CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cosign45

RIANZ PARADISE VOL. 86 - Request Kita Sama dan Bermula Semula

[Copy link]
Post time 23-10-2009 10:46 PM | Show all posts
tuh r....syian kat ai

dah la teman duet tgh bz marathon....raya haji plak tu br sampai
joenjohana Post at 23-10-2009 22:44
.. JJ, redah aje, tak larat cikgu nak check mlm2 neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 10:46 PM | Show all posts
emmm!!! sepai leman...
kn64 Post at 23-10-2009 22:43
rasa nak gelak besar tiba2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:48 PM | Show all posts
kita sambung novel ya

Page 51

“Amy rasa tak adil Tok, ayah, mama” mataku memandang satu2 wajah di hadapanku. Suaraku bergetaran menahan sebak di dada. Mataku sudah mula berkaca-kaca.

“Kalau pilihan Amy itu lebih baik dari Zaiful bawa ke sini kpd ayah, biar ayah selesaikan. Kalau tdk jgn sesekali membantah cakap Tok Bonda” kali pertama di dalam hidupku ayah menurut kata bondanya tanpa banyak soal jawab.

Ayah sudah lupakah pd apa yg berlaku pd dirinya? Mana prinsip hidup yg ayah selalu war- warkan kpd kami bertiga sepanjang hidup kami? Ayah membezakan antara aku dan abg2ku yg bebas berkawan dan membawa balik wanita manapun yg berkenan di hati. Amaran ayah membuatkan telingaku berdengung-dengung. Itu sesuatu yg mustahil, mana mungkin aku membawa lelaki itu kpd ayah dgn serta merta. Dia sudah beribu batu jauhnya dr kami. Mengapa aku langsung tdk diberi kesempatan dan tempoh utk membuktikan pilihanku itu yg terbaik?” hatiku berbicara sendiri

Aku bagaikan layang2 yg sudah terputus tali, yg aku tahu kini Azlan sayangkan aku. Dia terlalu sayang pdku. Kalau dibandingkan dgn Zaiful tentunya Azlan lbh berkarisma, lebih kacak dgn caranya yg tersendiri walaupun mungkin dia tdk begitu kaya. Aku bukan mahukan lelaki kaya, cukuplah sekadar dpt memberi hidup yg selesa kpd kami sekeluarga. Namun hanya ada sesuatu yg membezakan mrk, yg tdk dpt disaingi oleh Azlan sampai bila-bilapun. Dia bukan keturunan itu, dia bukan dilahirkan dr kalangan itu, dia org kebanyakan. Hanya itu saja kekurangannya.

“Dengar cakap Tok, bertunang dulu dgn Zaiful, terima dia perlahan-lahan, kita tgk mcm mana, tempohnya 6 bulan, lepas itu kita buat keputusan” kata tok Bonda. Aku cuba memahami maksudnya. Kalau bertunangpun aku sudah tdk dpt menghubungi Azlan lagi. Hubungan kami putus di situ.

“Tapi Tok mesti pegang pada janji, kalau Amy tak dapat teruskan Amy nak putus” Dalam pasrah aku meronta spt bernafas di dalam air. Aku masih mahu nyawaku. Hanya Allah kini yg akan menjadi tempat aku berserah. Ayah, mama dan Tok Bonda tersenyum memandangku. Tok Bonda mengangguk2 spt meyakinkan aku ttg hal yg satu itu.

Malam itu mama masuk ke bilikku. Kami berbual panjang, dari hati ke hati. Mama menceritakan ttg kisah hidupnya yg tak pernah ku ketahui sblm ini. Aku tahu mama banyak menderita sebaik saja membuat keputusan menikah dgn ayah. Satu2 cerita silam itu terbongkar.



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:48 PM | Show all posts
.meluat kan????? hiii, budak tu
cmf_blingblings Post at 23-10-2009 22:40



tu la pasal....sinis je budak tu

nur pun satu sengal....baik sgt....cam xrealistik plak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:49 PM | Show all posts
tu la pasal....sinis je budak tu

nur pun satu sengal....baik sgt....cam xrealistik plak..
joenjohana Post at 23-10-2009 22:48
.. ha ah, mcm tak da perasaan...ke sayang bbnor kat adik dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:50 PM | Show all posts
SR jap..kne tgk adik wat keje skulah..
sok balik kg..{:3_81:}
nurul1985 Post at 23-10-2009 22:42




kakak mithali....mesti dongchan oppa sukerr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2009 10:50 PM | Show all posts
Page 52

Tok Bonda rupanya menerima mama pd mulanya ttp di sebabkan desakan dan tekanan seluruh keluarga ayah memaksa dia juga bersikap dingin pd mama. Kata mama Tok Bonda adalah ibu mertua yg mulia. Tanpa pengetahuan sesiapa Tok Bondalah yg menyaran dan menguruskan perlantikan ayah sbg pegawai kerajaan agar ayah dapat ditempatkan jauh dr kaum kerabat kami.     

Berada jauh dr kaum keluarga menjdkan hidup mama tenang di samping ayah. Bertugas kpd rakyat mendekatkan ayah kpd masalah sebenar yg membuatkannya insaf dan bertambah kuat menghadapi sesiapapun. Kelahiran kami seorg demi seorg mengubah keadaan itu menjadi baik, keluarga menjadi rapat semula.

Berbeza pula dgn masalahku, walaupun ayah dan abg2ku memilih sesiapapun sbg pasangan hidup ia tdk memberi perbezaan kpd anak2 yg lahir. Mrk tetap membawa gelaran itu hingga ke mati. Itulah darjat yg tdk dpt dibeli. Keadaan ku sama dgn semua sepupu perempuan ku yg lain. Kami akan dicadangkan bbrp pilihan yg kesemuanya dr keturunan bergelar, namun jk kami bertuah dan mmg sudah mempunyai pilihan sendiri dr kalangan itu maka mudahlah prosesnya. Yg sulitnya bila pilihan kami dr kalangan org kebanyakan.

Mmg ada yg terjd tp akibatnya terlalu memedihkan. Perbezaan itu kdg kala membawa kepada penceraian dan itu amat memalukan kaum kerabat sendiri. Kalau aku menerima Azlan pastinya keturunan kami akan mati saja di situ. Anak2 ku nanti tiada apa2 gelaran lagi. Secara automatiknya kami sudah tiada beza dgn org kebanyakan.

Alangkah kejamnya hukuman terhadapku hanya krn dilahirkan sebagai wanita. Tidak berupaya memilih lelaki yg dapat menjadi teman hidup dan pendamping sedangkan aku juga ada perasaan. Lebih baik aku menjd rakyat yg tiada bergelar, mudah saja memilih sesiapa yg aku suka. Mama hanya mampu memujuk dan berdoa semoga hidupku beroleh kebahagiaan, semoga Zaiful dpt menjadi lelaki yg aku dambakan. Semoga hatiku akan terbuka menerima Zaiful dan menyayanginya. Namun di kala itu mana mungkin, hatiku sudah ku serahkan pd org yg sudah jauh drku. Hatiku ada pada Azlan, hanya pdnya.

Segalanya berlaku dgn begitu pantas, majlis pertunangan itu rupanya sudah dirancangkan lama dr yg ku sangka. Ianya begitu teratur, meriah dan mewah tp tertutup. Tiada media yg membuat liputan. Itu arahan ayah. Aku lega. Aku tak mahu wajah murungku menghiasi majalah2 yg sentiasa dahagakan liputan spt itu.   

Cincin berlian emas putih gaya moden itu tersarung dijari manisku. Aku sah menjadi tunangan Tengku Zaifullah yg begitu kacak berpakaian Melayu warna hijau air,  begitu juga dgnku berkebaya moden hijau muda bersulam dihiasi manik dan sekuin mahal berkerlipan. Mataku hanya memandang cincin itu, cincin yg mengikat aku dan Zaiful, yg membuang Azlan jauh dr ku untuk selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:50 PM | Show all posts
emmm!!! sepai leman...
kn64 Post at 23-10-2009 22:43



pebenda lak ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 10:51 PM | Show all posts
opocot!!! terkiss pulak...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:51 PM | Show all posts
pebenda lak ni?
joenjohana Post at 23-10-2009 22:50
inspector gajet!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:52 PM | Show all posts
opocot!!! terkiss pulak...


kn64 Post at 23-10-2009 22:51
berapa kalilah director kata cut!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:53 PM | Show all posts
pebenda lak ni?
joenjohana Post at 23-10-2009 22:50
ish!!! budak2 tak boleh menyampuk..haha!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:55 PM | Show all posts
ish!!! budak2 tak boleh menyampuk..haha!!!
kn64 Post at 23-10-2009 22:53
dlm rumah ni pun ada gak sorang pantang ada kejadian anih sikit cepat2 ja nak story!! tak sporting langsung.. mcm tau aja mak dia suka yg ala2 brat pitt
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:55 PM | Show all posts
kakak mithali....mesti dongchan oppa sukerr
joenjohana Post at 23-10-2009 22:50


kaka john)))))))))))))))


























jgnla...ai malooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:56 PM | Show all posts
opocot!!! terkiss pulak...


kn64 Post at 23-10-2009 22:51


scene neh pon byk kali ulang...
sbb tak ter"kiss"
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 10:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_blingblings at 23-10-2009 22:59

Page 53

Aku buang harapan yg pernah ku himpunkan untuk bersama Azlan. Aku menerima Zaiful sebagai tunangan dan bakal suamiku, pendamping hidupku. Aku kenal Zaiful bertahun-tahun lamanya sebelum aku kenal dgn Azlan malah kami pernah keluar berdating bbrp kali ketika remaja tentunya tak susahpun untuk menyesuaikan diri dgn suasana baru.

Seperti kehendak Azlan aku turuti segalanya, tiada sebarang berita utknya di sana. Pastinya dia sudah maklum ttg kedudukanku. Zaiful juga manusia biasa, mungkin itu zaman muda, zaman remaja yg nakal. Dia tentunya berubah kini. Aku tdk akan berpaling darinya jauh sekali menduakannya. Dia kerap menalifon bila ada masa yg terluang, aku faham dia juga baru memulakan karier barunya yg terlalu mencabar, mana ada masa untuk keluar berhibur spt dulu.

Lan, ampunkan aku, itu saja yg dpt ku luahkan, aku makin tdk berdaya. Di kala hatiku masih pd Azlan namun slps 6 bln dr skrg aku akn sah milik Zaiful selamanya. Itu hakikat, itu reality, aku tdk bermimpi lagi.

Dlm kesibukan Zaiful sempat juga dia mengajak aku menemaninya ke mana-mana acara formal dan kdg kala kami keluar makan bersama. Lelaki sekacaknya terlalu mudah mendapat perhatian sesiapa. Bukan saja dr segi rupa paras yg menarik ttp dia mampu membuatkan org terpukau dgn bicara bernasnya ttg apa-apa saja topik yg dibincangkan. Makin lama aku seperti jauh drnya krn personaliti kami yg amat berbeza. Kalau sudah berjumpa gengnya dia rancak bergebang hinggakan aku ditinggalkan keseorangan. Bagaikan aku tdk wujud di sebelahnya.

Di kala kaum keluarga sudah begitu ghairah mengaturkan dan menyusun pernikahan yg paling gah, aku kian terasa jauh dr Zaiful. Semakin jarang dia menalifonku, namun aku tdk pernah menolak jk diajak keluar bersamanya. Entah di mana silapnya kami bagaikan dua jasad yg tiada berjiwa. Guraunya pdku tdk pernah lucu, pujukannya tak terasapun di hati, senyuman dan tawanya benar2 hambar lagi tawar. Seperti dibuat-buat. Kian terasa begitu penat dan tersiksa utk menghabiskan satu jam keluar dan makan dgnnya.

Tiada yg ada padanya yg blh membuatkan aku gembira, begitu bosan dan hambarnya hubungan kami. Aku tak tahu adakah aku yg bersalah krn terlalu dingin atau mmg Zaiful kurang bijak mengambil hatiku. Tak pernah walau sedetik aku merasa ada keghairahan yg bangkit dr hubungan kami selama ini. Aku tak selesa disentuhnya apatah lagi bermesraan berlebih-lebihan.

Apa yg dapat aku rasakan, dia amat berbeza sekali dgn Azlan bagai langit dgn bumi. Cara dan butir bicara Zaiful tdk menarik minatku langsung, siang mlm hanya ttg kerja, perniagaan dan wang. Tiada satupun dr anggota tubuhnya yg dpt menggetarkan jiwaku. Dia mmg kacak tp terlalu kaku dan seperti tdk berperasaan. Agaknya dia juga menganggap aku sedemikian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2009 10:59 PM | Show all posts
apsal la nw ni lembabs ya amat??? ishhh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 11:00 PM | Show all posts
apsal la nw ni lembabs ya amat??? ishhh...
ameeras Post at 23-10-2009 22:59
maybe ramai yg gn nak tgk belanjawan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 11:02 PM | Show all posts
ish!!! budak2 tak boleh menyampuk..haha!!!
kn64 Post at 23-10-2009 22:53




aiihhh...semacam jek ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 11:02 PM | Show all posts
scene neh pon byk kali ulang...
sbb tak ter"kiss"
nurul1985 Post at 23-10-2009 22:56



nakkkkk stoooookkkkks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.079756 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list