CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hitamputih

ANEKA LAUK MUDAH, RINGKAS & SEDAP

[Copy link]
Post time 13-9-2007 01:21 PM | Show all posts
nak share gak...

resepi malas, Sardin tanpa masak

Bahan bahannye: satu tin sardin, bawang besar, cili apa, limau nips, kicap kipas udang

Caranye:
buka satu tin sardin (yg ikan mackerel atau tuna)

asingkan ikan & sos nye

part ikan tu buang dulu isi perut dia ( kira siang kan ikan tu la)

perah sebiji limau nipis keatas ikan tu, balik balikkan ikan

potong dadu bawang besar, cili api

gaul sekali bawang, cili api, kicap udang dgn sos sardin tadi

pastu tuangkan sos ni atas ikan sardin

makan ngan nasik panas perghhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2007 02:26 PM | Show all posts
nk share resepi ciptaan kawan aku masa belajar dulu..ringkas dan sedap (pada tekak aku la..)

bahan2
timun
bawang besar
cili padi
tomato
limau nipis
ikan tenggiri masin jeruk (dlm botol berair)

cara:
goreng ikan tenggiri jeruk dan ketepikan.
potong dadu semua bahan kecuali limau nipis..
masukkan ikan tenggiri yg telah digoreng gaul sebati semua bahan dan last sekali perah asam limau..pehhh mau berpinggan2 aku makan nasik kalau ada menu ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by afnanhadi8206 at 8-8-2007 10:44 AM
ikan terubuk masin (sarawak) goreng...

Separuh Ikan terbuk masin.
Bawang besar hiris nipis
Sebiji limau nipis
2 biji cili padi

Goreng ikan masin dulu.. n masukkan bawang, cili padi n per ...


yup... sodap.. bru pekena terubuk goreng sahur td.. sodap...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 03:04 PM | Show all posts

my favorite dish.. simple n easy..

kiub apple + kiub kentang + macaroni + kismis + kiub peach + kiub nenas +mayonis...

yummy n mudah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 08:11 PM | Show all posts
yang paling best dan sedap ...

cili merah 2 bijik tumbuk sampai lumat ... masuk tempoyak 2 sudu ... gaul sampai rata ... sampai jadi warna merah jambu ... ulam petai rebus ... nasi paneh ... 2 periuk pun boleh settel
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 08:15 PM | Show all posts
makanan 2 hari raya(sebab dah jemu dng santan berbagai)

ikan tenggiri or parang ...
serai
lengkuas
cili
bawang putih & merah 1 biji je
asam keping
air asam jawa

masuk semua dlm periuk sampai mendidih ... makan dng nasi panas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2007 10:29 AM | Show all posts

Reply #146 duri_mawar's post

nie kalau kat kg kita panggil.. lauk singgang..

mmg best...

mkn ngan sambal belacan n timun... mmg terangkat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 01:13 PM | Show all posts
ayam goreng bodoh

-memula goreng ayam dgn kunyit + garam
-pastu bila ayam tu dah masak...asingkan
- gorengkan pulak
  i)bawang besar
  ii)cili padi(tumbuk) @ cili besar
  iii) bawang putih (hiris boleh tumbuk pun boleh-ikut kadar kemalasan)
  iv) halia
  v) garam sesedap rasa

-pastu masuk kan ayam tu ....

kalau malas tahap gaban leh arr masuk kan sayur mcm carrot atau cauliflower sekali....

makan dgn nasi sedap oo..tambah lak dgn kicap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2007 01:18 PM | Show all posts
mee sup sempoi *resepi arwah nenek

-bawang putih di tumbuk (sket2)
-kobis
-ayam
-cili merah di hiris
-mee
-garam
-air

-tumiskan bawah putih
-masuk kan cili merah
-masuk kan ayam
-tambah air sesuka hati
-masuk kan kobis
-masuk kan mee
-masuk kan garam

* pastu kalau nak masuk bahan2 lain tu hantam saja laa....

-mkn dgn sos cili mmg sedap....sesuai gak utk budak2 kecik
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 02:17 PM | Show all posts
KUETEOW KUNGFU/HONGKONG/KANTONIS

1. Kueteow ikut banyak mana nak makan
2. Telur 2 biji
3. Air setengah cawan
4. Tepung jagung 1 sudu kecik
5.Sayur-sayur fresh (carrot, bunga kobis, sawi, anak jagung (org tganupanggil ketiak jagung, maybe sebab ada bulu..heheheh), daun bawang,daun sup)
6. Sotong atau ayam atau udang
7. Bawang putih tumbuk sikit (titik)
8. Sos tiram
9. Garam

Cara-cara nak masak:
1. Letak 2 kuali atas api.
2. Ambik telur dan pecahkan. Kacau-kacau macam nak buat telur dadar.
3. Masukkan kueteow kat dalam telur tadi dan gaul sampai sebati.
4. Tuang adunan tu dalam kuali pertama yang kita dah panaskan dengan minyak sikit.
5. Goreng macam buat murtabak megi.
6. Kuali no.2 tu kita tumis bawang putih yang dititik.
7. Air setengah cawan tu, campur dengan tepung jagung dan kacau sampai larut semua, tuang dalam kuali.
8. Masuk sotong, atau ayam atau udang ke dalam kuah tu, bagi masak, letak garam sikit, letak sos tiram sikit.
9. Bila dah masak lauk tu, masuk sayur-sayur tu dan jangan sampai masak sangat la.
10. Kueteow yang kita goreng tadi, lepas dah masak tu kita letak dalam pinggan yang cantik.
11. Tuang kuah yang dalam kuali kedua, tabur sayur2 kat atas dia.
12. Hias bagi cantik baru rasa sedap nak makan.

MURTABAK MEGI (sorang makan)

1 bungkus megi (MAGGI kari sedap, kalo MAMEE terlebih masin nanti)
2 biji telur ayam
1 biji bawang hiris nipis

Cara-cara nak masak:

1. Ambik perencah maggi kari tu, masuk dalam mangkuk. pecahkan 2 biji telur tu dan kacau sampai sebati.
2. Megi tu rebus dan toskan.
3. masuk bawang dalam campuran telur tu.
4. panas kan minyak sikit dalam kuali. dalam 2 sudu besar minyak, nak pakai butter lagi sedap.
5. campur mee dalam telur, kacau sampai sebati
6. tuang dalam kuali tadi, tutup dengan tudung periuk bagi masak. api yang kecik je tau
7. agak2 dah garing belah bawah tu, alihkan.
8. dah garing dan masak, angkat dan hidang. boleh cicah dengan sos, tapi saya suka dengan cili padi campur kicap.

TEMPE CAMPUR-CAMPUR (2 orang makan)
sebenarnye tak tau jugak nama apa masakan ni, heheh...

tempe potong nipis2
suphun (tanghun, su-un) segenggam
ikan bilis segenggam
cili kering 3 batang hiris nipis2
secubit asam jawa
kicap manis

1. amik kuali, panaskan minyak banyak jugak dalam secawan
2. goreng tempe, dan angkat, letak dalam bekas
3. suphun pon goreng, pah dah dia nampak garing, jangan sampai hangit angkat letak dalam pinggan asing
4. goreng ikan bilis jugak cam tadi, pahtu asingkan
5. dah siap goreng2 semua, minyak tadi buang sikit sampai tinggal setengah
6. masuk semua bahan dalam (termasuk cili kering) kuali balik, tuang air asam jawa, dan kicap banyak2 sampai hitam
7. nampak cam semua bahan dah kena kicap, boleh angkat dan hidang. makan dengan nasi.

good luck!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 02:28 PM | Show all posts
Letak lagik sekalik.


Ayam goreng cili

1 ekor ayam dipotong 12
3 biji bawang besar (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
8 tangkai cili merah (dipotong halus)
Sekeping asam keping
2 biji kentang (dipotong bentuk wedges nipis dan digoreng terlebih dahulu)
Tepung goreng ayam
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara membuat:

Goreng ayam dengan tepung goreng ayam terlebih dahulu kemudian toskan. Panaskan minyak untuk menumis ke semua bawang & cili merah tadi. Pastikan minyak untuk menumis tidak berlebihan. Goreng bahan-bahan tadi dengan kadar api yang sederhana sehingga separuh garing. Masukkan asam keping. Masukkan garam dan kacau sehingga agak garing. Masukkan ayam tadi serta kentang goreng. Kacau rata kemudian angkat dan sedia untuk dihidang.


Ni la hasilnya.

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 02:30 PM | Show all posts
Ayam goreng cili

1 ekor ayam dipotong 12
3 biji bawang besar (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
8 tangkai cili merah (dipotong halus)
Sekeping asam keping
2 biji kentang (dipotong bentuk wedges nipis dan digoreng terlebih dahulu)
Tepung goreng ayam
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara membuat:

Goreng ayam dengan tepung goreng ayam terlebih dahulu kemudian toskan. Panaskan minyak untuk menumis ke semua bawang & cili merah tadi. Pastikan minyak untuk menumis tidak berlebihan. Goreng bahan-bahan tadi dengan kadar api yang sederhana sehingga separuh garing. Masukkan asam keping. Masukkan garam dan kacau sehingga agak garing. Masukkan ayam tadi serta kentang goreng. Kacau rata kemudian angkat dan sedia untuk dihidang.


Ni la hasilnya.


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 10:18 AM | Show all posts
ikan bilis goreng tempoyak cilipadi

ikan bilis segenggam
cilipadi setengah genggam
bawang merah 4 ulas
tempoyak 2-3 sudu

bawang merah ditumbuk kasar (jangan halus) just pecah-pecahkan da kasar-kasar, tumiskan, bila bwg dah wangi (jangan lama sangat), masukkan ikan bilis, bila ikan bilis dah masak, masukkan cili padi.
masukkan tempoyak, biar sampay tempoyak masak

sedapnya!!! ideal untuk berrsahur!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 11:57 AM | Show all posts

Lauk simple utk hubby..

paling simple.. nie hubby nyer lauk time dier bujang2 dulu.. nak kawin cepat punya pasal.. sanggup ikat perut mkn lauk telur jer.. tp sampai la nie.. klo kita x sempat nak masak hubby suh buat cenggitu..

Bhn2..

2 biji telur...
1 biji bawang besar.. dihiris
1 biji lada merah... dihiris
6 biji cili api hijau.. dihiris
secubit belacan
Kicap masin dan kicap manis

Cara2..
Goreng telur.. mata kerbau.. letak dlm piring...
tumiskan bawang besar.. lada merah.. cili api.. dan belacan.. bila dah layu sikit angkat dan letak di atas telur td.. then renjiskan dgn sedikit kicap masin dan manis..

ok siap di hidang dgn nasi panas dan ulam kacang botol.. nyum..nyum..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 01:01 PM | Show all posts
Ikan cencaru belah belakang kemudian sumbatkan dengan sambal
kelapa dan goreng...

Pastu makan ngan nasi panas berulamkan kacang botol/kacang panjang mentah...

perghh... sedap tak payah lauk lain dah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 01:08 PM | Show all posts
Ikan cencaru belah belakang kemudian sumbatkan dengan sambal
kelapa dan goreng...

Pastu makan ngan nasi panas berulamkan kacang botol/kacang panjang mentah...

perghh... sedap tak payah lauk lain dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by narcolepsy at 16-9-2007 02:30 PM
Ayam goreng cili

1 ekor ayam dipotong 12
3 biji bawang besar (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
8 tangkai cili merah (dipotong halus)
Sekeping asam keping
2 biji kent ...



wow ... nampak sedap, boleh cuba utk bersahur
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 17-8-2007 06:37 PM
gaul pisang masak ranum dgn tepung, gula n garam sket..jemput jemput pastu campak campak dalam kuali..
pastu dia jadik gemuk...pastu angkat..pastu taruk dlm pinggan

amik teko..campak serbuk k ...


kak ninozzzzz
mana dpt kopi 434 tuuu?
kita pon sentiasa ada stok kopi 434 tuu sedapkan ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 04:32 PM | Show all posts
ikan kering/masin tenggiri goreng,
mayang bawang, lada..goreng
pehtu campur kat ikan tadi..then perah air limau nipis
makan ngan nasi panas....

[ Last edited by  NurHanim at 20-9-2007 04:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 07:05 PM | Show all posts
hari tu lamp nak buat tauhu sumbat...tapi anak-anak tak berapa makan...jadi lamp buat macam ni. lamp namakan dia...

tauhu goreng berkuah lada bersama tauge...


3 keping tauhu-goreng potong 6
30 sen tauge-celur
2 batang cili merah+seulas bawang putih dikisar halus
   +sedikit air asam jawa
   +garam dan gula secukup rasa-masak sampai mendidih
     pastu letak tauhu+tauge dalam pinggan dan curahkan kuah lada
     tu...dah siap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066901 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list