Korang tolong la bagi explain kat mia, part last skali masa depa gambar ramai2 depan tangga, sebelum nur sauk tangan kat lengan adam tu..apa expresi nur sbnrnya masa tu...(kalu mia tgk mcm dia...... je..)
Baginya, watak Adam yang digandingkan bersama Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah semakin sarat dengan himpitan emosi dan mainan perasaan, malah pelbagai debaran dijanjikan menanti khalayak hingga sukar untuknya ‘menyimpan’ kejutan.
“Kalau boleh saya hendak ceritakan semua perjalanan emosi keluarga Adam terutama kehidupannya bersama isteri tercinta, Nur Amina selain hubungan mereka dengan abangnya, Aidil lakonan Fizz Fairuz yang kali ini menjadi bapa tunggal kepada dua cahaya mata.
“Tetapi biarlah ia menjadi kejutan ramai hingga tayangannya yang dijangka awal tahun depan. Apa pun dengan skala lebih besar dan plot cerita yang bertambah tragik, selain sinematografi cantik terutama babak di Jordan, ia pastinya tidak mengecewakan,” kata anak jati Melaka itu.
Mengimbas semula pengalaman menjalani penggambaran selama sembilan hari di Jordan bermula 25 Jun lalu, Remy menjelaskan cuaca kering dan panas tidak menghalang krew serta pelakon menyelesaikan kerja mereka mengikut jadual ditetapkan.
Begitupun, keringat yang dicurah sepanjang 36 hari penggambaran dengan babak terakhir pada 23 Julai lalu di lokasi rumah ibu Adam lakonan Liza Othman dirasakan berbaloi apatah lagi dapat bekerjasama semula dengan Kabir Bhatia serta barisan pelakon lain.
SOURCE : BERITA HARIAN ONLINE
actually cite ni psl gossip remy & maya.. tp aku extract yg related dgn NKTM saje
Korang tolong la bagi explain kat mia, part last skali masa depa gambarramai2 depan tangga, sebelum nur sauk tangan kat lengan adam tu..apaexpresi nur sbnrnya masa tu...(kalu mia tgk mcm dia...... je..)
mia1234 Post at 28-7-2010 06:54
CREDITS : BUDIEY.COM
Syafie Naswip Jadi Anak Liar dalam Nur Kasih The Movie
Mungkin ramai yang masih tak tahu pelakon remaja Syafie Naswip juga turut berlakon dalam filem arahan Khabir Bhatia, Nur Kasih The Movie. Beliau turut berlakon bersama Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan ramai lagi.
Pastinya, tiket pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin Ke-9 dan kemenangan berganda di Festival Filem Malaysia ke 22 menerusi filem Talentime bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki terbaik menjadikan peluang untuk diserap masuk dalam senarai pelakon Nur Kasih The Movie begitu cerah. Adakah penampilan beliau dalam filem ini bakal mencatitkan satu sejarah untuk meraih trofi sekali lagi?
Budiey pun masih belum pasti apakah watak yang diberikan untuk Syafie Naswip ni. Agak-agak korang?
Kalau tengok pada gambar di bawah ini, Budiey rasa Syafie Naswip ni bawa watak Ilyas, anak remaja kepada Aidil lakonan Fizz Fairuz. Wataknya lebih dan bebas pergaulannya berdasarkan watak untuk Syafie ni memerlukan beliau memakai subang dan mewarnakan rambutnya. Ada scene insiden, pergaduhan dan Ilyas ni ada seorang kekasih.
[quote][Kalau boleh saya hendak ceritakan semua perjalanan emosi keluarga Adam terutama kehidupannya bersama isteri tercinta, Nur Amina selain hubungan mereka dengan abangnya, Aidil lakonan Fizz Fairuz yang kali ini menjadi bapa tunggal kepada dua cahaya mata.
/quote]