CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

MAYA KARIN

[Copy link]
Post time 1-10-2006 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by terbakar91 at 14-9-2006 03:42 PM
............
Laris Maya skang nih..
Suker sangat sebab Maya tak kaler rambut..
gud luck!
Anda semakin sukses!

A'aah Maya cantik original la aku rase..so simple.cantik sesangatt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2006 07:00 AM | Show all posts
Maya Karin - Energi senyuman
Oleh Jamliah Abdullah



Maya Karin


DIA tampak cantik dalam apa jua mood riasan. Baik dengan solekan tebal ala diva ataupun polos tanpa secalit mekap. Barangkali kerana senyuman itu yang tidak pernah meninggalkan bibir. Itu rahsia wajahnya yang manis menawan.

揝aya percaya semuanya bermula dengan satu senyuman. Ia mengeluarkan energi positif yang cukup kuat dari dalam diri.

揥alaupun ada kalanya kita letih lesu macam bulan Ramadan ni, senyum saja. Ia memang magis untuk kita dan orang di sekeliling kita,拻 katanya.

Ia falsafah yang mudah dan tentu saja cukup merendahkan diri apatah lagi bagi aktres berbakat besar dan popular sepertinya.

Namun itu adalah dirinya, kata Maya Karin, aktres berbakat kebanggaan industri filem kita. Dengan bakat, kecantikan dan personaliti sedemikian rupa bukan sesuatu yang menghairankan jika wanita ini juga dilamar menjadi wajah baru produk kosmetik dan penjagaan wajah terkemuka dari Paris, L扥r閍l.

* Rezeki melimpah

MAYA dengan rendah diri melafazkan rasa syukur lewat rezeki yang dikurniakan Allah. Rezekinya cukup murah.

Apa yang pasti gosip buruk yang menerpa karier seninya sejak kebelakangan ini nampaknya sedikit pun tidak mencalarkan reputasinya.

Malah semakin tinggi profilnya lantaran wajah yang cantik manis itu kini menjadi idaman pelbagai produk. Daripada produk penjagaan rambut, telekomunikasi dan terbaru duta produk kecantikan, L扥r閍l Paris pula.

Memang bertuah kerana bukan sembarangan artis mampu menambat hati syarikat produk kosmetik dan penjagaan muka terkenal dari Perancis itu.

Banyak jelitawan dari seluruh pelosok dunia menjadi pilihan L扥r閍l yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan model terkenal seperti Claudia Schiffer, Penelope Cruz, Scarlett Johannson, Charlize Theron, Beyonce Knowles dan Eva Longoria.

Di Asia, antara yang menjadi pilihan adalah Gong Li, Michele Reis, Aishwarya Rai dan Datuk Michelle Yeoh. Terbaru adalah Maya yang menyertai pasukan tersebut untuk Malaysia.

Bukan sekadar rupa paras yang cantik serta status sebagai aktres terkenal, pemilihan tersebut juga tentu mengambil kira pencapaiannya.

Populariti Maya menjulang ketika dia berlakon dalam filem seram Pontianak Harum Sundal Malam dan sequel yang kedua arahan Shuhaimi Baba.

Dia pernah meraih anugerah Aktres Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-49 di Jepun pada 2004 dan Filem Festival Seram & Fantasi Estepona di Sepanyol pada 2005 kerana lakonannya dalam filem seram tersebut.

Peluang keemasan sebagai wajah baru produk tersebut tentu menjadikan Maya teruja. Apatah lagi mengingatkan bahawa namanya kini sebaris dengan selebriti terkemuka dunia lain.

揑a cukup menggembirakan untuk berada dalam pasukan tersebut dengan artis yang fantastik seperti Aishwarya Rai dan Michele Reis.

揇i samping itu dapat pula bekerjasama dengan produk yang cukup dikenali ramai. Saya memang cukup berbangga,拻 komen Maya.

Maya memberitahu bahawa lamaran daripada L扥r閍l tiba beberapa bulan lepas ketika dia menjalani penggambaran filem terbarunya, Jari Hantu.

揑a adalah di luar jangkaan sama sekali tetapi satu kejutan yang manis,拻 tambah aktres berusia 27 tahun itu.

Tentu saja dengan statusnya sebagai selebriti itu memerlukan dia senantiasa memiliki penampilan yang menarik dan kini komitmennya dengan L扥r閍l itu sama sekali tidak akan yang membebankan, tambah Maya yang mempunyai darah kacukan Jerman-Melayu.

Begitu juga walaupun lebih selesa kelihatan semula jadi sebelum ini, kata Maya, penting juga baginya untuk menjaga kecantikan wajah dan kulit dengan baik tatkala usia semakin meningkat.

揝aya sudah mencuba pelbagai produk L扥r閍l dan ia sangat menarik baik kosmetik mahupun produk penjagaan wajah. Saya rasa ini sesuai dengan gaya hidup saya,拻 katanya yang mengakui sudah mula bersolek sejak usia 14 tahun.

Tidak mahu mendedahkan berapa nilai kontrak setahun bersama L扥r閍l itu, Maya cuba berteka-teki dengan memberitahu bahawa ia cukup memuaskan.

Sebagai duta produk kecantikan tentunya Maya harus kelihatan cantik sepanjang masa.

Tampil segar dan menawan sepanjang masa adalah satu kemestian biarpun pada bulan Ramadan ini. Itu penting apatah lagi apabila wajahnya sering menjadi rakaman lensa.

Maya mempunyai caranya tersendiri. Selain daripada mengamalkan ritual penjagaan wajah yang tertentu, dia juga turut bersenam untuk memastikan badannya tetap cergas.

揂pa salahnya jika kita mengambil masa 10 hingga 15 minit pada sebelah malam untuk melakukan senaman ringan depan televisyen,拻 katanya.

Biar apa pun salah satu perkara yang lebih penting, kata Maya, adalah senyuman.

揚ercaya atau tidak senyuman itu adalah kunci segala-galanya. Kadangkala badan memang penat dan muka nampak kelesuan apatah lagi bila bekerja tidak berhenti. Satu senyuman mampu merobah segala-galanya dengan cepat,拻 katanya lagi.

* Sisi lain Maya Karin

KESIBUKAN yang mengundang sepanjang Ramadan ini menjadikan Maya tidak menang tangan. Selain daripada promosi L扥r閍l, Maya menghitung langkah dari satu lokasi ke satu lokasi untuk filem dan programnya di Channel V.

揚enggambaran Anak Halal sepatutnya selesai tetapi tertangguh kerana pelbagai masalah cuaca dan teknikal,拻 kata Maya. Selain itu Maya juga sibuk dengan dabing untuk filem Jari Hantu dan rakaman Channel V.

Dari awal Ramadan sehingga saat ini kesibukan itu belum reda. Hampir setiap hari sepanjang Ramadan ini, jadualnya penuh, kata Maya.

揗emang memenatkan tetapi mengingatkan bahawa kita masih muda lagi jadi lebih semangat. Adrenalina yang memuncak menjadikan saya lebih teruja. Dengan tenaga muda yang saya ada ni saya rela bekerja keras,拻 tambahnya.

Maya memang begitu teruja membicarakan tentang watak yang dipegangnya dalam filem Anak Halal. Anak Halal merupakan judul filem terbaru arahan pengarah muda, Osman Ali.

Ia menampilkan watak Maya sebagai seorang gadis tomboi yang lasak dan agresif iaitu sesuatu yang berbeza dengan watak yang dipegangnya sebelum ini terutama pontianak.

揑a adalah sesuatu yang belum pernah saya terima. Namanya pelakon, biar apa pun watak seharusnya diterima dengan baik. Ia satu cabaran yang bermakna dalam karier lakonan saya,拻 jelasnya.

Begitu juga dengan Jari Hantu apabila dia sekali lagi kembali kepada Shuhaimi Baba menerokai dunia mistik ilmu saka. Maya mendalami lakonannya dalam filem Jari Hantu dan Anak Halal dalam sisi yang berbeza.

Untuk Anak Halal, dia sempat menghayati kehidupan lorong-lorong kecil dan sempit di flat yang sesak. Tikus dan lipas yang suatu ketika dahulu menjadi fobianya kini teman.

揑a satu pengalaman yang menyeronokkan,拻 katanya. Kedua-dua buah filem tersebut, kata Maya, ke pawagam pada tahun depan.

* Aidilfitri ini lebih meriah

SUASANA Aidilfitri tahun ini pasti indah sekali, tutur Maya dengan nada sedikit ceria. Tentu saja lebih meriah apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul termasuk yang jauh di perantauan.

揂gak istimewa kerana adik lelaki saya juga akan pulang beraya dari Mexico setelah dua tahun berjauhan. Ibu bapa saya juga akan beraya di Kuala Lumpur.

揝elalunya kami semua sibuk dan jarang dapat berkumpul. Jadi raya ini tentu lebih meriah. Sayang sekali adik perempuan saya yang berada di London tidak dapat menyertai kami,拻 katanya.

Maya juga sudah membayangkan bagaimana mereka sekeluarga melewati saat-saat indah bersama pada hari raya nanti.

揔eluarga kami memang lain dari yang lain. Kami suka berkumpul dan bersembang, berjam-jam pun tak apa. Inikan lagi apabila semuanya berkumpul setelah sekian lama. Tentu banyak cerita berhari-hari pun tak habis. Sembang dan makan kuih raya sambil tunggu orang datang beraya di rumah,拻 cerita Maya penggemar juadah ketupat dan rendang.

Mereka sekeluarga akan beraya di Kuala Lumpur, kata Maya, sebelum menziarah ahli keluarga lain di Pulau Pinang.

揔esibukan di ibu kota kadangkala membuat kita terasing, bahkan diri sendiri dan keluarga. Ini masanya untuk menyatukan yang dekat dan jauh,
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 01:34 PM | Show all posts
Gorgeous!! Chic!! Hottt!!

Yummyyy.. yummyy ~~ AAUuumMmmMmm..~~ AAuuuuuuuwwwwwwwwwwww~~~ Meoowwww
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 02:35 PM | Show all posts
gambar maya posing utk iklan celcom tu ade tak.....lawa la gambar tu...tak tau nak cari kat mana...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2006 03:47 PM | Show all posts
Buang sikap malu
Oleh Zul Husni Abdul Hamid | Gambar Oleh Zaharin Hayon


Anak Halal filem kedua arahan Osman Ali beri pengalaman baru buat pelakon jelita, Maya Karin

UMPAMA bintang yang mengerdip terang di langit seni, begitulah diibaratkan kehadiran Maya Karin sebagai pelakon. Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) membuktikan Maya bukan sekadar menyandar kepada wajah cantik, malah menghadiahkan gadis kacukan Melayu-Jerman itu trofi Aktres Wanita Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik ke-49 di Fukuoka, Jepun.

Cukup sinonim dengan hasil kerja pengarah wanita tersohor, Shuhaimi Baba, kewibawaan Maya terus diuji menerusi sekuel PHSM dan Jari Hantu, filem genre misteri yang akan terus menyerlahkan kekuatan lakonan gadis berusia 27 tahun itu.




Selesai Jari Hantu, Maya sekali lagi diuji dan Anak Halal mengubah perwatakan lemah lembut dan sopan gadis Timur yang sinonim dengan Maya, sebaliknya bertukar lasak dan panas baran bagi memenuhi tuntutan karektor remaja jalanan bernama Johanna.

Pada permulaan dia berdepan kesukaran, malah dalam dialog tertentu Maya mengakui begitu janggal menuturkan bahasa kasar dibaluti cacian dan maki hamun.

Tanpa berselindung, Maya berkata dia malu untuk menuturkan perkataan itu. Bagaimanapun, dengan bantuan Osman Ali dan teman pelakon lain, dia memahami cara untuk meluahkan dialog yang diberikan.

Paling tidak dapat dilupakan apabila dia diminta menjerit untuk adegan menjual buah yang dilakukan di celah orang ramai di tengah kesibukan Chow Kit.

揝aya terpaksa membuang jauh perasaan malu walaupun ketika penggambaran ramai orang yang memerhati,
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2006 04:08 PM | Show all posts
Tuah pontianak
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]

Penat tapi seronok!




AKTRES terkenal, Maya Karin, tidak pernah terfikir bintangnya bergemerlapan hingga ke tahap sekarang. Ketika ditanya wartawan, sejauh mana dia mampu melangkah di persada seni tanah air, Maya kabur dengan hala tujunya.

Namun, di sebaliknya dalam berhadapan dengan situasi tidak menentu, Maya terus berusaha dan bekerja keras. Ia bagaikan cernaan semangat bapanya dari Jerman yang terkenal dengan sikap gigih serta berhati waja.

Bagi bintang yang pernah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik, alang-alang menyeluk pekasam Maya mahukan biar sampai ke pangkal lengan. Akhirnya, apa diidamkan mulai menjadi kenyataan.

MODEL...turut dilamar produk kecantikan dankomunikasi terkenal sebagai jurucakap mereka.

揝yukur kepada Tuhan kerana rezeki dilimpahkan hari ini datang dari-Nya. Saya tidak pernah terfikir akan pergi sejauh ini. Peminat meletakkan saya di tahap tinggi dengan label pelakon nombor satu. Takut saya mendengarkannya. Saya tidak biasa dengan penghargaan seperti itu kerana bagi saya apa saya lakukan selama ini atas tugas dan minat.

揝aya tidak menafikan tumpang tuah filem Pontianak Harum Sundal Malam dan pengarahnya, Shuhaimi Baba.

揔emudian bersama Channel V selaku pengacara saya menerima banyak pendedahan termasuklah diberi peluang membuat liputan permaidani merah majlis penganugerahan Academy di Los Angelas, Amerika Syarikat. Alhamdulillah, saya baru saja menyambung kontrak dengan Channel V dengan ganjaran lebih sikit berbanding sebelum ini.

揝ekalipun penat, saya tetap seronok bekerja dengan warga kerja Channel V. Sebabnya, mereka memahami jadual kerja saya. Saya dapati mereka begitu efisyen dan kami tidak pernah berhadapan dengan masalah,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2006 04:09 PM | Show all posts
NASIHAT JUJUR MAYA KEPADA MAWIE

KALAU minggu lalu kita sudah mendengar komen artis kening terangkat, Ziana Zain mengenai pendirian Mawi AF3 apabila berlakon filem - tidak mahu pegang-pegang atau bersentuhan dengan artis wanita, kali ini Zubir membawa pandangan peribadi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik ke-49 (FFAP49), Maya Karin pula.

揝ebenarnya Mawi hanya terlepas cakap apabila ditanya wartawan, itu saja. Dia sebenarnya tidak wajar berkata seperti itu pada awal kemasyhuran namanya.

Sebenarnya saya setuju dengan pandangan Rosyam (Nor), kalau tak nak pegang-pegang, tak perlu mengumumkannya kepada akhbar kerana ia sesuatu yang sensitif.

揝ekiranya Mawi bercakap begitu, rasanya dia tak sesuai terjun ke dunia hiburan mainstream, terutama bidang lakonan. Bayangkan kalau pelakon sepopular Mawi, ada babak yang memerlukannya bersentuhan dengan artis wanita, tapi dia gagal melakukannya. Bidang lakonan ni sesuatu yang kompleks dan subjektif, justeru kita harus berfikiran terbuka.

揟api kalau Mawi berlakon just for fun, bukan sebagai karier utama, dia bolehlah pakai prinsipnya itu. Kalau dia ingin berlakon secara serius, dia harus memikir semula prinsip itu,
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 09:31 AM | Show all posts
suker la die ni lawa~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2006 07:08 PM | Show all posts
Kuasa Maya
Oleh ABIE ABDULLAH

TROFI Aktres Terbaik Asia Pasifik dan Aktres Filem Popular yang digenggamnya membuktikan dia bukan main-main atau sekadar menempel wajah cantik semata-mata. Hari ini, industri perfileman negara menyaksikan Maya Karin sebagai bintang besar.

Kuasanya kepada dunia filem menjadi tarikan produser, pengarah dan penonton. Jadi tidak hairan kalau tawaran untuknya silih berganti. Malah, ada juga yang terpaksa ditolak, termasuk dari seberang. Maya tidak perlu tamak kerana mahu utamakan hasilnya.

Ketika ditanya mengenai kuasa dan pengaruh ini, Maya tidak menafikannya tetapi tidak mahu dianggap besar diri.

揝aya dapat rasakan yang langkah saya ke depan, tetapi masih ada ruang lagi yang boleh saya tunjukkan sebagai artis. Harapnya di dalam kedua-dua bidang
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2006 07:12 PM | Show all posts
WAH , TAWARAN MAYA SKRG MAKIN BYK...

HOPEFULLY DIE AKAN JD PENGACARA UTK BEAUTY SECRET FROM THE EAST FOR THE NEXT SEASON NANTI ...

Reply

Use magic Report

jebat_derhaka This user has been deleted
Post time 4-11-2006 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 14-9-2006 09:51 PM
adakah ini maya karin yang dimaksudkan???









http://img233.imagesha ...

:pppeerrrggghh....tangkap leleh siot...slurrppp....:love:
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 05:36 PM | Show all posts
Maya prihatin harimau


MAYA Karin bukan saja aktif sebagai pelakon, pengacara dan penyanyi, malah kerap membabitkan diri dalam program sukarelawan yang berkaitan dengan hidupan liar.

Setahu CAK, sudah beberapa tahun aktres jelita ini menjadi sukarelawan World Wildlife Fund Malaysia (WWF-Malaysia).

Terbaru CAK difahamkan, Maya akan menyertai program kempen kesedaran harimau anjuran HSBC dan WWF-Malaysia.

Di bawah projek Hidup Bersama Dalam Harmoni, dua organisasi terkemuka itu menganjurkan program mencari harta karun di Berjaya Times Square pada 12 November ini.

Acara yang bermula jam 8 pagi dan berakhir pada 4 petang itu akan menyaksikan Maya terbabit sebagai peserta mencari harta karun.

Ketika dihubungi baru-baru ini Maya menjelaskan, dia terpanggil menyertai kempen kesedaran ini memandangkan jumlah harimau di tanah air semakin berkurangan.

揂kibat pembangunan, habitat haiwan liar ini terganggu. Kini kira-kira 500 harimau saja yang masih hidup di seluruh tanah air.

揕ebih membimbangkan, konflik haiwan ini dan manusia makin menjadi-jadi.

揔hazanah negara ini seharusnya dijaga dan kerana itulah kempen ini diwujudkan.

揝aya mengalu-alukan orang ramai dan peminat saya untuk turut serta dalam program ini. Melalui acara ini kita dapat belajar dan mendekati hidupan liar.

揚eserta bukan saja didedahkan dengan pengetahuan mengenai harimau, bahkan gajah, seladang, tapir dan badak,
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 06:12 PM | Show all posts
Maya manis bertudung di Terengganu, Kelantan
Oleh Zubir Mohd Yunus




PASTI ramai yang sudah melihat billboard terbaru Celcom yang memaparkan dutanya, Maya Karin berposing bersama telefon bimbit memperagakan keunggulan syarikat telekomunikasi terkemuka itu bersama tag line, Celcom Kuasa Di Tangan Anda.

Anda juga berpeluang melihat betapa cantiknya rambut Maya, namun kepada mereka yang baru berkunjung ke negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, jangan terkejut melihat Maya bertudung litup.

Perkara ini disampaikan kepada Zubir oleh seorang teman yang pulang bercuti berhari raya di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Zubir sebenarnya tidak sabar melihat wajah Maya mengenakan tudung. Justeru, Zubir meminta pertolongan pihak Celcom mengirimkan kedua-dua versi Maya Karin, bertudung dan tanpa tudung.

Lihatlah sendiri, manisnya Maya bertudung ala-ala Waheeda gitu! Tapi, biasalah orang secantik Maya, pakai apa saja pun cantik, jadi `pontianak' pun cantik!

Menurut kenyataan media dari sumber rasmi Celcom yang dikirimkan kepada Zubir, memaklumkan Maya perlu bertudung untuk muncul di billboard Celcom di Kelantan dan Terengganu kerana perlu mematuhi undang-undang kecil iklan kerajaan negeri berkenaan.

Maya yang dilabel power icon oleh Celcom mengikat kontrak sebagai duta selama setahun mulai Julai lalu.

"Saya tak sangka, impian untuk melihat wajah sendiri terpampang di billboard satu hari nanti, akhirnya menjadi kenyataan. Lebih beruntung saya tampil dengan dua versi," kata Maya yang dihubungi.

Sementara itu, Maya sempat memberitahu Zubir, dia menjemput peminat menyertainya dalam misi pencarian harta karun di Berjaya Times Square, KL pada 12 November ini mulai jam 8 pagi bersempena mengisi tabung amal hidupan liar sedunia (WWF).
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2006 04:14 PM | Show all posts
Maya peka alam sekitar
Oleh Rudy Imran Shamsudin

BERADA dalam arus kemodenan dengan keadaan masyarakat terlalu mengejar kebendaan menyebabkan kita ada ketika alpa kepada perkara yang membentuk kehidupan asas.


Kita sering kali terlupa bumi yang dipijak turut dikongsi bersama hidupan lain yang kini semakin terancam kerana kerakusan sifat manusia itu sendiri.

Kesedaran kian berkurangan sehinggakan perlunya satu pertubuhan khas ditubuhkan bagi menangani kehidupan lain agar tidak terus menjadi mangsa keadaan dan kemajuan yang menjadi kemegahan manusia di zaman serba canggih sekarang.

Pelakon dan penyanyi Maya Karin, 27, antara segelintir anggota masyarakat yang risau dan bimbang dengan perkembangan kurang sihat ini.

Perkara itu menghantui hidupnya sehingga memaksa dia menggunakan pengaruh yang ada bagi mengajak peminat agar turut peka terhadap kepentingan menjaga flora dan fauna demi generasi masa depan.

Sebagai permulaan, pagi esok Maya bersama Pertubuhan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) akan menjayakan kempen Tiger Trail yang akan diadakan di pusat membeli-belah, Berjaya Times Square.

Ia adalah acara tahunan dianjurkan WWF dengan tujuan mengisi tabung pertubuhan di mana satu pertandingan mencari harta karun akan diadakan. Di samping itu turut diadakan kempen kesedaran terhadap kehidupan harimau liar yang semakin terancam dan mengalami kepupusan.

Kata Maya, acara itu diadakan setiap tahun di mana pertandingan diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Berbeza tahun ini ia akan diadakan di sekitar bangunan Berjaya Times Square.

揝ebelum ini saya hanya menjadi pemerhati terhadap acara yang diadakan tetapi kali ini saya bakal turut serta.

揂pa yang dilakukan ini sebahagian daripada usaha kecil saya untuk membantu pertubuhan ini. Saya sudah bekerja dengan mereka hampir setahun dan untuk pengetahuan umum saya mencari pertubuhan ini dan bukan mereka mencari saya,
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 07:49 PM | Show all posts
ABPBH: Maya Karin terkilan gagal kekal gelaran
Oleh Alias Abd Rani dan Azrul Affandi Sobry


Nama 'pontianak jelita' tidak tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Popular ABPBH 2006

PELAKON filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM), Maya Karin (gambar) mengakui berasa terkilan apabila tidak disenaraikan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2006) yang bakal berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands.

Bagaimanapun Maya yang 憈ersingkir
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 10:07 PM | Show all posts
btoi ker maya karin ade affair ngan khairy menantu pak lah tue???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2006 09:36 AM | Show all posts
rasanya tak kot...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 10:23 AM | Show all posts
watever~

yg aku tau aku mmg sukaaa sgt2 tgk muka maya karin nih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:23 PM | Show all posts
Maya lupakan pontianak
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]

Bentuk semula lakonan





TIDAK MENGHARAP...Maya tak letak
sebarang harapan julang anugerah
aktres terbaik lagi.


DI sebalik kehebatan popularitinya, ramai tidak menyedari aktres jelita, Maya Karin, 27, tidak pernah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di tanah air sendiri. Lalu timbullah kenyataan bakatnya ternyata lebih dihargai juri luar negara.

Ini diambil kira dengan kejayaan Maya yang pernah menjulang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun dan Pelakon Terbaik di Festival Filem Seram & Fantasi Estepona 2005 di Sepanyol.

Bagaimanapun, hatinya sedikit terubat apabila dia meraih Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-5.

Apa jua tohmahan dilemparkan kepadanya tidak menghalang Maya untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya. Jauh sekali merajuk kerana selepas kemenangan itu, ia membuktikan kejelitaan bukan menjadi taruhannya tetapi bakat lakonan yang berjaya dicungkil dan dibentuk pengarah Shuhaimi Baba (Shumi).

Menurut Maya, selepas kejayaan dua filem bersama Shumi, kerjasama dan hubungan baik antaranya dengan pengarah itu diteruskan pula dalam ilham serta garapan terbaru Shumi berjudul Waris Jari Hantu (WJH).

揟ekanan lebih terasa berlakon dalam WJH kerana watak Tina banyak bermain emosi. Untuk menjadi Tina saya terpaksa melupakan terus watak pontianak dalam Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) 1 dan 11.

揚uas juga Shumi hendak membentuk semula lakonan saya. Segala ingatan terhadap PHSM terpaksa dikikis terus.

揇ua kali pegang karakter pontianak, Maria dan Mariam, ia sebati dan selalu terbawa-bawa bila berlakon dalam WJH.

揢ntuk mengikis watak dalam PHSM, saya diberi latihan berasingan selama sebulan. Namun itulah yang dinamakan cabaran. Sukar sekali untuk membawakan watak Tina kerana ia berat dan sering bermain emosi.

揝ampai satu tahap saya berasa tidak yakin dan mahu melepaskan saja watak Tina itu. Hanya kepercayaan Shumi terhadap saya membuatkan saya kembali tenang dan berusaha menjiwainya sepenuh hati,
Reply

Use magic Report

youngest This user has been deleted
Post time 26-11-2006 12:35 AM | Show all posts



cun kan diorang nih....:love:

[ Last edited by  youngest at 26-11-2006 12:37 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.162268 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list