Tak Ubah Sehangat Asmara 'Sesuka Hati' – Mohd Feroz Kader 2/6/2013 11:23:00 AM
[backcolor=rgba(190, 190, 190, 0.2)]
Diam tak diam sudah 9 episod drama Sehangat Asmara bersiaran. Nampaknya, kemelut dan dilema yang dihadapi Kamilia Najwa (Kay) pula semakin meruncing! Kepada yang sudah membaca novel tulisan Aisya Sofea, terbitan Alaf 21 ini, pasti tidak sabar-sabar lagi untuk menantikan episod seterusnya dan akan sentiasa memantau jalan cerita untuk memastikan ia tidak lari daripada penulisan novel. Pengarah Sehangat Asmara, Mohd Feroz Kader berkatapengalaman mengarahkan drama adaptasi novel ini tidaklah begitu berbeza berbanding drama lain. Menurut Feroz, apa yang berbeza hanyalah pada jalan cerita yang tidak boleh diubah sesuka hati.
Bagaimanapun, menurut Feroz, setiap babak yang terkandung dalam penceritaan novel adalah mustahil untuk dipenuhi sepenuhnya menerusi bentuk visual memandangkan ia dilakukan dalam jangka masa singkat.
“Dalam drama ini, jalan cerita adalah berdasarkan penulisan novel dan selebihnya kami telah mengolah mengikut kesesuaian watak dan keadaan. Kami cuba sedaya upaya mengekalkan jalan cerita yang sama supaya ia tidak lari jauh dengan penulisan novel tersebut.
“Walaupun tidak semua yang ditulis dalam novel dapat divisualkan, namun dalam keseluruhan episod ini sudah cukup untuk menceritakan keseluruhan babak yang ada dalam novel itu,” katanya yang turut menjalani penggambaran di Australia.
Tanpa membelakangkan penulis novel itu, Feroz memberitahu, dia juga turut berbincang dengan penulis novel itu bagi mendapatkan gambaran jalan cerita yang sebenar.
Last edited by jue7269 on 7-2-2013 03:34 PM
|