CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 24-1-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 24-1-2022 04:18 PM
Nasib baik turun huhu. Tapi katanya tak akan mco lagi kan untuk raya.

MCO utk kes yg tinggi2...standby cuti awal2...kot tetiba MCO tempat kita tinggal...huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 06:24 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 24-1-2022 04:18 PM
Nasib baik turun huhu. Tapi katanya tak akan mco lagi kan untuk raya.

Ada yg nak letgo jigsaw puzzle...kot minat

https://b.cari.com.my/forum.php? ... p;extra=&page=3
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:19 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 24-1-2022 07:13 PM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
24 JANUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh: 3,116 kes (2,759,049 kes kumulatif, 97.3%)
  • Kes baharu : 3,214kes (2,836,159 kes kumulatif);
  • Kes import : 406 kes (307 warganegara; 99 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,808 kes [2,707 warganegara (96.4%); 101 bukan warganegara (3.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 146 kes (112 kes disahkan COVID-19; 34 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 65 kes (40 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,315 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,081 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 234 kluster.
Daripada 3,214 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 35 kes (1.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,179 kes (98.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 23 Januari 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
NEGERI SEMBILAN1.14
WP KUALA LUMPUR1.09
KEDAH1.08
MELAKA1.08
JOHOR1.08
WP PUTRAJAYA1.05
SELANGOR1.04
PULAU PINANG1.02
PAHANG1.02
PERAK1.00
SABAH0.99
KELANTAN0.99
TERENGGANU0.80
PERLIS0.00
SARAWAK0.00
WP LABUAN0.00
MALAYSIA1.08
ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (MINGGU EPIDEMIOLOGI 3/2022)
Bagi Minggu Epidemiologi (ME) 3/2022 yang bermula dari 16 Januari 2022 sehingga 22 Januari 2022, jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah 23,752 kes (peningkatan sebanyak 7.9 peratus) dengan jumlah kes kematian sebanyak 102 kes (penurunan sebanyak 19.0 peratus) berbanding ME 2/2022,manakala purata kes aktif adalah sebanyak40,473 kes. Berikut adalah perincian indikator-indikator jangkitan COVID-19;
1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19
  • Peningkatan kes baharu sebanyak 7.9 peratus iaitu daripada 22,006 kes (ME 2/2022) kepada 23,752kes (ME 3/2022);
  • Purata kes aktif turut dilihat meningkat sebanyak 2.4 peratus dengan purata sebanyak 39,507 kes (ME 2/2011) kepada 40,473kes (ME 3/2022);
  • Walau bagaimanapun, kes kematian menunjukkan penurunan yang konsisten sebanyak 19.0 peratus dengan 102 kematian pada ME 3/2022 berbanding 126 kematian pada ME 2/2022. Penurunan ini dicatatkan mulai ME 52/2021.
  • Purata kes yang memerlukan rawatan di ICU juga menunjukkan penurunan sebanyak 30.3 peratus iaitu  129 kes (ME 3/2022) berbanding 185 kes (ME 2/2022). Penurunan kes ICU secara konsisten telah dilaporkan sejak ME 33/2021 dengan sedikit peningkatan kepada kes ICU pada ME 44/2021 dan penurunan semula kes ICU secara konsisten dicatatkan sejak 10 minggu lalu pada ME 45/2021;
  • Selain itu, purata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan 23.5 peratus iaitu 52 kes (ME 3/2022) berbanding 68 kes (ME 2/2022). Purata ini kekal menunjukkan tren penurunan semenjak 22 minggu yang lalu pada ME 33/2021 dan;
  • Purata nilai R[size=12.375px]T meningkat sebanyak 2.0 peratus daripada 0.99 (95% CI 0.98 – 1.00) pada ME 2/2022 kepada 1.01 (95% CI 1.00 – 1.02) pada ME 3/2022.

Rajah 1 di bawah jelas menunjukkan tren penggunaan ICU untuk kes COVID-19 semakin menurun sejak 10 minggu yang lalu iaitu ME 45/2021.

Selain itu, tren penurunan penggunaan alat bantuan pernafasan untuk kes COVID-19 juga dapat dilihat dengan ketara mulai 22 minggu lepas iaitu ME 33/2021 berdasarkan Rajah 2.

2. Kluster
Daripada kumulatif 6,293 kluster yang dilaporkan setakat 22 Januari 2022, terdapat 225 kluster aktif (peningkatan sebanyak 27.8 peratus berbanding ME 2/2022). Sebanyak 39 kluster telah diisytiharkan tamat pada ME 3/2022. Terdapat 88 kluster baharu telah dilaporkan pada ME 3/2022, iaitu:
  • 62 (70.5 peratus) kluster pusat pendidikan;
  • 18 (20.5 peratus) kluster tempat kerja;
  • Empat (4) (4.6 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi;
  • Satu (1) (1.1 peratus) kluster komuniti;
  • Satu (1) (1.1 peratus kluster keagamaan;
  • Satu (1) (1.1 peratus) kluster import; dan
  • Satu (1) (1.1 peratus) kluster pusat tahanan.

Pada ME 3/2022, kluster institusi pendidikan menunjukkan peningkatan yang mendadak sebanyak 313.3 peratus. Selain itu, kluster tempat kerja dan kluster pusat tahanan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 80 peratus dan 100 peratus. Kluster komuniti, kluster kumpulan berisiko tinggi, dan kluster import pula masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 88.9 peratus, 20.0 peratus, dan 66.7 peratus pada ME 3/2022 berbanding ME 2/2022 (Jadual 3).
Seperti semua sedia maklum, sesi persekolahan telah bermula pada 9 Januari 2022 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Peningkatan mendadak kluster pendidikan adalah sangat membimbangkan kerana individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu yang sama yang boleh menyebabkan tercetusnya kluster yang tidak diingini sekiranya seseorang individu tidak patuh terhadap SOP yang sedia ada.
Walaupun kebanyakan populasi dewasa dan remaja telah menerima vaksin COVID-19, pematuhan SOP perlu sentiasa ditekankan sama ada sebelum, semasa, dan selepas sesi persekolahan. Pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul dan kebersihan tangan amat penting dalam mengawal penularan jangkitan COVID-19. Selain itu, KKM ingin mengingatkan semua pihak agar sentiasa menjalani saringan COVID-19 sekiranya bergejala sebelum hadir ke kawasan sekolah atau institusi pendidikan. Keselamatan dan kesihatan warga pendidikan perlu diberi perhatian agar dapat mengurangkan serta mencegah kluster baharu pendidikan. Oleh itu, KKM akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak KPM dan KPT bagi mengukuhkan aktiviti kawalan dan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 di institusi pendidikan.
3. Kapasiti Hospital
Pada ME 3/2022, kadar penggunaan katil PKRC menunjukkan peningkatan berbanding ME 2/2022. Kadar penggunaan katil ICU dan katil bukan ICU pula menunjukkan penurunan manakala kadar penggunaan alat bantuan pernafasan tidak mencatatkan sebarang perubahan berbanding minggu sebelumnya seperti yang diperincikan di Jadual 4.


Walaupun gelombang Omicron dijangka akan menyebabkan peningkatan penggunaan katil bukan ICU (Hospital) untuk short stay admission, pada ME 3/2022, hanya penggunaan katil PKRC yang meningkat iaitu sebanyak empat (4) peratus. Penurunan ini selari dengan peningkatan peratusan populasi terima dos penggalak seperti yang dicatatkan dalam Rajah 3.

Oleh yang demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19 (dos 1, dos 2, dan dos penggalak) supaya pengisian katil fasiliti kesihatan ini berada dalam keadaan terkawal. Bagi yang telah menerima vaksin COVID-19 pula, teruskan menjaga SOP dan sentiasa mengamalkan dan memperkukuhkan kawalan kendiri.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.
Dengan pengambilan vaksin dan dos penggalak, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
24 Januari 2022 @ 6:45 petang


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-1-2022 06:24 PM
Ada yg nak letgo jigsaw puzzle...kot minat

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthre ...

Dah singgah sana kaka. Dulu rajin buat puzzle. Tapi dah makin tua ni nak perabis satu puzzle pun bukan main lama huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 24-1-2022 08:33 PM
Dah singgah sana kaka. Dulu rajin buat puzzle. Tapi dah makin tua ni nak perabis satu puzzle pun b ...

kena mkn kacang pistachio, bendi, ikan tongkol dll brain foid ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 24-1-2022 09:37 PM
kena mkn kacang pistachio, bendi, ikan tongkol dll brain foid ni

Hahaha. Adeh, nak kena stock banyak2 kekacang. Biar otak makin cerdas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 07:43 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 25-1-2022 06:42 AM
Hahaha. Adeh, nak kena stock banyak2 kekacang. Biar otak makin cerdas.






Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:29 AM | Show all posts

WHO jangka Covid-19 berakhir beberapa bulan lagi

PARIS – Varian Omicron menggerakkan pandemik Covid-19 ke dalam  fasa
baharu dan mungkin akan berakhir di Benua Eropah, kata Pengarah
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  rantau Eropah, Hans Kluge kelmarin
seperti laporan akhbar South China Morning Post.

“Ada kemungkinan Eropah bergerak ke arah pengakhiran pademik,” kata
Kluge kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara kelmarin sambil
menambah, varian Omicron diramal menjangkiti 60 peratus warga Eropah
menjelang Mac ini.

Menurutnya, sebaik sahaja gelombang Omicron yang melanda Eropah reda,
komuniti global akan berada dalam fasa imuniti kelompok selama
beberapa minggu atau bulan.

“Ini disebabkan sama ada kemajuan vaksinasi atau ramai orang mempunyai
imuniti kerana telah dijangkiti koornavirus.

“Kami menjangkakan akan ada tempoh senyap sebelum Covid-19 mungkin
muncul kembali menjelang akhir tahun ini tetapi tidak semestinya
sebagai pandemik,” kata Kluge.

Pandangan optimis itu dikongsi oleh saintis kanan Amerika Syarikat
(AS), Anthony Fauci kelmarin.

Beliau memberitahu rancangan bual bicara terbitan saluran ABC News,
This Week bahawa kes Covid-19  semakin menurun walaupun bukan mendadak
di sebilangan kawasan di AS dan ‘situasi kelihatan semakin baik’.

Biarpun meminta semua pihak supaya jangan terlalu optimis, Fauci
berkata,  terdapat penurunan bilangan kes di beberapa kawasan seperti
timur laut AS

“Saya percaya anda akan melihat perubahan besar di seluruh negara
(AS),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pejabat serantau WHO di Afrika
menyatakan, kes Covid-19 menurun mendadak dan angka korban juga susut
untuk kali pertama sejak gelombang keempat Covid-19 sampai ke
kemuncaknya  di benua tersebut yang didorong penularan varian Omicron.

Varian Omicron,  yang menurut kajian adalah lebih mudah berjangkit
berbanding Delta tetapi menyebabkan jangkitan kurang teruk dalam
kalangan mereka sudah divaksin, telah memberikan harapan bahawa
Covid-19 telah berubah daripada pandemik kepada fasa endemik.

Bagaimanapun, Kluge memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk
memikirkan tentang fasa endemik  Covid-19.

Sementara itu, di Eropah yang merangkumi  53 negara termasuk
sebilangan negara di Asia Tengah,  Omicron mewakili 15 peratus kes
baharu Covid-19 setakat 18 Januari lalu berbanding 6.3 peratus
seminggu sebelumnya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... eberapa-bulan-lagi/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 11:38 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 25-1-2022 06:42 AM
Hahaha. Adeh, nak kena stock banyak2 kekacang. Biar otak makin cerdas.

Tumpo kome...jenuh

Varian baharu boleh muncul - WHO
Januari 24, 2022 @ 8:22pm


GENEVA: Anggapan Omicron varian terakhir dan dunia kini sedang menuju ke penghujung pandemik disifatkan pandangan berbahaya.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, bagaimanapun berkata terdapat kemungkinan tahun ini bakal menyaksikan peralihan daripada fasa sukar dalam pandemik COVID-19.

Katanya, peralihan itu berupaya dibuat sekiranya strategi tertentu dalam kecemasan kesihatan global seperti saringan dan vaksin digunakan secara terangkum.

Bercakap pada ucaptama mesyuarat Lembaga Eksekutif, Dr Tedros berkata, sejak Omicron dikesan kira-kira sembilan minggu lalu, lebih 80 juta kes positif COVID-19 dilaporkan, berbanding kadar lebih rendah yang dicatatkan sepanjang 2020.

"Keadaan sangat sesuai untuk lebih banyak varian muncul," katanya.

Dalam hal berkaitan, Dr Tedros menggesa negara seluruh dunia untuk menjalin kerjasama untuk keluar daripada fasa sukar pandemik, berteraskan 'senjata' sedia ada.

"andemik COVID-19 kini memasuki tahun ketiga dan kita berada di persimpangan yang sangat kritikal.

"Kita perlu bekerjasama untuk keluar daripada fasa sukar pandemik ini. Kita tidak boleh biarkan ia berlarutan, tanpa bersikap panik dan tidak acuh," katanya pada sidang media bersama Menteri Pembangunan Jerman, Svenja Schulze.

Dr Tedros hari ini berkata, Jerman adalah penyumbang terbesar, tanpa memberikan butiran lanjut secara terperinci.

Mengikut sejarah, Amerika Syarikat (AS) penyumbang kewangan terbesar kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. - REUTERS
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-1-2022 11:38 AM
Tumpo kome...jenuh

Varian baharu boleh muncul - WHO

Sudah2 la tuuuu...bilanya nak bebas kalau gini
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:04 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 25-1-2022 12:52 PM
Sudah2 la tuuuu...bilanya nak bebas kalau gini

Hidup je macam biasa + SOP- sanitize, wash, wear
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 25-1-2022 12:52 PM
Sudah2 la tuuuu...bilanya nak bebas kalau gini

Hari ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 25-1-2022 08:37 PM

Pada 25 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,066 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,840,225 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-1-2022 02:04 PM
Hidup je macam biasa + SOP- sanitize, wash, wear

Kita follow SOP kaka, orang sekeliling tak follow
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-1-2022 03:24 PM
Hari ni...

Macam yo-yo, turun naik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 25-1-2022 03:18 PM
Kita follow SOP kaka, orang sekeliling tak follow

Tahu xpe...kdg dah terlupa nak sanitize...check suhu x yah dah huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 25-1-2022 03:20 PM
Macam yo-yo, turun naik.

Pi pi mai tang tu....jgn mencanak dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:22 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 25-1-2022 08:34 PM


Kes baharu COVID-19 Selangor 25.1.2022 – 975 kes (774 komuniti, 0 Penjara, 201 Import A)

???? GOMBAK 115
Batu 36
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 33
Saringan Pekerja 1
Hulu Kelang 15
Saringan Kontak Rapat 15
Kuang 21
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak Rapat 15
Rawang 10
Saringan Kontak Rapat 10
Setapak 26
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 25
Import 7
Import A (Arab Saudi-Umrah) 3
Import A (Jerman) 1
Import A (Mesir) 1
Import A (Perancis) 1
Import A (United KIngdom) 1
???? HULU LANGAT 186
Ampang 44
Saringan Bergejala 16
Saringan Kontak Rapat 26
Saringan Pekerja 2
Beranang 3
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 2
Cheras 48
Saringan Bergejala 10
Saringan Kontak Rapat 36
Saringan Pekerja 2
Hulu Langat 6
Saringan Kontak Rapat 6
Kajang 63
Saringan Bergejala 18
Saringan Kontak Rapat 41
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Semenyih Asa Jaya) 3
Saringan Pekerja 1
Semenyih 9
Saringan Bergejala 5
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 3
Import 13
Import A (Arab Saudi-Umrah) 4
Import A (Bangladesh) 4
Import A (India) 2
Import A (Turki) 2
Import A (United States) 1
???? HULU SELANGOR 16
Ampang Pechah 1
Saringan Kontak Rapat 1
Batang Kali 2
Saringan Kontak Rapat 2
Hulu Bernam 3
Saringan Kontak Rapat 3
Rasa 1
Saringan Kontak Rapat 1
Serendah 9
Saringan Kontak Rapat 7
Saringan Pekerja 2
???? KLANG 92
Kapar 15
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan Pekerja 2
Klang 65
Saringan Bergejala 32
Saringan Kontak Rapat 26
Saringan Pekerja 7
Import 12
Import A (Arab Saudi-Umrah) 2
Import A (Filipina) 1
Import A (India) 3
Import A (Nepal) 1
Import A (Qatar) 1
Import A (Turki) 4
???? KUALA LANGAT 48
Batu 1
Saringan Bergejala 1
Tanjung 12 (1) 21
Saringan Bergejala 2
Saringan Kendiri 3
Saringan Kontak Rapat 12
Saringan Pekerja 4
Tanjung 12 (2) 4
Saringan Kontak Rapat 3
Saringan Pekerja 1
Telok Panglima Garang 12
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 7
Saringan Pekerja 1
Import 10
Import A (Arab Saudi-Umrah) 5
Import A (India) 1
Import A (Mesir) 1
Import A (Turki) 1
Import A (United States) 2
???? KUALA SELANGOR 88
Api - Api 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1
Bestari Jaya 9
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 7
Ijok 47
Saringan Bergejala 21
Saringan Kontak Rapat 26
Jeram 15
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 8
Kuala Selangor 6
Saringan Bergejala 4
Saringan Pra-Penerbangan 2
Tanjung Karang 8
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 7
Import 1
Import A (Indonesia) 1
???? PETALING 210
Bukit Raja 24
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 15
Saringan Pekerja 2
Damansara 59
Saringan Bergejala 20
Saringan Bergejala (Kluster Cahaya Seksyen 11) 2
Saringan Kontak Rapat 32
Saringan Pekerja 5
Petaling 89
Saringan Bergejala 45
Saringan Kontak Rapat 40
Saringan Pekerja 4
Sungai Buloh 25
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 19
Saringan Pekerja 4
Import 13
Import A (Arab Saudi) 1
Import A (Arab Saudi-Umrah) 1
Import A (Bangladesh) 1
Import A (Greece) 1
Import A (India) 3
Import A (Japan) 1
Import A (Thailand) 1
Import A (Turki) 1
Import A (UAE) 1
Import A (United KIngdom) 2
???? SABAK BERNAM 12
Panchang Bedena 1
Saringan Bergejala 1
Sabak 10
Saringan Bergejala 2
Saringan Bergejala (Kluster Jalan Bagan 2) 4
Saringan Kontak Rapat 3
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Sungai Air Tawar) 1
Sungai Panjang 1
Saringan Bergejala 1
???? SEPANG 208
Dengkil 35
Saringan Bergejala 13
Saringan Kontak Rapat 22
Labu 19
Saringan Bergejala 10
Saringan Kontak Rapat 9
Sepang 9
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 7
Import 145
Import A (Arab Saudi) 3
Import A (Arab Saudi-Umrah) 115
Import A (Bangladesh) 3
Import A (China) 1
Import A (India) 6
Import A (Korea Selatan) 1
Import A (Nigeria) 1
Import A (Pakistan) 4
Import A (Portugal) 1
Import A (Switzerland) 2
Import A (Turki) 5
Import A (United Arab Emirates) 2
Import A (United KIngdom) 1

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:25 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
25 JANUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh: 3,559 kes (2,762,608 kes kumulatif, 97.3%)
  • Kes baharu : 4,066kes (2,840,225 kes kumulatif);
  • Kes import : 442 kes [323 warganegara (73.1%); 119 bukan warganegara (26.9%)];
  • Kes tempatan : 3,624 kes [3,521 warganegara (97.2%); 103 bukan warganegara (2.8%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 131 kes (113 kes disahkan COVID-19; 18 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 65 kes (46 kes disahkan COVID-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,328 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,084 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 244 kluster.
Daripada 4,066 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 50 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,016 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 24 Januari 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
NEGERI SEMBILAN1.16
KEDAH1.09
JOHOR1.09
WP KUALA LUMPUR1.07
MELAKA1.04
WP PUTRAJAYA1.04
SELANGOR1.04
PULAU PINANG1.03
PAHANG1.01
KELANTAN1.00
PERAK1.00
SABAH0.98
TERENGGANU0.82
PERLIS0.00
WP LABUAN0.00
SARAWAK0.00
MALAYSIA1.09
[url=]SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA[/url]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 162 kes baharu Variant of Concern (VOC)  telah dilaporkan daripada 23 sehingga 25 Januari 2022. Institute of Medical Research (IMR) telah mengenalpasti 89 kes baharu, Faculty of Medicine University of Malaya (FOM-UM) telah mengenalpasti 71 kes baharu, manakala Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti 2 kes baharu. Kesemua kes ini merupakan varian Omicron.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,056 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,036 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
  • 6,188 kes varian Delta;
  • 601 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha
Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta
Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti berikut:




NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.
Dengan pengambilan vaksin dan dos penggalak, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 Januari 2022 @ 6:15 petang

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-1-2022 05:21 PM
Pi pi mai tang tu....jgn mencanak dah

Dinner apa tadi kaka? Meols hari ni buat sup ayam je. Lepas tu campak segala sayur yang ada. Menu simple2 pun sampai dua kali tambah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 3.800242 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list