CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RomizalRosle

Slot Lestary TV3 - ASMARA 2 - Selasa 9 malam ~~ rumah 3 ~~

   Close [Copy link]
Post time 7-5-2011 08:50 AM | Show all posts
dah nk masuk episod 10 ke atas baru nak up cite asmara-zaliya ni
panas tol ati aku...:@

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 09:28 AM | Show all posts
ok dh tgk promo..huhu.entah lahh ye.rasa cm,baik x payah buat asmara 2 cmtu.fans nak kesinambungan asmaraliya.ni g tambah perempuan lain.sedihnya..dh x mau lah asmara 3 ke ape ke.:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 10:35 AM | Show all posts
Reply 1506# zizie99


    Zizie kt utube ade...linknya:http://www.youtube.com/watch?v=YOK02gPDdiI&feature=feedu..nak post kt sini tapi tak reti lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 10:41 AM | Show all posts
ok dh tgk promo..huhu.entah lahh ye.rasa cm,baik x payah buat asmara 2 cmtu.fans nak kesinambungan asmaraliya.ni g tambah perempuan lain.sedihnya..dh x mau lah asmara 3 ke ape ke.:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 10:42 AM | Show all posts
sungguh2 asmara tolak zira..sian zira..ganas gak asmara..heheee
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 10:54 AM | Show all posts
Asskum,

Me again sdg take a break.  Gara2 Asmaraliya, saja nak kongsi nukilan hati dgn kau org.

SENJAKALA TERMENUNG DAKU KESEORANGAN
MENGINGATKAN WAJAHMU JAUH DI PANDANGAN
KESEPIAN MELANDA HATIKU KEHILANGAN
SETULUS KASIH HANYUT DLM SEBUAH IMPIAN

TERUKIR JANJI BERSAMA SEHIDUP DAN SEMATI
LAHIRNYA CINTA DUA INSAN NAN ABADI
TERKULAI LAYU JANJIMU HANYA TINGGAL JANJI
PERGIMU SAYANG TERBIT RASA RINDU DI HATI

     TIAP MALAM KU DIBUAI BELAI KASIH DARIMU
     KEMESRAAN TERASA MENDAKAPI TUBUHKU
     SANG BAYU MEMBAWA BISIKAN SUARAMU
     KU MENGHARAP KEHADIRAN DIRIMU OH SAYANG

     MENGAPA KAU PERGI BIARKAN DAKU SENDIRI
     TIBA-TIBA DIRI INI MUDAH KAU LUPAI
     KATAKAN MOGA DAPATKU MENGERTI
     SALAHKU PADAMU DUHAI CAHAYA HATI

PUN BEGITU KU HADAPI JUA SEMUANYA
SURATAN NASIB AKU HANYA INSAN BIASA
PINTAKU PADAMU KIRANYA KAU BAHGIA DI SAMPINGNYA
ABADIKANLAH SEJARAH KISAH KITA BERDUA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2011 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by masdiana-ana at 7-5-2011 10:58

untuk fans asmaraliya happy mother day..untuk mrchie,odxx,kak mutiara biru, dan sesiapa yang bergelar seorg ibu happy mother day..(10 kuntum bunga ros untuk ibu2 )
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 11:00 AM | Show all posts
Reply 1526# nidufias

sedihnya sajak nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 11:03 AM | Show all posts
Reply 1527# masdiana-ana


    thank a lot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 11:14 AM | Show all posts
eh sha dah share blum album ep10 part 2 kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 11:17 AM | Show all posts
dah le bos..dah meroyan pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 11:22 AM | Show all posts
dah le bos..dah meroyan pun..
shalady Post at 7-5-2011 11:17



    hehehe.... saje je nk kasi royan ramai2 ek... hehehe... thx...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 11:32 AM | Show all posts
Cnfm scene bunga ros tu mimpi je semata2 nak buat fans Asmaraliya bertambah meroyan...yg aku tak puas hati,si Asmara bwk M gi skodeng Zaliya tu ape cerita..sungguh tak romantik langsung..sungguh tak gah....iiissssh geram tul lah..aku lebih rela ngok Asmara kena rogol ngan zera drpd layan si Melatik tuuu:@
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by shalady at 7-5-2011 12:33

tiba2 rasa nak tepek speku Asmara impian nuwuwuda yg dolu2..tersengeh membacanye..mai imbas kembali....jgn mare wuda


“Awak, awak tengah buat apa tu?” Sergah Asmara di pintu bilik, ditangan kirinya tergenggam segelas susu coklat untuk Zaliya, manakala tangan kanan menggengam tombol pintu.

“Err…awak, terkejut saya…err takde papelah”  balas Zaliya sambil berusaha menyorokkan sesuatu di belakangnya

“meh sini, tengok”, Asmara semakin mendekati Zaliya yang berada di atas katil. Gelas yang di pegangnya di letakkan di atas meja mejalah bersebelahan.

“Eh, takde pape lah, ini rahsia, err rahsia orang perempuan”  Zaliya menunjukkan giginya yang putih.

Asmara memandang sinis pada isterinya…”rahsia orang perempuan?”

“Raziq kacau awak lagi?” Asmara serkap jarang

“Err…takdelah…mane ada…” Zaliya bersungguh-sungguh menggelengkan kepala

“Bak sini, apa awak sorokkan tu?” Asmara mula hilang sabar, di benaknya terfikir Raziq mula mengganggu Zaliya semula…Asmara merangkul Zaliya dan tubuh mereka bersentuhan, mata bertentang mata, nafas mula mendesah dan muka terasa panas.

“Eh awak! Apa ni”! Zaliya yang cepat tersedar menjerit, bayangan malam “itu” menjelma kembali

Asmara yang tersedar menjauhkan mukanya dari Zaliya “err…maafkan saya”

Mereka berdua terdiam seribu bahasa, menyukai apa yang mereka rasa, namun malu untuk mengiyakan perasaan itu…Zaliya yang malu mula membuka bicara…

“err, ni air saya ke?" Seraya mendapatkan gelas yang berada di meja bersebelahan, lantas meminumnya… “awak kalau buat air memang kelaslah”  Zaliya memuji Asmara gelas yang telah separuh kosong di letakkan kembali ke meja tadi

“Dapat”  Asmara menunjukkan sesuatu di tangannya, tangannya yang memegang sebuah buku di gawang-gawangkan ke udara.

“eh…isyyy malaslah nak gaduh dengan awak” Zaliya tersenyum sumbing…

“Alalalalalala…merajuk la pulak, buku apa yang rahsia sangat ni?” Asmara cuba untuk memujuk Zaliya

“bacalah sendiri” Zaliya malas melayan

“Hadoi, kuat merajuk isteri saya nih” buku  yang terbalik itu di pusingkan dan Asmara membaca tajuknya

“Nama-nama Indah untuk bayi dalam Islam? Awak nak pilih nama untuk anak kita eh?” Asmara masih cuba untuk memujuk Zaliya

“Em” Zaliya malas melayan dan mula membuka selimut dam merebahkan dirinya diatas katil.

“Eh, awak, nak tidur dah ke, awal lagi ni, air awak pun tak habis lagi tu. alaaaaaaaaa, janganlah macam ni awak, saya tak pandai pujuk awak”

Zaliya tersenyum-senyum geli hati namun Asmara tidak dapat melihat senyuman Zaliya kerana Zaliya berbaring membelakangkan Asmara.

“Awak, ala kuci kuci…”  Asmara mencuba lagi sambil menggeletek tapak kaki Zaliya

“hahahahahahaha” Zaliya tertawa besar kegelian, menoleh belakang, lalu mencubit hidung Asmara…

“Haaa…boleh pun gelak”  Lega Asmara.

“Kenapa awak nak sorok buku ni? Kenapa tak bagi saya tengok? Salah ke kalau saya tengok?” Tanya Asmara yang berpura-pura bingung dengan tingkah laku isterinya…

“Tak salah! Saje je, nak buat gempak.”

“Saja nak buat gempak? Ke saja je nak dapat geletek free?”

“amboi! Kureng hassem betul." Zaliya membalas

“Tak baik tau cakap suami awak macam tu…berdosa” Asmara memulakan rajuk

“Yelah yelah, abang Asmaraku sayang, isterimu ini mintak maaf…boleh? Sekarang awak dah menang, bukan sebab saya kalah taw, sebab saya baik hati hari ini.” Zaliya bangun lalu duduk kembali. Mereka berdua duduk diatas katil sambil menjuntaikan kaki ke bawah katil.

“Tak cukup…”

“tak cukup? Macam mana nak bagi cukup?" Tanya Zaliya

“macam ni” (dengan selamba Asmara menyentuh hidungnya ke pipi Zaliya, Zaliya terpana dan tersipu sipu malu di situ…

Dua2 saling merenung, tanpa kata, tanpa bicara, dalam diam, mereka mengakui apa yang dirasa dalam hati…

“Err, awak, air saya dah nak sejuk” memulakan bicara kembali.  Terasa janggal sungguh malam ini.

“Err..Cepat habiskan” Asmara yang baru tersedar dari lamunan berpura-pura membelek buku yang di beri Zaliya tadi.

“ Err…Asmara, awak ni alien ke?”

“Alien? kenapa pulak”

“Pandai awak baca buku terbalik”

‘Eh, itulah keistimewaan saya, saya memang handal baca buku terbalik, tulis terbalik pun saya handal taw, tulis tangan kiri semua saya boleh…" Asmara membidas manja

Zaliya dah buat muka sememehnya menandakan malas nak layan Asmara…

“Awak nak bagi baby nama apa?”

“Tu yang saya bulatkan tu kat buku tu…”

“Adam? Hmmm, okey juga, tapi boleh saya tahu kenapa?”

“Sebab…erm sebab…A untuk…aaa…err Asmara, D untuk dan….”

“untuk saya? Untuk apa? Dan? dan apa?” potong Asmara tidak sabar

“hisyy awak ni, sabarla…saya belum habis cakap lagi”geram Zaliya pada suaminya itu, Zaliya mengambil pen di hujung katil lalu mencoretkan sesuatu di atas buku yang di pegang Asmara. Asmara terpana bila anak-anak rambut Zaliya mengenai hidungnya…

“ermm…wangi” dalam tak sedar asmara memuji, sepintas mata Asmara menghayati keindahan hiasan dunia itu. Dari rambutnya, keningnya, turun ke matanya yang bulat dihiasi bulu mata separuh lentik, hidungnya yang comel, lalu ke bibirnya yang sedang leka berceloteh itu dan ini… “subahanallah”

“Awak, awak baca tak apa yang saya tulis ni?”

“err…err…awak ulanglah, saya tak focus” seraya memandang buku yang telah dicoretkan oleh Zaliya.

Sepintas otaknya menafsir apa yang di baca…

A=Asmara
D=Dan
A=Awek klasiknya…hihihi
M=Melati…;p

“Zaliya! Apa awak mengarut ni?” suara Asmara agak tegas

“Err…la saya bergurau je la Asmara, janganlah angin pulak” Zaliya terkulat2 di sergah

"Awak ni…macam nak tinggalkan saya pulak…” namun kata-kata  itu hanya terbit di halkum, yang terluah hanyalah... “takkan awak nak letak nama baby sempena nama saya dengan Melati?” Asmara masih bermuka serius.

“ok…ok, I’m so sorry, tapi nama Adam tu ok tak?”

“Tak ok” pendek Asmara membalas.

“Yelah2, saya bagitahu sebab dia yang sebenar, bukan sebab awak dan bukan sebab Melati, ni kan anak saya”pujuk Zaliya

Asmara masih diam

“Nak tau tak ni?”

Asmara masih diam

“Awak ni merajuk lama lah…awak nak dengar ke, tanak dengar ke, saya nak cerita jugak, mana tau kalau senang2 nanti awak boleh cerita kat anak kita kenapa nama dia ADAM” Zaliya masih berusaha memujuk.

“Awak je lah cerita…” Asmara masih bertarik tali

“Manalah tahu masa tu saya tengah busy ke kan…” Zaliya menggapai tangan Asmara lalu di letakkan pada perutnya yang besar itu…

“Dia tendang” spontan Asmara senyum dan bersuara bila tanganya dirasakan berlaga2 dengan janin dalam rahim Zaliya

“Saya pilih nama Adam sebab itu adalah nama manusia pertama yang Allah pilih seperti tertulis dalam Al-Qur’an, Adam adalah makhluk yang Allah muliakan, Adam belajar secara terus dengan Allah, Adam dihormati oleh seluruh malaikat, Allah telah lebihkan Adam berbanding dengan makhluk-makhluk lain yang Allah pernah ciptakan.” Terang Zaliya dengan panjang lebar “tak salah kan kalau saya pilih nama Adam untuk anak saya?” tambah Zaliya lagi

“tak…tak salah sayang”….Asmara terkedu, besar matanya merenung Zaliya

“Tapi...kalau perempuan? Takkan nak letak nama Adam jugak? Ok, kalau perempuan kita bagi nama Hawa? Boleh? Hawa peneman Adam di syurga kan?”

“Eh, pandailah awak teka apa yang saya fikir, tapi saya tak nak Hawa sahaja, saya nak tambah Siti kat depan dia, kalau letak Hawa je macam hawa nafsu pulak bunyiknya, Siti tu gelaran bagi orang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.”

“Eh, mana awak tau semua ni?”

“Research la, awak ingat saya duduk kat rumah ni goyang kaki je ke?”

“bijak la isteri saya ni…” Asmara mencuit hidung Zaliya “Hawa diciptakan bukan dari tulang ubun untuk disanjung dan dipuja, tidak juga dari tulang kaki untuk diinjak dan diperbudak, tapi dari tulang rusuk kiri Adam..dekat dengan hati untuk dicintai dengan lengan untuk dilindungi” Asmara menambah lagi

“suami saya pun bijak jugak” Zaliya pula mengambil peluang memuji Asmara

Asmara senyum, mata mereka bertentangan“dahlah…awak baringlah dulu…rehat cukup2 ok?” Asmara mula mengambil selimut dan menyelimutkan Zaliya

“Saya nak basuh gelas ni kejap, nak pegi buang sampah dulu, kejap lagi saya tutupkan lampu, ok?”

“Ok, Good night!”

“Sweet dream sayang”


p/s: lakarkan apa sahaja pada langit fantasi...kerana fantasi itu indah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 12:36 PM | Show all posts
Cnfm scene bunga ros tu mimpi je semata2 nak buat fans Asmaraliya bertambah meroyan...yg aku  ...
DeViLishAnGeL Post at 7-5-2011 11:32



   amboiii..sanggup tu bg kat zira rogol asmara...statement x leh blahhhhh...hahhahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 12:44 PM | Show all posts
untuk fans asmaraliya happy mother day..untuk mrchie,odxx,kak mutiara biru, dan sesiapa yang bergel ...
masdiana-ana Post at 7-5-2011 10:55



   
terima kasih Mas... berbangga menjadi seorang ibu, Terima kasih Allah...

tapi bila part meroyan ni, jiwa jd anak dara balik... ekekkek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 12:51 PM | Show all posts
Cnfm scene bunga ros tu mimpi je semata2 nak buat fans Asmaraliya bertambah meroyan...yg aku  ...
DeViLishAnGeL Post at 7-5-2011 11:32



gaya Asmara ni seolah memang Zaliya dah mati.. tu yang dia macam takde 'jiwa' jer dgn zaliya (suhana)... ade ke g ngintip dgn M.. ishh..
adoii... mana ni semangat Asmaraliya dlam diri Asmara.. tensi la dah epi 10 pun masih tak nampak... nyampak knp plot citer ni camni...

apsal kak pah buat kami cam ni ni...

kalo camni, memang elok lah zal bawa diri g US... tinggalkan jer la Asmara tu, walaupun kamu cinta mati sama Asmara, tp Asmara langsung tak hirau kamu pun... buat letih jer zal kamu cinta dia ..   <<< fanatik Asmaraliya yang marah-meroyan  
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 12:56 PM | Show all posts
tiba2 rasa nak tepek speku Asmara impian nuwuwuda yg dolu2..tersengeh membacanye..mai imbas kembali. ...
shalady Post at 7-5-2011 12:32



senyum2 baca speku ni.. memang best...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 04:48 PM | Show all posts
tiba2 terasa nak tepek ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.244949 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list