CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mogey

[Dunia] Abg tiri Kim Jong Un Supreme Leader mati dibunuh di KLIA

[Copy link]
Post time 15-2-2017 10:08 AM | Show all posts
juliez replied at 15-2-2017 10:02 AM
U should be thankful tak kena target dgn kastam. Maksudnya u ni bukan ancaman, bukan muka peny ...

forgive him/her. Mungkin kurang knowledge/pengalaman...maybe dpt wrong advise & info...

dia expect 100% check. Pastu komplen long queu pulak, not efficient etc...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 15-2-2017 09:57 AM
epot NZ dorang siap bawak anjing pengesan gi hidu beg satu2...pedulik apa dorang ko takut anjing:l ...

I pernah kene anjing dtg hidu2 beg i kat oz. Punyalah takut. Kat nz i x kene n guess what? Imegresen yang check passport i, org india dari perak. Punyalah dia soal i mcm2 last2 dia gelak2 n ckp melayu. Masa tu i impressed la sbb dia dpt keje gomen kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:28 AM | Show all posts
mcm cerita james bond plak meols masa memula tahu berita ni and its happening in Msia
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
juliez replied at 15-2-2017 10:02 AM
U should be thankful tak kena target dgn kastam. Maksudnya u ni bukan ancaman, bukan muka peny ...

Bukan i sorang je yg x kene ramai lg, mmg x check pon. I ckp dgn my fren ape kene dgn imegresen ni. Ok kalu u kata dorang tahu baca air muka, tp tgk kitaorg pon tak n leka berborak. Ok thanks for the info bout kastam n imegresen
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:38 AM | Show all posts
Dokumen perjalanan Jong-Nam guna nama Kim Chol

KUALA LUMPUR: Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, yang dibunuh dipercayai menggunakan racun ketika menunggu di aras berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pagi semalam, menggunakan dokumen perjalanan Korea Utara atas nama, Kim Chol. Mangsa yang berusia 46 tahun, dipercayai diserang seorang wanita mempunyai paras wajah 'orang Korea' pada kira-kira jam 8 pagi, ketika menunggu pesawat untuk berlepas ke Macau. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata wanita terbabit melarikan diri dari tempat kejadian sejurus serangan itu. Katanya, serangan terbabit menyebabkan mangsa yang berada bersendirian mengalami kesakitan pada bahagian kepala. "Sambil menahan kesakitan akibat serangan beracun itu, mangsa berusaha mendapatkan bantuan petugas kaunter pertanyaan lapangan terbang, yang kemudian menyediakan ambulans dan mengejarkan mangsa untuk rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya.

"Bagaimanapun, apabila tiba di hospital itu, doktor mengesahkan Jong Nam sudah meninggal dunia. Dia dipercayai mati ketika dalam perjalanan. "Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk menunggu laporan penuh bedah siasat yang akan dilakukan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi, malam tadi. Abdul Samah berkata, punca sebenar kematian mangsa akan dikenal pasti menerusi bedah siasat yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat, bagi membantu siasatan. "Ketika ini, pasukan penyiasat Polis Selangor, sedang meneliti semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di klia2 untuk mendapatkan gambaran sebenar, selain mengenal pasti suspek terbabit. Kita tidak menolak kemungkinan ia dilakukan wanita yang mempunyai mirip rupa paras orang Korea, namun itu masih terlalu awal untuk disahkan," katanya. Abdul Samah berkata, ketika kejadian, Jong-Nam dalam perancangan untuk menaiki penerbangan kembali ke Macau pada jam 10.30 pagi selepas tiba ke Malaysia 6 Februari lalu.

Sementara itu, stesen televisyen Korea Selatan, Chosum, melaporkan mangsa dipercayai dibunuh dua ejen wanita Korea Utara yang tidak dikenali, menggunakan jarum beracun di klia2. Stesen itu mendakwa, dua wanita terbabit kemudian melarikan diri dengan menaiki teksi. Jong-Nam dan Jong Un adalah anak kepada pemimpin agung Korea Utara, Kim Jong-iI, yang meninggal dunia pada 2011. Jong-Nam pernah dianggap pewaris pemimpin Korea Utara, namun tidak direstui dan tinggal dalam buangan serta banyak menghabiskan masa di Macau. Jong-Nam dikenali sebagai peguam bela pembaharuan di Korea Utara, pernah memberitahu akhbar Jepun yang beliau menentang pemindahan kuasa dinasti di negara kelahirannya. Dalam pada itu, Agensi Berita Korea Selatan, Yonyap memetik sumber negara berkenaan yang mendakwa pembunuhan itu dilakukan ejen agensi perisikan Korea Utara, Reconnaissance General Bureau. Difahamkan, Jong-Nam adalah anak hasil perhubungan Jong-iI dengan aktres kelahiran Korea Selatan, Sung Hae-Rim.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:44 AM | Show all posts
PETALING JAYA (THE STAR/ASIA NEWS NETWORK - North Korea has been known to use women as part of its clandestine operations, some of which involve murder.

For example, the now-exiled Kim Hyun Hee was one of many such women involved in the isolated regime's plots. She revealed her exploits in an interview with Australia's ABC News in April 2013.

After eight years of training, she was groomed by North Korean spymasters to conduct the deadly bombing of Korean Air Flight 858, which killed 115 people in 1987.


The attack was planned to deter foreign teams from taking part in the 1988 Olympics in Seoul.

She was only 25 years old when she and her co-conspirator were captured in Bahrain, both of them biting down on cyanide pills to kill themselves rather than being captured.

Kim, however, survived and after her defection, now lives in a secret location in South Korea surrounded by bodyguards for fear of North Korean assassins.

Not all female agents employed by North Korea are used for violent purposes. It was revealed in 2014 by a former elite North Korean official that the country operated a "seed-bearing programme".

In this scheme, according to a Telegraph report, high-level visitors to Pyongyang would be provided an attractive consort and months later, would be blackmailed by news of a child.

Leveraging on this blackmail, the North Korean government would demand favourable stories or even business opportunities by targeted journalists and businessmen.

http://www.straitstimes.com/asia ... ndestine-operations
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2017 10:48 AM | Show all posts
habislah.. nama mesia disebut2 lg selepas MH370 dan 1MDb
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LaksamanaBentan at 15-2-2017 10:52 AM
juliez replied at 15-2-2017 09:22 AM
Tergelak i baca komen ni, coz tadi tgk nst online ada pic from cctv, sedih sgt quality pic
...


Dah agak da.CCTV kat pintu masuk negara pun teruk. Patutla ramai penjenayah mai datang Malaysia. kroni manala yang dapat tender CCTV ni. Atas kertas CCTV hi definition, yang dipasang cikai jer    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 15-2-2017 09:24 AM
nak melutut kat K Utara apa ke jadah nya.mati  pun dibunuh rakyat negara dia sendri.apa hal plk na ...

akai politaik mmg komen merapu  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:52 AM | Show all posts
Peya replied at 15-2-2017 10:29 AM
Bukan i sorang je yg x kene ramai lg, mmg x check pon. I ckp dgn my fren ape kene dgn imegresen ni ...



As i told u earlier mmg "selected" one je la yg kena checknya. So bersyukur la perjalanan u dipermudahkan

And tak payah la puji melambung sgt kastam indon. U have no idea brp ramai org kita kena "semelih" kat airport sana

Yg drug smuggling tu pula, idok laa intelligence dkt msia ni bodoh sgt sampai senang2 lepaskan penyeludup. Kengkadang tu mmg saja je dorang lepaskan, sbb target dorang nak tangkap jerung, bukannya nak tgkp bilis si keldai dadah. Tangkap keldai dadah dpt apa, bukannya dorang tau pun sapa yg tuan punya dadah tu. Target dorang nak lumpuhkan terus sindiket, bukan setakat rampas dadah. Kalau klia ni sebagai transit & last destination jakarta.. so kat klia tu nnt dorang lepaskan lah sambil tu dah roger la siap2 jakarta suh standby. Once keldai sampai sana & disambut dek ahli sindiket dpt la dorang cekup semua sekali.


I agreed system kita ada byk lg cacat cela and nak kena fix here & there, tapi takde la sampai nak condemn sgt sambil dok julang negara luar  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
klia tu tahap security dia kuat ooo.. buat hal t sana sekejap je polis dpt cri. spy ke x spy ke kejap je dpt.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:54 AM | Show all posts
blinkazwa replied at 15-2-2017 09:39 AM
Kalau ini la kualiti gambar CCTV KLIA...
Better tukar tempat keluar masuk Malaysia dekat Kampung  ...

kheeen sis
CCTV kat kondo mana tah yg capture gambo beruang ceroboh kawasan kondo tu lagi JELASSSSS kelihatan beruangnya, dgn bulunya, kakinya
inikan pulak cctv di airport
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dah bole dh buat mcm epot ereb saudik..takde tiket jgn sebok nk cikcuran di epot..

iols senyum sinis jah dgn acik kepam yg kata cctv epot tak kualiti..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:57 AM | Show all posts
perhh.. dunia filem dah ke dunia reality...

hebat lah!!

er, mesia aman2 saje kan.. maksud aku, korea mmg tau kan xde campur tgn dr mesia etc?
risau pulak,,...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zidane_ziege at 15-2-2017 11:11 AM

actually mangsa kena dkt area gateway..berlarian meminta pertolongan didalam epot..

dan acik kepam menyalahkan epot..wtf?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:08 AM | Show all posts
Peya replied at 15-2-2017 10:23 AM
I pernah kene anjing dtg hidu2 beg i kat oz. Punyalah takut. Kat nz i x kene n guess what? Imegres ...

rs mcm jumpa org kg plak ye


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 11:16 AM | Show all posts


Wanita Kulit Cerah, Rambut Paras Bahu Percik Cecair Beracun Pada Muka Jong-nam
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 10:26 AM
[size=0.75em]Wanita berbaju putih dan skirt itu antara suspek yang disyaki membunuh Kim Jong-nam di KLIA2, Selasa.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Dua wanita berkulit cerah, kedua-duanya berambut paras bahu berjalan ke arah Kim Jong-nam, menarik mukannya dan memercik cecair beracun yang menyebabkan kematiannya beberapa jam kemudian.
[size=0.98em]Salah seorang daripada wanita itu, memakai baju putih, berskirt denim dan membawa beg sandang biru, manakala rakannya pula mengenakan baju biru dan seluar jean.
[size=0.98em]Mereka berdua dikatakan memiliki raut wajah menyamai wanita Korea.
[size=0.98em]Sebaik melakukan tindakan berani itu, kedua-duanya dengan pantas keluar dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) dengan menaiki teksi.



[size=0.98em]Segalanya berlaku dengan pantas hinggakan ia tidak disedari kakitangan Malaysia Airport Holdings Berhad dan juga petugas lapangan terbang itu.
[size=0.98em]Hanya ketika Jong-nam  mendekati seorang pegawai khidmat pelanggan untuk memaklumkan kesakitan yang dialaminya barulah tindakan wanita itu diketahui.
[size=0.98em]Sementara itu, dalam temubual dengan Australia ABC News pada April 2013, rakyat Korea Utara yang kini dalam buangan, Kim Hyun-hee mendedahkan negara asalnya sememangnya menggunakan wanita untuk melakukan pembunuhan terancang.
[size=0.98em]Mendedahkan perkara itu, katanya, beliau sendiri menjalani latihan lapan tahun untuk menjadi ejen perisik sebelum ditugaskan dalam serangan bom penerbangan Korea Air yang mengorbankan 115 orang pada 1987.
[size=0.98em]Bagaimanapun dia ditahan ketika berusia 25 tahun bersama rakannya di Bahrain.
[size=0.98em]Cubaan mereka mengambil pil sianida untuk membunuh diri bagi mengelak ditahan gagal apabila kedua-duanya terselamat.
[size=0.98em]Kini mereka menetap di lokasi rahsia di Korea Selatan dengan dikawal ketak pengawal keselamatan bagi mengelak dibunuh pihak Korea Utara.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:19 AM | Show all posts
Peya replied at 15-2-2017 09:45 AM
Aku tgk kt msia ni kawalan keselamatan longgar sgt. Dah byk kali aku g overseas, bile balik sekor  ...

muke peya msti muke x suspicious , tu yg dorg tk thn.

cm member aku,  msa study, spjg bwa moto 4 thn kt ipt, roadblock memanjang ada kt simpang, polis tk pnah tahan dia,
psl muke dia mmg menyakinkn dorg..tapi stok2 muke ganas, muke serba salah bagai la kene..


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:20 AM | Show all posts
"Mereka berdua dikatakan memiliki raut wajah menyamai wanita Korea."

wajah wanita Korea Utara (hauk) or Korea Selatan (plastik, sama acuan bentuk dagu V)
yang mana satu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 11:25 AM | Show all posts
Edited by Changa at 15-2-2017 11:34 AM

ada bapok mana tah kat twitter report reporter itu punya tweet.

lebih kurang cerita sister lah...tapi seingat akak cikki spy itu ala2 letak towel yang lembab kan dgn liquid racun itu atas kepala heshe or pekup mata ke apa tak tahu la sebab heshe mcm komplen pasal mata heshe kat kaunter

tapi sister... cerita dah banyak versi dah sekarang.. yang consistent nya hanya pada penggunaan liquid beracun jah ntuk racunkan heshe itu.


ini versi media OZ pula

http://www.couriermail.com.au/ne ... 3b1089ab870641e5e08

Kim Jong-nam, 46, the older sibling of the North Korean leader, was reportedly sprayed with a chemical liquid in the shopping concourse of Kuala Lumpur’s airport on Monday and sought help at an information counter, complaining of pain.


cerita yang sebelum ini berlaku kat departure lounge... akak maacam lebih percaya versi OZ ini jah sebab katanya cikki2 itu lari guna taxi...kalau kejadin berlaku kat area soping itu lebih logika sebab senang nak lari daripada berlaku kat departure lounge...nak masuk pun kena ada boarding pass bagai dan kalau berlaku di tempat menunggu sah2 la cikki2 itu pun kena ada tiket ke macau jua dan identity heshe semua expose sebab nak masuk sah2 la kena tunjuk passport bagai


so konklusi akak versi OZ ini lebih logika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.097873 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list