KUALA LUMPUR: South Korean Yoo Yo ...
wawaKKK Post at 17-5-2012 08:31
jom kita nyanyi lagu britney spears jom ... opps BAM did it again
adakah BAM ni badan badminton yg paling bermasalah ?
rexy kuar senyap2 takde nak bising2 tapi korea ni takde nak kuar diam2 ... menjawab la ko BAM ....
chinchai yg jawab atau nadzmi atau kenny ?
rasanye masalah BAM ni ialah leadership .... kita perlu head coach tuk buat keputusan dan juga berurusan ngan org2 besar BAM ... buang je 'High performance team' tu ..tak nampak gunanye pun ...
yoo yong sung juga salahkan kim her .... adakah masalah komunikasi yg menyebabkan yoo yong sung ni tak dapat berkhidmat 100% ....
kalau rexy yg jadi ketua MD, adakah yoo yong sung akan terpinggir camni gak ...
MASALAH komunikasi menjadi antara punca utama jurulatih dari Korea Selatan, Yoo Yong Sung meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pengurus Besar BAM Kenny Goh menjelaskan, jurulatih beregu itu kurang fasih berbahasa Inggeris sementara kehadiran isterinya pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) 26 April lalu, tidak banyak membantu sehingga jurulatih itu mengambil keputusan nekad meletak jawatan.
“Ada beberapa perkara yang Yoo tidak setuju dalam mesyuarat itu dan satu daripadanya ialah dia tidak diberi pemain tetap. Tan Kim Her (ketua jurulatih beregu) tidak memberi Yoo pemain pada awalnya kerana dia masih belum disahkan jawatan.
“Namun pada dua bulan terakhir sebelum berakhirnya tempoh percubaan (Mac dan April), Yoo diberi tanggungjawab membimbing beregu Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi dan nampak ada peningkatan terhadap kedua-dua pemain itu,” katanya menjelaskan pendedahan Yoo mengenai sebab peletakan jawatannya kepada media, semalam.
Kelmarin, Yoo menjelaskan peletakan jawatannya disebabkan tidak berpeluang melatih mana-mana pemain secara tetap sepanjang enam bulan berada di Malaysia, bukannya berhenti kerana mahukan gaji lebih tinggi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pula, Kenny yang turut melampirkan keputusan mesyuarat pembahagian tugas jurulatih dan senarai pemain 20 Mac lalu bagi menafikan dakwaan Yoo itu berkata, BAM tidak dapat memenuhi permintaan Yoo yang mahu gajinya dinaikkan tiga kali ganda biarpun secara dasarnya BAM bersetuju menyambung khidmat jurulatih itu sebaik tamat tempoh percubaannya.
ko jgn kay... jgn sebut2 takde tournament feeling tu... ak ...
wawaKKK Post at 18-5-2012 08:38
hahaha aritu rashid ada sebut pasal tournament feeling ni dia kata masa lawan afrika selatan pun pemain utama akan main sbb nak bagi tournament feeling ...aku rasa konfem la kkk akan main ari isnin tu
bini dia jadi translator ??? apasal la tak bawak translator betul2 ... aku rasa mesti ada kes salah faham besar2an ni .... ahjumma korea lak ganas2 + garang2 belaka .... tah apa la dia translate kat laki dia ...
rasanye dlm kes ni dua2 pun salah ... yoo salah , bam pun salah ....
tan kimher lak tak bagi komen apa2 pasal ni ....
tapi kalau korang ingat kan, lepas tan kimher take over MD, rosman pun pernah mintak pindah ke sek sukan bukit jalil .... punyelah sanggup turun pangkat tu .... adakah tan kimher ni ada masalah leadership ?