Shahir AF Bukan Lupa Diri
Ditulis oleh Nonie Isnin, 21 Jun 2010 12:04
share
Bukannya mudah untuk dikenali. Pastinya timbul isu lalu yang ada kalanya menghantui perjalanan kehidupan. Itulah yang terjadi kepada pemenang program realiti Akademi Fantasia musim lapan, Shahir.
Pernah muncul bersama kumpulan Saujana dan memperjuang irama nasyid, dan perubahannya dalam menentukan hala tuju karier seni dikritik hebat.
"Sebenarnya saya sudah berbincang dengan anggota nasyid yang lain mengenainya, dan responnya positif. Timbul isu ini kerana saya dulunya dalam genre nasyid dan beralih kepada pop. Namun untuk berdakwah kita kena bercampur dan luaskan pergaulan supaya apa yang dihajatkan sampai kepada semua golongan.
"Selalunya anggota nasyid akan berkumpul sesama sendiri dan saya harus keluar daripada kepompong itu untuk semua terima apa yang ingin saya sampaikan. Sebenarnya ia bergantung kepada pendekatan masing-masing dan saya memilih jalan ini. Rasanya tiada masalah jika niat kita betul," kata Shahir.
Menurutnya lagi, timbul juga isu yang tidak pernah dibangkitkan dirinya apabila dikatakan tidak mahu bergambar dengan wanita. Jelas Shahir, beliau hanya cuba menjaga batas pergaulan yang sepatutnya.
"Saya tak pernah keluarkan kenyataan begitu dan hairan apabila sesetengah pihak cuba membangkitkannya. Cuma saya cuba hadkan batas. Selalunya saya akan menyambut salam wanita untuk menjaga air muka.
"Hairan... dan jika difikirkan secara logiknya, kalau saya kata begitu, lebih baik saya tak payah masuk industri hiburan. Tapi Datuk Siti Nurhaliza pun ada nasihatkan saya, kita memang tak boleh lepas daripada dugaan begini, tempuhinya dengan kesabaran.
"Saya tahu timbul juga cerita kononnya saya ditendang keluar dari UIA (Universiti Islam Malaysia) dan saya minta bukti yang dapat mengesahkannya. Saya berani tunjukkan rekod saya tak pernah ada subjek yang gagal sepanjang tempoh pengajian.
"Dalam hidup ni, saya tak boleh puaskan hati semua. Kalau terlalu ikut cakap orang, sampai bila pun kita tak akan maju. Saya hanya mampu lakukan apa yang terbaik," tambahnya yang mengetahui wujud kelab anti-Shahir dan redha dengan dugaan yang menimpa.
Shahir ditemui ketika program rakaman Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza di Astro dan buat pertama kalinya digabungkan bersama bintang nombor satu negara itu. Menyifatkannya sebagai peluang terbaik yang pernah diterima sepanjang bergelar juara, Shahir tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja dan terharu apabila dipilih untuk berduet bersama.
"Memang terkejut sebab tak sangka akan dapat peluang ini sebab ramai lagi yang menyimpan hajat untuk berduet dengan Datuk Siti. Ini pertama kali saya dengar Datuk menyanyi live sebab sebelum ini saya hanya menonton dari rumah.
"Rasa kecil di atas pentas bila bergandingan dengannya namun saya cuba ambil peluang hebat ini sebaik mungkin," katanya tersenyum
K zai asal Perak, abah org Pasir Salak, mak org Kg. Geronggong.., k zai lahir kt Kg. Geronggong, Kg. Gajah, Perak,
se negeri dgn shahir lerr.... tapi jauh dari umah shahir tu....