|
BUKAN KERANA AKU TAK CINTA (SHARNAAZ AHMAD & NELYDIA SENROSE) (COTTAGE 7)
[Copy link]
|
|
PETIKAN SINAR HARIAN
ENTAH di mana silapnya, nama Sharnaaz Ahmad sering dihimpit kontroversi bersama selebriti wanita yang mendampinginya.
Bermula dengan episod cinta terhalang bersama penyanyi popular, Shila Amzah, pelakon Juvana ini kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila dituduh menjadi 'orang ketiga' dalam hubungan pasangan selebriti, Pekin dan Uqasha Senrose.
Hampir disalahkan ketika itu, Sharnaaz bagaimanapun kembali memanaskan laman sosial apabila memuat naik gambar-gambar mesra dengan adik Uqasha pula, iaitu Nellydia Senrose.
Turut berserta dengan kapsyen romantis, ia seolah-olah mengiakan hubungannya dengan Nellydia sebagai pasangan kekasih di luar set penggambaran.
Sementelah lagi perkara tersebut menimbulkan salah faham kepada kekasih Nellydia iaitu Qi Razali sehingga bekas pengacara Jalan-jalan Cari Makan itu 'mengamuk' di laman sosialnya.
Mengakui sudah memohon maaf terhadap Qi, Sharnaaz berkata, tindakannya itu semata-mata untuk mempromosikan drama tersebut.
"Bukan niat saya untuk memporak-perandakan hubungan mereka (Qi dan Nellydia) tetapi ia sekadar promosi bagi drama ini.
"Lagipun kapsyen tersebut merupakan dialog drama dan ia bukannya kata-kata cinta untuk Nellydia," tegasnya.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Sharnaaz, berkata, dia akan lebih berhati-hati dan tidak mahu lagi memperbesarkan lagi isu tersebut.
"Saya mohon jangan ditanya lagi soal peribadi. Bukan mahu berahsia tetapi saya tidak mahu membesarkan isu ini," katanya yang bergandingan bersama Nellydia menerusi drama Bukan Kerana Aku
Tak Cinta (BKATC).
Bakal ke Singapura
Dalam perkembangan terkini, pelakon yang terkenal dengan watak Lan Todak, menerusi filem Juvana ini sekali lagi membotakkan kepalanya drama bersiri 60 episod itu.
Selain menggondolkan kepalanya, dia juga terpaksa menaikkan berat badannya demi menggalas watak sebagai Jebat.
"Ia dianggap sebagai satu penghormatan besar bagi saya kerana karakter ini sendiri rasa dekat dengan diri saya.
"Malah saya sanggup berkorban rambut dan masa ke gym demi memantapkan lagi bentuk badan saya.
"Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan ancar dan tinggal sebulan sahaja lagi untuk tamat penggambaran," ujarnya.
Menurutnya, selepas tamat penggambaran drama itu dia akan terbang ke Singapura untuk menjayakan drama sekuel, Cinta Ramadan.
"Lagipun sekarang semua tawaran lakonan saya serahkan pada pihak pengurusan.
"Selepas drama ini, saya akan tumpukan drama di Singapura pula kerana sudah berjanji dengan pihak produksi sana," katanya mengakhiri perbualan.
BKATC ditayangkan setiap Isnin hingga Rabu, secara eksklusif di Mustika HD (saluran 134).
|
|
|
|
|
|
|
|
latest ig
sharnaazahmad
10 seconds ago · Mustika HD / Astro Bella 10mlm
Perbezaan antara lelaki dan kononnya lelaki, Dia tidak menangis kepada org bila ditimpa musibah tetapi Dia akan menangis pada Allah kerana dia belum cukup HALUSSS #wapunyacaptionwapunyasuka #bukankeranaakutakcinta #jebatfoo #hannamastura JANGAN LUPA INI MALAM KITA KASI SONG SAMA LU AI salam semua... #anakantoopenang #hariapenangharia
Last edited by alyssasarah on 4-2-2014 05:17 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti di tuju khas pada pcq #wapunyacaptionwapunyasuka |
|
|
|
|
|
|
|
eh...mmg status ig tu utk pcq rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
alyssasarah posted on 4-2-2014 05:12 PM
latest ig
hensem sgt abam nanaz
|
|
|
|
|
|
|
|
alyssasarah posted on 4-2-2014 04:15 PM
iols rasa nanas shave lah uols sebab nak lukis tattoo tu.......nanas ni stok2 hairy ni
yeap ada scene close up nampak ala2 di shave
astagaa matakuuuu nampak aja yg gitu2 |
|
|
|
|
|
|
|
fazila17 posted on 4-2-2014 05:02 PM
Up dan femes tapi nampak dan bau busuk
hahha..betui2...tp uollss perasan tak...tokchi memang ade sejarah terlibat dengan CILOK ni kan...masa dlm drama blogger boy dulu tokchi jatuh cinta ngan minah tu...nama pe ntah....x ingat...pastu ni dgn nelly plak...dia org start berkawan masa drama friday i'm in love tu kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
ZaraPalarae posted on 4-2-2014 05:07 PM
oh ye ke dear
aduss siannya
ai try bukak murai td
Knp iols rasa..haters nanas kt BG aritu cam reports je sbnrnya...saja nk cr bhn...then provok kita kaw2..hampagas btul.. |
|
|
|
|
|
|
|
ZaraPalarae posted on 4-2-2014 05:19 PM
hensem sgt abam nanaz
Kalau botak pun dh rembess...apa lg ada ramvut..
Phewww..tak tido 3 mlm... |
|
|
|
|
|
|
|
mala0n posted on 4-2-2014 05:20 PM
yeap ada scene close up nampak ala2 di shave
astagaa matakuuuu nampak aja yg gitu2
mohon share gmbr
|
|
|
|
|
|
|
|
mala0n posted on 4-2-2014 05:20 PM
yeap ada scene close up nampak ala2 di shave
astagaa matakuuuu nampak aja yg gitu2
Masa bila yg close upnya tu uols..HD ke LED?...clearer view... |
|
|
|
|
|
|
|
alyssasarah posted on 4-2-2014 05:30 PM
mohon share gmbr
Hamboii..nk bukti lg tu....ingat courts eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
marriot posted on 4-2-2014 05:29 PM
Kalau botak pun dh rembess...apa lg ada ramvut..
Phewww..tak tido 3 mlm...
hahahha tawu la takpe uols
haduiii mmg jejaka idaman btol la abam nanaz sorang nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Wei uols..apa kata kita provok kaw2 kt insta jagung...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
marriot posted on 4-2-2014 05:31 PM
Masa bila yg close upnya tu uols..HD ke LED?...clearer view...
masa dia tengok muka kat cermin sebelum pakai suit nak pi bawak mas gi dinner kat rumah datuk mana tu tah. ada close up sikit di dada hihi
adaaaa nampakkk...tak tau la tv aku yg HD atau mata aku terOber HD dok perati |
|
|
|
|
|
|
|
alyssasarah posted on 4-2-2014 05:30 PM
mohon share gmbr
ala noks episode 24 kot before dia pakai suit nk bwk mas gi dinner
mohtep sgt aii igt dgn jelas dan tajam |
|
|
|
|
|
|
| |
|