CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azwana_alia

ii) we LOVE Hazama - juara AF9 yg lain ada?

   Close [Copy link]
Post time 12-6-2011 03:46 PM | Show all posts
apsal  la serabut benor dancers tu...
low_profile Post at 12-6-2011 15:45


katanya tgh memukau babyrempit gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2011 04:00 PM | Show all posts
Hazama AF9 Favourite Ramai Sebagai Juara AF9?



KL, 12 JUN 2011: Murai Batu dimaklumlah, lebih 90,000 penyong telah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil semata-mata untuk menyaksikan pasukan Kelantan menentang Terengganu dalam Piala FA 2011 pada malam tadi.Agak-agaknya, berapa ramai pula penyokong Akademi Fantasia yang akan membanjiri membanjiri Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya untuk menyaksikan konsert final AF9 pada malam ini?

Konsert final AF9 ini akan menyaksikan persaingan sengit di antara pelajar Top 4 AF9 iaitu Fina, Hazama, Azri dan Lena. Dalam konsert final AF9, kesemua pelajar Top 4 ini akan membawakan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lain dan sebuah lagu baru yang telah dicipta khusus untuk mereka.

Fina misalnya akan membawakan lagu Satu Harapan yang dipopularkan oleh Jaclyn Victor serta lagunya sendiri yang berjudul Menangis Lagi. Hazama dengan Pukau nyanyian Tomok serta Cinta Teragung. Lena pula akan mempersembahkan lagu Dunia daripada Bunkface serta Sisa Kisah Kita. Manakala, Azri pula akan membawakan lagu Slank, Aku Tak Bisa dan Niskala.

Sukar sebenarnya untuk menentukan siapakah di antara keempat-empat Top 4 AF9 ini yang layak bergelar juara AF9. Masing-masing mempunyai kelebihan serta keistimewaan yang tersendiri. Masing-masing juga mempunyai penyongkong setia yang cukup ramai.

Namun, Murai Batu diberitahu di antara keempat-empat pelajar Top 4 ini, Hazama nampaknya menjadi pilihan serta favourite peminat untuk diangkat sebagai juara AF9. Malah, setakat ini, dia juga telah mendahului di tempat yang teratas dari segi jumlah undian. Adakah ini memberi satu petanda bahawa Hazama yang akan jadi juara AF9?

Kalau nak tahu sama ada ramalan ini tepat atau sebaliknya, kita tunggu sajalah keputusannya yang akan diumumkan oleh hos AF9, Aznil Nawawi atau Pak Nil sejurus selepas berakhirnya konsert AF9 nanti.

MURAIBATu: Tahniah buat pasukan Terengganu yang berjaya menewaskan Kelantan menerusi jaringan 2-1 dalam Piala FA 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Sebuah perlawanan yang cukup menarik
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:03 PM | Show all posts
Best gambar uols alyss.  Iols tak amik gambar pon, camera fon cap Ayam Jah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:03 PM | Show all posts
Siapa Juara AF9 Pilihan Pemain Bola Sepak Negara?



KUALA LUMPUR, 12 JUN 2011: Ramai merungut apabila penganjuran konsert final Akademi Fantasia 9 (AF9) yang ditunda daripada Sabtu, 11 Jun 2011 kepada 12 Jun 2011 yang bersamaan dengan hari Ahad ini. Namun, portal murai.com.my difahamkan penundaantersebut bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi ianya dilakukan kerana mahu memberi peluang kepada masyarakat untuk menyokong perlawanan akhir Piala FA 2011 yang telah pun berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada malam tadi.

Perlawanan yang menemukan 2 pasukan musuh ketat serta musuh tradisi dari Pantai Timur iaitu Kelatan dengan Terengganu itu telah disaksikan lebih 90,000 penyokong masing-masing sehingga mengakibatkan kesesakan yang luar biasa di seluruh kawasan yang berhampiran dengan Bukit Jalil. Malah, seawal tengahari lagi, kesesakan di Bukit Jalil sudah bermula apabila sudah pun ada penyokong daripada kedua-dua pasukan ini yang tiba di stadium tersebut untuk memastikan mereka memperolehi parkir yang berhampiran.

Apapun, perlawanan yang berlangsung selama 12 minit itu telah menyaksikan Terengganu dengan menewaskan Kelantan menerusi jaringan gol sebanyak 2-1. Ia adalah kemenangan kedua skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dalam Piala FA 2011. Manakala, Kelantan yang mendapat bimbingan jurulatih Datuk M Karathu terus kempunan untuk menjuari anugerah yang penuh berprestij itu.

Portal murai.com.my bagaimanapun sempat mendapatkan pandangan beberapa pemain bola yang terlibat dengan Piala FA 2011 tentang juara Akademi Fantasia 9 (AF9) pilihan mereka. Siapa agaknya juara AF9 pilihan mereka ini. Jom dengar apa kata mereka.

Khairul Fahmi Che Mat (Apex)

Hazama pilihan saya. Ini kerana Hazama mempunyai pengalaman sebelum ini dan ada kriteria sebagai seorang penghibur.

Faizal Muhammad

Senang saja. Saya pilih Hazama. Sebabnya mudah...suara Hazama sedap.

Zaquan Adha

Vote for Hazama. Dari mula lagi, saya rasa Hazama layak jadi juara.

Zikri

Saya pilih Fina sebab dia mempunyai bakat yang besar dan berpotensi untuk menjadi bintang dalam dunia seni hiburan.

Farhan Abu Bakar

Saya memilih Hazama kerana Hazama mempunyai suara yang unik dan boleh membawa pelbagai jenis lagu. Hazama memang sempoi. Hazama boleh pergi jauh dalam bidang seni hiburan. Cayok Hazama.

Izham Tarmizi

Pilihan saya Azri kerana dia mempunyai vokal yang mantap.

Irfan Fazail

Hazama sebab dia terbaik. Selepas itu, dia boleh kawtim. Go Hazama.

Fandi Othman

Saya rasa Hazama sebab dia mempunyai ramai penyokong dan ada bakat dalam bidang nyanyian ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:10 PM | Show all posts
Sinar harian

Siapa juara AF9

Malam ini, program realiti, Akademi Fantasia 9 (AF9) bakal melabuh tirai.

Konsert berlangsung di Dataran Putrajaya, ini pastinya dikenang memandangkan AF akan ditamatkan setelah bersiaran sejak sembilan musim lalu.

Selain menanti kelainan yang akan ditampilkan Astro untuk konsert berkenaan, tentunya gelaran juara menjadi tumpuan.

Saingan di pentas akhir menyaksikan pertembungan dua peserta lelaki dan dua peserta wanita iaitu Hazama, Azri, Fina dan Lena.

Melihatkan senarai ini, kesemua peserta ternyata mempunyai kehebatan tersendiri dan layak ke peringkat akhir.

Pujian tentunya diberikan kepada Hazama dan Fina kerana berjaya membuktikan kemasukan mereka ke AF9 tidak sia-sia.

Sebelum ini, mereka hanya tersenarai sebagai calon baru sebelum dibawa masuk menggantikan Amir dan Aida yang disingkir melalui Operasi Gugur.

Sementara, Azri dan Lena yang berjuang dari minggu pertama sudah membuktikan kesungguhan bergelar juara dengan persembahan konsisten setiap minggu.

Selain menyanyikan lagu penyanyi lain, setiap finalis juga akan diberi peluang membawakan lagu baru yang dicipta khas untuk mereka iaitu Cinta Teragung (Hazama), Menangis Lagi (Fina), Niskala (Azri) dan Sisa Kisah Kita (Lena).

Berdasarkan tinjauan yang dibuat di ‘pan fage’ Facebook AF9, kebanyakan penonton memilih Hazama untuk menjadi juara AF9.

Mengekori rapat ialah Fina yang dijangka mendapat tempat kedua, sementara Azri dan Lena dikatakan hanya boleh menduduki tempat ketiga dan keempat.

Namun, ramalan hanyalah ramalan kerana perlu diingat, kedudukan undian boleh berubah dan sesiapa saja berpotensi menggenggam trofi juara.

Siapa jua yang merangkul gelaran juara, nama mereka sudah selangkah untuk berdiri sebaris dengan juara AF musim lalu iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6), Hafiz (AF7) dan Shahir (AF9).

Konsert yang bermula jam 9 malam ini menampilkan juri tetap, Fauziah Ahmad Daud dan Hattan. Pemenang akan ditentukan seratus peratus melalui undian SMS oleh penonton
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 04:12 PM | Show all posts
Tenkiu alyss for the articles....malas nak google....masin lah mulut sume orang kan.  

jangan lupa afundi malam ni uolsss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2011 04:32 PM | Show all posts
sedih mengenangkan af nak habis..

teringat zaman af4 dulu.. semua peserta agak lemau..
dan ketak masukkan hazama dulu agak dissapointing..

masa dia perform kat final af4 tu, memang macam semua orang tunggu dia..
aznil buat2 kononnya hazama tak dapat datang and so aznil akan ganti perform.. tapi elehh
dia perform jugak lagu bukan aku tak cinta tu..
orang tepuk kat hazama lagi kuat berbanding the finalist..

so, pendek kata..
tak kisah la apa orang nak kata...
pada orang yang macam aku yang ada sentimental value sikit dengan sejarah af nie..
hazama memang layak masuk af9.. layak untuk ke final dan hopefully dapat jadi juara

good luck hazama..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 05:24 PM | Show all posts
anak sy suka hazama sbb pak nil kasi tau hazama n pgkat pak lang...dia ingt pak lang dia kat kg...bila hazama nyanyi dia pon sibuk la..."pak lang2....."tpi rasa mcm btul je hazama mng mlm n
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2011 05:39 PM | Show all posts
Reply 1464# alyssasarah


wahh geng2 bola pn minat hazama rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 06:16 PM | Show all posts
link menuju puncak raptai semalam

http://www.youtube.com/watch?v=c5eG5ybxqqg
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 06:59 PM | Show all posts
Reply  alyssasarah

paklang takut maklang sentap lak kalo lebih2 interaksinya...
xsabar lak n ...
low_profile Post at 12-6-2011 11:45

iyela nyah...mau maklang ngajuk pas konsert ngan aksi2 ganas pak lang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 06:59 PM | Show all posts
Reply 1430# vit_agen

jangan sedih2 laa psl org nak kututk hazama..
yg penting, bila hazama dah jadik juara nanti, senyaplah mulut yg mengata-ngata tu..
sapa yg nak peduli dgn fanatik pd mereka2 yg bakal kalah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 07:03 PM | Show all posts
waa.. byk nya pic yg cantik-cantik..
sesungguhnya malam ni mmg malam hazama.. buat yg terbaik ya hazama..
nyanyi yg paling baik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 07:03 PM | Show all posts
jangan lupa afundi uols.....kalo masa konsert takut jam pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 07:04 PM | Show all posts
korang tau tak susun sapa yg nyanyi mlm ni.. hazama nyanyi nomot berapa?

ai rasa hazama vs fina jek mlm ni...
sbb depa ni mmg sama sekapal.. moga rezeki depa berdua lah mlm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 07:15 PM | Show all posts
jangan lupa afundi uols.....kalo masa konsert takut jam pulak....
alyssasarah Post at 12-6-2011 19:03

Alys...toce2 wah byk gamba uols tepek yer...puas weols cuci mata...Ama nampak tambah smat bergaya gitu cam rupe jore jer kan..harap2 sume ok.. suspenyer iols mlm nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2011 07:53 PM | Show all posts
akak dah vote..takut nnt lewat sikit jem plak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 08:16 PM | Show all posts
korang tau tak susun sapa yg nyanyi mlm ni.. hazama nyanyi nomot berapa?

ai rasa hazama vs fina j ...
zehra2 Post at 12-6-2011 19:04


ilang lak post tadi...
heols last sekali jah............so jangan tunggu heols nyanyi baru nak mengundi hokay....naya jer nanti


1st round - lena (lagu bunkface), azri (niskilaa????), fina (menangis lagi), Ama (pukau)

2nd round - lena (kisah sisa cinta), Azri (tak bisa), fina (satu harapan), Ama (cinta teragung)
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 08:22 PM | Show all posts
nih merangkak cakap Adam Lambert's For Your Entertainment masa AMA kan....

Nyah lake))))))))))) m ...
alyssasarah Post at 12-6-2011 11:32


nyah, nanges airmata darah mek tengok ama veri der adam lamberty...ni saper punya keja nih...dahlah katernyer nak mengimbau kembali adegan heshe kat AMA arituh..mek tak rela...mek tak rela

tapi yang pasti walopon rambut dah diset ala2 mek hadam, suit pun ala2 mek hadam masa AMA tuh, mek hadam still jauhhhhhh lagi hensem dari ama
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 08:30 PM | Show all posts
lake)))))))))))))))) adam lambert nanges nengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.083777 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list