CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kak_ana63

RUMAH 2 : LESTARY : ASMARA [ REVIEW ASMARA 1 DAN NANTIKAN ASMARA 2 ]

   Close [Copy link]
Post time 10-12-2010 10:08 AM | Show all posts
Disebabkan saya busy petang nih nanti, so saya kasi sekali harung spekuku utk hari nih. Just enjoy your feeling....

Keesokkan hari….

Nenek: Ish, Asmara nih kerja ke cuti? Dah pukul berapa tak bangkit2 lagi. (Getus dihati).
Nenek mengetuk2 pintu bilik Asmara: Asmara, Asmara… (tiada sahutan). Perlahan2 nenek membuka pintu masuk ke bilik Asmara. Kelihatan Asmara masih berkelubung dalam selimut.
Nenek mengejutkan Asmara:  Asmara kamu tak pergi kerja ke?
Asmara: Hmm… nek dah pukul berapa? (Bersuara lesu)

Nenek berasa hairan melihat wajah Asmara yang pucat tak bermaya & terasa bahang tubuhnya. Nenek meraba dahi Asmara.

Nenek: Ya Allah Asmara, panas badan kamu nih? Ini mesti kena hujan semalam. Dah, berehat saja nanti nenek ambilkan ubat.
Asmara: Tak boleh nek, hari ni ada meeting dengan staf2. Asmara gagahkan diri untuk bangun.
Nenek: Degil kamu ni Asmara…
Asmara: Apa boleh buat nek sakit2 pun saya ketua dalam syarikat kena pergi juga. Telan Panadol ok la nih.
Nenek: Ada2 aje alasan kamu Asmara. Habis tu dah demam nih macam mana kamu nak drive.
Asmara: Naik teksi aje. Nanti nenek callkan teksi yea.
Nenek: Yealah, yealah.

Kelam kabut nenek melihatkan keadaan Asmara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2010 10:11 AM | Show all posts
Di Pejabat Asmara.
Sampai di pejabat, Asmara melabuhkan punggung dikerusi sambil bersandar sebentar. Jari jemari Asmara memicit2 kepalanya. Sakit, terasa ngap ngap kepala nih.

Julia: Err… En. Asmara… perlahan2 Julia memasuki bilik Asmara. Julia perasan Asmara seperti tidak bermaya & kurang sihat.
Julia: Ini mesti terkena hujan semalam. Tulah sibuk2 tak bagi aku kena hujan alih2 dia yang demam. (Getus hati Jullia). Julia menghampiri Asmara yang bersandar dengan matanya terpejam rapat.
Julia: Kesiannya.Pucat aje aku nengok. Julia meluahkan rasa simpati dihati. Perlahan2 Julia meletakkan tapak tangan kanannya di dahi Asmara sebelah lagi didahinya. Allah, panasnya.

Sedang asyik Julia mengukur tahap suhu badan. Asmara terasa tapak tangan seseorang didahinya. Dia membuka mata & terus menakup tangan Julia. Julia terkejut lalu cepat2 menarik tangannya.

Julia: Maaf En. Asmara, saya tak sengaja.
Asmara cuba duduk tegak dikerusi tetapi dihalang Julia.
Julia: Eh, eh, En. Asmara baik awak berehat. Yang berkenaan meeting tuh Cik Haiza dah cancelkan so postpone ke minggu depan. Nanti saya belikan panadol. Oh ya En. Asmara dah sarapan?
Belum sempat Asmara membalas pertanyaan, Julia memotong: Mesti En. Asmara belum makankan tapi takpe nanti saya belikan sekali sarapan untuk Encik. Encik berehat yea… saya pergi sekarang.

Julia terus melangkah pergi. Asmara tersenyum bahagia apabila Julia begitu ambil berat & prihatin tentang keadaannya.

Demam Asmara dah kebah. Tidak disedari dirinya terlena hingga ke malam. Di atas meja Asmara terlihat ada semangkuk bubur. Terselit mesej postpad di penutup mangkuk tersebut. “Encik Asmara, Bila dah sedar jangan lupa makan bubur ni”. Asmara tersenyum membaca mesej tersebut. Asmara mencapai mangkuk tersebut & membuka penutupnya. Masih panas. Asmara menjamahnya. Sedang asyik menikmati bubur tersebut, tiba2 Julia masuk ke bilik Asmara & Julia agak terkejut apabila Asmara sudah bangun dari lena. Begitu juga Asmara terkejut dengan kemunculan tiba2 Julia. Tidak disangka2 Julia setia menantinya.

Julia: Maaf.. err… saya ingatkan Encik belum bangun.
Asmara: Awak tak balik lagi?
Julia: Hmm… saya, belum Encik, risau pula saya biarkan encik sorang2. Takut2 demam Encik tak baik2 lagi…. So itu sebab saya stay sekejap kalau2 encik perlukan apa2 pertolongan.
Asmara: Alhamdulillah, saya dah baik sikit.
Julia: Oh kalau macam tu, saya balik dulu.
Asmara: Nanti dulu Cik Julia. Asmara bangun dari kerusinya.
Julia: Ada apa Encik? Julia berhenti melangkah.
Asmara: Saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kat awak?
Julia tersenyum: Oh itu perkara biasa bagi seorang pekerja dengan boss bukan.
Asmara: Awak tak nak tahu siapa dalam gambar tu?
Julia terasa pelik dengan pertanyaan itu. Apa kena mengena dengan aku? Getus hati Julia.
Asmara: Sebenarnya dalam gambar tu… saya dengan kanak2 tu adalah anak bersama arwah isteri saya… yang perempuan tuh tunang saya.
Julia berbisik dihati kecilnya: Itu aku tau, Aisha yang cakap.

Asmara menghampiri Julia. Julia merasakan lelaki itu semakin menghampirinya. Julia resah, kedua2 tangannya tidak berhenti2 dipulas bagi menenangkan hatinya yang semakin tidak keruan. Mereka berdua semakin rapat. Asmara merenung wajah gadis itu sepuas hatinya. Rindu semakin mencengkam hulu hatinya. Ingin sahaja dia memeluk gadis itu kala ini.

Julia: En. Asmara, err… saya balik dulu, hari dah lewat nih. Assalamualaikum.
Belum sempat Julia melangkah pergi terasa lengannya ditarik & diraih dalam pelukan. Erat. Julia cuba menolak2 tubuh lelaki itu. Namun semakin ketat.

Julia: En. Asmara tak boleh…
Asmara lembut bersuara dihujung pendengaran Julia:  Sebentar wak, bagi saya peluk awak sekejap saja.

Dikala itu Julia berasa hendak menangis, cemas & takut. Terasa kehangatan nafas Asmara dilehernya & terdengar debaran ombak didada Asmara begitu bergelora. Seolah2 melepaskan segala perasaan rindu dendamnya selama ini.

Julia semakin kelemasan: Haa… En. Asmara, saya… saya tak boleh bernafas.
Apabila terdengar rintihan Julia, Asmara tersedar dari lamunan rindunya. Pelukan terlerai. Asmara memegang bahu Julia dan gadis itu tercungap2 ambil nafas.
Asmara berasa sedikit cemas: Awak tak apa2? Maaf saya tak patut….

Belum sempat Asmara menghabiskan kata2 Julia cuba mengeliatkan bahunya agar terlepas dari pegangan Asmara.

Julia: Dahla En. Asmara, saya nak balik hari dah lewat malam. Tak manis kita berdua di sini. Lagipun En. Asmarakan sudah bertunang.

Tak lengah Julia terus mengatur langkah dengan hati yang sesak & sebak dengan adegan tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 10:11 AM | Show all posts
Di Kamar Asmara
Asmara berbaring sepi mengenang peristiwa tadi. Tidak disangka dia sanggup berbuat begitu kepada Julia. Adakah kerana dihatiku masih kuat untuk Zalia hingga aku lupa dikau sudah tiada Zalia. Apabila terpandangkan Julia rindu ini semakin menggila dihatiku. Aku tak mampu kawal perasaan sendiri. Asmara semakin bingung. Adakalanya Julia menguasai emosiku. Kalau dulu sukar untukku berasa marah atau tersinggung. Tetapi gadis itu sering membuatkan ku rasa tidak tenteram & menguasai mindaku. Segala2nya serba tak kena. (Background Andai Itu Takdirnya).
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 10:12 AM | Show all posts
Di Kamar Julia
Julia resah dalam lena, terdengar2 suara tangisan bayi. Dikala itu terbit satu persatu bayangan memori silam dalam mimpinya. Julia cuba memadam memori dalam mimpinya namun terus dia terjaga dari tidur & berisytifar. Julia berpeluh dingin. Masih tidak mengerti akan mimpi2 itu & suara tangisan seorang bayi. Julia berbaring semula dalam ketakutan. Kalau boleh dia tidak mahu memejamkan mata. Tidak sanggup bermimpi ngeri seperti tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 10:13 AM | Show all posts
Sudah 2 hari Julia tidak ke pejabat. Asmara serba tidak kena. Setiap kali dia melalui tempat duduk Julia. Kakitangannya hanya memerhati tingkah laku boss mereka yang keresahan. Mundar mandir ke sana sini. Namun mereka tidak berhasrat untuk bertanya keadaan boss mereka begitu kerana dapat mengagak sebabnya. Asmara juga seolah2 cuba menyembunyikan perasaan bimbang dengan ketiadaan Julia ke pejabat dengan tidak bertanya kepada mereka.

Aisha: Eh Haiza, kau tau sebab Julia tak datang dua hari ni?
Haiza: Tau, kelmarin dia call aku katanya ada exam itu yang tak datang tu?
Aisha: Julia tak bagitau boss?
Haiza: Cik Julia kita tu pesan jangan bagitau boss. Aku tanya kenapa terus dia minta maaf dan matikan hanset dia.
Aisha: Hai takda Julia rasa sunyi pula ofis kita nih. Dah payah nak tengok boss handsome kita tu senyum2.
Telefon dimeja Haiza berdering. Haiza mengangkat ganggang: Hello, selamat pagi.
Asmara: Selamat pagi Haiza, err… awak tau kenapa Cik Julia tak datang pejabat 2 hari ni?

Haiza sambil menunjukkan ganggang mengisyarat kepada Aisha boss yang call. Aisha mengerti.

Haiza: Err…. Cik Julia call tempoh hari katanya dia ada exam sampai khamis nih. Mungkin hari Jumaat baru dia datang kerja Encik.
Asmara: Oh, kalau begitu terima kasih.
Haiza: Sama-sama.
Haiza meletak ganggang: Nampaknya boss kita tu dah merindu.
Aisha: Hai kesian boss, Julia ni pun satu kenapa dibiarkan boss kita tertunggu2 ternanti2. Dah macam pungguk rindu bulan aku nengok.
Haiza: Agaknya Julia tak nak ada skandal dengan boss kot. Maklum la bosskan dah ada tunang. Mana nak letak tunangnya tu.
Aisha: Yea tak yeakan

Mereka berdua hanya mengeleng kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 10:31 AM | Show all posts
marchie pernah kata shahz ngan kamal adli satu modeling agency...nih haa dh dpt gambar shahz masa kat modeling agency tuh..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2010 10:43 AM | Show all posts
Good job sellie!

Aku betul2 TABIK kat korang penspeku2 ni. Ngan keje, family, personal & etc tapi masih ada effort utk contribute kt thread ni utk kawan2. Million thanks utk korang
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 10:49 AM | Show all posts
marchie pernah kata shahz ngan kamal adli satu modeling agency...nih haa dh dpt gambar shahz masa ka ...
oddxx Post at 10-12-2010 10:31



best la ko! gambar zaman tok nandok pun ko trace
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2010 10:53 AM | Show all posts
Kekawan, dh tengok promo MELODI ahad neh?

Eeeeeeee...... tak suke la Azad Jasmin tu!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 10:58 AM | Show all posts
muahaha.. aku ni senegeri ngan anak pak Elai.. mau kalu aku pi berlakon laku dak??? hua...hua. ...
anzreen Post at 10-12-2010 00:45



jom2 anzreen join saya jadik pompom girl

from the A, to the S, to the M, to the A, to the R, to the A.... AAAAAAAAAAAAAASMARAAAAAAAAAAAAA...
Fewwwiiiiiiit!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:06 AM | Show all posts
Di Pejabat Asmara.
Sampai di pejabat, Asmara melabuhkan punggung dikerusi sambil bersandar sebentar ...
sellie003 Post at 10-12-2010 10:11



"Belum sempat Julia melangkah pergi terasa lengannya ditarik & diraih dalam pelukan. Erat. Julia cuba menolak2 tubuh lelaki itu. Namun semakin ketat.
Julia: En. Asmara tak boleh…
Asmara lembut bersuara dihujung pendengaran Julia:  Sebentar wak, bagi saya peluk awak sekejap saja.
Dikala itu Julia berasa hendak menangis, cemas & takut. Terasa kehangatan nafas Asmara dilehernya & terdengar debaran ombak didada Asmara begitu bergelora. Seolah2 melepaskan segala perasaan rindu dendamnya selama ini."


part ni saya ketap jari weh sellie...sangat merasakan perasaan "rindu" itu

ada lagu gak untuk part nih...

Sohaimi Mior Hassan-Kalau berpacaran

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang


Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x

kalau NazilaSK pun sasau gak ngan lagu nih tak tahulah saya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:09 AM | Show all posts
marchie pernah kata shahz ngan kamal adli satu modeling agency...nih haa dh dpt gambar shahz masa ka ...
oddxx Post at 10-12-2010 10:31


hahaha...sampai ke lubang cacing sekalipun awak korek eh oddxx, bagus betullah awak-awak semua nih, semangat untuk memberikan yang terbaik untuk kawan2 kat sini. terima kasih banyak2, jasamu dikenang!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:23 AM | Show all posts
yeah marchie, nak pi print gambor rambut cun Asmara pastuh mintak amoy salun wat rambut ce ...
nuwuwuda Post at 9-12-2010 23:47



    go wuda..go wuda..buat rmbut ala2 Asmara..hmmm  i loikkkeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:24 AM | Show all posts
takmo bayangkan........takmo bayangkan........takmo bayangkan........takmo bayangkan........ta ...
NazilaSK Post at 9-12-2010 23:47



    kahkahkah..kelakor la ko ni Nazila..!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:32 AM | Show all posts
kalu gitu umur kita tak jauh la anzreen...aku pun muda skit saja dari MF tu...kira masih laku lagi m ...
Sue_honey Post at 10-12-2010 00:58



    la..ramai gak yg umornyer seangakatan ngam MF tu yer...hihihihi..aku pn sekalik..!! lebihkurang sama ngan MF tuh...tp if MF pn blh terkena 'karan'kt SJ tuh...hmmmmm..aku ni...? (  no komen..smbil tunduk tersipu malu...)
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:39 AM | Show all posts
go wuda..go wuda..buat rmbut ala2 Asmara..hmmm  i loikkkeeeee
marchie Post at 10-12-2010 11:23


hahahaha marchie, sampai rambut pun nak tiru...takyahla heh, cek pakai tudung, bukan nampak pun...tapi, serius cakap memang teruja dengan rambut jue aziz, nak rambut cam dia (rambut je taw)...wupppsss dah salah topik...ok back to ASMARA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2010 11:44 AM | Show all posts
la..ramai gak yg umornyer seangakatan ngam MF tu yer...hihihihi..aku pn sekalik..!! lebihk ...
marchie Post at 10-12-2010 11:32



la ye ke, ramai rupanya kuikuikui ...walaupun saya tua dari Shahz, saya ngan dia kategori rakan sebaya...maksudnya saya dah kalah dulu le sebelum bertanding? kalau dalam list, memang saya last sekali kot hahahahahahahadoi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by muzikloverish at 10-12-2010 12:14

salam n hello to all forumers...
hehehe...hari ni aku nak kasi reminder lagi pasal telemovie RUANG RINDU lakonan cik Paejah kitaa ngn Gambit...jgn marah yeee...

"Nantikan tayangan telemovie RUANG RINDU pada hari Jumaat 10/12/10 di TV2 jam 10 mlm.  Gandingan mantap Faezah Elai dan Gambit pasti mencuri tumpuan anda! Telemovie tulisan Zuraida Ramly dan diarahkan oleh Hanafiah Shariff ini turut dibintangi oleh Zarina Zainudin, Balqish dan Rozie Rashid.  'Selagi ada kamu, selagi itu ada rindu..."
  
ni ada sinopsis n snapshots skit..

"Dia mahu mati!  Separuh jiwanya telah pergi.  Bukan separuh tetapi seluruh jiwanya hilang dalam sekelip mata.  Nisha telah lari dari hidupnya.  Ferdi Arjuna menyalahkan diri kerana menduakan cinta.  Tapi Nisha perlu tahu yang cintanya hanya satu:  untuk Nisha!  Mampukah kehadiran Azuaniza yang baik dan cantik itu melenyapkan cintanya terhadap Nisha?  Saksikan telemovie Ruang Rindu yang akan disiarkan malam ini di TV2"



  







credit to: Eurofine Sdn Bhd (FACEBOOK)
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:10 PM | Show all posts
Reply 1578# muzikloverish


    cayalahhhh....tq geng...dapat mengubati rindu aku pada FE...sekali tgk mula2 tadi...aku ingat shahz...dah scroll bawah baru la ada rupa gambit
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:12 PM | Show all posts
pagi semua....eh pagi lg ke???ok...slmt tgh hari.....

wah2 muzikloverish...mmg hbt la......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.074042 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list