|
Reply 1456# hijau88
omg hazab gilerr tunjuk bulu dada![](static/image/smiley/default/mad.gif)
tizz maintain cunn![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
She has the right move. Buat apa nak cerita pasal family? Daddy dia hero mak dia kat rumah. Tu drama ...
kejora10 Post at 9-1-2011 11:15 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
curlasstt statement sukeee![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Berkahwin dengan anak VVIP
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
[email protected]
Foto WAHIDAH ZAINAL
Solekan & dandanan WAWA (017-3652909)
Busana EZUWAN ISMAIL (012-2646871)
Bingung dari mana timbul cerita perkahwinannya itu sedangkan dia tidak punya skandal dengan mana-mana lelaki.
KESIMPULANNYA, 2010 yang baru seminggu berlalu merupakan tahun cukup sukar bagi diri pelakon Tiz Zaqyah. Tahun eksperimen selepas bergelar anak seni yang penuh laluan berduri, akhirnya berjaya ditempuhi selepas drama Nur Kasih, lakonannya diterima baik sekali.
Impak jangka pendek, pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini dilimpahi populariti.
Bagaimanapun, ada pihak yang mengatakan, nama Tiz lekas dikenali dek kerana kontroversi ciptaannya sendiri. Antara yang dirancang adalah hubungan istimewa dengan pelakon kacak Remy Ishak dan kekasih gelap kepada duda jutawan, Rizal Ashram atau Jejai.
Kecenderungan masyarakat setempat yang mahu mengetahui warna sebenar Tiz mendapat perhatian seluruh masyarakat. Soal cinta menjadi topik utama bagi menafsirkan peribadi sebenar wanita yang menginjak usia 22 tahun pada Oktober depan. Siapa sebenarnya lelaki yang bertakhta di hati pelakon berbintang Scorpio terus menjadi perhatian. Lama kelamaan, masyarakat mula menghidu hubungan cinta Tiz dengan golongan kenamaan (VVIP) pula.
Terbaru, Tiz dikatakan sudah berkahwin dengan anak ahli Parlimen yang berasal dari Pantai Timur. Mereka dikatakan punya hubungan istimewa dan sering keluar bersama termasuk ke luar negara.
Orang terdekat pernah melihat pasangan itu makan malam bersama di beberapa restoran eksklusif di ibu kota bersama dua lagi anak Parlimen dari negeri yang sama.
Menurut mata-mata sekeliling yang melihat pasangan tersebut, mereka tiba ke lokasi pertemuan menaiki dua kereta yang berasingan
Sejauh mana kebenaran khabar berita tersebut, pertemuan di Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) yang terletak di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur baru-baru ini menguraikan segala-galanya.
Sesi fotografi seawal pukul 8.30 pagi buat artis berkulit putih gebu itu dilakukan selepas Tiz siap didandan rapi oleh jurusolek Wawa. Cuaca sejuk di kala itu bertukar kepada ‘terik’ apabila menyentuh perkara tersebut.
‘‘Saya bingung sungguh, macam mana cerita berkahwin ini boleh timbul. Saya masih single, belum bertunang atau pun berkahwin seperti mana yang dihebahkan itu. Malah saya tidak kenal sama sekali siapa anak Parlimen yang dimaksudkan itu.
‘‘Lagi satu, masakan orang boleh tuduh saya sedemikian, sedangkan teman lelaki pun saya tak punya lagi. Dari mana ia tersebar, saya tak tahu menahu.
‘‘Sedangkan hakikatnya, saya bertungkus-lumus siang dan malam bekerja. Setiap hari pergi penggambaran, kadang kala tak pedulikan waktu. Tak sangka keluar pula cerita sebegini,’’ reaksi awal Tiz saat persoalan status dirinya dibangkitkan.
Katanya, gosip melibatkan air mukanya itu diketahui menerusi teman-teman sekolah yang mengkhabarkan perkara tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
‘‘Saya akui, memang pernah saya dihimpit dengan beberapa VVIP. Ada yang beralasan mahu berkawan dengan saya. Ada juga yang murah hati, nak menaja saya pun ada, tapi saya tolak baik-baik. Sebabnya, saya bukan semurah itu. Mudah meminta-minta, itu bukan saya.
‘‘Lagi pun saya masih muda untuk menggapai apa sahaja yang saya idamkan. Juga masih ada ibu bapa yang perlu didahulukan bila soal jodoh diutarakan. Mereka lebih arif dengan kehidupan peribadi anak mereka,’’ katanya berterus-terang.
Berhubung tentang isu perkahwinan, bapa Tiz yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Zak, 69, disifatkan sebagai insan paling prihatin dengan apa sahaja gosip melanda anak bongsunya itu.
Ceritanya, setiap kali keluar sahaja cerita kurang baik tentang Tiz, pelakon tele filem Gadis Semasa ini pasti akan bersoal siasat dengan bapanya. Kadangkala sampai berjam-jam lamanya.
‘‘Daddy adalah seorang yang sangat tegas dalam soal cinta. Saya tidak dibenarkan sama sekali membuat hubungan dengan mana-mana lelaki. Jadi kalau keluar cerita mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki, habislah saya kalau balik rumah.
‘‘Mesti saya kena menghadap daddy. Menjawab semua soalan-soalan dia sehinggalah dia berpuas hati. Tidak kurang dari itu, saya mesti mendengar nasihat dia, nak-nak dah bergelar artis. Daddy takut saya lupa diri. Sebagai anak, perlu akur sebab saya memang duduk dengan mereka,’’ cerita anak bongsu dua beradik ini membuka sedikit lembaran kisah keluarganya itu.
Mengenai soal ‘perkahwinan’ rekaan, pelakon drama Gol & Gincu ini memberitahu bahawa dia terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan menyebabkan dia kerap geleng kepala.
‘‘Saya cakap dengan daddy, mungkin wanita tersebut mirip muka saya. Sebab saya sama sekali tidak kenal dengan anak ahli Parlimen berkenaan. Dan bila masanya pula saya bercuti ke Switzerland sebab kebanyakan masa di tanah air sahaja.
‘‘Memang nak marah juga sebab secara tiba-tiba sahaja nama saya dikaitkan dengan anak ahli Parlimen tersebut. Orang pula sibuk cerita tentang skandal saya di sini, sana, sedangkan ia belum dibuktikan lagi,’’ katanya yang masih tidak berpuas hati dengan tuduhan tidak berasas itu.
Elak rakam gambar keluarga
Pada masa yang sama, Tiz juga berpendirian untuk tidak terlalu mendedahkan tentang keluarganya kepada khalayak. Termasuk menyembunyikan nama penuh ahli keluarga. Tiz punya alasan sendiri mengapa dia sengaja menyembunyikan perkara tersebut.
‘‘Saya sudah berjanji untuk tidak melibatkan keluarga saya. Saya kena hormati permintaan mereka, tidak mahu terlalu terdedah dengan lensa kamera media. Biarlah anak dia yang seorang ini sahaja yang terlibat dalam dunia glamor.
‘‘Sebab itu, saya angkat tangan awal-awal lagi kalau ada pihak yang mahu merakam gambar bersama. Bukan saya mahu mengelak tapi saya tak boleh buat apa-apa sebab itu adalah kehendak mereka,’’ katanya.
Prinsip Tiz juga mudah, mahu memperbanyakkan cerita tentang karier dirinya kepada khalayak. Kurangkan segala kontroversi atau sebarang perkara yang boleh mendedahkan dirinya dari terkena tempias cerita hangat.
Katanya, cukuplah cerita-cerita ‘kurang elok’ daripadanya pada tahun lepas. Sebab fokusnya kini mahu kepada cerita kejayaannya.
‘‘Tahun ini saya berharap dapat menambah baik mutu lakonan saya. Nak tak nak, saya akan paksa diri memberi lebih banyak sentuhan dan warna pada setiap persembahan.
‘‘Tidak bermakna menjadi lebih selektif kerana selepas ini saya mahu sedikit kelainan. Tidak mahu bergelar stereotaip atau pelakon kayu. Jadi, sebab itu, proses pembelajaran saya sentiasa berjalan dengan pengarah yang menjadi guru lakonan saya,’’ kata pelakon tele filem Suzana di TV3 dan Tujuh Lagu (Astro) ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Jeling Kak Pora: Muka baru kuasai finalis ABPBH 2010
2011/01/09
BEBERAPA rakan artis asyik sibuk menghubungi Kak Pora dan rakan setugas bertanyakan nama mereka layak atau tidak menjadi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABHPBH) 2010. Ramai yang suspen dan tak senang duduk takut nama mereka tak tersenarai kali ini. Apabila mereka tanya Kak Pora, Kak Pora cakap mana tahu sebab kiraan undian belum habis.
Ada juga artis pada minggu terakhir borang undian disiarkan, masih kelam kabut bersama kelab peminatnya menghantar borang undian. Sambutan undian kali ini juga lebih kurang tahun lalu, ramai peminat yang hantar dan mengundi, maklumlah tentunya mereka berenbut-rebut nak pastikan artis kesayangan mereka tersenarai kali ini.
Maklumlah, ramai yang nak tahu siapa yang layak ke final ABPBH 2010 sebab borang penerimaan pusingan pencalonan awal sudah ditutup pada Januari lalu, jadi tentunya ramai nak tahu keputusan sudah keluar atau belum. Tunggu sajalah pada 12 Januari nanti kerana penganjur akan mengadakan sidang media mengumumkan siapa Top 5 bagi semua 16 kategori yang bertanding pada ABPBH 2010. Majlis akan berlangsung di Holiday Villa Subang Jaya, Selangor.
Kak Pora pun sebenarnya tak sabar juga nak tahu siapa artis dan selebriti yang layak kali ini terutama kategori penyanyi, pelakon TV, pelakon filem dan artis baru. Kak Pora ada juga bertanyakan secara bisik-bisik kepada Pengerusi Bersama Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 2010, Hanizam Abdullah atau Kak Cham. Amboi, nampaknya Kak Cham pun nak berahsia dengan Kak Pora.
Tapi, apabila pujuk punya pujuk, Kak Cham ada beritahu, sebenarnya senarai penuh Top 5 ABPBH 2010 hanya akan keluar secara rasmi pada esok (Isnin). Cuma kata Kak Cham, beberapa nama yang dilihat sudah berada pada ranking undian tertinggi ternyata sudah selesa untuk layak ke final dan kebanyakan mereka adalah muka baru, selain ada yang kali pertama layak ke final.
Daripada desas-desus yang Kak Pora dengar di kalangan beberapa rakan setugas yang lain di Balai Berita, muka baru terpilih ke final
kali ini ialah kebanyakannya pelakon dan pelawak. Ada juga penyanyi yang tidak disangka boleh bertahan dalam senarai Top 5 tetapi mungkin tersingkir kali ini.
Begitu juga pelakon, khabarnya ada pelakon yang mukanya kerap keluar dalam drama TV atau filem tetapi belum pasti dia sudah layak sebagai finalis. Mereka yang menang dalam Festival Filem Malaysia Ke-23 dan Anugerah Skrin 2010 baru-baru ini pun nampaknya tidak memberi jaminan nama mereka tersenarai sebagai finalis ABPBH 2010.
Mungkin juga penyanyi yang masuk finalis Anugerah Juara Lagu tentu berpeluang jadi finalis ABPBH 2010. Kita tunggu sajalah nanti senarai nama yang diumumkan nanti. Kak Pora harap, penyanyi kesayangan Kak Pora seperti Anuar Zain akan masuk kali ini. Begitu juga penyanyi wanita, Kak Pora harap sangat Stacy akan tersenarai kali ini sebagai finalis, begitu juga Yuna. yang pastinya, nama Datuk Siti Nurhaliza tidak akan tersenarai kali ini sebab dia sudah menarik diri daripada bertanding.
Nampaknya peminat kita memang ikut cita rasa mereka, apa yang mereka suka mereka pilih, tak semestinya mereka itu popular dalam media massa atau kerap mendapat publisiti atau juga kerap produk mereka berada di pasaran. Semua itu bukan jaminan.
Kak Pora cuma risaukan kalau artis macam Rosyam Nor mungkin tak tersenarai lagi kali ini. Mungkin juga artis seperti Awie akan kembali jadi finalis pelakon filem sebab filem lakonannya, Hantu Kak Limah Balik rumah meletup-letup di pawagam sampai kutipannya dah melebihi RM7 juta. Nama Shaheizy Sam mungkin melekat kali ini meskipun tahun lepas namanya tidak tersenarai dalam kategori lakonan filem atau TV.
Kalau ditanya pelakon TV perempuan yang mungkin tersenarai kali ini, Kak Pora harap tentu ada nama seperti Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Scha Al-Yahya, Ayu Raudhah, Tiz Zaqyah atau Lisa Surihani. Pelakon TV Lelaki yang mungkin akan disenaraikan tentunya Shaheizy Sam, Farid Kamil, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Aaron Aziz.
aku pon berharap cam kak pora gak..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/shy.gif) ![](static/image/smiley/default/bye.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Yen_Aireena
cantik. mesti photoshoot ni sekali ngan magz HAI ni.
hijau88 Post at 9-1-2011 11:02 AM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
lawa kan Tizz... gorgeous..
suka kaler baju die.... |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah. mudah2an Tiz masuk TOP 5 ABPBH2010 untuk kategori PELAKON TV WANITA POPULAR.
Aminnn. |
|
|
|
|
|
|
|
begitu jgk dengan remy ngan fizz. ayu raudhah ke, ummi ke.
mmm. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1488# Yen_Aireena
kannnnnn. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
TZ ada share gmbr kt FB. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1492# Yen_Aireena
gambo ape beb??
tepek ar kat sini....x bleh nak bukak fb lerr....plisss![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by supbunjut at 10-1-2011 16:25
9 Jan 2011
EKSTRA!
Mana hero MelayU KITA?
Wira jadi lambang kualiti drama Melayu
DENGAN kemunculan drama-drama televisyen terbitan syarikat tempatan dari musim ke musim, saya selalu memerhatikan siapakah di kalangan pelakon yang ada menjadi nadi penggerak utama drama yang dibentangkan.
Kalau ikut bahasa lama: Siapa hero atau heroinnya? Tetapi rasanya, untuk sekian lama, yang ada dalam drama Melayu kita hanyalah pelakon utama dan pelakon pembantu. Tak ada hero.
Hero yang saya maksudkan di sini bukanlah watak seperti superman atau wira yang menjatuhkan penjahat. Sebaliknya, pelakon yang menjadi daya penarik utama untuk saya mahu menonton drama tersebut.
Kalau dia seorang pahlawan, langkah silatnya harus memukau dan meyakinkan. Kalau dia seorang antagonis, kekerasan hatinya tetap mampu menambat hati, bukan membuat orang benci. Kalau dia menjadi mangsa keadaan, dia tetap tampil meyakinkan dan menjadi inspirasi kepada yang bersimpati akan nasib malangnya.
SEDAP DIPANDANG
Biasanya, hero-hero seperti ini mempunyai wajah yang sedap dipandang mata.
Cakap mudahnya: Dalam apa pun keadaan, dia tetap menjadi 'hero pujaan hatiku!'
Kalau ditanya siapakah hero yang ada di kalangan dramatis Singapura, wajah terakhir yang dapat saya bayangkan ialah Aaron Aziz, iaitu selepas beliau berjaya dengan watak mangsa kejar-kejar cinta dalam siri drama Cinta Bollywood.
Sebelum itu, kita ada Azhar Nor Lesta, Mazlan Ahmad, Khairul Anuar Salleh atau yang lebih awal, Jumali Kusmadi dan Amir Hamzah. Pelakon veteran seperti J.A.Halim dan A. Galak juga saya anggap hero, tetapi ketika mudanya terhad kepada watak-watak antagonis saja.
Aaron, ketika awal kemunculannya dalam drama Melayu (Jeritan Sepi), tidak dilihat sebagai hero Melayu sedangkan beliau berwajah komersial. Sebabnya, peranannya lemah. Sebaliknya, watak cacat Cik Leh, lakonan Zamberi Abdul Patah, lebih menonjol dan menjadi penarik utama keseluruhan cerita. Hero Jeritan Sepi bagi saya ialah Zamberi!
BAKAT MENYERLAH
Namun, bakat Aaron akhirnya menyerlah apabila diberi peranan yang memikat dalam Cinta Bollywood, apatah lagi mendapat gandingan serasi dengan Suhailla Salam.
Sejak itu, namanya meletup. Sayang sekali, kejayaan Aaron menghidupkan watak dalam genre romantis komedi ini tidak disusuli secara bijak.
Sebaliknya, gara-gara sifat candi yang didedahkannya, Aaron telah diheret ke bidang lawak menerusi Fiesta Komedi. Tetapi, Aaron tetap hero dalam berlawak sampai menang Anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Pesta Perdana gara-gara watak Abang Dut!
Ini diikuti pula dengan watak-watak komedi lain seperti siri Dol dan Minah Nak Kahwin.
Mujur hal ini tidak terbawa-bawa setelah beliau melangkah ke Malaysia.
Beliau dipandang sebagai hero samseng dalam filem Evolusi KL Drift dan bermacam-macam jenis hero dalam pelbagai drama dan filem sehingga diberi jolokan 'hero Melayu' oleh pengarah dan pelakon tersohor, Rosyam Nor.
Di Malaysia, mereka mempunyai ramai hero yang lahir menerusi drama-drama berkualiti.
Dalam tahun 1980-an hingga 1990-an, mereka bangga dengan hero-hero seperti Datuk Rahim Razali, Eman Manan dan Rosyam Nor. Kesemua mereka ini berkongsi ciri-ciri serupa: Lakonan yang hebat, watak yang berkesan dan wajah yang menyenangkan mata memandang.
Kemunculan pelakon kacak Remy Ishak kurang menyerlah pada awal tahun pembabitannya dalam dunia drama biarpun beliau menjadi pelakon utama dalam filem Anak Halal. Sebabnya: Skrip Anak Halal hanya kuat untuk cerita keseluruhannya tetapi bukan untuk watak-watak individu.
Namun, nama Remy meletup dengan peranan antoganis dalam siri drama Nur Kasih yang kini sedang ditayangkan di saluran Suria.
Formula yang membuat orang sukakan Remy dalam Nur Kasih?
Selain wajah yang kacak, penonton memahami tekanan yang dihadapi wataknya yang menjadikan dia seorang pemberontak. Bahkan, penonton akan lebih bersimpati terhadapnya ketika menagih cinta terhadap isteri yang dulunya amat dibenci. Naskhah skrip yang indah dan mendalam kupasan wataknya banyak membantu Remy menjadi satu lagi wajah hero terbaru drama Malaysia.
---> who can forget Nur Kasih?....none of us can..considered 'obsession of the decade' ...hahaha...leh ker?... ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
SIAPA HERO KITA?
Tetapi, bagaimana dengan hero drama Melayu Singapura hari ini?
Saya bertanya-tanya kepada rakan-rakan, ramai yang sukar memberi jawapan. Oh, yang ini kacak, tetapi asyik dapat watak komedi. Oh, yang ini versatil, tetapi 'aku menyampah tengok dia berlakon.'
Sebenarnya, saya melihat potensi ada di kalangan para pelakon tempatan, termasuk wajah-wajah baru Suria, untuk menjadi hero yang dicari-cari.
Saya lihat ciri itu dalam pelakon berbakat seperti Fauzie Laily, Haizad Imran dan beberapa muka baru drama hari ini.
Tetapi, sejauh ini para pelakon ini belum mendapat watak dan naskhah yang boleh membuat penonton merundum jiwa dan bergelora emosi menyaksikan persembahan mereka.
Saya amat meminati lakonan Khairudin Samsudin, tetapi beliau amat jarang berlakon kerana lebih sering berada di belakang kamera di bahagian kreativiti.
LAMBANG MUTU
Mengapa kita perlu mempunyai hero drama Melayu?
Kerana wajah-wajah inilah yang menjadi lambang kualiti drama kita. Hero hanya muncul dalam drama berkualiti, yang indah susunan skripnya, menarik ceritanya dan mendalam kupasan watak dan naskhahnya.
Hero drama akan tahu apa yang baik dan akan sentiasa memberikan yang terbaik.
Kita perlukan hero sebagai inspirasi, model yang boleh juga diketengahkan di luar gelanggang drama dan kaca TV.
Hero kita adalah wajah drama Melayu kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1494# supbunjut
wahhh....ko cilok mane ni??
bravo..bravo nur kasih.....![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
smpai bile2 x kan lupenye.... |
|
|
|
|
|
|
|
TZ ada share gmbr kt FB.
Yen_Aireena Post at 10-1-2011 13:12 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
yeszaaaa. bru tgk ni. menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1493# adifrs
kredit: fb Tiz Zaqyah Zak |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Yen_Aireena at 10-1-2011 22:37
Bunuh industri filem Melayu
TAHUN ini, industri filem tanah air berkembang pesat apabila satu filem ditayangkan seminggu berbanding dua minggu sebelum ini. Langkah ini dilakukan apabila banyak filem dihasilkan sepanjang tahun lalu kerana ramai yang berminat melabur menghasilkan filem.
Selain produser sedia ada terus aktif menghasilkan filem, muncul pula produser baru yang sebelum ini menceburi bisnes lain.
Akur dengan perkembangan baru ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) melakukan langkah berani apabila satu filem ditayangkan seminggu bermula Mac nanti. Sehingga Mei ini, sebanyak 17 filem disenaraikan untuk tayangan iaitu Khurafat pada 13 Januari, Haq (27 Januari), Sini Ada Hantu (10 Februari), Kembar Siang (24 Februari), Hikayat Merong Mahawangsa (10 Mac), Ratu The Movie (17 Mac), ...Dalam Botol (24 Mac), Cun (31 Mac), Di Larang Masuk (7 April), Senjakala (14 april), Penunggu Istana (21 April), Seru (28 April), Momok Jangan Panggil Aku (5 Mei), Kongsi (12 Mei), Nur Kasih (19 Mei) dan 321 Cinta (26 Mei).
Langkah itu disambut dengan pelbagai aksi oleh produser. Ada yang menyambut baik dan melihatnya sebagai tindakan bijak dan wajar selari dengan perkembangan industri dan ada yang melihatnya sebagai satu langkah drastik dan dibimbangi boleh membunuh industri.
Banyak lagi yang sudah siap dan menanti masa sesuai untuk ditayangkan, begitu juga dengan filem dalam pembikinan. Daripada 17 filem itu, lima paling dinanti-nantikan iaitu Khurafat arahan Syamsul Yusof, Hikayat Merong Mahawangsa (Yusry Abdul Halim), ... Dalam Botol (Khir Rahman), Kongsi (Farid Kamil) dan Nur Kasih The Movie (Kabir Bhatia).
** Nampaknya bln Mei NKTM akan ditayangkan |
|
|
|
|
|
|
|
alamak. confirm tym tu aku tgh bz la. tetap cri masa la. mmg pun NKTM ni film yg dinanti-nntikan.
mmm. |
|
|
|
|
|
|
|
Tizz Zaqyah ada muncul kejap dlm citer gadis semasa @tv3 kol 6 td. abih basah lencun kene air sebaldi. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
tgk cite ni teringat masa awal2 Tizz berlakon dalam Impian Ilyana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|