sebelum hendak mulakan debat
ambik mikrofon untuk test
betulkah zul huzaimy pelakon hebat
rasanya adi putra lagi best...
ain0345 Post at 20-6-2012 11:08
Habis kain sudah disidai
Jaga-jaga takut kalau hujan
Kehebatan Zul usah dipertikai
Setiap lakonan memberi kesan
Tengah hari hujan lebat
Berteduh sebentar bawah jambatan
Bukan Adi Putra tak hebat
Cuma rara lagi suka pelakon tempatan
bersesak-sesak distesen putra
sila beratur masuk satu-satu
antara zul huzaimy dan adi putra
abe aaron aziz tetap nombor satu
Fantagiro79 Post at 20-6-2012 11:11
bila hendak memohon cerai
byk prosedur yg cukup rumit
aaron ajis tak boleh masuk senarai
kerana tidak tunjukkan permit
bersesak-sesak distesen putra
sila beratur masuk satu-satu
antara zul huzaimy dan adi putra
abe aaron aziz tetap nombor satu
Fantagiro79 Post at 20-6-2012 11:11
Abg Zul suka pengat
Pengat dimasak atas bara
Abe harun kurang menyengat
Jgn mara tu cuma pendapat rara