|
/Presidential Suite II/SHAHIR Lambert FC/most marketable-klubkidd/
[Copy link]
|
|
hoiiiiiiiiii hoiiiiiiiiiiii..tghariiiiiiiiiiiii ,,mari makan nasi sambal sotong..teh ais satuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1509# PurpleAxe
ooo...bukan semua juri cam komen same kerrr...tuju kat semua larr...

SHAHIR bersemangat meneruskan perjuangan dalam AF8.
Kepada semua penonton AF8 jangan lupa untuk mengundi saya kerana saya pasti akan menggegarkan stadium pada konsert akhir nanti
Insyallah - Shahir AF8
source: UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemuncak AF8
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
2010/05/16sebelum - selepas  |
|
|
|
|
|
|
|
afundi shahirrrrrrrrrr.... 
eh apsal porum ni cam wat hal ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by seribulan at 16-5-2010 12:05
Bakal finalis akui dalam tekanan dan debaran menjelang kemuncak Akademi Fantasia 8
TAKDIR bakal menentukan nasib mereka, namun tanpa usaha dan doa, usahlah dipersalahkan ketentuan takdir kerana hakikatnya, tiada kejayaan yang datang bergolek. Impian mereka tentunya mahu melakar sejarah dalam Akademi Fantasia.
Hari ini (Ahad) bakal menentukan siapakah antara mereka yang bakal ke peringkat akhir Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Antara Adira, Shahir, Daus, Iwan, Maulana dan Ain, siapakah layak ke peringkat akhir sekali gus merebut gelaran juara AF8 mengikut jejak Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy dan Hafiz? Umpamanya - hidup dan mati perjuangan mereka akan ditentukan dalam Debaran AF8 malam ini. Minggu kesembilan AF8 jadi penentuan hala tuju kerjaya mereka. Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan KRU Studios sudah menyediakan platform masa depan mereka. Tujuh daripada 12 pelajar AF8 sudah memiliki satu lagu single dan klip video yang bakal disiarkan sekurang-kurangnya 500 kali selepas keluar AF8.
Bagaimanapun, semua itu belum cukup kuat untuk menjamin masa depan jika tuah tidak memihak pada diri. Bak kata pepatah Melayu - untung sabut timbul, untung batu pula tenggelam. Selepas keluar AF, mereka seharusnya punya inisiatif sendiri dan bijak membawa untuk menonjolkan bakat dan nama, tidak hanya bergantung harap dengan AESB dan KRU Studios.
Buat pertama kali dalam sejarah kewujudan AF, wartawan dan jurugambar dibenarkan masuk dan menemubual pelajar dalam akademi. Rutinnya, pertemuan dengan media massa hanya diatur selepas AF berakhir. Namun, kali ini B*Pop berjaya menemui bakal finalis AF musim ini. Ikuti luahan hati enam pelajar AF8 yang menghadapi detik kemuncak AF8 yang berlangsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu, 22 Mei ini, jam 9 malam.
Shahir nafi tiru Faizal Tahir
UMPAMA mati hidup semula apabila dirinya dipilih menerusi AFMasuk, minggu lalu. Mendapat undian sebanyak 68 peratus dan berada di kedudukan undian nombor satu AFMasuk membuatkan Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22, tidak senang duduk. Malah, mengikut sejarah terlakar, pelajar yang diundi masuk pasti memperoleh kejayaan besar seperti Linda Nanuwil, Lotter dan Aril yang mendapat tempat kedua dalam AF.
Bekas graduan Diploma Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa akui: "Saya tidak menyangka perjalanan masih dapat diteruskan apabila dipilih dalam AFMasuk. Saya langsung tidak meletakkan harapan, saya fikir mungkin Anum atau Aliff jadi pilihan. Bagaimanapun, inilah rezeki namanya dan saya tidak mahu mengecewakan harapan pengundi saya.
"Saya sedar tanggungjawab saya besar malah sejarah dulu membuktikan Linda, Lotter dan Aril yang pernah terkeluar berjaya meraih tempat kedua. Jadi saya juga perlu membuktikan saya boleh, tetapi saya percaya semuanya terletak pada rezeki dan ketentuan. Saya hanya mampu berusaha, tetapi takdir dan rezeki, Tuhan yang menentukan.
"Saya bersyukur menjadi pilihan pengundi. Saya sendiri tidak pasti apa hebatnya diri saya. Mungkin juga sikap saya yang suka berjenaka dan kelihatan lurus membuatkan ramai menyenangi saya. Ia bukan lakonan, tetapi itulah keperibadian saya sejak dulu. Bagaimanapun, saya agak terkejut apabila ada yang menyamakan saya dengan Faizal Tahir. Awalnya, memperjuangkan irama nasyid, tetapi berubah arah selepas masuk AF8. Dulu, saya bukanlah anggota asal kumpulan nasyid Saujana, saya hanya menggantikan dua anggotanya yang bekerja sebagai doktor jika mereka tidak dapat memenuhi undangan nyanyian. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu keupayaan saya mampu menyanyikan lagu bergenre rock, saya hanya sedar selepas menyertai AF8. Jadi, saya bukanlah meniru Faizal atau nak jadi seperti Faizal, memang nak dibandingkan saya dengan Faizal, jauh bumi dengan langit tetapi secara kebetulan kami pernah memperjuangkan irama nasyid dan beralih arah ke genre rock."
Iwan nak ubah nasib keluarga
ADA yang menganggap Iwan atau nama sebenarnya, Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, hanya bersandarkan pada rupa paras sedangkan bakat tidak sehebat mana. Setiap minggu persembahannya biasa-biasa saja, hanya minggu ketujuh, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan baru beroleh tiga butang hijau.
Dengan nada perlahan, Iwan akui: "Saya agak tercabar apabila ada yang menganggap saya hanya bersandarkan pada rupa paras, tetapi tiada bakat. Saya percaya peminat sekarang sudah pandai menilai, jika ada rupa, tetapi nyanyian ke laut tidak mungkin mereka memilihnya. Bukanlah saya mahu mengangkat diri, saya yakin mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar lain jika diberi ruang.
"Alhamdullilah, jika ada yang memuji saya dan ini juga anugerah Tuhan pada saya, tetapi jujurnya, saya tak pernah berasakan diri saya kacak. Sebenarnya saya menyertai AF8 bukanlah nak mencari nama, jauh sekali nak glamor. Sebaliknya saya minat menyanyi sejak kecil lagi. Saya sedar bukan mudah laluan bergelar penyanyi, belum pun keluar AF, macam-macam kecaman yang saya terima.
"Saya nak ubah nasib hidup keluarga. Saya nak besarkan perniagaan restoran yang ibu bapa saya kendalikan di Mantin, Seremban. Saya bukanlah ada pelajaran tinggi, hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya tidak akan mensia-siakan platform disediakan untuk saya demi mengubah nasib saya dan keluarga."
Adira tak mahu kecewakan pengundi
BAGI Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, walaupun persembahannya agak konsisten dan sering mendapat pujian juri setiap minggu, tetapi ia bukanlah jaminan untuk dirinya berada di tempat selesa. Malah, dia juga sering tertekan dengan bebanan dan tanggungjawab yang diberikan.
Gadis kacukan Kadazan Dusun itu mengakui: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Persembahan saya ada kalanya konsisten, ada masanya tidak. Setiap masa dan ketika, banyak perkara baru yang perlu saya pelajari dan perbaiki, bagaimanapun saya tidak meletakkannya sebagai masalah berat, sebaliknya saya akur dengan setiap cabaran.
"Bukan tidak bersyukur sebaliknya saya tidak mahu terus diulit dengan pujian, ia boleh membuatkan saya jadi leka dan berasakan diri bagus. Saya sentiasa meletakkan diri sebagai budak baru belajar. Pujian dan kritikan, saya terima dengan dada terbuka. Mungkin ada yang menganggap saya berada di tempat selesa, tetapi tidak bagi saya, saya juga pernah berada di zon bahaya. Selain berusaha tidak tersingkir dalam konsert mingguan, saya juga berusaha supaya pengundi yang berkorban masa dan wang ringgit tidak kecewa dan berasakan buang masa mengundi saya.
"Bagaimanapun, saya juga manusia biasa, banyak kelemahan dan dilahirkan tidak sempurna. Selepas keluar AF8 nanti, saya mahu memperbaiki cara komunikasi dan mengikuti kelas. Saya akui cara percakapan dalam dialek Sabah yang pekat dan sukar dibuang membuatkan ramai tidak faham dan kedengaran agak kasar. Saya juga sering tersasul dengan membahasakan diri `aku', sedangkan perkataan `aku' kedengaran kurang sopan."
Daus mahu terus bersama 9TreeO
APABILA dianggap tidak konsisten dan agak lembap dalam pembelajaran, Muhd Shahril Firdaus Eli atau Daus, 22, tidak berkecil hati, malah tekad bangun daripada mimpi yang panjang.
"Saya membuat kesilapan yang besar ketika konsert awal, tetapi sebenarnya saya belum dapat keyakinan. Ketika itu, dunia akademi ini terlalu asing buat saya. Saya sukar nak menyesuaikan diri dengan keadaan, persekitaran dan kawan-kawan baru. Sebelum ini, saya tak pernah rasa belajar di tempat yang begitu selesa dan banyak kemudahan.
"Hanya selepas konsert kelima saya dapat menyesuaikan diri dan berusaha menempatkan diri di tahap selesa. Bagaimanapun, pada konsert keenam, saya mendapat lagu Selamat Malam nyanyian asal Faizal Tahir. Lagu itu terlalu besar buat saya, apatah lagi suara saya halus. Walaupun sering dikritik dan dikutuk, saya jadikannya pembakar semangat. Mujurlah saya tidak terkeluar awal, jadi saya masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan diri.
"Sekarang, saya belum rasa diri saya berada di tempat selesa. Sama ada saya terkeluar atau sebaliknya minggu ini, saya tidak mahu memikirkannya. Saya hanya berusaha untuk menempatkan diri ke peringkat akhir AF8. Bagi saya, berjaya ke peringkat akhir sudah jadi kemenangan buat saya. Jika ada tuah dan bergelar juara, ia adalah bonus buat saya dan permulaan baik buat kerjaya nyanyian saya.
"Saya mahu jadi sehebat kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussain. Sebelum melangkah ke AF8, saya sudah menubuhkan kumpulan 9TreeO dan mungkin selepas ini, saya akan meneruskan perjuangan dengan kumpulan ini. Saya tidak akan ketepikan mereka kerana 9TreeO menjadi peniup semangat saya," kata anak kelahiran Kuching, Sarawak itu.
Maulana mahu jadi penyanyi jazz
CARANYA kasar, percakapannya ikut sedap mulut, tetapi jauh di sudut hati, Maulana atau nama sebenarnya, Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22, punya `hati dalam taman'. Melihatkan aksinya yang menangis `macam nak rak' ketika rakan-rakan tersingkir membuktikan anak kepada penyanyi veteran, S Mariam itu bukanlah seteruk disangka.
"Saya akui ada kalanya cara saya kelihatan agak kasar, ada yang menganggap saya bermulut lepas, tetapi saya bukanlah mahu menyinggung perasaan kawan-kawan, apa yang saya cakap hanyalah luahan hati saya. Bagi yang mengenali saya, mereka tahu cara saya. Mereka tak pernah ambil hati dengan gurauan saya.
"Saya hanya menjadi diri sendiri. Apabila ada yang menganggap saya manja dan suka menangis, itu tidak saya nafikan. Saya adalah anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, sikap manja saya kadang kala agak keterlaluan, tetapi selepas ditegur Pengetua AF8, Norman Abdul Halim, saya cuba kawal diri supaya tidak terlalu mengikut perasaan.
"Ini adalah dunia baru buat saya walaupun ibu saya seorang penyanyi. Sebelum ini, saya tak pernah dapat peluang ini. Saya sudah empat kali mencuba memasuki AF, hanya AF8 baru terpilih. Sungguhpun ada yang mengandaikan muzik jazz yang saya bawa tidak ke mana, saya mahu buktikan saya mampu. Dulu muzik jazz agak berat dan hanya golongan tertentu yang menggemarinya tetapi saya lihat Yuna, Zee Avi dan Kumpulan Tilu mampu menarik kelompok peminat mereka. Saya mahu menjadi perintis kepada penyanyi lelaki yang mampu menaikkan irama jazz."
Ain bersikap gedik ada sebab
SIKAP gedik dan ada kala lagaknya seperti mencemburui pelajar lain membuatkan Nadiawaty Ainul Basir atau Ain, 24, seringkali jadi bahan kutukan. Bagaimanapun, gadis berketurunan Suluk-Dusun itu berbakat besar dalam bidang nyanyian. Suara serak basah dan tona suara unik jarang dimiliki pelajar lain.
Ain, bekas pelajar jurusan kecantikan Rozsall Akademy di Kota Kinabalu, Sabah akui: "Ramai yang tersalah anggap pada diri saya, mereka anggap saya gedik, kasar, agresif dan punya sifat cemburu. Sedangkan saya hanya tercabar apabila pelajar lain dipuji. Kenapa saya tidak boleh sehebat mereka, jadi saya perlu cabar diri supaya tidak ketinggalan.
"Gaya dan sikap saya memang agak agresif, tetapi gedik memang dibuat-buat untuk menghiburkan diri. Dalam akademi, keadaan kami penuh tekanan, ada kalanya saya alami migrain teruk disebabkan terlalu memikirkan persembahan, jadi saya suka bergurau untuk melepaskan tekanan, tetapi disalah tafsir pula diri saya gedik.
"Saya akui bila melihat pelajar lain membuat persembahan memukau, saya jadi tercabar, tetapi bukan saya cemburu. Saya gembira melihat kejayaan kawan-kawan lain, saya mahu jadi sehebat mereka. Saya bukanlah seorang yang hipokrit dan bersikap plastik, apa yang ditunjukkan, itulah sifat saya. Idola saya dalam AF adalah Stacy. Tetapi saya mahu tampil dengan identiti yang tersendiri. Cara saya menyanyi dengan gitar memang cukup serasi kerana saya sudah belajar bermain gitar sejak berusia 10 tahun.
Tanpa tunjuk ajar sesiapa, saya petik gitar sehingga jari saya jadi kematu. Ketika usia 14 tahun, saya beli buku gitar. Di situlah saya mula mahir dengan kod dan cara bermain gitar. Alhamdullilah, sekarang sebut apa saja lagu saya boleh tahu kod yang nak digunakan."
Info Adira
# NAMA: Siti Adira Suhaimi
# USIA: 19 Tahun
# ASAL: Ranau, Sabah
# TARIKH LAHIR: 19 September 1991
# BANGSA: Kadazan Dusun
# PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
Info Shahir
# NAMA: Ahmad Shahir Zawawi
# USIA: 22 Tahun
# ASAL: Ipoh, Perak
# TARIKH LAHIR: 5 September 1988
# BANGSA: Melayu
# PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa
Info Daus
# NAMA: Muhd Shahril Firdaus Eli
# USIA: 22 Tahun
# ASAL: Kuching, Sarawak
# TARIKH LAHIR: 25 Ogos 1988
# BANGSA: Melayu
# PENDIDIKAN: Diploma Perakaunan, Politeknik Kuching, Sarawak
Info Iwan
# NAMA: Emirza Azwan Zulazrin Chew
# USIA: 20 Tahun
# ASAL: Seremban, Negeri Sembilan
# TARIKH LAHIR: 21 April 1990
# BANGSA: Melayu
# PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
Info Maulana
# NAMA: Muhd Firdaus Maulana Mohamed
# USIA: 22 Tahun
# ASAL: Johor Bahru, Johor
# TARIKH LAHIR: 23 Januari 1988
# BANGSA: Melayu
# PENDIDIKAN: Diploma Reka Bentuk Industri, UiTM Shah Alam
Info Ain
# NAMA: Nadiawaty Ainul Basir
# USIA: 24 Tahun
# ASAL: Sandakan, Sabah
# TARIKH LAHIR: 25 Jun 1986
# BANGSA: Suluk/Dusun
# PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
Lokasi: Akademi Fantasia
Terima Kasih: Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, Pengetua Akademi Fantasia, Norman Abdul Halim & Penerbit Pengisian Bahagian Melayu, Astro Productions Sdn Bhd, Salimin Lockman. |
|
|
|
|
|
|
|
artikel lama...harap tak berulang lagik...
Tuesday, May 11, 2010 Norman KRU "Insaf" Bantah Pelaksanaan AFundi Masuk
Norman KRU sewaktu menghadiri pelancaran Mingguan mStar pada 28 Februari lalu.
BUKAN sahaja peserta Akademi Fantasia 8 (AF8) belajar sesuatu, pengetuanya sendiri turut menimba ilmu.
Norman KRU memberitahu, dia banyak belajar menerusi AF8. Jika dulu, dia langsung tidak menyetujui perlaksanaan AFundi Masuk.
Kini, dia tahu kenapa ia diperlukan untuk menyelamatkan pelajar yang berbakat.
"Terus-terang saya kritik di luar. Kenapa perlu ada AFundi Masuk? Sesiapa yang tersingkir, tersingkirlah. Good bye. Tak ada lagi.
"Sayadah luahkan pendirian saya, tapi produksi Astro, Azian dan Azlin katajangan cakap begitu kerana kita akan menyesal," katanya pada sidangakhbar di sini baru-baru ini.
Norman mengakui dia kini insaf dansedar betapa pentingnya AFundi Masuk membantu peserta berbakat yangtersingkir kembali ke akademi selepas mengetuai AF8. SELAMAT BERJAYA...Shahir mendapat 'restu' daripada rakan-rakannya untuk meneruskan perjuangan dalam AF8.
JelasNorman, ini kerana terdapat pengundi yang suka mengundi pada saat-saatakhir manakala ada yang memang terlupa untuk mengundi.
Katanya, ini menyebabkan pelajar berpotensi tersingkir sebelum peringkat akhir.
"Pengundihanya memikirkan 'menyelamatkan' tiga peserta tercorot tetapi merekalupa mengundi peserta di atas itu. Mereka boleh jatuh," katanya.
Lebih-lebihlagi, Norman berkata, persaingan di AF8 begitu sengit dan dia telahmelihat 'gelora terumbang-ambing' peserta nombor satu dan dua darikedudukan ranking turun ke zon bahaya.
"Misalnya, ada ketikanya Adira dan Iwan pernah turun ke zon bahaya padahal Iwan tidak pernah turun ke zon bahaya.
"Itulahrealiti banyak orang terlupa.... Yang Shahir tersingkir pun, saya rasapengundi terlupa. Sama dengan Alif, Anum, Nad, Farina dan sebagainya,"jelasnya.
Sementara itu, Norman mendedahkan dia sebak setiap kali melihat pelajar dan cikgu menangis ekoran peserta tertentui tersingkir.
"Sayasebak. Jangan kata masa konsert saja, bila mereka buat video wasiat,saat itulah saya tak tahan. Tapi saya control. Tak bolehlah sayatunjukkan pengetua menangis," katanya.
Akui beliau, memangterjalin suatu ikatan dengan pelajar tersebut kerana sering berjumpasetiap masa sepanjang pengajian akademi.
"Dan merekamengharapkan kita seolah-olah macam anak buah. Mereka yang mempunyaianak buah tahulah bagaimana perasaan saya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
hai seri....smlm happy tgk shahir...harap2 arini tak de pengingkiran... semua gi final...
NO NAMA UNDI (%)
1 Shahir 30
2 Adira 17
3 Daus 15
4 Iwan 14
5 Maulana 13
6 Ain 12
[Kembali] |
|
|
|
|
|
|
|
hai seri....smlm happy tgk shahir...harap2 arini tak de pengingkiran... semua gi final...
NO N ...
molley444 Post at 16-5-2010 11:52 AM 
hoi hoi hoi...shahir n kazen dia...Pengerusi FC dia...not me..ahaks...
Shahir & Nazirah |
|
|
|
|
|
|
|
tgh tgk ulangan kunset...tunggu shahir nyanyi..iikkiiikik |
|
|
|
|
|
|
|
tgh tgk ulangan kunset...tunggu shahir nyanyi..iikkiiikik
molley444 Post at 16-5-2010 12:03 PM 
me 2...
 |
|
|
|
|
|
|
|
lupa lak ..yg neh blom dah tepek...
Pesona, populariti dan kualiti AF8
MENGGAPAI bintang. Proses tersebut akan dilalui peserta AF8 selepastamat minggu ke-10 nanti. (Di belakang dari kiri) Adira, Daus, Maulana,Shahir, Iwan dan Ain bergambar bersama Norman, Siti Hajar dan QueHaidar.
AKADEMI FANTASIA (AF) musim kelapan menghampiri kemuncak danpenyingkiran terakhir malam ini mengizinkan semua pengikut setianyamengenal pasti calon paling layak untuk berada di singgahsana sangjuara.
Dalam episod Debaran Akademi Fantasia nanti, siapa di antara Iwan,Maulana, Daus, Shahir, Adira dan Ain akan kecundang dari pentas final.Hanya lima nama akan tersenarai dan sejurus selepas Konsert Akhir AF8,sang juara mahupun naib juara, tempat ketiga, keempat atau kelima,semua finalis itu akan turun ke industri muzik sebagai artis.
Minggu lepas, Sensasi Bintang diberi kejutan masuk ke akademisebagai tetamu. Bukan sekadar bertemu menghulur salam, buat kalipertamanya, produksi AF8 yang ditunjangi Pengurus Saluran Astro Ria,Azlin Reza Azmi memberi peluang kepada pelajar yang selama inidikuarantin berkongsi khabar dengan media.
Bukan menambah bara publisiti katanya, tetapi memberi kelainan kepada AF8 yang berdepan banyak jangkaan ramai.
Menjejaki karpet merah malam kemuncak AF8, dua pengajar AF8, aktorberkarakter Que Haidar dan guru vokal handalan, Siti Hajar Ismaildiajak menelaah tentang prestasi anak didik mereka.
Bersediakah mereka, sudah tercanai sempurnakah pesona, popularitidan kualiti mereka setelah hampir tiga bulan bertapa di sebuah akademi?
Meminjam kata pengetua musim ini, Norman Abdul Halim: "Awal-awallagi saya tanamkan ke dalam diri setiap pelajar agar menjadikan didikanguru-guru di AF sebagai pegangan. Jika pegangan mereka kuat, setiapkritikan dan cabaran yang datang selepas ini mampu ditangkis dan hadapidengan baik. Tugas kami bukan setakat menegakkan benang yang basah."
Sejauh mana keyakinan para pengajar terhadap seorang lagi calon juara AF yang sedang dibentuk dalam AF8?
QUE HAIDAR (Q): Susah untuk saya pilih siapa di kalangan pesertayang ada sebagai calon juara sebab masing-masing ada peningkatan dalamaspek berbeza-beza seperti vokal, keyakinan diri serta pembawaan diridi atas pentas.
Saya bangga dengan pencapaian mereka dan ada yang menampakkankemampuan untuk bergelar bintang, syaratnya mereka harus ada bakat. DiAF8, banyak cabaran dan kejutan diberikan sebagai persediaan mentalmereka bila keluar nanti.
SITI HAJAR (S): Saya setuju dengan pandangan Que. Saya sendiri sudahlebih 20 tahun terlibat secara tidak langsung dalam industri muzik,menjadi tenaga pengajar di AF sendiri sudah masuk lapan tahun, sayalihat semua pelajar AF8 memiliki identiti vokal yang berbeza-beza.
Mereka ada minat yang kuat untuk jadi penyanyi. Itu landasan utamauntuk membina rumah dalam industri dan ilmu yang mereka dapat dalam AFpula konkrit yang meneguhkan rumah mereka.
Kami sudah sedaya upaya membentuk sinaran mereka. Tinggal lagi untukmeneruskan sinaran atau faktor-x, atau pesona yang ada, penyanyi itusendiri yang harus cari jalan.
Lampu juga telah dinyalakan tetapi jika tiada kualiti, sinaran itutidak boleh membuatkan orang silau terhadap mereka, bukan salah kami.
Ramai mendakwa populariti AF semakin merudum, pelajar tiada pesona dan AF8 yang paling ketara, komen kalian?
Q: Berbalik kepada persediaan mental juga. Dalam AF, kami bekerjakeras melatih mereka supaya menjadi orang yang berfikir. Saya sendiriambil masa enam hingga tujuh tahun sebelum popular. AF8 bukan AF1 atauAF2 yang ketika itu menjadi fenomena kerana ia benda baru.
Ini nasib peserta AF tahun ini kerana mereka masuk AF8. Jika merekamahu jadi anak seni berhati tulus bukan sekadar berangan, mereka bolehpergi jauh. Populariti hanyalah bonus. Saya masuk ke industri ketikaumur 18 tahun tetapi filem pertama saya datang ketika berusia 24 tahun.
S: Itu tandanya dari satu sudut yang lain, khalayak sedang melihatkualiti berbanding populariti. Biar tidak popular tetapi bila adakualiti, populariti akan datang dengan sendiri.
Jadi, masih pentingkah menjadi juara?
Q: Juara itu bonus. Contohnya, ramai yang berjaya mencipta namawalaupun bukan juara, Aizat, Nana dan Reza. Mereka ada tapak yang kukuhketika ini.
S: Juara tidak boleh dikongsi oleh dua orang tetapi juara itu ada dalam diri masing-masing.
Tidak semua kelahiran AF berjaya sebagai penyanyi, adakah akademi yang menjadikan mereka tersasar?
Q: Rata-rata peserta AF terlalu muda dan ada yang datang darikawasan pedalaman, dari Sabah dan Sarawak, jadi mereka kurangpendedahan dan tidak kenal diri sepenuhnya. AF sebenarnya menjentik danmencetuskan kesedaran mereka terhadap bakat masing-masing.
S: Secara tidak langsung AF memberitahu pihak luar bahawa seni ituperlukan ilmu dan pendedahan. Seorang pelakon akan lebih bagus lagijika mereka punya vokal yang baik.
Peserta AF8 datang daripada tahap pendidikan yang berbeza, apakaedah pengajaran yang paling praktikal agar ilmu dapat diserap semuapelajar?
Q: Dalam pengajaran seni persembahan, asas perletakan tubuh di ataspentas itu penting. Jika seseorang pelakon itu ada asas tarian, diamampu jadi pelakon yang lebih baik kerana pandai memilih posisi tubuh.
Mulanya saya fikir, ada vokal sahaja sudah cukup untuk jadipenyanyi. Saya pernah berfikir kenapa AF1 sampai AF7 perlu ada kelasseni persembahan. Kelas ini memberi perasaan kepada nyanyian pelajar,jika sedih kena dalam emosi yang begitu.
S: Pada saya, perkara pertama adalah teknik-teknik asas vokal tetapijika pelajar itu boleh membaca input yang dibekal ke tahap yang lebihtinggi, ilmu yang diterima di AF seperti sudah bertahun-tahun belajarvokal.
Sepanjang konsert AF8, tenaga pengajar menunjukkan bermacam reaksidan mimik muka apabila pelajar dihentam pihak pengkritik. Engganmenerima kritikan atau tidak bersetuju dengan kritikan?
Q: Kadang-kadang memang rasa geram dengan kritikan yang dilemparkansebab saya ada tanggungjawab untuk mempertahankan pelajar. Jika hanyamencari kecacatan, superstar seperti Madonna juga ada cacatnya ketikaberaksi.
Kritikan akan jadi lebih baik jika disusuli dengan panduan. Sayabimbang pelajar akan lebih keliru apabila dihentam dengan teruk.
S: Memang saya akan sesak nafas bila ada kritikan yang di luarjangkaan. Saya mengharapkan peningkatan atau kemerosotan mereka yangdisebut.
Saya terbuka dengan kritikan tetapi biarlah kritikan itu dalamlenggok dan bahasa yang boleh difahami semua dan berharap pengkritikjadi medium pemikiran ramai.
Saya cuma tidak suka dengan kritikan secara personal sebaliknyaharus mewakili semua penonton. Jika seseorang pengkritik itu jadi wakilkepada semua, martabatnya sebagai pengkritik akan lebih tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
AFUNDI10 SHAHIR ke 32999
 |
|
|
|
|
|
|
|
semua pun bolehhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
ciri2 idaman wanita...semua pon bolehhhhhhhhhhh...

lawak gilerr Sarimah pakai selendang eskimo... |
|
|
|
|
|
|
|
semua pun bolehhhhhhhhhh
molley444 Post at 16-5-2010 12:12 PM 
ciri2 Lambert...
 |
|
|
|
|
|
|
|
suka tengok facial expression dia masa lagu gelek neh...
 |
|
|
|
|
|
|
|

nangis abg Enrique...
selamat datang ke final - Adlin...
dia punya gelek...tsk tsk tsk..sore memang sedap giler...pekej...terasa onstage tu - Adibah...enjoisgtttttttttt...
hampeh Aznil...nak plangkong dah tak bagi lampu...ni yg saya tunggu...akhirnya awak keluarkan...saya nak
bagi lampu hijau sekrgggggggggg.... |
|
|
|
|
|
|
|
nangis abg Enrique...
selamat datang ke final - Adlin...
dia punya gelek...tsk tsk tsk..sore ...
seribulan Post at 16-5-2010 13:20 
gelekkkk..hahahaha..muka dia cam malu2 nak gelek..ikikikikikikikikik |
|
|
|
|
|
|
| |
|