Erra puji Bella..
Sudirman Mohd Tahir
[email protected]
Erra yang menggelar Bella sebagai bunda manis, berkongsi gambar kegembiraan mereka di Facebooknya pada hari Swimming Gala 2017 anaknya, Engku Aleesya, 8, baru-baru ini. Katanya, Bella juga ibu Aleesya sekarang lebih baik jika mereka saling menjaga silaturahim. “Saya juga meletakkan diri di tempatnya apabila berhijrah ke Malaysia, tentu ingin diterima baik orang sekeliling. Begitu juga dia mengharapkan semua orang menerima dirinya,” katanya. “Saya mahu Aleesya hidup dalam keadaan harmoni dan penuh kasih sayang. Saya ada cara sendiri untuk menangani sesuatu perkara dan tidak perlu samakan dengan orang lain. Kata Erra, sejak kali pertama berjumpa Bella dia yakin pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu mampu menjaga dan menjadi ibu yang baik untuk Aleesya. “Alhamdulillah setakat ini semuanya baik saja. Pada awalnya timbul juga kerisauan takut Bella tidak selesa. “Saya mendoakan mereka hidup rukun dan damai bersama hingga ke jannah,” katanya. Terdahulu, Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai 18 Februari 2014.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 11:39 AM
|