruh,'' ujarnya yang mempunyai sebanyak 446 pokok mempelam Sala.
Beliau merayu, kerajaan negeri dan FAMA bertindak segera membantu para pekebun buah mempelam Sala terutama mencari pasaran baru dan mengawal masalah lambakan buah mangga negara jiran ke dalam pasaran tempatan.
Seorang lagi pekebun mempelam Sala, Din Megat, 57, dari Kampung Baru pula berkata, penanaman mempelam Sala di negeri ini mungkin terjejas pada masa depan jika keadaan itu berterusan dan tidak mendapat perhatian daripada pihak berkenaan.
``Jika sekarang ini kerajaan negeri memberi tumpuan terhadap penanaman mangga harum manis dan buah anggur, kita berharap perhatian yang sama juga dapat diberikan terhadap penanaman mempelam Sala,'' ujarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 promulgate's post
Tue arr...kompius haku...:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
awat la pakcik tu suruh pekerja dia buang dalam sungai?? kesiannn buah pelamm tu....
ishh cicah garam belacan sedap ni...
pelam sala bukan ka mahai jugak hat depa juai tepi2 pekan rabu tu yang boh asamko kot luar? pi la lelong sekilo sekupang pun tak pa dari buang saja... |
|
|
|
|
|
|
|
kot dia tanya bagi pihak suami dia kot..![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tu la aku pun rasa mcm membazir....... kalau dia boh lam lori stop tang mana2 sedekah kat org ramai.... leh wat sedekah jariah kat org lg baik dr tauk lam sungai, mencemarkan sungai lak tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
pi la sedekah mana2 tempat.....daripada dok buang lam sungai..ka buang depan kamera saja kut. |
|
|
|
|
|
|
|
sat...pelam sala ni sama ka dengan harum manis... |
|
|
|
|
|
|
|
ni depa dah cuba cari jalan penyelesaian dah....
Kilang proses mempelam Sala di Perlis
KANGAR 26 April - Isu mempelam Sala Perlis yang dikatakan berlonggokan dan tidak dapat dijual ekoran lambakan mangga Siam dijangka selesai apabila Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) membina kilang memproses buah berkenaan sebagai makanan ringan.
Pengarahnya, Musa Abu Samah berkata, kilang itu akan memulakan operasi selewat-lewatnya Oktober ini sebagai persediaan menghadapi musim kedua mempelam Sala berbuah pada bulan November depan.
``Kita akan membuka tender bagi membina kilang ini yang akan dibina di Batu Bertangkup dengan kos RM800,000 pada bulan Jun,'' katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini hari ini.
Musa berkata, pihaknya akan memproses mempelam Sala bagi menghasilkan halwa dan kepingan rangup.
Beliau berkata, pihaknya mensasarkan keluaran sebanyak 1.3 tan sebulan bagi setiap produk.
Musa berkata, kilang itu akan beroperasi selama 26 hari sebulan dan ini bermakna sebanyak 520 tan mempelam Sala diperlukan sebulan.
Beliau berkata, kilang berkenaan juga akan mengguna pakai teknologi Mardi seperti di Bukit Tangga, Kedah.
Katanya, bahagian operasi akan dikendalikan oleh 263 usahawan terpilih yang akan terus menerima latihan lanjut daripada LPP yang akan bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Paya yang akan bertindak sebagai pemilik kilang berkenaan.
Sehubungan itu, Musa menasihatkan para pengusaha ladang mempelam Sala supaya tidak memusnahkan tanaman mereka kerana ia berpotensi untuk menambah pendapatan keluarga.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu mempelam Sala yang dikatakan terbiar dan terpaksa dibuang pengusahanya ekoran keengganan peraih membeli buah tersebut kerana mendakwa tidak ada pasaran untuk buah berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Sumber Manusia dan Industri Asas Tani, Datuk Abu Bakar Ismail berkata, beliau dukacita dengan tindakan beberapa pengusaha tanaman mempelam Sala di Chuping yang membuang buah berkenaan atas alasan tidak ada pasaran.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Pelam sala ni wat baling lembu jaaaa...... :lol
Kalu atas market, depa jual 5 kupang sebiji.... buat kerabu....
Tapi masa aku kerja boustead dulu, selalu ada lori Batu Pahat mai....
Dia campoq pelam sala dgm Harum Manis, jual 3kilo RM 10....
Org KL x reti, pakat berebut ambik pelam sala.... sbb besaq.....
Dok Perlis, pelam sala org makan muda.... buat kerabu, jeruk or tang tempat jual buah, makan dgn asam tu.... :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Siot laaa dia nih bagi free jaaa laa dari buang dalam kolam..
Betul tuh nanti kutip kutip + harum manis skit.. jual kat blah selatan sana.. saheh habis. wakakakaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gambiaq at 26-4-2006 03:20 PM
dok hotel putra brasmana kat kola perlis tu lg besh.... hotel baru.... putra palace ni bilik dia dah ada satu bau mcm hapak sket.....
awat susah nak cari info hotel putr brasmana ni?
ada sesapa buleh kasik link?takut nanti hotel penuh la pulak. terpaksa menumpang kat umah forumer ..hehehehe:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Putra Brasmana Hotel
02000Kangar
Perlis, Malaysia
Telephone
04-985 5900 |
|
|
|
|
|
|
|
Nih aku kasi link...
http://dazelman.blogspot.com/
Cawangan Perlis.. Arau, Perlis - 0125578823 Md.Taib
*Tapi kalau jadi apa apa tanggung sendiri.. wakakakakaka
[ Last edited by promulgate at 27-4-2006 01:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
:love:
He,he,he..Memang la I tanya untuk husband I..Nanti nak balik cuti panjang kat
Perlis ni. Dia nak rehatkan badan, p urut-urut. Nak cari yang pakcik2 punya. Tak mau la yang mahai.
Kat Penang ni mana nak cari? So kalau ada habaq la nooo:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tasha76 at 27-4-2006 03:14 PM
:love:
He,he,he..Memang la I tanya untuk husband I..Nanti nak balik cuti panjang kat
Perlis ni. Dia nak rehatkan badan, p urut-urut. Nak cari yang pakcik2 punya. Tak mau la yang mahai.
Kat Pe ...
Penang...?
berlambaik aih rumah urut...
pilih saja mana nak.... :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
perlis aku tak berapa tau tapi kalau kat kedah tukang urut perempuan nama dia tok teh muda lagi pompuan ni. dok kat putat kedah |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pompuan muda? Rumah urut?
Tak rela la laki ku diurut oleh perempuan lain:geram:
Nanti tak mau balik rumah pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tasha76's post
kat belah siam banyak umah urut
tih tih tihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 Hang's post
betui tu....nana ikut ja dr highway from arau tu terusssss ja sampai kola perlis |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|