|
Rumah 3 : LESTARY : ASMARA 2 [coming soon MAC 2011]
[Copy link]
|
|
Reply 1461# shalady
Huhu... tak sabar jadinya awk kata gitu Sha... dah ler hari2 mcm sunyi jek takda drama yg aku dok tunggu masa Asmara pertama tu... kalau skrip menarik... maknanya lg best ler penceritaan dr Asmara pertama... itu yg kita nakkn... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1462# sellie003
ni yg tk sabo ni......memasing dh dpt skrip......pengarah dia heykal jugak ka.....mana le nk kot2 dorang bg org lain sbb katenye heykal dok direct drama lain skrng ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
ha'a..sweet kan lofa nih..haiiii..mesti MF jeles nih... ada lah tu dorang bergambar berdu ...
marchie Post at 23-1-2011 23:57  marchie......aku tk taw mcmne le pesanan penaja si MF tu kt SJ........sbb klu tgok si lofa tu mmmmmmmm bley kacau gak jiwa lelaki ni......aku pon tgok cantik....ni kan plak org lelaki....hrp2 SJ tetapkan iman....SJ kalu act mcm citer asmara bley cair nyer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1464# zerra24
ala suruh sj ambik dua2 pun ok gak..2 istri..
i setuju je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1465# shalady
Setuju juga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1463# zerra24
Tak salah kalau pengarah yg lain pula mencuba...tp jgn lari bab romantik2 dah ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1464# zerra24
Haha... tak aman ler MF... tu yg susah nak handle BF mudo... jd kena ler dia tanggung risiko... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by oddxx at 24-1-2011 13:38
Reply 1461# shalady
aku paste la jugak speku menyimpang nih ..ada 2 portion sbb cari tak kasih lebih dari 10000 char plak ...
Part 10 (a)
“Asmara..Asmara…bangun”, panggil Farah. Kedua-dua tangan dan kakinya terikat. Begitu juga Asmara. Dia tidak tahu kenapa dia dan Asmara diculik. Mungkinkah mereka ini musuh perniagaaan Asmara, fikir Farah.
Asmara membuka matanya perlahan. Belakang kepalanya yang dipukul tadi msih terasa sakit. Dia kebingungan melihat kawasan sekeliling. Sebuah bilik yang kecil. Sunyi. Kedua-dua belah tangannya terikat kebelakang.
Dia memandang Farah yang berada disebelahnya. Dia kelihatan sungguh ketakutan. Asmara mula bersuara.
“Awak ok ?”
Farah hanya menganguk. Terdengar derap tapak kaki menghampiri kawasan mereka dikurung.Asmara mengangkat mukanya untuk melihat. Hatinya berdebar. Terkejut. Uncle Osman, bisiknya didalam hati. Osman mengarahkan orang-orangnya untuk membuka ikatan tangan Asmara dan dia menghampiri Asmara.
“Maafkan uncle..sebab terpaksa bawa Asmara dan Zalia secara paksa kesini…”, tutur Osman. Asmara memandang tepat ke wajah Osman. Dia menjadi marah.
“Dia bukan Zalia!!!…kenapa bawa kami kesini ..”, tanya Asmara. Dia amat marah namun dia tidak mampu melawan. Dia berasa amat lemah. Osman hanya tersenyum sinis. Dia menepuk bahu Asmara.
Dia bergerak menghampir Farah. Sambil memandang Asmara dia tersenyum lagi.
“Sahlan tu licik Asmara…Zalia belum mati lagi..”, Osman berkata sambil menyentuh rambut Farah. Asmara memandang wajah Farah..hatinya bergetar, pandangannya dialihkan ke wajah Osman semula.
“Apa maksud uncle ….”, mendatar sahaja suara Asmara. Jiwanya tiba-tiba jadi sayu.
“Di atas kertas ,memang Zalia sudah mati.. tapi dia masih ada….Sahlan sekali lagi menipu Asmara…”,
“Farah…”, Asmara bersuara sambil memandang Farah yang berada disebelahnya. Farah kebingungan dia menggelengkan kepalanya bila Asmara datang menghampiri. Dia terperangkap ..dia tidak pernah mengenal Zalia. Dia mula menangis, ketakutan dan bimbang bersatu.
“Uncle tipu kan…”, Asmara bertanya mendapat kepastian Osman. Namun hati Asmara kuat mengatakan kata-kata Osman ada kebenarannya. Dia tidak pernah melihat jasad Zalia sebelum dikebumikan. Semuanya kabur. Kini persoalan itu mula terungkai. Tapi kenapa Farah seperti tidak pernah mengenal aku??, bisik hati kecil Asmara. Hatinya sakit..
Osman bangun dan datang menghampiri Asmara. Ditangannya ada beberapa keping kertas. Asmara tidak dapat mebaca isinya. Osman mengeluarkan pen.Dia berkata lembut kepada Asmara.
“Uncle nak minta Adam dengan cara baik dari Asmara. Ini dokumen perjanjian serah anak angkat kepada Uncle. Walaupun Adam memang cucu kami ..tapi kami memang tak ada sebarang bukti yang Adam adalah anak Raziq. Dalam undang-undang…Asmara adalah ayahnya….”, Osman berhenti tiba-tiba.
Dia menghela nafas sambil memandang Farah.
“….dan Zalia juga telah mati secara rasmi”, dia menyambung kata-katanya sambil menghulurkan kertas dan pen ke tangan Asmara. |
|
|
|
|
|
|
|
Part 10 (b)
Asmara hanya memandang sepi dokumen perjanjian terbut. Dia tidak mampu berfikir. Kejutan bahawa Farah adalah Zalia masih belum mampu dihadamnya. Farah pula tidak bersuara..tidak mengiyakan malah tidak juga menafikan. Asmara menjadi bingung.
“Saya tidak akan serahkan Adam pada sesiapa..biarlah saya yang jaga dia..dia anak saya , tak mungkin saya boleh berpisah dari Adam”, Asmara bersuara tiba-tiba. Nadanya suaranya bergetar…dia sebak.
‘Selagi saya hidup..sesiapapun tak boleh ambil Adam dari saya…”, dia menyambung lagi. Kali ini aimatanya gugur juga.
Wajah Osman berubah. Dia bingkas bangun menjauhi Asmara. Dia memanggil tiga lelaki upahan yang menculik Asmara dan Farah untuk masuk. Dia berbisik-bisik kepada mereka.
Ketiga-tiga lelaki tersebut menghampiri Asmara dan Farah. Seorang memegang Farah dan dua lagi memegang kedua dua tangan Asmara. Asmara cuba meronta untuk melepaskan diri.
“Uncle minta kerjasama Asmara…uncle tak mahu berkasar….”,
“Saya tak akan tandatangan !!!!”, pantas Asmara bersuara memotong. Dia tidak takut, dia akan pertahankan Adam walaupun nyawanya terancam.
Osman memberi isyarat. Kedua-dua lelaki yang memegang tangan Asmara mula memaksa Asmara untuk menurunkan tandatangan. Asmara tetap melawan. Sesekali kedua-dua lelaki itu memukul dan menumbuk Asmara supaya Asmara menjadi lemah. Namun Asmara masih juga berdegil, dia tetap tidak mahu menurunkan tandatangannya. Satu pukulan kuat disasarkan ke kaki kiri Asmara..menyebabkan Asmara menjerit dengan kuat. Farah terkedu…satu bayangan tiba-tiba masuk dalam fikirannya. Dia pernah melihat situasi ini…situasi di mana kaki Asmara dipukul. Dia memandang tepat ke wajah Asmara…dia mula teringat sesuatu. Sekali lagi Asmara di pukul..kali ini bahagian kepalanya dipukul dengan menggunakan pasu ….dahi Asmara berdarah. Farah terdiam lagi …bayangan itu muncul lagi dalam fikirannya…….
“Asmara……………………..”, laung Farah. Dia menangis.
“Please….berhenti….berhenti….”, rayu Farah. Dia tidak sanggup melihat keadaan itu lagi. Dia mula mengingat sesuatu. Satu demi satu kenangan mula menyesakkan fikirannya.
Asmara tidak mampu melawan lagi. Dia hanya membiarkan kedua-dua lelaki itu melakukan apa sahaja pada dirinya. Dia memandang ke arah Farah. Adakah gadis ini isterinya. Dia bertentang mata dengan Farah. Masa seakan berhenti ketika itu. Semua kenangan indah berputar. Semua kesakitan tidak langsung dirasakannya…..
“Zalia…..”, panggil Asmara lemah. Farah mengangguk sambil mengukir senyuman. Kedua-duanya basah dengan airmata. Asmara menggangkat tangannya perlahan cuba untuk mencapai tangan Farah yang terikat, dia mengengsot perlahan lahan. Tiba-tiba…sebilah pisau dihalakan tepat ke leher Farah. Asmara terkejut.
“Jangan….”, Asmara merayu sambil memandang Osman.
“Uncle tak minta apa-apa Asmara…cuma tandatangan dokumen ini…atau Zalia kami cederakan….”, Osman mengugut.
“Baiklah…tapi….tapi tolong jangan apa-apakan Zalia…tolong lepaskan dia..”, Asmara berkata sambil cuba memegang pen. Dengan terpaksa dia menandatangani dokumen tersebut. Dia benar-benar tersepit. Osman pantas merampas dokumen tersebut dan meninggalkan Asmara dan Farah di dalam bilik kecil itu. Sebelum keluar, Osman membisikan sesuatu kepada orang-orang suruhannya.
“Bunuh mereka….”, arah Osman.
Seorang daripada orang suruhan Osman menghampiri Asmara lalu memegang pergelangan tangan Asmara. Asmara yang lemah hanya membiarkan sahaja..dia tidak mampu untuk melawan…seluruh tubuhnya kesakitan. Lelaki tersebut mengeluarkan pisau dari poket seluarnya. Pergelangan tangan Asmara di kelar ..darah memancut keluar dari pergelangan tangan Asmara. Farah yang masih terikat ketakutan. Dia menjerit.
Terdengar bunyi derapan tapak kaki dari luar bilik kecil tersebut. Lelaki yang mengelar tangan Asmara itu terkejut. Dia melarikan diri meninggalkan Asmara dan Farah di bilik kecil itu. Asmara hanya terbaring lemah sambil melihat darah yang mula laju keluar dari tangannya itu. Dia menoleh mencari –cari kelibat Farah . Farah cuba menghampiri Asmara …semua kenangan lama yang berasak masuk ke fikirannya amat menyakitkan. Lebih trauma lagi melihat keadaan Asmara yang lemah dihadapan matanya. Asmara mula memejam rapat matanya dan Farah juga terbaring disisi Asmara. Dia pengsan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1471# zerra24
zerra ko tak carik mag hai baru ker? ader citer shahz ...aku tak dpt beli cik abe ada kat sebelah ..i malu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1470# oddxx
oddxx, part seterusnya? tak sabau plak saya...hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
ishh..korang nih ...esok esok la pulak....kang loya baca speku ...tak larat nak tgk gemilang malam karang ... |
|
|
|
|
|
|
|
bukak2 jer paper BH tadi..terpampang poster Gemilang..SJ didepan sekalik.... ...dulu Bionik, KA hero, now SJ leading..putaran idup kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1476# marchie
tolong paste kan article itu ...waaa tak dpt beli wooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1479# oddxx
marchie..
if oddxx x sambung speku ,u jgn pastekan tau...
suruh dia sambung speku dulu..
hahaa...jgn mare oddxx.........
paksaan nak suruh bg speku..ok x..ganaz ke...
hehe sorry......jgn 
x senang duduk ni slagi x dapat speku tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|