Kerja Rumah Bersempena Cuti Perayaan Deepavali, Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 & Awal Muharram Tarikh Akhir Menghantar Jawapan: 6hb November 2013 (Rabu) jam 1.00 tengahari
1. Pernahkah anda berkunjung ke rumah sanak-saudara/ sahabat handai yang beragama Hindu semasa perayaan Hari Deepavali? Jika pernah, sila ceritakan pengalaman anda.
Jawapan: Pernah sebab rumah yang kami pergi adalah jiran kami yang duduk depan rumah kami dan juga kawan sekolah arwah ibu ana. Biasanya Uncle Anand dan Auntie Dewi apabila perayaan deepavali akan menempah makanan dari Mak Miah yang juga seorang tukang masak dekat kantin sekolah. Pabila kami berkunjung tentu sekali kami akan menerpa pada maruku, kacang, biskut raya dan juga manisan orang india. Biasanya lepas kami makan-makan anak jiran kami yang kami panggil abang Sona ni akan membakar mercun dan bunga api dan sebelum balik tentu sahaja kami akan mendapat angpow dari seisi keluarga
2. Adakah anda seorang penggemar masakan India? Jika Ya, apakah masakan yang menjadi kesukaan anda. Jika Tidak, nyatakan sebabnya.
Jawapan ana: tidak kecuali kalai masakan auntie dewi macam tosei dengan kuahnya serta puri dan kuahnya, kalau masakan dari tempat lain ana tak makan dan tak berapa berkenan.
3. Sila berikan 3 nama kawan - kawan anda yang berbangsa India dan bagaimana anda mengenali mereka.
Jawapan ana: Kawan lama masa sekolah namanya Anggamah sekarang dah pun meninggal, dia meninggal kerana menghidapi kanser rahim sungguh kesian sebab dia cuma mendapat tahu akan penyakitnya masa dah masuk Gred 4
Kedua adalah Kemali, rakan seperjuangan semasa belajar di sekolah menengah
ketiga adalah Ramachandran yang merupakan bekas setiausaha masa di firma pertama dulu dan dia juga adalah sedaerah dengan ana
4. Bagaimanakah anda menghayati sambutan Awal Muharram?
Jawapan ana: biasanya semasa awal muharram di sebelah petang sebelum awal muharram tu kami sekeluarga sudah berada di masjid untuk sama-sama membaca doa akhir tahun dan akan baca doa awal tahun selepas maghrib, membaca yassin dan juga mendengar tazkirah pada malam awal muharram. Di rumah pula biasanya ana suka bercerita kepada anak-anak mengenai penghijrahan Rasulullah dan juga peristiwa yang bersejarah mengikut kalender Islam
5. Sila nyatakan tarikh lahir anda mengikut kalendar Islam.
tarikh lahir ana adalah 12 Muharram 1391
6. Sila senaraikan 3 peristiwa penting yang berlaku di dalam Bulan Muharram.
- 1 Muharram - Umar Al-Khattab menetapkan sebagai hari pertama bagi setiap tahun baru Islam.
- 10 Muharram - Hari Asyura
- Nabi Nuh A.S dan pengikutnya diselamatkan dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
7. Berikan 3 amalan yang disunatkan untuk dilakukan pada bulan Muharram.
baca doa awal tahun. puasa awal muharram dan puasa ms hari asyura
8. Sila senaraikan kesebelasan utama bagi kedua-dua pasukan (Kelantan & Pahang) yang anda rasakan wajar diturunkan semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2013.
- Kelantan
Mohd Norfarhan Muhammad @ Paan Keita Mandjou
Pahang
Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid
Jalalludin Abu Jaafar
Mohd Razman Roslan
Mohd Zaiza Zainal Abidin
Mohd Amirul Hadi Zainal
R. Surendran
Mohd Faizol Hussin
Mohamed Borji
Azamuddin Md Akil
Mohd Faisal Mohd Rosli
Abdul Malik Mat Ariff
nota kaki: dah gugel jadi tak pasti maka kopipes jer dr zura, jangan marah yea 
9. Siapakah pemain yang anda harapkan dapat menyumbangkan gol kemenangan bagi perlawanan akhir nanti dan berapa gol?
tak mengikuti sangat perkembangan bola sepak ni jadi tak boleh nak ramal siapa yang bakal menyumbangkan gol
kalau gol ana ramalkan 2-1
10. Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk bergelar Juara Piala Malaysia 2013? Kenapa?
pening nak jawab
kalau ikut ramalan ramai yang kata kelantan yang akan menang sebab pemain yang mantap serta corak permainan yang konsistent
ana atas pagar ajelah yea
jangan marah 
** Markah 50
|