CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Bayi maut tertinggal dalam kereta di parkir kereta di Port Dickson

 Close [Copy link]
Post time 15-3-2018 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
simpati dgn family ni..pd tgh panas sgt masa ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudah persoalkan cuai...lupa....
Ingatlah, "terlupa" tu belum kena kat diri kita
Minta dijauhkan
Ni bukan kes anak main menda2 tajam...main kat dapur, lemas dlm tab....huhu ntah laaa....
Iols slalu di ingtakn bos "bayangkn kita di tempat mereka dan kita x diuji begitu lg" bla buat keja buat iols muhasabah diri...huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 15-3-2018 06:43 AM
hampir sebaya my baby, usia tengah kelateh, tengahsayang sangat dekat mak, suka peluk peluk cium c ...

Cepatnya masa berlalu. ...tahniah. ..dah besar anak fara. ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:27 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 15-3-2018 05:56 AM
Setakat yg me baca.yg me faham.mmg dr rumah dia angkat budak tu tgh tdo letak kt blkg....mmg xleta ...

kiranya mmg tak guna la car seat yg kat depan tu ek
sedangkan tu mmg car seat baby tu kan. sebab akak/abangnya dah sekolah
pelik juga sbb car seat tu bior kosong baby tido kat belakang idak ke riso tegolek ke apa tengah break time drive?

tapi benda nak jadi
akak speku mak dia nih ntah pasaipa la gabra semacam hari tu.
first time ke ada event pemantauan gitu? mmg nampak nya mak nya stress mikio event hari tu.
macam kita ada audit dtg lah kut kan. gabra tak tentu hala.
tapi akak gabra mcm mana pon sempat makan pagi sedap2 juga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
PORT DICKSON: "Maafkan ibu.. maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja," jerit Hasmah Masroh, 32, apabila anak perempuannya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, maut akibat sesak nafas selepas tertinggal dalam kereta selama empat jam di parkir sebuah kolej kemahiran di Batu 3 di sini, hari ini.

Suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD) di sini, apabila wanita terbabit terpaksa ditenangkan ahli keluarga dan kenalan.

Ratapan Hasmah menyebabkan hampir 30 rakan sekerja yang memberikan semangat kepadanya turut mengalirkan air mata.


"Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa.. ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu," rintihnya.

Hasmah turut memberitahu rakannya, pagi tadi beliau mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkannya di tempat duduk belakang kereta PROTON Saga miliknya.

NUR Awfa Humaisha (kanan) maut selepas ditinggalkan dalam kereta. - Foto Hazreen Mohamad

KAKAK mangsa tidak dapat menahan sebak dengan pemergian adiknya. - Foto Hazreen Mohamad
Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tidak sedar anak yang dibawa bersamanya.

Sementara itu, rakan Hasmah yang enggan dikenali berkata, rutin harian Hasmah yang juga tenaga pengajar di kolej berkenaan ialah menghantar anak sulungnya berusia lima tahun ke tadika di pekan Port Dickson sebelum menghantar mangsa ke rumah pengasuh di Kampung Paya, sebelum memulakan tugas.

"Kejadian pagi ini di luar jangkauan. Dia sudah menghantar anak sulung ke tadika, namun terlupa anak kecilnya itu tidak dihantar ke rumah pengasuh," katanya ditemui di HPD, di sini.

Beliau berkata, Hasmah mungkin tertekan dengan lambakan kerja dan mereka turut menerima lawatan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini.

Suami Hasmah, Muhammad Ali Riduan, 30-an pula berkata, beliau mengetahui kejadian jam 1.30 tengah hari itu selepas dihubungi isteri ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Daerah Seremban.

"Saya reda dengan ketentuan dan sesungguhnya Allah lebih menyayanginya," katanya menahan sebak dan enggan mengulas panjang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Katanya, wanita terbabit hanya menyedari anaknya ditinggalkan selepas empat jam, lalu bergegas lari ke keretanya untuk mendapatkan anaknya.

"Malangnya budak itu sudah tidak sedarkan diri dan dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi disahkan meninggal dunia dan dirujuk ke HPD," katanya.

Zainudin berkata, hasil bedah siasat mendapati budak berkenaan meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 alasan ummah straight breeder...
Sia2 saja tuhan beri zuriat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
I tak terkomen ....sedih. ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 15-3-2018 07:31 AM
Mcm2 alasan ummah straight breeder...
Sia2 saja tuhan beri zuriat..


Sesetengah ibu....langsung tak boleh fokus kerja sebab anak ....beban lah kerja macam mana pun jika ada masalah dengan anak memang tak fokus dah benda lain....kerja pun jadi kucar kacir. ...sebab asyik fikir anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 07:38 AM | Show all posts
sbbkan banyak kes pelik2 berlaku di kalangan cekgu cekgi
akak sarankan gomen buat la kursus "stress management" pada cekgu cekgi ni
akak nmpk yg pompuan masalah terlupa - yang laki masalah panasss ngan bebudak sampai melempang bagai.

nak salahkan depa seratus peratus akak nmpk beban derang agak tinggi walopon kalo pada mata kasar akak nmpk byk lagi pekerjaan yg stress - mcm dokter esp gynae, yg kena oncall, yg kena koje malam , yg kena selalu outstation....

cuma akak rasa what is lacking is the way the handle stress..mungkin ramai derang tatau nak manage stress, nak seeking help, etc. mungkin kementerian jugak perlu ada kaunsellor untuk cekgu cekgi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
babydoll replied at 14-3-2018 09:50 PM
cara ni bagus jgk. lebih visual sbb tulis kt kertas.



Idea bagus.
Nk lekat kat keta..dashboard ka

Supaya stop enjin mata terus nmpak.
Kecuaian, lupa ni boleh brlaku pd sesiapa pun..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
akubest replied at 15-3-2018 07:38 AM
sbbkan banyak kes pelik2 berlaku di kalangan cekgu cekgi
akak sarankan gomen buat la kursus "stress ...

Perempuan memang mudah lupa. ...tak nafikan. ..i pernah ja terlupa nak hantar anak pergi tuition. ..tapi masa tu anak pun jenis tak kisah tak pergi tuition. .beban kerja melambak jugalah buat i terlupa. ..

Tapi memang perempuan ni makin melonjak usia makin pelupa. ..cuma kes lupa anak dalam kereta ni rasa macam tak sepatutnya berlaku. ..sebab ni benda rutin. ..pagi2 kena hantar anak ke sekian2. ..rutin yang kita boleh lupa. ..sukar nak diterima. ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:54 AM | Show all posts
apabila kejadian ini berlaku..pelbagai pihak akan menyalahkan satu sama lain...dlm sesebuah keluarga, suami dan isteri kena kerap menghubungi each other to remind things..paling lekeh pun wassap atau msg...

perangai kebanyakan wanita memang lambat lambat jawap telefon, jawab wassap atau msg...this is unacceptable behavior...mungkin para wanita perlu memberi pendapat mereka mengenai perkara ini..jgn bagi alasan sibuk...suami pun sibuk juga...

please remind each other when you have children...mcm mana sibuk kita sekalipun, anak2 adalah priority...ask your boss to wait...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:57 AM | Show all posts
Sedih i baca berita ni pagi-pagi
Takziah buat adik ni.
I ada sorang kawan, dah lama kahwin tapi tak dikurniakan anak.
Lepas dah 7-8 tahun, alhamdulillah ada anak sorang.
Kat fb, kemain up status tak tidur malam, penat, bla bla bla.
Eh makcik, sebelum ada anak engko bukan main doa siang malam dikurniakan anak.
Dah ada anak, tetiap hari nak mengeluh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:00 AM | Show all posts
noor2 replied at 15-3-2018 07:47 AM
Perempuan memang mudah lupa. ...tak nafikan. ..i pernah ja terlupa nak hantar anak pergi tuition.  ...

haa tu lah..
selalunya kita lupa bila benda yg luar dari kebiasaan
contohnya selalu laki yg hantar, hari tu dia kena antar cam tuh lah kan
sejenis benda yg yg tak register dlm subconscious mind

yg ni mmg dia hari2 buat..
tapi bila baca news tu sebenonye aku tangkap dia mmg lupa start pepagi lagi
start dia lupa hanta budak tu ke taska...terus di bawaknya baby tu ke opis
rasanya dia takde intention pon nak bawak ke opis..terbawak kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
akubest replied at 15-3-2018 08:00 AM
haa tu lah..
selalunya kita lupa bila benda yg luar dari kebiasaan
contohnya selalu laki yg hant ...

Selalu tak terjadi kat kita bila kita lupa  yang kita biasa buat....kita mesti akan pikir gini...eh macam tak lengkap hari ni....apa lah yang aku tak buat lagi ni...mesti ada sesuatu terngiang2 tapi kita cuba nak ingat...tapi tak lama lepas tu  kita ingat balik ...hehe. ..ni dah kes teruk lupa dah ni....tapi tetap akan kita ingat sebab ada rasa tak.kena bila tak buat....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:09 AM | Show all posts
lagi satu akak nak membebel
selalu kita ni lupa sbb kita ada pre occupied mind - kita terlalu fokus sesuatu benda sampai benda lain kita lupa ..ini biasa kita manusia

yg mana terlalu fokus/stress satu2 hal contohnya kena audit ...do not overdo it. akak selalu pesan kat staff2 akak dulu yg korang takut ngan audit ni ko dah kenapa? unless ko jahat nak menyeleweng. kalo takat ko careless, ko jawablah yg ko terlupa, tersalah etc. selalunya auditor akan suggest corrective action.  then whats wrong with that?abes2 kuat pon boss bebel ko tahan jekla telinga dah mmg salah ko.  bukan kena buang koje pon

yg kena buang koje tu salah laku. yg memang ko ada intention nak buat jahat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 08:11 AM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


sekarang ni  cuaca panas kan  kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
willow12 replied at 14-3-2018 09:46 PM
lagi mak2 yg single mother. segala benda nak kena settle sendiri. anak berderet, yg baby, yg sekol ...

Dh la bekerja..urus anak dan rumahtgga lg..hengat senang ke jd pompuan zaman skang ni  bbban dan tgjwb ngalahkan menteri tau x..sumber mata pencarian utama pon byk diletakkan kat kepala bini..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 14-3-2018 09:54 PM
Bos kt sekolah me gtulah..dahla suh kita dtg awal.
Kul 7.30 loceng bunyi..dia suh masuk 7.15.ok f ...

Xphm aku bos2 yg hati batu ni..kdg2 bkn sengaja..kalau sengaja lmbt pon kalau x effect poduktiviti keje, tolak ansur je la..xyah nak rigid sesgt..bos2 gini la menyebabkan ramai p keje dgn terpaksa dan x ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:22 AM | Show all posts
prizadane replied at 14-3-2018 04:59 PM
aku kalau boss tak bagi cuti n anak sakit, aku cuti jugak. nak buang aku sebab benda tu? silakan.. ...

keje boleh cari kan chuols? anak tu susah nak dicari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.231500 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list