CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noneng

Arkib : Alkisah Mawi Putus Tunang...

 Close [Copy link]
Post time 8-7-2006 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by polaris_girlz at 8-7-2006 12:52 PM
Sedih arr tgk Fenomena Seni mlm tadi waktu lagu KIaN tu....


lagu kian tu mmg ada kena mengena plak dgn mawi-ina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2006 12:56 PM | Show all posts
Sedih ....

[ Last edited by  polaris_girlz at 8-7-2006 12:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 01:01 PM | Show all posts

Reply #831 polaris_girlz's post

Itula sedih betoi, mcm nak nangeh jer time tu dok tunjuk muka Ina ngan Mawi

sayu jer, mcm sebab lirik tu memang kena dengan situasi sekarang

lepas tu masa kat trek@selebriti ada plak tunjuk kisah arwah ayah Mawi, lepas tu dengar Mawi baca al-Fatihah lagi sedih,
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 8-7-2006 01:01 PM
Itula sedih betoi, mcm nak nangeh jer time tu dok tunjuk muka Ina ngan Mawi

sayu jer, mcm sebab lirik tu memang kena dengan situasi sekarang

lepas tu masa kat trek@selebriti ada plak tunjuk k ...

sabo canon...tahan rase sedih tue nanti ade pokcik tue mai die gelak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 8-7-2006 12:53 PM
pengaruh yg ina ckp tue make sense jugak la but ina dah terlebih ckp....aku btul pelik ngan mak ina n ayah die....at least diorang leh kasi nasihat spy tindakan ina tue tak mencemarkan nama baik di ...


mungkin mak bapak ina pun tau anak tgh tertekan...jadi tak nak bagi tekanan lagi, jadi serah bulat2 kat anak
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by greyrose at 7-7-2006 06:11 PM


tak baiklah cakap macam tu. cantik tu kan subjektif. bolehlah tahan muka ina tu, manis....cuma penampilan aje yg tak kena


:setuju::setuju:.. hahaha, tapi lps ni mesti dia ada perunding imej.. lps ni mesti lagi cantik kan, maklumla dah jadi eksekutif.. ahaks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2006 02:31 PM | Show all posts
sebenar wa yg jadi punca coz wa ayat ina gile2....ayat shakespears wa keluarkan....sampai bergoncang keimanan ina wa ayat.....wa cite ni coz wa sayang korang...tu yg wa cite....:nerd:













32:12 Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 03:23 PM | Show all posts
Orang yg x faham konteks derhaka jangan la buat kenyataan.
Derhaka apa kalau mak dia sendiri yg lipat baju untuk Mawi?
Derhaka ker kalau mak dia sendiri berdoa bila dia dalam akademi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2006 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 8-7-2006 03:23 PM
Orang yg x faham konteks derhaka jangan la buat kenyataan.
Derhaka apa kalau mak dia sendiri yg lipat baju untuk Mawi?
Derhaka ker kalau mak dia sendiri berdoa bila dia dalam akademi?

maafkan depa conan...lebih2 lagi yg takde astro tue....dgr ckp org jer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 03:29 PM | Show all posts
bg yg tiada astro;

pd awalnye mak mawi suka mawi jd bilal. pak atan mmg support mawi. akhirnye mak mawi tlg kemaskan baju mawi masuk af....maksudnye die restu....satu lagi mak mawi tak byk ckp...dan mak die mmg tak sihat...hanya pak atan jer yg slalu pi support mawi kat konsert af...

....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 03:36 PM | Show all posts
2 pengajaran daripada kisah si tanggang yang aku baca masa kat Taski dulu...


1. Menderhaka kepada ibu

2. Kacang lupakan kulit... yakni tak sadar diri.... :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 04:15 PM | Show all posts
eksekutif pemasaran + model sambilan....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 04:27 PM | Show all posts

Reply #914 mendonan's post

dpt jadi eksekutif syarikat mana ek?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 08:18 AM | Show all posts
credits to VM

9 July 2006








Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 08:20 AM | Show all posts
credits to VM

9 July 2006








Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 10:17 AM | Show all posts
ini yg terbaru diupdate oleh VM





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2006 06:46 PM | Show all posts

Mawi hantar wakil putuskan pertunangan

Tsk tsk tsk tsk tsk..nak putus gak tunang ko ye Mawi.

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0708232824/Article/

Oleh Johan Afandi dan Serimah Mohd Sallehuddin

KULAI: Juara Akademi Fantasia (AF3), Asmawi Ani menghantar rombongan untuk menemui keluarga Nor Diana Mohd Naim, 22, atau Ina bagi memutuskan pertunangan mereka secara rasmi, petang semalam.

Bagaimanapun rombongan dua kereta yang disertai kakak Mawi, Rashidah, adik dan emak angkatnya tidak dapat menemui keluarga Ina yang kini berada di Kuala Lumpur.

Rombongan keluarga Mawi tiba di rumah keluarga Ina kira-kira jam 5 petang.

Mawi yang ditemui pada majlis tahlil hari ketujuh kematian bapanya berkata, beliau akan berbincang semula dengan keluarganya bagi menghantar rombongan ke rumah Ina untuk kali kedua.

?aya masih belum sempat berbincang untuk menghantar rombongan kali kedua tetapi sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana keluarga Ina tahu mengenai kehadiran kami,? katanya pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu.

Pada 1 Julai lalu, Berita Harian melaporkan Mawi membayangkan mahu memutuskan pertunangan dengan Ina ketika menghubunginya melalui telefon.

Dalam perbualan itu, Mawi berkata, ?alau aku terus dengan kau, aku akan kehilangan keluarga dan tak ada sesiapa lagi dalam dunia ini. Aku serahkan keputusan pada kakak aku, kau terima saja semua keputusan yang dia buat nanti.?

Malah, kedua-duanya dikatakan jarang berhubung sejak Februari lalu selepas kali terakhir berjumpa di rumah Mawi pada Aidilfitri lalu. Sejak itu, setiap kali ingin menghubungi tunangnya, Ina akan menelefon pembantu peribadi Mawi.

Hubungan Mawi dan Ina dikatakan semakin dingin apabila timbul gosip cinta antara juara AF3 itu dengan Diana Rafar, akhir Mac lalu. Malah, Mawi sendiri mengaku rapat dengan penyanyi itu.

Mawi berkata, dia tidak mahu lagi isu berkenaan disensasikan dan cukuplah dengan apa yang sudah dilaporkan media massa.

Katanya, selepas cuti tiga minggu, beliau akan menumpukan perhatian penuh pada karier seninya.

Difahamkan, keluarga Ina tiada di rumah kerana menghantar Ina ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai eksekutif pemasaran.

Ketika ditanya sama ada wartawan mengganggu kehidupan peribadinya, Mawi berkata, beliau merasakan itu adalah kerja pihak akhbar.

?aya cuba memberikan kerjasama terbaik kepada wartawan akhbar dan elektronik tapi cukuplah setakat ini, saya tak mahu komen apa-apa lagi berhubung hubungan saya dengan Ina,? katanya.

Sementara itu, Ina ketika dihubungi berkata, keluarganya memang sudah dimaklumkan sendiri oleh Mawi untuk berkunjung ke rumahnya namun tarikh sebenar rombongan itu tiba tidak dinyatakan.

?emang Mawi ada memberitahu abah Ina mengenai rombongan itu... tapi dia tidak pula maklumkan tarikhnya,? katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 06:58 PM | Show all posts
Itulah Mawi..hidup dunia artis memang tidak pernah sunyi dari begai2 masalah, gossip dsb...so..lepas putus tunang ni..jangan menggatal plak..krn ko pasti akan diikuti dgn begitu rapi oleh media2, kawan2 dan lawan ko nanti.


Dia bukan Ina saya kenali


?UDAH terlambat, tidak mungkin saya meneruskan pertunangan ini,? itulah yang diungkap berulang kali Bintang Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani (Mawi) apabila ditanya mengenai kesudahan hubungannya dengan Noordiana Mohd Naim (Ina) dalam temubual eksklusif bersama wartawan Metro Ahad (MA), SHAKILAWATI ABD RAHMAN dan jurugambar, ZAIN AHMED, di sebuah hotel di Senai, Johor, Rabu lalu.

Mawi yang masih sedih dengan kehilangan ayahanda tercinta, Allahyarham Ani Ahmad tenang melontarkan kata-kata dan sesekali sebak, terutama apabila berbicara mengenai kontroversi ikatan pertunangannya.

Ikuti luahan hati Mawi mengenai keputusan, punca kekeruhan hubungan, restu keluarga, kekesalan, pengajaran dan harapan.

MA: Status sebenar pertunangan Mawi?

MAWI: Selepas apa yang berlaku, jawapan saya putus. Saya sudah berbincang dengan keluarga dan kami sebulat suara dengan keputusan ini. Tiada gunanya lagi kami teruskan hubungan ini, keluarga saya pun malu, kami kena cukup-cukup. Keluarga masih bersedih dengan kehilangan abah, keluar pula cerita ini. Lagipun, ini yang Ina mahu. Dia tidak boleh bersabar dan terlalu mendesak. Tidak mengapalah, sudah terlambat untuk berpatah balik. Keluarga saya akan berjumpa keluarga Ina, nanti dikatakan pula tidak beradab dan biadab. Bila masanya, belum pasti lagi kerana kami masih berkabung. Tunggulah, kami tetap akan datang dalam waktu terdekat ini.

MA: Apa membuatkan Mawi nekad dengan keputusan ini?

MAWI: Saya sudah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Susah menjalin hubungan antara keluarga apabila dicemuh dengan kata-kata mengguris hati. Tidak sepatutnya Ina bercerita perbualan peribadi kami kepada media. Akibatnya, ia menjadi besar dan digembar-gemburkan. Kalau tidak bercerita, mungkin perkara ini boleh dibawa berbincang lagi. Sudah puas saya kena maki hamun dengan peminat. Mereka membuat penilaian berdasarkan kenyataan sebelah pihak, walhal mereka tidak berhak menjatuhkan hukuman jika tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

MA: Sejak bila Mawi berfikir untuk menerus atau menamatkan hubungan dengan Ina?

MAWI: Sudah lama, kira-kira lima bulan. Terus terang ketika itu saya sayang dia dan mahu meneruskan hubungan kami. Jika dia boleh bersabar dan tidak terlalu mendesak, perkara ini mungkin boleh diselamatkan lagi.

MA: Apa yang berlaku sebenarnya sehingga timbul cerita keluarga tidak merestui, bahkan saya difahamkan sebelum ini Mawi dalam dilema kerana arwah Pak Atan dan keluarga kurang senang dengan Ina?

MAWI: Sukar untuk saya jelaskan kerana ia terlalu peribadi. Yang boleh saya katakan, ada masalah antara Ina dan keluarga saya. Ada insiden di mana dia mengguris hati keluarga saya. Di mana silapnya, biar ia terus menjadi rahsia saya, Ina dan keluarga. Saya tidak mahu melukakan hati, menjatuhkan maruah atau air muka orang. Biarlah dia yang rancak bercerita dengan media, tetapi tidak sesekali saya. Bagi saya, apa yang berlalu biarlah berlalu. Niat saya dulu mahu berbincang dengan abah sekali lagi dan dapatkan lampu hijau untuk meneruskan hubungan selepas dia sembuh, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Apapun, bagi saya dalam bab soal kahwin, restu keluarga sangat penting.

MA: Bagaimana perasaan Mawi terhadap Ina sekarang?

MAWI: Tawar hati. Dia bukan lagi Ina yang saya kenali dulu. Pertama kali bertemu pada 2004, Ina manis dan pendiam. Apa yang berlaku ini seperti dirancang. Selepas berbual dalam telefon Jumaat minggu lalu, dia terus bercerita dengan media. Apa niat dia sebenarnya? Sebelum inipun dia jelaskan di akhbar yang dia tawar hati dengan saya, jadi untuk apa lagi kami teruskan.

MA: Yang paling Mawi kesali mengenai Ina?

MAWI: Dia bercerita hal peribadi kami kepada media. Dari dulu saya berpesan kepada Ina mengenai perkara ini. Saya faham keadaan dia, tertunggu-tunggu dan risau, tetapi dia perlu bersabar. Hanya kesabaran tinggi dapat redakan kerisauan di hati. Paling saya tidak tahan, dia terlalu mendesak. Dia tidak menghormati keadaan abah yang terlantar sakit di hospital.

MA: Maksud Mawi?

MAWI: Sebulan lalu saya, Ina dan keluarganya berjumpa di Kuala Lumpur. Saya jelaskan keadaan abah dan minta mereka bersabar sehingga abah sembuh. Kemudian, baru boleh berbincang dan dipersetujui Ina dan keluarganya. Selepas sebulan dia bertanya lagi dan mendesak saya supaya memberikan jawapan. Fikiran saya benar-benar berserabut, saya risaukan keadaan abah yang kritikal dan tunang pula tidak henti-henti mendesak. Saya memintanya bersabar, tetapi dia terus mendesak. Sepanjang abah di hospital, Ina menghubungi saya beberapa kali untuk mengetahui tarikh perkahwinan. Dia turut memberi kata putus, tentukan tarikh atau dia akan tamatkan hubungan. Apa anda akan lakukan bila di kedudukan saya? Saya rungsing dan susah hati, sepatutnya dia hormati keadaan abah. Kemuncak malam Jumaat minggu lalu, kami bergaduh di telefon dan esoknya cerita kami keluar di akhbar. Lebih menyedihkan, ia digembar-gemburkan seolah-olah saya putuskan pertunangan, padahal maksud saya ketika itu, keluarga saya akan berjumpa keluarganya untuk berbincang. Kesedihan berganda apabila kisah ini dibesar-besarkan ketika abah saya pergi buat selama-lamanya.

MA: Apa tujuan Ina datang berjumpa Mawi di Kuala Lumpur minggu lalu?

MAWI: Setahu saya, dia ada sesi fotografi. Kami tidak berjanji untuk berjumpa. Lagipun ketika itu saya sibuk, mustahil boleh jumpa. Dari jam 3 petang saya sibuk di RTM, kemudian ada persembahan di Hotel J W Marriot pada sebelah malamnya. Antara waktu itu, saya ada rehearsal dan sound check. Ketika membalas panggilannya, dia mendesak saya supaya memberikan keputusan, biarpun berkali-kali saya jelaskan tunggu sehingga abah sembuh. Tindakan Ina tidak kena pada waktunya, malah menambah tekanan yang ada. Saya betul-betul sedih dan terkilan. Selama ini saya berharap kehadirannya (sebagai tunang) dapat memberikan kekuatan dan semangat kepada saya, tetapi sebaliknya yang berlaku.

MA: Benarkah Ina sukar menghubungi Mawi dan perlu melalui pembantu peribadi (PA) atau kakitangan Maestro sebelum bercakap dengan Mawi. Dia juga tidak ada nombor telefon Mawi?

MAWI: Dia ada nombor saya. Nombor yang dipegang PA saya adalah nombor saya. Masalahnya saya kerja, jadi tentu telefon saya dipegang pembantu peribadi atau kakitangan Maestro lain. Boleh dikatakan pada kebanyakan masa mereka menjawab panggilan saya. Selepas keluar AF pada Ogos tahun lalu sehingga Januari lalu, kami kerap berhubung. Kadangkala dalam satu hari, lima hingga tujuh kali dia hubungi saya. Jadual saya padat dan adakalanya dia hubungi saya pada waktu tidak sepatutnya, antaranya di atas pentas, ketika latihan atau menguji sistem bunyi. Dia mahu berbual seperti biasa, tetapi tidak boleh kerana waktu terlalu suntuk. Biasanya jam 2 atau 3 pagi baru selesai semua kerja. Tidak dinafikan tiga atau empat bulan ini memang susah untuk berhubung, tetapi bukan tidak ada langsung.

MA: Sebelum ini anda mengaku tidak suka Ina menjadi model dan muncul di majalah atau akhbar. Kenapa?

MAWI: Memang betul saya tak suka. Bagi saya, tidak perlu kerana ketika itu dia tunang saya dan bukan artis. Bukan senang apabila menjadi perhatian ramai kerana banyak cabaran dan onak durinya. Berkali-kali kami berbincang mengenai perkara ini, tetapi apa boleh buat dia minat dan saya tidak boleh halang rezeki orang. Kalau ikutkan, dia boleh tolak tawaran yang datang, tetapi dia nak juga. Mungkin sudah tertulis itulah rezekinya.

MA: Jika perkara ini tidak berlaku, apa yang Mawi mahukan dalam hubungan ini?

MAWI: Dia mendengar kata, bersabar, hubungan baik dan pandai ambil hati keluarga serta tidak perlu mendedahkan diri dengan media.

MA: Teman hidup yang bagaimana Mawi harapkan?

MAWI: Paling penting bukan sebab populariti saya, faham kerja saya, tidak terlalu mengikut perasaan, tenang, matang, tidak cepat melatah dan menerima saya seadanya.

MA: Jika tidak menjadi keberatan, boleh Mawi kongsi pengajaran yang diperoleh melalui peristiwa ini?

MAWI: Tuhan sentiasa menguji orang yang sabar. Sesuatu yang diberi tidak semestinya kekal. Ada yang diberi dan ada yang ditarik. Contoh terdekat, saya dilimpahkan dengan duit dan diberikan kereta yang mana satu ketika dulu tidak pernah terlintas di fikiran. Pun begitu, dalam sekelip mata saya hilang abah dan Ina. Dari situ saya sedar kita kena sentiasa bersedia menghadapi apa juga kemungkinan dalam hidup.

MA: Harapan anda terhadap peminat?

MAWI: Saya harap peminat hormati keputusan saya dan keluarga. Beri saya peluang untuk menentukan hidup saya serta teruslah menyokong karier saya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 09:01 PM | Show all posts

Reply #1 Anak_Nogori's post

Apa la tak rancang betul2 ... :stp:

Sebab tu la tak dpt jumpa ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 11:03 PM | Show all posts
dah ade kenyataaan balas ni, pastu dah kompem ni, patut2 nye lps ni tak de la lg nak berbalas2 nye..tp kalo kluor plak lg dr yg sorang lg..takut lg meleret2 la plak, tapi kalau dah paham n terima kenyataan di depan mate., tutup buku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.340487 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list