hahaha.... jumpa pun....
Berkongsi lanjut, akui Siti Rohayah atau lebih dikenali sebagai Kak Roy, dia mengambil peluang tersebut kerana ingin menyambung obsesinya terhadap karya-karya adaptasi. "Saya sudah bermula dengan teater Di Lindungan Kaabah dan baru-baru ini Tenggelamnya Kapak Van Der Wijck. "Ketika membikin Tenggelamnya Kapak Van Der Wijck itulah saya mula mencari ilham, apakah teater yang layak diterbitkan selepas ini. "Apabila terfikir Ombak Rindu yang sangat dekat di hati peminat seni, saya terus berjumpa penulis Fauziah Ashari untuk berbincang mengenainya. Alhamdulillah, dia bersetuju dan saya meneruskan hasrat tersebut," ujarnya. Ditanya siapakah pelakon yang bakal membintangi teater berkenaan, kata Kak Roy, dia sudah bertemu Aaron Aziz dan Maya Karin mengenai projek itu. "Saya memang memasang impian untuk membawa kembali pelakon filem berkenaan dan mereka sendiri sudah melihat skripnya. Bagaimanapun, jika mereka tidak dapat terlibat sama, saya juga melihat beberapa muka baharu untuk menggalas watak utama. "Sehingga kini saya sudah merisik pelakon popular tempatan seperti Zul Ariffin dan Siti Saleha," katanya. Dalam pada itu, Kak Roy mengakui, dia tidak pernah bimbang untuk memberi tanggungjawab sebagai teraju utama kepada muka baharu. "Saya percaya asalkan mereka mampu membawa lakonan tersebut dengan baik, ia sudah cukup. Lagi pun sehingga bila kita boleh berharap kepada pelakon yang ada nama sahaja," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ombak-rindu-ke-istana-budaya-1.454941
|