Dah siap aku nye review.. @dauswq harap ko tak ngantuk baca, panjang sikit neh..
Rating Keseluruhan Drama: 5.5 + 6 + 5 + 2 + 1.5 = (5/10)
1. Cerita (5.5/10)
- Di tahun 2043, Ahjumma Mirae sangat menyesal dgn apa yg telah berlaku dlm hidupnya – suaminya Kim Shin,seorang pengacara TV, mengalami “kejatuhan” sehingga menjadi suami yg useless; anaknya Gun mati kemalangan gara2 mereka bertengkar ditepi jalan, dan abangnya meninggal akibat kanser dalam keadaan mereka tidak bertegur sapa antara satu sama lain. - Menyalahkan Kim Shin sebagai penyebab berlakunya semua itu, Ahjumma mengambil keputusan kembali ke tahun 2013 dgn menaiki time machine utk mengubah takdirnya. - Di tahun 2013, Ahjumma bertemu dgn dirinya sendiri, Mirae. Ahjumma membuat bermacam2 strategi utk menghalang Mirae berkahwin dgn Kim Shin serta mendesak Mirae berkahwin dgn Se Ju, bakal CEO syarikat penerbitan YBS yg menyamar sebagai VJ - Konflik cerita berkisar tentang dilemma Mirae untuk memilih calon suami yg juga penentu masa depannya - sama ada Kim Shin yang dicintai tapi bakal menyebabkan kesengsaraan hidupnya sendiri, atau Se Ju, seorang yg tidak dicintai tetapi punya full package dan masa depan yg cerah. - Kehadiran Ahjumma di tahun 2013 juga telah mengubah nasib & haluan 4 watak utama iaitu Mirae, Kim Shin, Se Ju dan YuKyung - it kinda ruin their happiness, tetapi di akhir cerita ia menjadi trigger factor yg mengubah mereka jadi lebih baik dari sebelumnya. - Bagi aku tema cerita ini menarik, tapi olahan cerita bosan, even Yonghwa yg aku bias tu pun gagal menjadikan aku bias kepada cerita ini. Semasa menonton, aku tak tau ke mana hala tuju cerita ni sehingga akhirnya dikejutkan dgn teori “parallel universe” semasa ending. - Babak romantik tak cukup mengesankan,tak boleh rasa sangat perasaan cinta Kim Shin kat Mirae, Mirae kat Kim Shin or Se Ju kat Mirae. Yang lebih touching ialah moments antara Ahjumma dan abang Mirae.
- Walaupun tak la begitu paham, aku telah membuat pemahaman sendiri dgn jayanya untuk cerita ini. Ini interpretasi aku tentang ending MHIYD:
1.MIRAE. Instead of ikut kemahuanAhjumma supaya memilih Se Ju sebagai suami, Mirae yg sebelum ini indecisive antara Kim Shin & Se Ju akhirnya membuat keputusan untuk fokus dgn kerjaya sebagai penulis dan “take a break” daripada kedua2 Kim Shin & Se Ju.Ternyata keputusannya itu adalah terbaik apabila beberapa tahun kemudian dia berjaya menjadi best-selling author, sekaligus lebih tenang & berkeyakinan untuk decide dia punya love life. Mesej yg cuba disampaikan disini ialah: Your future is your own choice and not for other people to decide. Whoever you choose, be positive and you can be happy in your own way. Akhir cerita ialah open ending, tapi aku rasa Mirae’s choice is more towards Kim Shin atas sebab2 yg dinyatakan dalam post 1513#
2.AHJUMMA MIRAE. Akhirnya dia kembali ketahun 2043 setelah mengetahui Kim Shin masih hidup dan menunggu kepulangannya. Dia akhirnya mampu menerima seadanya yang Kim Shin itulah soulmate yg ditakdirkan untuknya. Walaupun kehilangan anak dan abang, dia masih boleh bahagia dgn adanya Kim Shin disisi. Walaupun tindakannya travel ke masa silam tak dapat mengubah takdirnya, at least dia masih gembira mengetahui Gun hidup dan membesar dalam keadaan yg baik walaupun berada di alam yg lain, dan bukan sebagai anaknya. (scene dia tengok gambar Gun dlm Pandora box, refer explanation at post 1515#
3.KIM SHIN. Instead of bersikap mementingkan diri sendiri, dia tetap dgn pendiriannya utk menyiarkan “truth & fact” dlm rancangan TV kelolaannya, walaupun sedar tindakan itu merugikan diri sendiri. Ternyata keputusan itu tidak silap apabila ramai yg menyokongnya dan akhirnya dia menang dlm kes breach of contract. Moral of the story: Every choice you made has pros and cons but honesty is always the best policy. (lebih kurang lebih kurang lah no.. aku pun tak reti buat quotes nih) Ini terbukti bila another Kim Shin datang dari masa depan & menceritakan penyesalannya setelah menyembunyikan kebenaran untuk kepentingan sendiri.
- Bagi aku ending cerita ni okay. Ia lari dari jangkaan asal iaitu Mirae akan end up dgn Kim Shin, yg mana terlalu predictable. Dan berbeza dgn favourite majoriti kat sini, aku rasa tak sesuai kalau Mirae pilih Se Ju dari awal no matter how much I adore Se Ju. Sebab kalau Mirae pilih Se Ju, nampak seolah2 Kim Shin je dipersalahkan atas semua yg berlaku sedangkan drama ni sepatutnya convey the message that we shouldn’t blame others for whatever happens to us. Lagipun dari awal sampai akhir memang nampak Mirae takde hati kat Se Ju, so kalau dia pilih Se Ju jugak, that will make Mirae the materialistic one, not Yu Kyung. Jadi kesimpulannya, aku puas hati dgn open ending.
2.Keberkesanan Lakonan (6/10)
LeeDong Gun (Kim Shin) - Watak Kim Shin ni tidak banyak berkembang dlm drama ni,awal sampai akhir muka ketat saja. Kalau berubah pun sikit sangat, patut la ramai tak suka, tapi heran Mirae suka lak - Lakonan LDG just okay sahaja, tidak ada yg mengkagumkan di sini.
YoonEun Hye (Na Mi Rae) - Boleh nampak lakonan YEH ni sangat bersahaja, malangnya watak ini biasa2 saja dan tiada apa yg impressive.
JungYong Hwa (Park Se Ju) - Ni satu lagi watak yg tak berkembang dan tak tau hala tuju watak ni. Se Ju yang pasrah. At least dlm YAB nampak la jugak Shinwoo frust dgn Gominam tapi dlm ni Se Ju give give give aje walaupun tau Mirae tak cinta kat dia. Watak yg tak dipahami. - Lakonan JYH nampak banyak improvement tapi tak sampai par untuk dicalonkan bagi kategori terbaik.
HanChae Ah (Seo Yu Kyung) - Watak ni has a lot of color & banyak berkembang. - Dari seorang yg murahan, dia jadi seorang yg punya self-value dan mampu menerima kenyataan yg takdrinya telah dicuri, bagi aku la. - Lakonan HCA agak comel dan menarik hati bagi aku. Walaubagaimanapun lakonan ni bukanlah lakonannya yg terbaik, sebab aku dok teringat lagi wataknya yg cool, sexy & seductive dlm Bridal Mask.
GoDu Shim (Miranda) - As usual, lakonan pelakon2 otai Korea memang buat aku terkedu. Pandai betul berlakon, memang versatile. Lain cerita,lain watak, dan lain terus auranya. Memang tak nampak langsung persamaan dgn wataknya sebagai mak yg kesian dlm cite Soon Sin. - Pencalonan untuk Best Supporting Actress category.
3.Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (5/10)
- Aku rasa yg spoil citer ni ialah skripnya yg longgar dan watak2 yg bosan & tak berkembang. - Lain2 aspek, biasa sahaja.
4. Skor muzik (2/5)
- Background music tak begitu membantu mood cerita. Ok la dari takde. - Takde lagu yg menarik minat aku dlm citer ni.
5. Kebarangkalian untuktontonan semula (1.5/5)
- Takde scene ygmenyentuh hati atau memorable, makanya tak begitu berkeinginan nak menonton semula.
Last edited by manganini on 12-12-2013 01:28 AM
|