|
FN-6, benda lama...betullah insignificant. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #138 hyazinth79's post
Setuju
Sebenarnya market dummy ni untapped. Kita leh wat custom made dummies utk customers. Nak wat inflatable soldiers pun boleh kot ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #142 escortburuk's post
kalau mat toro ada dia memang expert buat inflatable orang nih ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #143 mmc's post
mana pi dah mat toro nih? dah kena gam ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #143 mmc's post
mana pi dah MT nih? dah kena gam ka?![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #144 windof's post
urusan YDPA da![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #138 hyazinth79's post
Padahal sebelum tu depa sendiri penah buat, kenakan Jerman....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #139 robotech's post
Suka sgt gov beli benda ntah apa2, baik tambah anza n igla n beli startrek dari BAE
[ Last edited by yaminz at 1-7-2008 05:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hai
Dummy ni kita bagi mekanik tepi jalan je buat banyak 2 kasi pening sikit perancangan musuh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #139 robotech\ catat
Ehh yer ker ... tak dengar pun kuar kat berita ker aku yang ketinggalan hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #152 tempur's post
Tapi kalau nak kasi dummy banyak untuk kasi musuh pening...yang betul punya pun kena banyak....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #155 alphawolf's post
klu duit tak de , nak buat cam na, lg pun klu ikut kws strategik , boleh capai 10 hingga 15 bateri tu. lgpun aku rasa kapal friget dengan kapasiti aaw perlu utk tahap pertama pertahanan udara bg kws strategik tepi pantai |
|
|
|
|
|
|
|
Penjaga keselamatan negara
Oleh ZAMRI RAMBLI
[email protected]
Malaysia sudah meneroka kerjasama teknologi dan sistem pertahanan dengan China sejak hampir 20 tahun lalu. Selepas misil FN-6, adakah peluru berpandu KS-1A bakal menjadi benteng pertahanan terbaru negara?
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0603/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg)
SEMALAM Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan rasmi pertamanya ke China sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia.
China bukan sahaja antara negara terawal daripada luar keluarga negara Asean dilawati Najib, bahkan nostalgiknya kunjungan itu adalah kerana jalan pertama hubungan China-Malaysia sebenarnya dibuka oleh bapa beliau sendiri 35 tahun lalu.
Sewaktu negara Asia Tenggara lain masih takut berdepan dengan China yang masih di bawah pemerintahan Komunis, Allahyarham Tun Razak Hussein menghulurkan tangan tanda persahabatan pada tahun 1974.
Hari ini tiada siapa yang menyangka persahabatan yang pernah diragui itu menghasilkan dagangan dua hala bernilai AS$39.6 bilion (RM138.90 bilion).
Selain menjadi rakan dagangan dalam sektor komponen auto, produk mekanikal elektro-optik, pelancongan, pendidikan, pemprosesan kayu, kulit, tekstil dan teknologi maklumat, satu lagi sektor yang dilihat bakal memberi manfaat kepada negara adalah kecanggihan teknologi dan sistem pertahanan negara itu.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0603/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg)
EMPAT aras ruang udara Malaysia yang memerlukan kelengkapan misil terbaik bagi mengawal pertahanan negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehebatan teknologi dan sistem pertahanan China sebenarnya bukan bermula setahun dua kebelakangan ini. Bayangkan negara kuasa nuklear seperti Pakistan dan Iran serta rakan Asean seperti Thailand sudah mula mendapatkan teknologi pertahanan China sejak tahun 1990-an lagi.
Mula memperakui teknologi negara blok kuasa Timur itu, Malaysia pada tahun 2004 membuat pembelian pelancar peluru berpandu jarak dekat atau misil aras amat rendah (FN-6 VSHORADS).
Misil buatan China itu merupakan antara senjata Sistem Pertahanan Udara Mudah Alih (Manpads) terbaik dunia dengan kemampuan jarak tembakan peluru berpandu sehingga enam kilometer.
Pelaburan sebanyak RM23 juta itu adalah untuk mendapatkan 64 misil dengan 16 pelancar yang dijangka diterima negara tahun ini.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0603/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg)
KELAJUAN misil KS-1A boleh mencapai 1,200 meter sesaat yang mana ia mampu menguatkan sistem pertahanan negara apabila jarak tembakan misilnya mencecah 60 kilometer. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini Malaysia sedang dalam penelitian untuk mendapatkan teknologi dan misil aras sederhana dengan peluru berpandu KS-1A disebut-sebut antara yang berpotensi. KS-1A mempunyai kemampuan jarak tembakan sehingga 60 kilometer.
Mengimbau kerjasama negara dalam membawa teknologi dan sistem pertahanan China ke negara ini, Datuk Muhammad Hamzah dan rakan kongsinya, Amir Dastan ialah dua individu penting yang paling layak bercerita mengenai perjalanan usaha sama itu.
"Kira-kira 20 tahun lalu, saya dan Amir melihat betapa China semakin membangun dengan teknologi, kejuruteraan dan sistem pertahanannya.
"China membeli senjata dari negara luar, tetapi geniusnya China apabila mereka mampu membina semula teknologi itu, bukan sahaja ia dapat berfungsi dengan baik bahkan lebih baik daripada senjata Barat," ujar Muhammad yang juga Pengerusi Eksekutif Aneka Bekal, syarikat penyelaras pembelian program itu.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0603/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg)
RADAR KS-1A dengan had pengesan maksimum 90 kilometer. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita beliau, kerana faktor itulah pada tahun 1991 delegasi pertama negara melawat China diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Yaacob Zain.
Menariknya pada tahun 1992, Najib yang ketika itu menjadi Menteri Pertahanan pernah mengetuai rombongan negara untuk melihat pelbagai teknologi pertahanan dimiliki dan dikeluarkan China.
"Selepas itu pelbagai siri kerjasama, pertukaran idea, demonstrasi dan lawatan berjalan, sebelum Malaysia mula bersetuju menandatangani pembelian misil FN-6 pada tahun 2004.
"Dulu Malaysia sangat terarah ke negara Barat terutama Britain dalam mendapatkan senjata dan teknologi pertahanan. Memang mengambil masa yang agak lama untuk membuka minda dan mata ke China.
"Namun, apa yang kami rintis akhirnya mula mendapat perhatian seiring dengan kebangkitan China sebagai pusat graviti kuasa dunia," ujar Muhammad yang juga seorang penganalisis pertahanan.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0603/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg)
MALAYSIA membeli peluru berpandu FN-6 dari China pada tahun 2004. |
|
|
|
|
|
|
| |
|