|
I'm looking for men (20-34yrs) or men junior veteran (35-44yrs) category bib for Penang Starwalk on 13 December 2009.
Reason, the organizer give free slot because my company sponsor a few motorbikes for lucky draw and yesterday they inform that i can not register under competitive category. Saying the closing date reached. Able to put me under non-competition.
..so I willing to pay double for any men or men junior veteran competitive bib those who can not make it on that day.
Please left a message below or ring/sms to my number 012-4287801
Haris
http://alharis.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
28 Disember, 2009
Lebih 140 Peserta Tempatan Mengesahkan Penyertaan Ironman Langkawi 2010
LANGKAWI, 28 Dis (Bernama) -- Lebih 140 peserta tempatan telah mengesahkan penyertaan setakat ini pada Kejohanan Ironman Langkawi 2010 yang akan berlangsung pada 27 Feb depan.
Pengarah kejohanan, A.Chandrakumanan berkata, peserta-peserta itu mewakili pelbagai pasukan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta peserta perseorangan.
"Penyertaan masih lagi diterima kerana tarikh tutup kejohanan edisi ke-11 ini ialah pada 16 Feb," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Isnin.
Katanya sehingga kini pihak penganjur telah menerima 600 penyertaan termasuk trialet dari 36 negara antaranya Afrika Selatan, New Zealand, Amerika Syarikat, Itali, Argentina, Belgium, Australia, Kanada dan negara-negara Asean.
"Kita mensasarkan 700 peserta akan menyertai kejohanan kali ini," katanya.
Ironman Langkawi mengandungi tiga disiplin iaitu berenang 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan larian sejauh 42 kilometer.
Kejohanan itu turut menjadi salah satu pusingan kelayakan ke kejohanan Ironman Dunia 2010 di Kona, Hawaii.
Sementara itu, seorang peserta tempatan, Che Mansor Khamis,48, dari Pasukan Gerakan Marin Langkawi bertekad untuk memperbaiki masa terbaik yang pernah dicatatkannya iaitu 12 jam pada tahun ini kepada 11 jam 30 minit pada edisi akan datang.
"Saya yakin boleh melakukan catatan itu," katanya yang telah mendaftarkan diri untuk bertanding dalam kategori umur 45 hingga 49 tahun.
Che Mansor pernah melayakan diri ke pusingan akhir kejohanan Ironman Dunia di Hawaii pada 2005, namun terpaksa mengenepikan peluang itu kerana ketiadaan penaja.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
dah aktif balik ler tahun depan.... |
|
|
|
|
|
|
|
huish menarik gak ni...tapi buat masa ni agak2 ada kelemauan sikit la.naik beskal last pon 8 thn lepas. lari last 4 tahn lepas.swim je le..itu pon dalam sebulan 1kali je..:p |
|
|
|
|
|
|
|
736 athletes for Langkawi Ironman
2010/02/15
LANGKAWI A total of 736 athletes from 41 countries have confirmed their participation at the Langkawi Ironman 2010 here on Feb 27, event director Datuk A. Chandrakumanan said.
Defending champions for both men and women categories respectively, Luke Mackenzie and Belinda Granger, both from Australia were among those who confirmed their participation, he said when contacted.
The athletes were from Germany, Japan, South Africa, New Zealand, the United States, Italy, Argentina, Belgium, Australia, Canada and Asean countries, he added.
He said the organiser also received participations from 225 local athletes including former national cyclists Mohd Hafiz Wong Abdullah.
The champhionship offers US$50,000(RM170,500) in cash and involves three disciplines namely swimming (3.8km), cycling (180km) and running (42.2km). -- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
ada sapa2 yang join Triathlon kat Tasik Kenyir dgn Kapas-Marang Swimathon tak? |
|
|
|
|
|
|
|
27 Februari, 2010
Marino Vanhoenacker Juara, Granger Cipta Gelaran Hatrik Ironman Langkawi 2010
LANGKAWI, 27 Feb (Bernama) -- Triatlet dari Belgium, Marino Vanhoenacker menjuarai edisi ke-11 kejohanan Ironman Langkawi 2010 dengan catatan masa 8 jam 22 minit 31 saat yang berlangsung di sini, Sabtu.
Catatan masa juara Ironman Austria dan Florida tahun lepas itu juga 4 minit 17 saat lebih pantas daripada masa yang dicatatkan oleh juara tahun lepas, Luke Mckenzie dari Australia yang mencatatkan 8:26:48.
Tempat kedua dimenangi peserta profesional Jepun, Hiroyuki Nishiuchi dengan catatan masa 8:50:52 dan ketiga Romain Guillaume dari Perancis (8:54:38).
Malang buat Mckenzie yang tidak dapat meneruskan saingan dan terpaksa menarik diri dari perlumbaan akibat keracunan makanan semasa mendahului peserta-peserta lain selepas berbasikal sejauh 120 kilometer.
Marino yang ditemui selepas mengungguli kejohanan itu berkata kemenangannya membuktikan beliau boleh bertanding di negara cuaca panas kerana sebelum ini dia dilabel hanya mampu bertanding di negara-negara eropah.
"Ini adalah penyertaan kedua saya di Ironman Langkawi selepas muncul naib juara pada 2003. Sebelum datang ke sini saya berlatih keras dan yakin dapat bersaing dengan Mckenzie da beberapa peserta handalan lain," katanya.
Bagi kategori wanita, juara bertahan Belinda Granger dari Australia mencipta keputusan hatrik untuk mengungguli ketegori itu buat tiga tahun berturut-turut.
Beliau mencatatkan masa 9:23:33 berbanding rekodnya tahun lepas, 9:21:10.
"Dalam acara renang lagi saya dicabar sengit beberapa pelumba profesional wanita sehingga tamat acara berbasikal sejauh 180 km. Apabila memasuki acara larian saya mulai yakin memenangi pelumbaan," kata Belinda.
Tempat kedua kategori itu dimenangi rakan senegaranya, Edith Niederfriniger(9:35:02) dan ketiga, Hillary Biscay dari Amerika Syarikat (10:10:59).
Sementara itu, Mohd Hafiz Wong yang bertanding dalam kategori amatur menjadi peserta Malaysia pertama tiba di garisan penamat dengan catatan masa 10:08:16.
Peserta perlu menamatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180 km dan berlari sejauh 42.2 km untuk layak bergelar Ironman.
Kejohanan ini menawarkan hadiah berjumlah US$50,000 (RM170,500), disertai 690 peserta dari 41 buah negara termasuk Malaysia.
Kejohanan turut dijadikan pentas pemilihan 35 atlit untuk bertanding di peringkat akhir Ironman dunia di Kona, Hawaii, Oktober ini.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
sukan ni mmg mencabar tahap kardio dan endurance |
|
|
|
|
|
|
|
Bro join Kapas Marang Swimathon Bulan 3 ni tak? Selalu Train kat pool mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
salman....
saya akan masuk duathlon kat putrajaya 4th and 5th march 2017 ni
masuk tak?
(ada duathlon dan triathlon) --
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak masuk.. Fokus kapas marang |
|
|
|
|
|
|
|
yang tu bulan berapa --
tu swim ke pulau kapas dari marang tu , kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya. dari Pualau Kapas ke marang.. Bulan 3 . |
|
|
|
|
|
|
|
silverman kat pangkor 12 August ni -- register ke salmanz?
then 25/26 August kat cyberjaya -- duathlon?
saya masuk yang 25 and 26 August ---
tapi silverman tak masuk -- clashed dgn climbathon mt stong -
how's the swim - pulau kapas - marang march hari tu ---?
timing okay ke ---?
|
|
|
|
|
|
|
|
Perdana Putrajaya 17 September.. Kapas Marang x join ada emergency case last minute.. huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
17 september -- kat putrajaya?
saya ada race kat Klang ---
ohhh tak pergi la ye yang kat marang tu ---
baru balik viper challenge last weekend --
suka ke viper or spartan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi semua..
Salam perkenalan..
Saya baru2 cebur dalam triathlon..
Antara tiga2 disiplin tu, renang masih lemah..
Ada tips ke baiki renang? |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah bacteria -
cebur dalam triathlon now...
kenal nama ni lama dah - dari forum 2007 dulu ada nama bacteria ni
anyway - kena training / practice selalu kat pool la rasanya
saya pun part swim yang lemah juga oh dan cycle pun..
all the best -
masuk tak triathlon kat desaru nanti 7th july ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Desaru tak masuk..
Dah register PD Tri 2019 dan Ironman 70.3 Langkawi 2019
|
|
|
|
|
|
|
| |
|