CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

HANG TUAH (merged:orcish,tyrone,senyum_77,TimahMulia,redsinner,aji & botet)

[Copy link]
Post time 15-2-2005 01:12 PM | Show all posts
ada konflik dalam fakta Tan Sri lanang dengan  edisi W.G. Shellabear mengenai siapa sebenarnya menderhaka kepada raja apakah Hang Jebat atau Hang Kasturi (Bukan Hang Lekiu)malah. Pengarang Sejarah Melayu mengangap Hang Kasturi  manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula mengangap Hang Jebat sebagai penderhaka...

peace
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2005 01:28 PM | Show all posts
Betul tak banyak catatan yang benar-benar dapat diterima secara Global dalam membincangkan sejarah Hang Tuah itu sendiri sehinggakan soal Makam dan kematian beliau masih satu Misteri.Makam  Makam Hang Tuah, terletak didalam kawasan tanah perkuburan kampung Tanjung Keling, Melaka. Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah hilang begitu sahaja dan ada pula yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Menurut Sejarah Melayu, naskah karangan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih di dalam pengkisahan Sejarah Melayu, Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Keling dengan penuh adat istiadat dan nobat di Raja tidak dimainkan selama tiga hari.
So kalau soal kematian laksamana Terbilang Melaka tidak dapat di sahkan apatah lagi kisahnya secara keseluruhan.

Banyak lagi kisah menarik dan pertikaian sejarah mengenai Hang Tuah ada pendapat mengatakan dia adalah perempuan jika kita melihat kisah Tun Teja. Ada yang mengatakan  perjalanan Tun Teja ke Melaka mengambil masa seminggu untuk sampai ke Melaka dan hanya Hang Tuah dan Tun Teja berduaan di atas sampan tersebut. Ada 2 kemungkinan yang berlaku:
1.        Hang Tuah adalah perempuan kerana dalam setengah hikayat banya menceritakan bahawa Hang Tuah bebas keluar masuk menemui Tun Teja semasa di Pahang yang menjadi pantang larang orang melayu ketika itu.  Mungkin??
2.        Hang Tuah sebenarnya curang dengan Tun Teja dan sireh yang diberi oleh Hang Tuah pada Tun Teja sebelum sampai ke Melaka adalah untuk melupakan perbuatan curang mereka. Ada juga pendapat bahawa sebenarnya Sultan murka pada Hang Tuah bukan menganai hubungan Hang Tuah dengan Gundik Raja tapi setelah dapat mengesan hubungan Hang Tuah dan Tun Teja. Tapi itu Cuma pendapat orang yang boleh dipertikaikan faktanya.

Satu lagi fakta yang menarik yang patut kita renung , mengapa Hang Tuah tidak menghalang Hang Jebat mencari raja  setelah menikam beliau dalam pertarungan sengit sebelumnya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Hang Tuah telah mengakui kecurangan beliau pada Hang Jebat setelah menikam beliau. Maka perjalanan Hang Jebat mencari raja setelah itu bukan lagi untuk membunuhnya tapi untuk meminta ke ampunan pada Sultan pada ketika itu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2005 01:19 PM | Show all posts
Mungkin ianya satu lagenda yang ada benar dan ada tokok tambah, saya ada jugak baca artikel pasang Hang Tuah antaranya mendakwa:

1.Hang Tuah dan sahabat bukan berbangsa Melayu..
2.Hang Tuah bukan lelaki tapi perempuan.

dan macam-macam lagi. . banyak sumber-sumber kisah Hang Tuah antaranya Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis yang tak dapat saya nafikan adanya tokok tambah didalamnya.

Saya amat positif bahawa Hang Tuah itu memang ujud tapi  cerita tentangnya telah dilegendakan agar menjadi lebih menarik.Walaupun secara ilmiahnya perkataan "Hang" dihadapan nama mereka memang boleh di pertikaikan kemelayuannya Mengikut buku 慡ejarah Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2005 01:20 PM | Show all posts
HANG TUAH.
LAMBANG KETAATAN MENGKHINZIR BUTA.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 12:10 AM | Show all posts
bagaimana kalau nama mereka hanya tuah, jebat, lekir, lekiu dan kasturi... tapi mereka dikurniakan dengan 'han' atau org melayu kata 'hang' oleh maharaja china yang pada masa itu terdiri daripada orang han....tupai pernah baca statement ni dulu masa sekolah dulu...tapi tak ingat kat source apa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 30-1-2005 07:23 AM:
ala kat lowyat tu byk thread racist ni
mod buat pejam mata je
aku malas nak melayan
kene shutdown baru tahu

ko nak expect apa..kalo ko pi lowyatt plaza tuh sendir sapa ko nampak..abu ke ah cong..dah dema moderator..paham la..pada aku cari 1000000x lebih baik dari lowyatt..sbb org sini friendly2..kat sana kalo kita tanya..dapat mocking..apahal..baik kat sini..   kalo org2 mcm tuh diberi kuasa memerintah jadik camtuh la..dalam message bod pon kita dah nampak..perintah negara..prtprtprtp!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2005 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 30-1-2005 04:33 AM:
what's the point belajar sejarah? we live for the future not for the past. go on with your life and move on. forget about the past.



'a society which doest not look back with pride upon its past can NEVER look forward towards its future'

-abdul hadi salleh-
   NCO VICCB 80
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2005 05:33 PM | Show all posts
Terdapat 3 andaian.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2005 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by senyum_77 at 2005-1-27 12:28 PM:
MAKAM HANG TUAH DI TANJUNG KELING , MELAKA !!


  
Hang Tuah adalah seorang laksamana yang paling terkenal dan termasyhur di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Be ...


Menilai pemikiran Hang Jebat

SAYA merujuk kepada kolum Fikrah yang ditandatangani Hang Jebat dalam Utusan Malaysia hari Khamis 19 December, 2004 dan ingin membuat sedikit teguran.

Hang Jebat dalam kolumnya telah membicarakan `persepsi pancaindera,' `persepsi akal atau lojik' dan apa yang dia sebut sebagai `kaedah lampau pancaindera atau lampau rasional.'

Beliau sedikit sebanyak telah menyentuh persoalan yang berhubung kait dengan sebab akibat dan dalam pertengahan tulisan tersebut, beliau telah memberi jawapan kepada soalan yang diajukannya `siapakah pula yang menciptakan Tuhan?' dengan jawapan `Tuhan jadi sendiri.'

Soalan siapa menjadikan tuhan adalah hasil bisikan syaitan dan jawapan seperti `Tuhan jadi sendiri' adalah juga jawapan hasil bisikan syaitan.

Ini adalah contoh kes banyak bertanya sesat jalan lalu tersepit dalam lingkaran syaitan.

Bagi mereka yang berpegang teguh kepada kesucian Tauhid, jawapan sedemikian tidak boleh diterima pakai, apatah lagi menjadikannya sebagai asas kepada akidah dan makrifah.

Bukan sahaja jawapan tersebut tidak boleh diterima, malah soalan asalnya juga menunjukkan ketidakrasional sipenanya.

Bila seseorang itu berkata `Tuhan jadi sendiri,' sedar atau tidak sedar beliau telah meletakkan Tuhan juga dalam ruang lingkup `kejadian' yang terikat dengan unsur `jadi', kerana persoalan yang natural yang akan timbul selepas kenyataan bahawa `Tuhan jadi sendiri' ialah `bila Tuhan itu jadi dengan sendiri' (masa) dan `di mana Tuhan itu jadi dengan sendiri.' (tempat).

Implikasi yang amat halus daripada kenyataan `Tuhan jadi sendiri' ialah Tuhan menjadi ada selepas tiada, dalam lain-lain perkataan meletak tuhan juga dalam sifat kejadian, walaupun maksudnya bukan begitu.

Pemikiran begini sudah barang tentu mengotorkan kesucian Tauhid. Maha Suci Allah daripada apa yang dikatakan mengenai-Nya. Allah tidak terikat dengan masa sedangkan Dialah yang mencipta masa dan Dia tidak tertakluk kepada satu-satu lokasi sedangkan semua tempat Dia berada.

Maha Suci Dia untuk jadi dengan sendiri. Tuhan maujud, sedia ada. Segala pujian bagi Allah yang tiada ada satu pun yang mendahului Dia. Dialah Awal sebelum Akhir dan Zahir sebelum Batin.

Seseorang wajib berhati-hati apabila berbicara mengenai tauhid dan maujud Tuhan. Ingin saya tegaskan di sini bahawa dalam soal mengenal Allah, seseorang itu dilarang bertaklid, tetapi hendaklah menggunakan penelitian dan penyelidikan tersendiri.

Saya juga ingin menegur penggunaan perkataan `persepsi' oleh Hang Jebat dalam membicarakan pancaindera, akal dan lampau rasional. Perkataan yang lebih tepat ialah `kognisi' iaitu cognition melalui pancaindera, cognition melalui intelek dan cognition melalui hati (kalbu), seperti yang nyatakan dalam al-Quran.

Al-Quran hanya menyatakan pendengaran (telinga) dan penglihatan (mata) sebagai alat cognition pancaindera, yang dengan jelas menandakan keutamaan pancaindera tersebut berbanding dengan pancaindera yang lain.

Saya rasa adalah tidak tepat dan relevan Hang Jebat menggunakan pendekatan cognition ini dan sambil itu mengaitkannya pula dengan hakikat ainul yaqin, ilmul yaqin dan haqqul yaqin dalam hujahnya untuk membenarkan sebelah pihak dan membatilkan sebelah pihak yang lain dalam kemelut politik di Malaysia masa kini.

Dalam politik soal benar dan batil bukan perkara pokok; yang menjadi pokok ialah kecekapan bagaimana seseorang itu atau mana-mana pihak boleh menggunakan alat-alat cognition untuk menzahirkan kebenaran atau kebatilan. Lumrahnya dalam politik ialah membatilkan yang benar dan membenarkan yang batil dengan pemutarbelitan fakta dan realiti.

Oleh kerana Hang Jebat menggunakan terminologi al-Quran untuk hujahnya, maka izinkan saya merujuk kepada Kitab Suci itu untuk menegurnya.

Al-Quran telah menggariskan beberapa halangan kepada cognition iaitu zalim, kufur, israf (melampaui batas) dan fisq (menyeleweng). Propaganda adalah salah satu cara untuk menyekat cognition.

Propaganda dan cara mana ia diguna pakai, adalah sama ada zalim, kufur, israf dan fisq atau keempat-empatnya sekali bergantung kepada bagaimana ia digunakan; dan propaganda lumrah digunapakai untuk membenarkan perkara yang batil dan membatilkan perkara yang benar sehingga pihak massa kelabu alat-alat cognition mereka dan tidak berdaya membuat keputusan yang betul sesuai dengan kehendak kebenaran atau kebatilan. - OMAR NOOR, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2005 05:49 PM | Show all posts
ni aku jumpa satu artikel yg mengatakan hang tuah ni orang kelate .....

link..

http://hulubalang-lagenda.tripod.com/
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 22-3-2005 11:14 PM | Show all posts
Yang aku confirm,guru Hang Tuah adalah seorang Syeikh yang bertapa di Bukit Panau,Tanah Merah, Kelantan. Dari family beliau,lahirlah Wali 9.Sultan Ismail Petra Sultan Kelantan adalah cucu cicit keturunan beliau.

Sesapa yang kata hang Tuah adalah Cina, itu bererti suatu penghinaan kepada dunia persilatan Melayu.:no:

ilmu persilatan adalah warisan melayu,bukan Cina punya.

Ada orang Cina pandai main keris?

Jangan putar belit maruah orang Melayu

Apalar you all ni
Mudah diperdaya oleh putar belit orang lain
Sampai lupa siapa sebenar Hang Tuah

Diorang ni memang melampau
P. Ramlee pun dikatanya asal orang Cina...
Tapi dipelihara oleh keluarga angkat Melayu

Tengok laar
Lepas ni Samy Vellu pun gerenti asal orang Cina jugak


:lol

Lagi melampau,diorang kata orang Cina dah menetap di Tanah Melayu sebelum Parameswara bukak Melaka lagi.
So orang Cina sepatutnya dapat hak yang sama dengan Melayu

[ Last edited by liyana306 on 23-3-2005 at 01:40 AM ]
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 23-3-2005 03:33 PM | Show all posts
setuju ngan ko tu liyana
diorang ade je reka2 crite utk merendahkan bangsa melayu
nak nafikan hak istimewa melayu
pooodahh


jangan cabar ketuanan melayu
buruk padahnya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2005 01:37 PM | Show all posts
Hang Tuah pernah sound " takkan Melayu hilang di dunia" tapi aku pulak sound Hang Tuah " kepala hotak anda !!!" k餒K説kh豀k餒K説kh豀k餒K説kh豀
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 24-3-2005 01:59 PM | Show all posts
lawak antarabangsa ke ni
gelakkan je la
:lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2005 10:56 AM | Show all posts
dari sejarah, kita kenal siapa diri sendiri...
dari sejarah, kita tahu kelemahan sendiri....
dari sejarah, kita tahu kekuatan sendiri...
dari sejarah kita belajar diri sendiri....
dari sejarah, jgn melakukan kesilapan yg perbah dilakukan sendiri...
dari sejarah, kita amik pmr,spm,stpm matapelajaran sejarah :p
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2005 12:34 PM | Show all posts

Salam

Bagi saya, jikalau Hang Tuah dan Sahabat2nya tu Cina, tiada salahnya.

Satu ketika, Islam pernah memerintah Tanah Besar China, dan kerajaan China ari nih pun mangakui yg Laksmana Cheng Ho @ Ma Cheng Ho ialah seorang Islam, dan ada bukti menunjukkan yg beliau adalah org yg pertama2 mengelilngi dunia.

Dan banyak bukti yang menunjukkan Islam tersebar di Tanah Melayu atas usaha pendakwah2 dari China.

Saya merasakan ada logiknya berkaitan isu 'Lima Hang' ini.

Dikatakan Hang Tuah lima bersaudara adalah utusan Kerajaan Islam China yg diutus ke Melaka, dgn tujuan mengiringi Puteri Hang Lipo. Itulah sebabnya takde bukti yg nyata menunjukkan bukti kewujudan Hang Tuah lima bersaudara, kerana akhirnya, setelah berkhidmat begitu lama, mereka pulang semua ke tempat asal.

Ada logiknya pernyataan itu.

Tak kisah la dorang bangsa apa pun, kerana Islam itu agama Universal yg menidakkan sikap asabiyah atau taksub kepada kaum. Kepentingan Agama melebihi kepentingan segala-galanya.

Jangan jadikan batasan perkauman, warna kulit dan budaya sebagai alasan untuk kita menyempitkan fikiran, perspektif dan pandangan. Sedangkan kita tidak ada satu bukti yg cukup kukuh untuk kita pegang dan percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2005 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by hammam at 25-3-2005 12:34 PM:
Bagi saya, jikalau Hang Tuah dan Sahabat2nya tu Cina, tiada salahnya.

Satu ketika, Islam pernah memerintah Tanah Besar China, dan kerajaan China ari nih pun mangakui yg Laksmana Cheng Ho @ Ma Ch ...



aku raser kerajaan china dinasti ming bukan beragama islam tetapi banyak pegawai 2 kerajaan dinasti ming beragama islam dan berketurunan turki dan asia tengah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2005 11:32 AM | Show all posts
Betul tak banyak catatan yang benar-benar dapat diterima secara Global dalam membincangkan sejarah Hang Tuah itu sendiri sehinggakan soal Makam dan kematian beliau masih satu Misteri.Makam  Makam Hang Tuah, terletak didalam kawasan tanah perkuburan kampung Tanjung Keling, Melaka. Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah hilang begitu sahaja dan ada pula yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Menurut Sejarah Melayu, naskah karangan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih di dalam pengkisahan Sejarah Melayu, Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Keling dengan penuh adat istiadat dan nobat di Raja tidak dimainkan selama tiga hari.
So kalau soal kematian laksamana Terbilang Melaka tidak dapat di sahkan apatah lagi kisahnya secara keseluruhan.

Banyak lagi kisah menarik dan pertikaian sejarah mengenai Hang Tuah ada pendapat mengatakan dia adalah perempuan jika kita melihat kisah Tun Teja. Ada yang mengatakan  perjalanan Tun Teja ke Melaka mengambil masa seminggu untuk sampai ke Melaka dan hanya Hang Tuah dan Tun Teja berduaan di atas sampan tersebut. Ada 2 kemungkinan yang berlaku:
1.        Hang Tuah adalah perempuan kerana dalam setengah hikayat banya menceritakan bahawa Hang Tuah bebas keluar masuk menemui Tun Teja semasa di Pahang yang menjadi pantang larang orang melayu ketika itu.  Mungkin??
2.        Hang Tuah sebenarnya curang dengan Tun Teja dan sireh yang diberi oleh Hang Tuah pada Tun Teja sebelum sampai ke Melaka adalah untuk melupakan perbuatan curang mereka. Ada juga pendapat bahawa sebenarnya Sultan murka pada Hang Tuah bukan menganai hubungan Hang Tuah dengan Gundik Raja tapi setelah dapat mengesan hubungan Hang Tuah dan Tun Teja. Tapi itu Cuma pendapat orang yang boleh dipertikaikan faktanya.

Satu lagi fakta yang menarik yang patut kita renung , mengapa Hang Tuah tidak menghalang Hang Jebat mencari raja  setelah menikam beliau dalam pertarungan sengit sebelumnya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Hang Tuah telah mengakui kecurangan beliau pada Hang Jebat setelah menikam beliau. Maka perjalanan Hang Jebat mencari raja setelah itu bukan lagi untuk membunuhnya tapi untuk meminta ke ampunan pada Sultan pada ketika itu..

Walau apapun sejarahnya sebagai anak melayu kita harus berbangga kerana Buku Sejarah Melayu atau Salalatus-Salatin yang dikarang oleh Tun Seri Lanang telah diiktiraf sebagai Warisan Dokumentari Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Turut diiktiraf ialah Hikayat Hang Tuah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2005 01:05 AM | Show all posts
Originally posted by hammam at 25-3-2005 12:34 PM:
Salam

Bagi saya, jikalau Hang Tuah dan Sahabat2nya tu Cina, tiada salahnya.

Satu ketika, Islam pernah memerintah Tanah Besar China, dan kerajaan China ari nih pun mangakui yg Laksmana Cheng Ho @ Ma Cheng Ho ialah seorang Islam, dan ada bukti menunjukkan yg beliau adalah org yg pertama2 mengelilngi dunia.

Dan banyak bukti yang menunjukkan Islam tersebar di Tanah Melayu atas usaha pendakwah2 dari China.

Saya merasakan ada logiknya berkaitan isu 'Lima Hang' ini.

Dikatakan Hang Tuah lima bersaudara adalah utusan Kerajaan Islam China yg diutus ke Melaka, dgn tujuan mengiringi Puteri Hang Lipo. Itulah sebabnya takde bukti yg nyata menunjukkan bukti kewujudan Hang Tuah lima bersaudara, kerana akhirnya, setelah berkhidmat begitu lama, mereka pulang semua ke tempat asal.

Ada logiknya pernyataan itu.

Tak kisah la dorang bangsa apa pun, kerana Islam itu agama Universal yg menidakkan sikap asabiyah atau taksub kepada kaum. Kepentingan Agama melebihi kepentingan segala-galanya.

Jangan jadikan batasan perkauman, warna kulit dan budaya sebagai alasan untuk kita menyempitkan fikiran, perspektif dan pandangan. Sedangkan kita tidak ada satu bukti yg cukup kukuh untuk kita pegang dan percaya.



salam ........

yg di-highlight di atas tu bukan satu FAKTA !

BUKAN  juga FAKTA SEJARAH !

itu hanya orang  yg  cipta TEORI  !

tapi  yg paling BETUL ialah  MAKAM  kesemua  sahabat berlima itu

ada di MELAKA , MALAYSIA !

memang ada semua 5 makam . cuma masih ada yg tak tau !
:kunyah:
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2005 01:07 AM | Show all posts
yg kata HANG TUAH & HANG JEBAT tu ghaib adalah SATU TOKOK TAMBAH  shj .  !  :kunyah:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.257504 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list