CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: simplelife

Menyatukan Sunni dengan Syiah

 Close [Copy link]
Post time 19-12-2005 11:52 AM | Show all posts
BURUKNYA   anggapan   dan   tuduhan   orang  Syiah Imamiah  (Rafidhah) pada Sayidina Abu Bakar, Sayidina dan   lain-lain   sahabat   (selain   Sayidina   Ali   dan keturunannya) sangatlah ketara.   

Dalam kitab Syiah bertajuk An Nassu Wal Ijtihad  muka surat 84, pengarangnya menulis:

"Pada   hari   tibanya  kewafatan   Abu   Bakar  dia  telah menjanjikan penggantinya kepada Sayidina Umar. Hairan. Sungguh    hairan.    Dia    mengakadkan   jawatan    khalifah kepada orang lain sesudah wafatnya. Seolah-olah orang ini memiliki  yang  lain dari yang dimilikinya. Dia, membenci (kepimpinan) pada orang lain tanpa takut hari hisab, pada ; hari   balasan   dan   pada   cercaan   (hari   kiamat).   Hairan.: Hairan sungguh. Seolah-olah dia lupa atau buat-buat lupa; janji Nabi bahawa jawatan khalifah itu adalah untuk Ali, kemudian yang selepasnya (salah satu sama ada Hassan & Hussin)  yang  tidak  sesat   sesiapa yang berpegang pada keduanya. Dan tidak dapat petunjuk pada kebenaran orang; yang tidak menempuh jalan keduanya terhadap agama."

Begitu     mereka     menghina     Savidina    Abu     Bakar, merendahkan taqwa beliau itu dan menganggap Au Bakar   seorang   yang   membohongi   Rasulullah   atas jawatan khalifah.

Dalam kitab Ihya Ulumiddin Imam Al Ghazali dalam mengulas hadis mengenai "cahaya iman yang diberikan kepada manusia", yang dikeluarkan oleh At Tabarani dan Hakim daripada Ibnu Mas'ud r.a yang dikatakan sahih menurut Syarat Hadis Bukhari dan Muslim sebagai menyebut:

Ertinya:
"Dan kalaulah ditimbang iman Sayidina Abu Bakar r.a dengan iman isi alam semesta selain para Nabi dan Rasul, nescaya lebih beratlah iman Abu Bakar."

Masakan seorang yang paling beriman (sesudah Nabi) dan dijamin syurga dikatakan tidak takut hari hisab, berbohong dengan Nabi dan tamak jawatan khalifah? Jangan-jangan orang yang menuduh itu yang tamak jawatan kepimpinan, berbohong dan tidak takut hari hisab. Dalam kitab yang sama di muka surat 76, orang Syiah menganggap Sayidina Abu Bakar menghulur tangan agar di bai'ah untuk jadi khalifah daripada Rasulullah S.A.W. Maka berbai'ahlah orang-orang yang suka rela tapi berbai'ah juga orang-orang lain  secara terpaksa. Sedangkan mereka itu semuanya telah mengetahui janji Rasulullah S.A.W pada saudara dan anak pakciknya Ali bm Abi Thalib. Mereka mendengar Rasulullah menaskannva dari awal-awal urusan kenabian hinesalah penghabisan umurnya yang mulia.

Konon    di     sini     Sayidina    Abu    Bakar    memaksa sahabat-sahabat   yang   lain   supaya   melantik   beliau   menjadi khalifah. Walhal kata mereka Nabi sudah pesan jawatan itu  hak  Sayidina Ali.

Dalam  kitab  Syiah juga terdapat cerita begini:-

"Sesungguhnya aku (Sayidina Ali) telah lakukan apa yang telah aku lakukan (bai"ah), kerana kasihan atas kamu." (Bukan dengan rela).

Ertinya di sini, kononnya Sayidina Ali pun mengaku bahawa dia sendiri bai'ah kerana terpaksa sebab tidak mahu bergaduh. Ini satu pembohongan besar. Orang-orang Syiah menjual nama Sayidina Ali dan imam-imam mereka dengan tujuan membenarkan mereka. Kita yakin Sayidina Ali dan Sayidina Hassan dan Sayidina 'Hussin serta imam-imam mereka itu semuanya soleh-soleh belaka dan berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Masakan Sayidina Ali berhasad dengki dan dendam kesumat dengan Sayidina Abu Bakar kerana kekhalifahan yang telah ijmak sahabat menyetujuinya. Sedangkan dengan Sayidina Muawiyah yang terang-terangan ada perselisihan dengannya pun, Sayidina Ali maafkan dengan mudah. Bila ada orang mengadu konon Sayidina Muawiyah mengata sesuatu pada Sayidina Ali, maka jawab Sayidina Ali pada orang itu, "Kalau benar sekali pun. aku telah maafkan dia,"

Orang yang sehalus ini hatinya, mustahil berdengki-dengki kerana rebutkan jawatan khalifah. Kita tengok kitab Mukhtasar At Tukhfatul Isna Asyariah oleh  Shah Abdul Aziz mukasurat 112 apa kata Sayidina Ali ttg khulafar ar rashidin selain diri beliau :

"Telah tetap dalam hadis sahih daripada jalannya Muhammad bin Al Hanafiah bahawasanya dia bertanya kepada Ali tentang manusia yang paling utama selepas Rasulullah. Maka berkata Ali baginya; Abu Bakar. Kemudian siapa? Umar. Kemudian siapa? Seorang lelaki. Engkau ke bapa? Jawab Ali:
"Bapa engkau salah seorang dari orang Islam."

Seterusnya dalam kitab itu juga, muka surat yang sama. Daripada Abu Juhaifah Al Amili, dia telah berkata, Ali pernah berkata padaku:

"Wahai Abu Juhaifah, bolehkah aku beritahu kamu orang yang paling utama di kalangan umat ini (selepas Nabi). Aku jawab tentu sekali (sedangkan aku tidak melihat seseorang yang lebih utama darinya (Ali). Berkata Ali: Abu Bakar, Umar~dan selepas keduanya yang ketiga. Dia tidak beri namanya." (Kata-kata ini dibuat selepas tahun 38 hijrah).

Ini menunjukkan Sayidina Ali iktiraf Khulafaur Rasyidin. Memang sepatutnya begitulah sikap Sayidina Ali. Seorang yang bertaqwa tidak pernah mengangkat dirinya daripada sahabat-sahabatnya. Tapi orang Rawafidh (Raafidhah) ini memang keras kepala, suka buat kacau dan cari gaduh, maka diada-adakanlah tentang Sayidina Ali apa-apa yang sebenarnya tidak ada.

besambung...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

viper This user has been deleted
Post time 19-12-2005 04:55 PM | Show all posts

[quote]

Bukankah Nabi SAW melantik Amirul Mukminin Ali a.s. sebagai pengganti baginda. Rujuk Hadis Tsaqalain Kitab Muslim. Adakah perampasan hak Amirul Mukminin Ali a.s itu sesuatu yang disuruh Rasul SAW?? Adakah Khalifah anda telah membuat sesuatu yang baik dengan melantik diri sendiri tanpa mengikuti pesan Nabi SAW walhal dia hidup sezaman bersama Baginda SAW. Berlaku adillah...

[quote] Ertinya di sini, kononnya Sayidina Ali pun mengaku bahawa dia sendiri bai'ah kerana terpaksa sebab tidak mahu bergaduh. Ini satu pembohongan besar. Orang-orang Syiah menjual nama Sayidina Ali dan imam-imam mereka dengan tujuan membenarkan mereka. Kita yakin Sayidina Ali dan Sayidina Hassan dan Sayidina 'Hussin serta imam-imam mereka itu semuanya soleh-soleh belaka dan berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Masakan Sayidina Ali berhasad dengki dan dendam kesumat dengan Sayidina Abu Bakar kerana kekhalifahan yang telah ijmak sahabat menyetujuinya. Sedangkan dengan Sayidina Muawiyah yang terang-terangan ada perselisihan dengannya pun, Sayidina Ali maafkan dengan mudah. Bila ada orang mengadu konon Sayidina Muawiyah mengata sesuatu pada Sayidina Ali, maka jawab Sayidina Ali pada orang itu, "Kalau benar sekali pun. aku telah maafkan dia,"

ASWJ hanya muncul setelah zaman Imam Ja'far as-Sadiq as. Bagaimana mungkin Imam Ali a.s., Imam Hassan as dan Imam Husain as adalah pengikut Sunnah Wal Jamaah.

Sejak bila pendapat Ijmak menentukan kekhalifahan. Rasul SAW ada suruh??

Begitu tingginya sifat rahim Amirul Mukminin Ali as, beliau akhirnya membai'ah khalifah awal secara terpaksa untuk menyelamatkan umat pada waktu itu agar tidak sesat lebih jauh. kemudian perkara ini dibangga-banggakan oleh anda kerana anda rasa Amirul Mukminin Ali as membuat perkara itu di atas kerelaan beliau. Berlaku adil lah. Kalau tidak kerana pemaksaan khalifah awal dan kedua kepada orang ramai maka keputusan tersebut dibuat. Siapa yang datang ke rumah Fatimah Az-zahra tanpa diundang dengan membawa andang api untuk mengambil baiah Amirul Mukminin Ali as. Pernah anda tengok orang berkempen minta undi bawa andang api siap nak bakar rumah orang??? Itu baik ker?? berlaku adil lah??

Orang yang sehalus ini hatinya, mustahil berdengki-dengki kerana rebutkan jawatan khalifah.

Sememangnya Amirul Mukminin Ali as mempunyai ketulusan hati yang tidak ada tandingnya dibandingkan khalifah2 yg menginginkan pangkat dan nama. itu sebab beliau membenarkan mereka tetapi itu tidak bermaksud mendapatkan keredhaan beliau. Lihatlah pada mereka yg merebut kekhalifahan itu dan nilaikan...

Kita tengok kitab Mukhtasar At Tukhfatul Isna Asyariah oleh  Shah Abdul Aziz mukasurat 112 apa kata Sayidina Ali ttg khulafar ar rashidin selain diri beliau :

"Telah tetap dalam hadis sahih daripada jalannya Muhammad bin Al Hanafiah bahawasanya dia bertanya kepada Ali tentang manusia yang paling utama selepas Rasulullah. Maka berkata Ali baginya; Abu Bakar. Kemudian siapa? Umar. Kemudian siapa? Seorang lelaki. Engkau ke bapa? Jawab Ali:
"Bapa engkau salah seorang dari orang Islam."

Anda mendatangkan hadith dari jalur anda. bagaimana mungkin ini adalah dalil. Datangkan dari jalur Ahlul Bayt.

Ya Haq
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 07:49 PM | Show all posts
salam..

Betul kata Viper : ASWJ hanya muncul setelah zaman Imam Ja'far as-Sadiq as. Bagaimana mungkin Imam Ali a.s., Imam Hassan as dan Imam Husain as adalah pengikut Sunnah Wal Jamaah.  

Dari sumber mana yang dipetik tentang keyataan ini?  

Cheers!

p/s: Suka tengok cerita doremon  "intu mesin masa"
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 19-12-2005 11:23 AM

Ya, betul tu. :setuju: !!!~ sehinggakan pipi juga terpengaruh oleh orgbesi dan juga ustaz zulazhan. hehe.

p/s: pipi setuju kat ustaz ni... adakah pipi dikira bersekongkol dengan wahabi?

bersekongkol takpa kot. jgn bersekedudukan sudah heh heh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 11:10 PM | Show all posts
assalamualaikum
mohon laluan
rasanya tidak akan ada orang yg tidak gembira dgn penyatuan sunni dan syiah
dan detik bersejarah yg ditunggu seakan tidak akan kunjung tiba
sunni mencurigai syiah
syiah mencurigai sunni
rasanya telah terlalu banyak topik yg dibincangkan dlm pelbagai thread
tapi ruang untuk menerima syiah sebagai mazhab kelima yg diiktiraf bukanlah saranan yg popular dan tidak didokong oleh banyak pihak
4 mazhab dilihat sebagai satu2nya jalan perpaduan
penyatuan 5 mazhab dianggap mustahil membentuk satu perpaduan, sebaliknya akan mengucar kacirkan keadaan
sebagai orang luar, saya secara objektif, dengan method ilmiah yang diterima umum
hujah dengan hujah, hujah bersandar dengan sumber yg paling authentik
namun keyakinan tidak ada, satu statement perlu di intrepret dgn pelbagai rupa
justifikasi akan menjurus kepada mazhab, intrpretasi juga dicari utk memihak kepada mazhab
khilaf tidak sepatutnya membawa kerosakan, tetapi membawa kepada kebaikkan

perbincangan kepada doktrin sandaran kepada tertegaknya satu mazhab, tidak akan berakhir
satu kepercayaan tidak mungkin dipaksakan ke atas mereka yg telah yakin
kita lebih terfokus kepada perkara yg divergence
tetapi tidak kepada perkara yg menyatukan ummah
Allah Yang Esa, Rasulullah sebagai rasul pembawa risalah

apakah yg diperlukan sunni utk menerima syiah
dan adakah syiah tidak menerima sunni?

wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 19-12-2005 11:51 PM | Show all posts
Kenapa terlalu berminat dengan kafir-mengkafir dan saling menyalahkan mereka yang sudah tiada?
Bukankah bersangka baik itu lebih baik daripada bersangka buruk?
Dan jika benar yang salah itu salah, biarlah mereka sendiri yang menanggung akibat perbuatan mereka itu di hadapan Allah....
Tetapi jika benar mereka itu benar tetapi ditakrifkan sebagai salah, bukankah kita sendiri sebenarnya sedang berbuat fitnah kepada sesama manusia sedangkan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh? Sedangkan kita tidak mengetahui dan hanya bergantung kepada sumber2 yang tidak pasti sahih tidaknya?
Perlukan kita dipertanggungjawabkan dengan perbuatan mereka yang salah sedangkan mereka tidak hidup di zaman kita?
Atau perlukah kita terus hidup dalam keadaan terus memprejudiskan mereka yang tidak berdosa atau mereka yang tidak sealiran dengan kita?
Sesungguhnya dosa dan pahala bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi, maka tidakkah kita menyedari?

[2.286] Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2005 12:57 AM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 19-12-2005 11:51 PM

:setuju:

kenapa dalam persoalan mazhab, diperbincangkan, tidak selalunya diperhalusi dan dibincangkan dengan ilmiah, kemudian diiringi dengan emosi dan sentimen, dan kita memilih hidup berpuak2
adakah benar wujud satu jalan menuju Tuhan itu, discrete, terang, nyata
antara 2, sunni dan syiah, adakah satu jawapan yg sangat jelas bahawa salah satu antara keduanya merupakan 1 pintu  yg masuk syurga dari 72 pintu yg ada?
jika ASWJ benar, maka syiah salah
jika syiah benar, ASWJ salah
adakah tidak ada posibilities langsung, jika seorang individu mencari kebenaran dalam mana2 jalan, dia meyakininya sungguh2 jalan yg dipilihnya benar berdasarkan kekuatan hujah Quran dan Sunnah, dan beramal, dan berdoa sama seperti doa diatas, di hari kebenaran tersingkap (jika ada 1 pintu yg benar itu) akhirnya baru dia tahu dia dijalan yg salah, maka dia dibalasi dengan balasan jahat?
Point: akhirnya kita juga tidak tahu kerana segalanya terletak di tangan Allah.

jika benar memang ada satu jalan yang benar itu, di zaman kita ini, siapakah org yg berauthoriti yg boleh declare jalan itulah yg paling benar dan diterima secara universal mana2 aliran yg wujud, ASWJ ke, Syiah ke, salafi ke, wahabi ke, anti hadith ke? Siapa?

Hakikatnya kita tidak bersama lagi dengan Nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 01:04 AM | Show all posts
soalnya kita bersikap prejudis
sedangkan Rasulullah sendiri tidak menghukum Abdulah bin Ubai bin Salul
dan kita pula menolak bersaudara dengan mereka mengucap syahadah, mengEsakan Allah, mengakui Rasulullah sebagai penyampai risalah!

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 20-12-2005 01:05 AM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 20-12-2005 12:57 AM
Hakikatnya kita tidak bersama lagi dengan Nabi.

dan....
hakikatnya juga..
imam bersama-sama kita..
dunia tidak pernah lekang..
dari pengawasan..
sang penguasa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 08:03 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 19-12-2005 11:37 AM
Assalamualaikum,

hemm....nampaknya semangat org Syiah berapi-api...nasib baik ustaz zul dtg tolong coolkan...steady ustaz, memang ustaz blh jadi moderator yg baik..tdk dinafikan lagi...

sori ler..tatie sibuk bila hujung minggu terikat dgn kerja-kerja kebajikan...lebih-lebih lagi minggu ni, sebb membantu yg ditimpa musibah...hidup ni sngkat sahaja, dunia realiti lebih memerlukan kita, di sini hanya forum di alam siber...maka khalayak pembacanya terhad sahaja...maka yg lebih prioriti tatie berikan khdmat ...pada yg di alam nyata dulu..membantu apa yg termampu dan terdaya...dgn izin Tuhan juga...

apa cerita..masih ditakuk lama?...masih tk puashati dan ingin tegakkan bahawa sahabat-sahabat besar RSAW itu perlu dijatuhkan hukuman kafir, murtad dan fasik?...

hebat org SYiah....mendahului imam-imam Rafidhaah dari wasiat  RSAW sendiri...apa kita ndak kata ustaz zul kan, depa lebih hormat dan terima pendapat Imam-imam Rafidhah mereka (di sini bukan tatie maksudkan Imam ahlulbait yg 11 itu)...Imam-imam seperti Sulaim bin Qais, Al Kulini, Babawaih, Mausawi, khomein dll tu...biarkanlah mereka...doakanlah pd satu ketika nanti terbuka juga hati mereka ..

cuma takut bila keterlaluan menghina sahabat-sahabat RSAW yg diibaratkan RSAW sbg bintang-bintang dilangit ini, maka mereka DAH TAK NAMPAK JALAN SEBB LANGIT DAH TK BERBINTANG...TAK DER PETUNJUK LAGIK...hehhehe....

ishkk..apapun depa ndak kata kita, no heart feeling..sedangkan sahabat RSAW yg muliapun depa kafirkan, ini kan pula kita-kita ni....siapalah kita, jika dibanding dgn kemuliaan sahabat-sahabat RSAW yg sanggup Si puak rafidhah ni kafirkan...

Hadis Bukhari dan Muslim sebagai menyebut:

Ertinya:
"Dan kalaulah ditimbang iman Sayidina Abu Bakar r.a dengan iman isi alam semesta selain para Nabi dan Rasul, nescaya lebih beratlah iman Abu Bakar."

depa si Rafidhaah ni dah tak caya kat kata-kata RSAW...apa ndak buat...kalau RSAWpun depa tk caya, ada harapan ker depa ndak caya kat kita yg beri hujah kat dalam forum ni....

tatie beri hujah utk tatapan org ASWJ bukan syiah...kalau tk mahu baca, jgn baca...

.

mana jawapannya? telah dibentangkan hujjah, tapi anda kata kami pulak yang tak percaya kepada kata-kata Nabi saaw. Kami bukanlah kaum yang taksub sehingga mempercayai iman seorang yang pernah kafir selama berpuluh tahun adalah lebih tinggi dari iman Pemimpin Wanita Syurga, anak Rasul Terbesar, yang membesar di bawah petunjuk wahyu, yang ALlah sucikan-sesucinya. Takkanlah orang yang mempunyai iman terbesar akan dimusuhi oleh Pemimpin Wanita Syurga/Seluruh Alam?

Dan sekali,  malang kepada anda, hadis "sahabatku bintang di langit' adalah hujah lemah yang anda bawakan. Kerana Bukhari dn Muslim sendiri menunjukkan bahawa bukan semua sahabat adil malah ada yang akan dicampakkan ke neraka (lihat hadis Kautsar). Apakah anda tidak percaya kata-kata Nabi saaw . Jika hadis itu sahih, maka percaya bukan semua sahabat yang dimaksudkan dengannya. Dan dengan berpegang kepada hadis ini sahaja, maka janganlah anda menyalahkan kami kerana kami mengikuti Imam Ali, Sayyidatina Ftahimah, Imam Hasn dan Husein, Salman,ABu Dzar, Ammar, Miqdad, Jabir bin Abdullah, Huzaifah, Bilal, Abu Ayyub yang di antara mereka ini ada yang memisahkan diri bergabung dengan AHlul Bait a.s. mengelak untuk membaiah Abu Bakar pada Hari Saqifah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 08:22 AM | Show all posts
Serihartatie

BURUKNYA   anggapan   dan   tuduhan   orang  Syiah Imamiah  (Rafidhah) pada Sayidina Abu Bakar, Sayidina dan   lain-lain   sahabat   (selain   Sayidina   Ali   dan keturunannya) sangatlah ketara.   

Dalam kitab Syiah bertajuk An Nassu Wal Ijtihad  muka surat 84, pengarangnya menulis:

"ada   hari   tibanya  kewafatan   Abu   Bakar  dia  telah menjanjikan penggantinya kepada Sayidina Umar. Hairan. Sungguh    hairan.    Dia    mengakadkan   jawatan    khalifah kepada orang lain sesudah wafatnya. Seolah-olah orang ini memiliki  yang  lain dari yang dimilikinya. Dia, membenci (kepimpinan) pada orang lain tanpa takut hari hisab, pada ; hari   balasan   dan   pada   cercaan   (hari   kiamat).   Hairan.: Hairan sungguh. Seolah-olah dia lupa atau buat-buat lupa; janji Nabi bahawa jawatan khalifah itu adalah untuk Ali, kemudian yang selepasnya (salah satu sama ada Hassan & Hussin)  yang  tidak  sesat   sesiapa yang berpegang pada keduanya. Dan tidak dapat petunjuk pada kebenaran orang; yang tidak menempuh jalan keduanya terhadap agama."

Begitu     mereka     menghina     Savidina    Abu     Bakar, merendahkan taqwa beliau itu dan menganggap Au Bakar   seorang   yang   membohongi   Rasulullah   atas jawatan khalifah.

Dalam kitab Ihya Ulumiddin Imam Al Ghazali dalam mengulas hadis mengenai "cahaya iman yang diberikan kepada manusia", yang dikeluarkan oleh At Tabarani dan Hakim daripada Ibnu Mas'ud r.a yang dikatakan sahih menurut Syarat Hadis Bukhari dan Muslim sebagai menyebut:

Ertinya:
"Dan kalaulah ditimbang iman Sayidina Abu Bakar r.a dengan iman isi alam semesta selain para Nabi dan Rasul, nescaya lebih beratlah iman Abu Bakar."

Masakan seorang yang paling beriman (sesudah Nabi) dan dijamin syurga dikatakan tidak takut hari hisab, berbohong dengan Nabi dan tamak jawatan khalifah? Jangan-jangan orang yang menuduh itu yang tamak jawatan kepimpinan, berbohong dan tidak takut hari hisab. Dalam kitab yang sama di muka surat 76, orang Syiah menganggap Sayidina Abu Bakar menghulur tangan agar di bai'ah untuk jadi khalifah daripada Rasulullah S.A.W. Maka berbai'ahlah orang-orang yang suka rela tapi berbai'ah juga orang-orang lain  secara terpaksa. Sedangkan mereka itu semuanya telah mengetahui janji Rasulullah S.A.W pada saudara dan anak pakciknya Ali bm Abi Thalib. Mereka mendengar Rasulullah menaskannva dari awal-awal urusan kenabian hinesalah penghabisan umurnya yang mulia.

Konon    di     sini     Sayidina    Abu    Bakar    memaksa sahabat-sahabat   yang   lain   supaya   melantik   beliau   menjadi khalifah. Walhal kata mereka Nabi sudah pesan jawatan itu  hak  Sayidina Ali.

Dalam  kitab  Syiah juga terdapat cerita begini:-

"Sesungguhnya aku (Sayidina Ali) telah lakukan apa yang telah aku lakukan (bai"ah), kerana kasihan atas kamu." (Bukan dengan rela).

Ertinya di sini, kononnya Sayidina Ali pun mengaku bahawa dia sendiri bai'ah kerana terpaksa sebab tidak mahu bergaduh. Ini satu pembohongan besar. Orang-orang Syiah menjual nama Sayidina Ali dan imam-imam mereka dengan tujuan membenarkan mereka. Kita yakin Sayidina Ali dan Sayidina Hassan dan Sayidina 'Hussin serta imam-imam mereka itu semuanya soleh-soleh belaka dan berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Masakan Sayidina Ali berhasad dengki dan dendam kesumat dengan Sayidina Abu Bakar kerana kekhalifahan yang telah ijmak sahabat menyetujuinya. Sedangkan dengan Sayidina Muawiyah yang terang-terangan ada perselisihan dengannya pun, Sayidina Ali maafkan dengan mudah. Bila ada orang mengadu konon Sayidina Muawiyah mengata sesuatu pada Sayidina Ali, maka jawab Sayidina Ali pada orang itu, "Kalau benar sekali pun. aku telah maafkan dia,"

Orang yang sehalus ini hatinya, mustahil berdengki-dengki kerana rebutkan jawatan khalifah. Kita tengok kitab Mukhtasar At Tukhfatul Isna Asyariah oleh  Shah Abdul Aziz mukasurat 112 apa kata Sayidina Ali ttg khulafar ar rashidin selain diri beliau :

"Telah tetap dalam hadis sahih daripada jalannya Muhammad bin Al Hanafiah bahawasanya dia bertanya kepada Ali tentang manusia yang paling utama selepas Rasulullah. Maka berkata Ali baginya; Abu Bakar. Kemudian siapa? Umar. Kemudian siapa? Seorang lelaki. Engkau ke bapa? Jawab Ali:
"Bapa engkau salah seorang dari orang Islam."

Seterusnya dalam kitab itu juga, muka surat yang sama. Daripada Abu Juhaifah Al Amili, dia telah berkata, Ali pernah berkata padaku:

"Wahai Abu Juhaifah, bolehkah aku beritahu kamu orang yang paling utama di kalangan umat ini (selepas Nabi). Aku jawab tentu sekali (sedangkan aku tidak melihat seseorang yang lebih utama darinya (Ali). Berkata Ali: Abu Bakar, Umar~dan selepas keduanya yang ketiga. Dia tidak beri namanya." (Kata-kata ini dibuat selepas tahun 38 hijrah).

Ini menunjukkan Sayidina Ali iktiraf Khulafaur Rasyidin. Memang sepatutnya begitulah sikap Sayidina Ali. Seorang yang bertaqwa tidak pernah mengangkat dirinya daripada sahabat-sahabatnya. Tapi orang Rawafidh (Raafidhah) ini memang keras kepala, suka buat kacau dan cari gaduh, maka diada-adakanlah tentang Sayidina Ali apa-apa yang sebenarnya tidak ada.

......namun mengapa kitab sahih terbesar anda sendiri mengatakan

  SAHIH BUKHARI
Volume 8, Book 82, Number 817:
  揂nd no doubt after the death of the Prophet we were informed that the Ansar disagreed with
   us and gathered in the shed of Bani Sa'da. 'Ali and Zubair and whoever was with them, oppos ed us, while the emigrants gathered with Abu Bakr.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 08:30 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 19-12-2005 11:37 AM
Assalamualaikum,

hemm....nampaknya semangat org Syiah berapi-api...nasib baik ustaz zul dtg tolong coolkan...steady ustaz, memang ustaz blh jadi moderator yg baik..tdk dinafikan lagi...

sor ...

sungguh desperate sehingga terpaksa memuji orang yang pernah dihentamnya...
berhati-hati ustaz... dan terpaksa minta tolong dalam forum isu wahabi pulak....

[ Last edited by billionaire at 20-12-2005 08:31 AM ]
Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 20-12-2005 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 19-12-2005 11:51 PM
Kenapa terlalu berminat dengan kafir-mengkafir dan saling menyalahkan mereka yang sudah tiada?
Bukankah bersangka baik itu lebih baik daripada bersangka buruk?
Dan jika benar yang salah itu salah ...

Salam Simplelife,

Perbincangan ini bukanlah suatu perbalahan atau pergaduhan. Memang tidak dinafikan bhw Allah SWT bersifat Maha Pengampun. memetik ayat yang simpllife bentangkan "Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya". Maka ayat ini jelas memberitahu ttg dosa akibat kejahatan yg telah dilakukan. Oleh itu seharusnya kita belajar dari kesilapan yang lalu untuk tidak mengulangi kesilapan itu.

Ayat itu bersambung lagi "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. " Lupa atau tersalah bermaksud tidak disengajakan. Oleh itu mana mungkin kita boleh lupa atau tersalah sebelum mengkaji?? harus ada kemahuan untuk mengetahui kebenaran. Kita tidak boleh telan bulat2.

Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. (5:100)

Jelas ayat di atas menekankan agar digunakan akal untuk berjaya dan tidak boleh disamakan yang Haq dan yang Bathil.Bagaimana mungkin boleh diadakan penyatuan apabila Tuhan telah berfirman sedemikian.?? Maka berlaku adil dan semoga kebenaran akan menerangi hati anda. Yang menuduh Kami mengkafirkan Khalifah adalah mereka ASWJ. dan mengkafirkan kami adalah ASWJ juga. Maka berlaku adil. kami hanya ingin datangkan kebenaran dan hendak menegakkannya bukan nak kafirkan sesiapa atau nak bersihkan nama sesiapa.

WASALAM

Ya Haq

p/s peringatan ini untuk semua supaya kelak anda semua tidak lagi memandang Syiah sebagai jahat atau Rafidhah. harap berlaku adil.
Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 20-12-2005 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 20-12-2005 12:57 AM

:setuju:

kenapa dalam persoalan mazhab, diperbincangkan, tidak selalunya diperhalusi dan dibincangkan dengan ilmiah, kemudian diiringi dengan emosi dan sentimen, dan kita memilih hidup berpuak ...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. ]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (1:1-7)

Pertama sekali, keyakinan seseorang itu tidak semestinya kebenaran. Sbg contoh seorang Yahudi yang sungguh yakin dengan ajarannya menghabiskan usianya dengan beribadah dan beramal kemudian mati. Apakah dia akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan?? bagaimana pula dengan kita??

Selagi mana kebenaran belum ditemui selagi itu kita masih di dalam kegelapan. Namun Tuhan Maha Berkuasa, sekiranya Tuhan mahukan sesuatu maka itu adalah kuasa mutlakNya yang Maha Agung. Tetapi sebagaimana ayat di atas "Tunjukilah kami jalan yang lurus", maka carilah jalan itu. Memetik sabda Nabi SAW, "Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya". Selamilah diri anda dengan Ilmu Ahlul Bayt nescaya anda akan temukan kebenaran dan jalannya.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 10:16 AM | Show all posts
salam viper

"Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya".

bukan nak bincang. bukan nak berhujah. relax heh heh

cuma nak mintak kalau boleh. begini... setahu saya hadis ni memang masyhur di kalangan umat Islam. di sisi Syiah saya rasa tak dianggap syiah sekiranya tidak menerima hadis ni. saya nak mintak kalau boleh viper huraikan maksud hadis ni yg viper fahamlah dari sudut peranan Nabi sebagai penyampai & kaitannya dgn perumpamaan kota dan pintu.

atas nama perkongsian ilmu dan pemahaman. wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 11:17 AM | Show all posts
salam.. ustaz ni suka kacau daun lah. biarkan mereka berhujah dan habis hujah dahulu. lepas ni kalau ustaz nak tanya, tanya lar.... nak tanya pipi pun boleh. itupun kalau lah pipi "ada masa" untuk layan ustaz zulazhan.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 20-12-2005 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 20-12-2005 11:17 AM
salam.. ustaz ni suka kacau daun lah. biarkan mereka berhujah dan habis hujah dahulu. lepas ni kalau ustaz nak tanya, tanya lar.... nak tanya pipi pun boleh. itupun kalau lah pipi "ada masa&qu ...

ooo yer ke? manyak soli hah

nanti kita borak kat thread pipi nak bukak tu ... sorry hek.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by viper at 20-12-2005 09:55 AM
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. ]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (1:1-7)

Pertama sekali, keyakinan seseorang itu tidak semestinya kebenaran. Sbg contoh seorang Yahudi yang sungguh yakin dengan ajarannya menghabiskan usianya dengan beribadah dan beramal kemudian mati. Apakah dia akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan?? bagaimana pula dengan kita??

benar, keyakinan tidak melambangkan kebenaran (dan sy tidak merujuk luar dari konteks konflik dlm Islam-sy tidak merujuk kpd agama selain Islam)
namun paksaan bukanlah satu alternatif dan tidak pernah disarankan dalam Quran
"Tiada paksaan dalam beragama".

Bila orang prejudis, menghukum kejam pada mereka yg bermazhab lain dari yg mereka yakini, ini tindakan kejam. Lagi kafir mengkafir. Sedang Rasulullah sendiri menyempurnakan jasad Abdullah bin Ubai (sy nyatakan lagi).

Dialog dibuka, patut dapat beri penjelasan bagaimana mereka berpegang dgn keyakinan begitu rupa, tanpa dapat diganggu gugat lagi. Itu asas mazhab yg mereka yakini, yakin mereka berlandaskan hujah Quran, berlandaskan hujah sunnah Rasulullah. Yang samar2 patut dapat tersuluhkan, dan mengambil jalan berlapang dada.

Jika tidak puas hati, dialog dibuka lagi, penjelasan perlu dihuraikan, dan sumber dirujuk dari sumber paling authentik. Jika tidak setuju, jgn sentimen emosi di dulukan dan menampakkan kepada ramai tidak mungkin penyatuan akan dapat di capai, berhikmah dalam hujah, dgn dalil mengeluarkan satu kenyataan. Org yg berfikir akan menilai dari kekuatan hujah berilmu, namun hidayah, Allahlah juga penganugerahnya.

Sehingga sudah, manusia tidak mungkin dapat menjadi hakim paling adil, biar setinggi mana ilmu mereka.
Dan biarlah pemilik keadilan, menghakimi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2005 10:32 AM | Show all posts
Mengapa Imam ALi a.s enggan membaiah malah menentang kosnpirasi ABu Bakar dan Umar, apakah anda akan menggunakan taktik agung anda mengatakan orang2 Syiah yang mengadakan2 cerita di atas?

laaa....kan ker tatie dah bagi hujah dan hadis ttg S.Ali baiah dgn S. Abu Bakar, tak faham ker maksud OATH oF ALLEGIANCE itu?...

masyaAllah...

bukankah anda juga yg gunakan hadis itu pada awalnya, anda tk faham ker apa yg anda sendiri C & P ?...tatie ingatkan anda tk ader masalah dalam memahami B. Inggeris. Apa perlu tatie terjemahkan ke dalam BMelayu?..

shahih bukhari

Thereupon Abu Bakr's eyes flowed with tears. And when Abu Bakr spoke, he said, "By Him in Whose Hand my soul is to keep good relations with the relatives of Allah's Apostle is dearer to me than to keep good relations with my own relatives. But as for the trouble which arose between me and you about his property, I will do my best to spend it according to what is good, and will not leave any rule or regulation which I saw Allah's Apostle following, in disposing of it, but I will follow." On that 'Ali said to Abu Bakr, "I promise to give you the oath of allegiance in this after noon." So when Abu Bakr had offered the Zuhr prayer, he ascended the pulpit and uttered the Tashah-hud and then mentioned the story of 'Ali and his failure to give the oath of allegiance, and excused him, accepting what excuses he had offered; Then 'Ali (got up) and praying (to Allah) for forgiveness, he uttered Tashah-hud, praised Abu Bakr's right, and said, that he had not done what he had done because of jealousy of Abu Bakr or as a protest of that Allah had favored him with. 'Ali added, "But we used to consider that we too had some right in this affair (of rulership) and that he (i.e. Abu Bakr) did not consult us in this matter, and therefore caused us to feel sorry." On that all the Muslims became happy and said, "You have done the right thing." The Muslims then became friendly with 'Ali as he returned to what the people had done (i.e. giving the oath of allegiance to Abu Bakr).

tatie rasa membazir masa sahaja terus berusaha utk memahamkan anda sekiranya anda sendiri menutup mata, akal dan hati utk menerima hujah yg diberikan. Memang puak berfahaman anda ini sgt keras sehingga sanggup mengkafir, mensyirik dan menyatakan HALAL UTK MEMBUNUH PENGIKUT MAZHAB ASWJ SEPERTI YG DILAKUKAN oleh Ayatullah Khomeneni yg membunuh ulamak-ulamak ASWJ beramai-ramai selepas beliau menerajui IRAN dahulu. Ada Imam ASWJ yg bertaraf MUJTAHID dibunuh juga.

Sejarah sudah membuktikan bahwa puak anda memang BERFAHAMAN SGT KERAS DAN SANGGUP MEMBUNUH ke atas sesama ISLAM yg masih mengucap dua kalimah syahadah dan mengamal rukun IMAN dan rukun ISLAM.

SAKINAH MAWADDAH : Bila orang prejudis, menghukum kejam pada mereka yg bermazhab lain dari yg mereka yakini, ini tindakan kejam. Lagi kafir mengkafir. Sedang Rasulullah sendiri menyempurnakan jasad Abdullah bin Ubai (sy nyatakan lagi).

Kalaulah sampai begitu ekstrimis nyer puak SYIAH, maka KALAU SETAKAT HUJAH DI FORUM INI, anda tentang itu TIDAK MENGHERANKAN....

CUMA APA YG TATIE MAHU PAPARKAN BAHAWA PUAK SYIAH HANYA BERSELINDUNG DISEBALIK MENYATAKAN MEREKA INGIN MENYATUKAN SUNNI DAN SYIAH  KERANA DALAM KITAB MEREKA SUDAH TERANG-TERANG MEMFATWAKAN :

Kita lihat pula apa kata mereka pada sahabat. Dalam kitab Ittihafu Zawiinnajabah Bima Fil Quran Wa Sunnah Min Fa Dhoilin Shohabah OL'eh Mohd. Ar Razi Attubbani Assafi Al Maghribi muka surat 80.

Pengarangnya menyedut dari kitab Attahzib jjilid 2 muka surat 116 & 252, ada dituliskan begini:

"Darah dan harta orang yang melantik kepimpinan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar adalah halal
melainkan perempuan kerana nikah orang musyrikin itu harus pada mereka.

Sesungguhnya Allah telah meng-anugerahkan Ali akan ilmu antaranya dan makhluknya, maka barangsiapa engkar nescaya kafir

Tidak beriman orang yang menyalahi tentang kepimpinan. (sesiapa yg mengiktiraf kepimpinan selain dari IMAM 12 itu  difatwakan tidak beriman)

Seorang lelaki daripada kamu (Syiah) lebih baik daripada seratus lelaki daripada mereka (bukan Syiah).

Ahli Sunnah Wal Jamaah yang empat (Hanafi, Shafie, Maliki, Hambali) jangan datangi dan jangan dengar, kerana Allah telah laknat mereka dan agama mereka yang syirik itu."

JADI LOGIKNYA, penyatuan sunni dan syiah yg mereka kononnya yg usulkan itu hanyalah satu bentuk TAQIYAH sahaja.

Itu adalah strategi utk mengaburi mazhab ASWJ sedangkan pd hakikatnya ini adalah STRATEGI mereka utk memperoleh simpati dari pengikut mazhab ASWJ yg cetek ILMU terhadap Mazhab/Fahaman ASWJ sendiri dan tidak pernah MENGKAJI mengenai fahaman Syiah.

sekian.

(tatie akan paste insyaAllah mengenai ASWJ di dalam thread ASWJ dan SYIAH sahaja selepas ini)

[ Last edited by serihartatie at 21-12-2005 10:46 AM ]
Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 21-12-2005 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 20-12-2005 10:16 AM
salam viper

bukan nak bincang. bukan nak berhujah. relax heh heh

cuma nak mintak kalau boleh. begini... setahu saya hadis ni memang masyhur di kalangan umat Islam. di sisi Syiah saya rasa ...

salam ustaz,

Abu Bakr Muhammad bin Jaafarul-Mutiri dan Abul-Laith Nasr bin Muhammad Samarqandi Hanafi, di dalam buku mereka 慚ajalis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056861 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list