CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayushuhada04

[KBS] Marry Him If You Dare ~ Yoon Eun Hye, Lee Dong Gon, Jung Yong Hwa...

[Copy link]
Post time 13-12-2013 06:15 PM | Show all posts
REVIEW dari saya untuk @dauswq
ni first time buat tau...

1. Cerita  (6/10)
  Jalan cerita Marry Him If You Dare ini ringkas dan sedikit berat (perlu berfikir). Ia agak mudah difahami dan banyak memainkan perasaan dalaman. Unsur suspens dan klimaks takde.. kottt...
    Jalan ceritanya agak menarik dan lain dari kebiasaan tetapi sedikit perlahan dan boleh mengakibatkan kebosanan menunggu. Namun begitu, pada penghujung setiap Episod sentiasa ditutup dengan pelbagai preview mahupun persoalan menarik yang membuat kita tertanya-tanya untuk mengetahui apakah yang bakal berlaku dan apakahjawapannya.
    Jalan cerita seperti ini hanya sesuai untuk anda yang suka berfikir dan mencari jawapan. Cerita yang ringkas tetapi memerlukan pemikiran kritis dengan cuba memahami maksud di sebalik setiap episod yang disampaikan.
   Saya berikan 6/10 kerana saya rasa banyak watak dan jalan cerita yang boleh dikembangkan dengan lebih baik. Namun begitu, saya tetap berpuas hati dengan jalan ceritanya. Cuma saya tak berpuas hati dengan setiap watak yang diolah.  

Dari cerita ni saya dapat beberapa pengajaran:
1.Kita tak boleh ubah masa yang dah lepas walau apa cara sekalipun kita buat - inreal life
2.Kita boleh ubah masa depan kita ke arah lebih baik asalkan kita cepat sedar dan ingin berubah
3.Kita mesti nikmati hidup yang kita ada sekarang... apapun pilihan kita... just enjoy it while it lasts... coz the past and the future will never be the sameagain
4. Kita kena hadapi kesilapan kita dan jangan salahkan orang lain. Na Mi Rae tua menyalahkan suaminya Kim Shin di atas kematian anaknya Gun dan kejatuhan Kim Shin dalam kerjaya. Sedangkan hakikat sebenar kematian berpunca dari kekecewaan Na Mi Rae tua. Sepatutnya Na Mi Rae tua boleh berikan full support dari segi moral dan spiritual agar Kim Shin kembali bangkit dari kekecewaan.

2. Keberkesanan Lakonan (4/10)

1. YoonEun Hye (Mi Rae muda)
    Lakonan YEH dalam cerita ini tidak menonjolkan kebolehan sebenar beliau. Terlalu ringkas dan tiada apa yang menarik.Yang membezakan hanya dari segi perubahan style rambut. Memek muka, monotone...biasa-biasa. Berbeza dengan lakonan YEH dalam Coffee Prince dan I Miss You. Watak yang dibawa memberikan penampilan yang lebih menarik berbanding Mi Rae.

2. Lee Dong Gun (Kim Shin)
    Saya rasa macam tak pernah menonton LDG buat masa ini jadi tak boleh nak bandingkan lakonannya dengan drama lain. Namun begitu, suka dengan memek muka dan reaksi tubuh badan(posture) yang ditonjolkan. Nampak sangat muka makan hati dan kecewa. Terkesan dengan watak yang beliau bawa. Cuma yang tak bestnya, watak yang diberikan dalam drama ini tidak berkembang dan kekal monotone... biasa-biasa. Harap sangat dalam drama ini Kim Shin diberikan perubahan dalam bentuk perubahan sikap ataupun kejayaan.

3. Jung Yong Hwa (Se Joo)
   JYH kekal memainkan watak yang sama dalam  pelbagai drama lain. Di dalam You’re Beautiful dan juga Heartstrings beliau masih tidak keluar dari kepompong pretty boy, soft hearted, pasrah, berserah. Watak Se Joo telah diberikan sedikit kekasaran contohnya dia ingin merebut hati Mi Rae daripada Kim Shin dengan apa cara sekalipun. Tetapi lakonan yang ditonjolkan tidak berjaya dan kekal monotone... kalau saya jadi Mi Rae pun mesti tak terpikat hihihiihi... sebab.. lembab... Sangat berharap suatu hari nanti JYH berani memaparkan skil lakonan yang lebih berkesan. Teringin nak lihat JYH berlakon filem aksi dan ubah style rambut gaya pretty boy anak orang kaya tu... nak tengok muka hensem dia, tak nak tengok muka pretty...

4. Choi Myoung Gil (Mi Rae tua/ahjumma)
    Saya juga tidak pernah menonton CMG dalam drama lain jadi tak boleh nak buat perbandingan watak. Namun begitu, dalam drama ini, kehadiran beliau seolah-olah tidak membawa sebarang kesan. Hanya sebagai pelengkap jalan cerita.

Untuk merit tertinggi saya berikan kepada Lee Dong Gun. 6/10.Hanya semata-mata dia hensem.... hihihihi...
Saya nak calonkan Lee Dong Gun sebagai Best Actor... tapi macam tak best je...
Oleh itu tak nak calonkan sesiapa la untuk cerita ini


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)
  (5/10)

   Dari aspek lakon layar, teknik pengarahan dan sinematografi. Saya tak pandai nak beri komen. Namun begitu saya suka setiap sinematografi dan kesan CG(ye ke CG? Sorry tak tau nak sebut) di mana Na Mi Rae bermain air di dalam laut yang nampak ikan-ikan tu.
   Pengarah pandai memanipulasikan elemen sedih. Sangat terkesan dan rasa terlalu kecewa dengan jalan cerita ini.
    Satu yang tak puas hati, kata ada parallel universe dan setiap peristiwa Na Mi Rae muda dan Na Mi Rae tua takde kaitan langsung. Tapi pada hujung cerita, boleh pula ada message box dari Na Mi Rae muda yang ditanam depan pagar rumah. Ia bercanggah dengan kenyataan yang dimaklumkan sebelum itu.
    Proses editing yang OK kottt. Maaf la saya tak reti nak komen sangat bab ni.

4. Skor muzik (3/5)


   Muzik OK tapi tiada yang boleh buat kita terbawa-bawa untuk sama mengingatinya.

   Saya suka lagu ni.. Kim Tae Woo - My Lady -   teringat cerita YAB.. lagu ni catchy dan happy...

   http://youtu.be/3jZy3TVZXA0
   
   sorry tak reti nak letak link

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)

   Saya mungkin akan menonton lagi kerana saya suka jalan cerita seperti ini. Cuma nak tukar pelakon. Nak tukar Mi Rae dengan Se Joo. Ganti lah dengan sesiapa pun yang lebih OK.  Kalau tak nak ganti pun, watak Mi Rae dengan Se Joo tu berikanlah kekuatan baru. Dalam cerita ni terlalu lembab.

Last edited by tuna_sandwic on 13-12-2013 06:55 PM

Comments

TOTAL =6+4+5+3+3 = 21/40 *10 =5.25 Terima Kasih atas review Nomination: -NONE-   Post time 13-12-2013 07:08 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 06:44 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 13-12-2013 06:15 PM
REVIEW dari saya untuk @dauswq
ni first time buat tau...

yg bab Aspek teknikal (Lakonlayar, teknik pengarahan, sinematografi)  (_/10) berapa overall ratingnya?

ade pelakon nak dicalonkan ? best actor/actress? best supporting actor/actress?
ade lagu feveret tak dlm drama ni?
klu ade, just edit the posting

btw thx for the review..
nnt wa bg kredit
Last edited by dauswq on 13-12-2013 06:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 06:56 PM | Show all posts
dauswq posted on 13-12-2013 06:44 PM
yg bab Aspek teknikal (Lakonlayar, teknik pengarahan, sinematografi)  (_/10) berapa overall rating ...

dah tambah apa yg patut

tenkiussss dauswq
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 07:10 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 13-12-2013 06:56 PM
dah tambah apa yg patut

tenkiussss dauswq

as promised, thx
nntkan award pd taun depan..

klu ade masa lapang, leh calonkan kategori popular di sini...
--> http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=768524&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 07:26 PM | Show all posts
dauswq posted on 13-12-2013 07:10 PM
as promised, thx
nntkan award pd taun depan..

tenkiusss muchas graciass

nak tanya ni I Miss You tak leh dicalonkan ke?
sebab dia keluar sampai Jan 2013... hihihi... saje tanya sebab citer tu best...
pastu nak link pencalonan K VAriety..
sebab link yg kita klik tu byk info on pencalonan drama je Last edited by tuna_sandwic on 13-12-2013 07:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 07:45 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 13-12-2013 07:26 PM
tenkiusss muchas graciass

nak tanya ni I Miss You tak leh dicalonkan ke?

i miss you sudah dipertimbangkan utk pencalonan taun lepas (2012)...
resultsnya di sini ---> http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=698380&pid=51534243&fromuid=1148231
dapat 5 pencalonan, kesemuanya dari acting...
best actress - yoo eun hye
best supporting actor - yoo seung ho, yeo in go
best supporting actress - kim so hyun
popular actress - yoo eun hye

tp tak menang apa2...

jadi memandangkan i miss you sudah dipertimbangkan utk pencalonan taun lepas (2012), drama tu takkan dimasukkan utk taun ni

berkenaan ngan variety awards tu , meh aku call @parasitology ..
nnt dia terangkan cara2nya di sana...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2013 08:09 PM | Show all posts
YoonArang posted on 13-12-2013 02:40 PM
jumpa ending org ni buat kt tumblr...
suka je ha ending cmni... hehehe

best tul kalau ending gini
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 08:23 PM | Show all posts
dauswq posted on 13-12-2013 07:45 PM
i miss you sudah dipertimbangkan utk pencalonan taun lepas (2012)...
resultsnya di sini ---> http ...

ooo...
al maklum le... baru taun ni iols join meroyan... tak tau plak dah tercalon
kamsahamnida dauswq ssi

iols nak calonkan kvariety neh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2013 08:57 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 13-12-2013 08:09 PM
best tul kalau ending gini

tu la.. beshhh..

tq bg tacang
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 12:07 PM | Show all posts
Review ~~

1. Cerita  (6/10)
   
Di awal cerita ni.. rasa cerita ni sgt la menarik sbb kisah die berupa seorang ahjumma yang balik ke zaman dahulu untuk ubah fate dia.
Sebab die merasakan yang life dia lalui sekarang ni adalah sangat teruk dan dia xnak lalui. Bila dia balik, dan jumpa dengan diri asal dia di zaman dahulu, dia cuba untuk pengaruh mirae ikut plan dia supaya nanti kehidupan dia akan jadi better dari asal. Akan tetapi, mirae yang sekarang ni tak nak ikut pon plan dia.. sebab mirae yang sekarang ni mcm pertikaikan jugak. Dia kate dia x sangka yang die nanti akan jadi macam ahjumma tu.. mirae tu jgk cakap kt ahjumma yang dia takmau bergantung kt sapa2.. die nak berdiri atas kaki dia..
kemudian cerita ni berubah bilamana tetba kite diberitahu yang dua orang ni bukan orang yang sama. Walau camna pon ahjumma try nk ubah life mirae.. still kehidupan asal ahjumma xkan berubah... bagus jgk sebenarnya writer ni buat yang dorang mirae ni dari universe yang lain. Cerita ni lebih kepada banyak nak beri pengajaran kepada penonton aku rasa. Takda la senang2 je nak patah balik ke masa lalu and ubah takdir kita kan. And kita la yang akan menentu kan masa depan kita. Kena la berani amik keputusan and so on.
Bila dah dijelaskn yang mirae sekarang and ahjumma tu adalah org yang berbeza, so kat situ kite leh nampak yang kenapa mirae sekarang ni diri dia lebih bgus dr ahjumma tu sbb dia takde pon nak terus grab se joo bila ahjumma gitahu die tu kaya tp, die tetap nak kerja and berusaha utk capai cita2 dia.
Macam di awal cerita dia tunjuk, mirae tu walaupun umur da tua, still x kawin n masih lagi kerja biasa2 n bukan impian dia pon.. tp, dia berani amik keputusan tuk berubah and berusaha untuk capai impian dia.. umur bukan la halangan.
bila dah masuk ep last2 cerita ni.. tetiba cerita mcm berterabur sket.. rasa konpusee pon ye jgk. And rasa cam slow plak cerita ni.. dah smpi ep last still xde part2 yang agak menarik n menerujakan sangat.. pastu tetba dia buat plak open ending... aigoo.. terus rasa cm frust ngn cita ni.. haha.. sbb smpi skng rasa cm tertanya2 je.. mirae ni ngn sapa.. pastu ngn ahjumma tu leh buka lak pandora box.. kata universe lain.. ish2..

tp, kalau ikot hint2 rasa mcm die ngn se joo sebab masa die breakup ngn se joo dia mcm suruh pause je hubungan dorg tu... time ngn kim shin siap amik path berbeza..
kesimpulannya, cerita ni sepatutnya boleh jadi lebih menarik and bagus.. tp, x tahu la kenapa bila da masuk ep ujung2.. cerita ni jd sgt slow n mengelirukan.. kekekke..


2. Keberkesanan Lakonan (6/10)

Emm.. pada aku watak utama lam cerita ni semua nya memang tak dinafikan pandai je berlakon.. cuma dalam cerita ni, bakat dorang tak berapa nak di gilap dengan bagus and mybe watak dalam cerita ni buat lakonan dorang jadi cm biasa2 je.. huhuhu..

Lee Dong Gun - dalam ni muka dia ketat je smpi sudah.. haha.. dia da la mcm da lama je x muncul.. bila muncul jadi cmni plak.. sobs2.. aku rasa dulu2 die pnya lakonan lagi nampak menarik.. hehe..

Yong Hwa - emmm.. pencuci mata lam cerita ni.. sbb die mmg sgt sweet utk dilihat.. hehehe. tp, tu la.. rasa watak dia gituuu je.. cuma ade perkembangan bila dia nmpk cm evil sket n determined nak jgk kan si mirae..

Yoon Eun Hye - aku suka tgk die berlakon, muka comel.. tp, tu la dalam cerita ni.. watak die pon slow jgk.. huhu..

Han Chae Ah - dalam byk2 watak lam cite ni.. watak dia yang nampk berkembangnya.. kekekeke.. ada masa tu buat rasa cm eee.. sakit hati je.. tp, masa yang die mabuk dlm kereta tu rasa kesian and lama2 rasa leh terima dia.. so aku nk nominate kan la die best supporting actress.

Oh Jeong-se - aku suka oppa die lam cite ni.. so.. aku pon nk nominate die best supporting actor...

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)

aspek teknikal cerita ni pada aku ok.. xde masalah.. pastu scene masa die ingt balik yang ahjumma tu ngn kim shin.. scene anak dia kene langgar.. bersesuai ngan tahun imbasan kisah tu.. sama jugak masa die tunjuk future yang selepas tiga tahun.. semua bersesuaian.

4. Skor muzik (2/5)

lagu2 dalam cerita ni xde yang mampu buat aku bila dengar je ingt cite ni.. huhuhu.. cumanya aku suka lagu Yuna (AOA) - I'm OK..
lirik dia best ngn bersesuaian...

TRANSLATION LYRICS


The many stars hanging on the late night sky
They are small but those stars become my light
Like always, it’s like they’re only looking at me
The shining and rising star


When things are hard, exhausting and lonely
You are always there at the same place
Sometimes, I get scars and tears fall but
Oh don’t stop, never give up

Even if the world is jealous of me, I’m OK
Even if love leaves me, I’m OK
Because I always make the choice
No matter what anyone says, I only need you

Even I sway and sway, I’m OK
Even if I get tired and fall, I’m OK
Even if everyone says no, I’m OK
Who cares? Because the main character of my future is me

Every night, I looked at myself and said
Some day, a dazzling me will be waiting
Like it has before, like you have to me
A sweet and rising star

I draw myself into the place I’ve dreamed of
I draw us into my heart with fluttering excitement
Shout out louder so the sadness can run away
Oh don’t stop, never give up

Even if the world is jealous of me, I’m OK
Even if love leaves me, I’m OK
Because I always make the choice
No matter what anyone says, I only need you

Even I sway and sway, I’m OK
Even if I get tired and fall, I’m OK
Even if everyone says no, I’m OK
Who cares? Because the main character of my future is me

Go step by step
Softly hold me, some day you will smile

Even if the world is jealous of me, I’m OK
Even if love leaves me, I’m OK
Because I always make the choice
No matter what anyone says, I only need you

Even I sway and sway, I’m OK
Even if I get tired and fall, I’m OK
Even if everyone says no, I’m OK
Who cares? Because the main character of my future is me

Source: popgasa



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)

emmmm... kalau tgk balik semula pon mybe utk tgk ending bagi paham.. hehhee..


akhir skali.. aku harap pasni akan ade lg gndingan yoon eun hye ngn lee dong gun... tp, make sure writer dia org yang lain.. kekekke..
sbb aku suka je dorg bedua....

walaupun x berapa sedap dorg nynyi bedua ni ha.. tp, cm besh je dorg dua ni bergndingan..




@dauswq





Comments

TOTAL =6+6+7+2+2 = 23/40 *10 =5.75 Terima Kasih atas review Nomination: Han Chae Ah & Oh Ju Se   Post time 16-12-2013 07:41 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 12:14 PM | Show all posts


tibe2 jumpa ni plak.. comey nye YEH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 08:47 AM | Show all posts
YoonArang posted on 13-12-2013 05:20 PM
tu la.. hehee.. sbb ahjumma sna dpt kim shin..
mirae yg ni dpt la sj lak.. adil gitu

yer ler yoon...mmg adil.....kita suka kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 08:52 AM | Show all posts
YoonArang posted on 16-12-2013 12:14 PM
tibe2 jumpa ni plak.. comey nye YEH

ala...tk dpt tgk.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:54 AM | Show all posts
ayushuhada04 posted on 17-12-2013 08:52 AM
ala...tk dpt tgk.........

x dpt tgk ke? wuuu.. die video yg kumpulkn semua cite2 yg YEH penah berlakon.. hehee..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:23 PM | Show all posts
YoonArang posted on 17-12-2013 09:54 AM
x dpt tgk ke? wuuu.. die video yg kumpulkn semua cite2 yg YEH penah berlakon.. hehee..

ala...ruginya....tk dpt tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:34 PM | Show all posts
ayushuhada04 posted on 17-12-2013 12:23 PM
ala...ruginya....tk dpt tgk...

kalau g kat link ni leh x ayu?
http://www.youtube.com/watch?v=jHUzPknAhrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2013 01:08 PM | Show all posts
YoonArang posted on 17-12-2013 12:34 PM
kalau g kat link ni leh x ayu?
http://www.youtube.com/watch?v=jHUzPknAhrg

wokay..ayu akan cuba..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 01:47 AM | Show all posts
YoonArang posted on 16-12-2013 12:14 PM
tibe2 jumpa ni plak.. comey nye YEH

multi talend laa dia....cute je time mudoo2 tuh

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 04:19 PM | Show all posts
terlepas episod semlm kat KBS.. tak tau episod berapa?

kat mana nak tgk online

@ismaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 04:26 PM | Show all posts
rileks posted on 25-12-2013 04:19 PM
terlepas episod semlm kat KBS.. tak tau episod berapa?

kat mana nak tgk online

http://www.dramago.com
Cun video kt cini


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.059073 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list