|
Sorry sebab ada tersangkut sket. Tunggu kejap...tengah menyiapkan kertas kerja, almost perfect (almost). Sekarang ada bz sket, kalau takda aral, aku sambung esok-esok (bukan besok tau). Capish! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kemboja at 13-11-2007 10:00 PM
...mmm...neighbour aku ada ternak kambing boer. dia dpt subsidi gomen. tapi kan dia kata tak berapa untung pasal kambing nih tulang jer besar tapi isi kurang. now dia lebih focus ngan kambing bia ...
silap tu kambing boer lebih daging..yang tulang jer besar isi kurang adalah jamnapari...sepengalaman saya lah yang menternak nie....satu dunia nie iktiraf yang kabing boer adalah kambing pedaging yang paling baik?..so lebih baik u check balik statement u tu..
sedangakan ramai yang gunakan pejantan boer yang macho untuk dimatingkan dengan baka yang lain..kerana memerlukan genetik boer yang dagingnya berisi..supaya boleh diwarisi kepada hasil kambing kacuk tadi...
dan lagi satu bukan pasal risk..tetapi maaf cakap 99% kegagalan penternak dalam bidang ini adalah kerana kurang pengetahuan dan pengalama..masih fikir ternak kambing macam zaman tuk ayah nenek kita dulu...bukan salah kambing kalau tak menguntungkan....kalau tak untung kami tak buat biz nie ...hehehehe
[ Last edited by tamingSari at 20-11-2007 09:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Khas untuk encik kemboja,
tentang kambing boer tulang besar kambing sikiit.
Diakui, boer memang mempunyai tulang yang besar. Kalau ikut pengkajian, boer dah disahkan mempunyai kadar daging yang tinggi berbanding tulang. So, kalau pengalaman pakcik kata daging sikit, maknanya kambing tu kurus. Tak gemuk mengikut unjuran kenaikan umur. Boer normal (purebred or fullblood) akan mencecah berat 50kg dgn senang dlm masa 8 bulan.
Cuba cek balik dgn pakcik. Saya rasa ada masalah dalam pengurusan teknikal penternakan. Kemungkinan besar makanan yang diberi kurang khasiat yang diperlukan macam fosforus dan protin. Saya andaikan saja, cuba cek la.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Khas untuk encik kemboja,
tentang kambing boer tulang besar kambing sikiit.
Diakui, boer memang mempunyai tulang yang besar. Kalau ikut pengkajian, boer dah disahkan mempunyai kadar daging yang tinggi berbanding tulang. So, kalau pengalaman pakcik kata daging sikit, maknanya kambing tu kurus. Tak gemuk mengikut unjuran kenaikan umur. Boer normal (purebred or fullblood) akan mencecah berat 50kg dgn senang dlm masa 8 bulan.
Cuba cek balik dgn pakcik. Saya rasa ada masalah dalam pengurusan teknikal penternakan. Kemungkinan besar makanan yang diberi kurang khasiat yang diperlukan macam fosforus dan protin. Saya andaikan saja, cuba cek la.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Khas untuk encik kemboja,
tentang kambing boer tulang besar kambing sikiit.
Diakui, boer memang mempunyai tulang yang besar. Kalau ikut pengkajian, boer dah disahkan mempunyai kadar daging yang tinggi berbanding tulang. So, kalau pengalaman pakcik kata daging sikit, maknanya kambing tu kurus. Tak gemuk mengikut unjuran kenaikan umur. Boer normal (purebred or fullblood) akan mencecah berat 50kg dgn senang dlm masa 8 bulan.
Cuba cek balik dgn pakcik. Saya rasa ada masalah dalam pengurusan teknikal penternakan. Kemungkinan besar makanan yang diberi kurang khasiat yang diperlukan macam fosforus dan protin. Saya andaikan saja, cuba cek la.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tidak menyambung sesi pembelajaran dan pengetahuan. Ada bz sikit (banyak sebenarnya) hujung tahun ni sampai order korban pun tak sempat dan ambik.
Insyaalah kalau takda aral, kita sambung di lain rancangan.
Tapi kat sini aku tunjuk beberapa soklan yang diPMkan kat aku lately yang mana aku rasa sesuai untuk dikongsi bersama cuma nama pengirim aku rahsiakan untuk keselamatan dalam negeri. Sila scroll down
Jawapan ada kat bawah, sila scrolll
1. Harga f5= 1300, bole saya tahu berapa harga import, kos pegangkutan, tax dan sebagainya serta jumlah keuntungan /ekor?
Kos adalah rahsia kerana ada teknik-teknik tertentu untuk membawa kambing masuk. Seandainya saya dedahkan disini, trip saya ke australia mencari ilmu import yang memakan belanja RM60k (2 kali pergi) tidak ada return. Maaf.
Tapi kasi hint sikit. Harga kambing Fullblood (bukan fullbred, purebred adalah) dalam linkungan AUD300 tak kurang. Ada yang menjangkau puluhan ribu dollar.
Kos pengangkutan sangat tinggi. Kalau nak bawak masuk,kalau boleh volume biar tinggi. Kalau rendah (let say 100 heads) caj lebih kurang AUD150/head. Kena ada ejen yang menguruskan di sana (Australia) dan di sini (KLIA)
Tax ciput je. Mostly kita bayar permit masuk je, dalam lingkungan RM3/RM5 sekor. Tax rasanya macam free je
Keuntungan dalam 20 - 40%. Depends on volume and type of goat yang di bawa masuk (import)
Kos-kos lain termasuk belanja makan pekerja, lori nak hantar, tol, minyak dll
Harap sedikit-sebanyak dapat membantu dalam buat costing
2. Yang dijual di hotel-hotel tu gred apa?
Yang dijual di hotel kebiasaan tak bergred maksudnya tidak diklasifikasikan dengan gred. Grading hanya untuk kambing baka. Kalau nak sembelih tu dari kecik dah tak digredkan. Kebiasaan adalah purebred.
3. Kalau saya buat kotrak farming dengan anda untuk gred f5, kemudian mating dengan fullbred lepas tu membiak. Anak-anak hasil kacukan f5-fullbred tadi boleh slaughter ke? Boleh hantar hotel ke? Harga pula macam mana? Ada ke orang nak beli daging gred f5 berbanding gred f1 yang 'slaugtered'?
Anak-anak jantan memang untuk dijadikan daging. Betina je kita simpan. Kebiasaan hotel ambik yang dah siap proses dalam lingkungan RM33 - RM38 sekilo. RM60 pun ada. Jangan tak caya. Cuba cek kat boer junction. Berapa dia jual (kena buat survey sikit la). Pembeli memang ada. maslalah dia ada cukup stok tak nak supply. Katakan nak hantar ke hotel. Hotel tak nak la kalau ada baru hantar. Diaorang nak constant supply. So, hotel2 hanya mencarik breeder yang lengkap sahaja. Kalau breeder kecik2 ni dia tak nak sebab takut supply terputus. Diaorang ada reputasi untuk dijaga. Nanti jadi cam biskut, kejap ada kejap takde.
4. Satu lagi kalau ada kematian, bagaimana?
Kematian adalah perkara normal. Kebiasaan kematian tidak melebihi 5%. kalau lebih, confirm ladang atau pengurusan ada masalah. That's why, technical knowledge and experience sangat penting dalam hal ni. Dalam perkiraan kos, kematian kena diambil kira.
5. contract itself (agreement cemana, tempoh n etc)
Kontrak yang kami amalkan adalah dimana you buy tapi di uruskan, dipelihara, dibelai di kandang2 yg telah kami tetapkan dengan bayaran RM35 sekor sebulan (dulu 25 tapi harga makanan dah naik giler babi; dulu RM33 sekarang RM38 per bag)
Katakan you buy 10 ekor FB does so sebulan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM350.00.
6. kambing (modal, bilangan, penjagaan n etc)
Tiada jumlah minimum yang dihadkan tapi maximum adalah. Max 40 ekor sebab kalau dah banyak, lebih baik buat kandang sendiri tapi diuruskan oleh kami yang boleh bertindak sebagai konsultan atau rakan kongsi.
Modal adalah pembelian kambing. Kalau 10 ekor fB katakan sekor har 2100. Maknanya modal RM21,000.00 campur trasport nak hantar dari KLIA ke kandang2 yang telah ditetapkan.
Penjagaan, makanan dan ubat-ubatan yang biasa akan telah dimasukkan kedalam duit maintenance tadi yakni RM35 sekor sebulan. Melainkan kalau ada hal-hal yang istimewa seperti kambing beranak, RM50 sekor sekali beranak. Kambing perlukan pembedahan di tempat-tempat khas seperti di UPM. Ini akan ditanggung oleh owner. Anak kambing tidak akan dikenakan bayaran maintenance sehingga berumur 3 bulan.
7. dual benefit (tuan kandang dan peserta)
Faedah yang boleh didapati oleh peserta
- menimba ilmu secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ini kerana peserta boleh belajar teknik2 penjagaan dan pengurusan semasa kambing dikontrakkan. Kalau nak pergi khursus, masa dan kos diperlukan.
- dapat menenangkan fikiran dari beban2 pengurusan kandang sementara masih baru didalam bidang ini kerana pekerja, pengubatan dan lain-lain hal operasi tidak ditanggung oleh peserta. Tuan kandang yang akan tanggung semua. Lagipun, kebanyakkan peserta adalah mereka2 yang masih bekerja (part time). Demi untuk melengkapkan diri sebelum terjun sepenunya di dalam bidang ini, baik mempelajari atau menimba ilmu pengurusan terlebih dahulu dari mereka2 yang berpengalaman
- permulaan kos yang rendah dimana kandang tak payah buat. Satu kandang akan menelan belanjan RM25k at least. Dicampur dengan nak beli kambing lagi, masak ooo...Belum lagi bayaran-bayaran lain seperti sewa tanah (kalau ada), deposit api/air (memang ada).
- Kos operasi juga rendah dimana pekerja tak payah bayar. Sorang pekerja at least kena bayar secikai2nya RM500. (Aku bayar RM800 tak kurang. Lebih ada la). Api air pun nak bayar jugak. Makanan nak kena beli. Ubat pun kena beli jugak. Kurang2 belanja operasi untuk 20 ekor dalam 3k lebih sebulan. Kalau kontrak baru RM700 sebulan.
- anak menjadi hak milik peserta. Owner tak ambik
- lain-lain yang tak dapat aku fikirkan (you cuba lah fikirkan lagi)
Faedah kepada tuan kandang
- kandang jadi meriah sebab kambing banyak ooo...
- kos operasi jadi rendah sebab sebahagian diabsorb oleh peserta
- ramai datang melawat (kebiasaannya peserta la)
- owner ada stok untuk jualan daging yang banyak yang kebanyakannya akan dibeli terus dari peserta
- lain-lain yang aku tak dapat fikirkan
8. apa2 yg relevan lah...
- kontrak boleh dibuat secara bertulis atau tidak bertulis. Suka la sebab ni kira cam nak menolong sesama sendiri. Tuan tolong you, you tolong tuan kandang. Suka sama suka
- boleh belajar selok-belok pengurusan kambing dan cuba memperbaiki kearah yang lebih baik. Bila nak start sendirik nanti, boleh lawan tokey
Kalau soklan lagi sila PM ke or email or sampaikan je kat thread ni. :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
boer breeding...apa sebenarnyap; the next
Salam all,
Kita sambung masalah teknikal didalam pemakanan kambing
Masalah paling besar didalam pembiakan kambing adalah makanan. Antara masalah2 yg ada macam;
1. Harga => kos operasi
2. Jenis
3. Kawalan
Bila sebut tentang harga, berpeluh ketiak. Mana taknya, harga makanan dedak untuk kambing ni macam unjuran fizikal dia jugak. Tak pernahnya turun. Manjang naik aje. Contohnya soya hull. Zaman mula2 aku bergiat dulu, soya hull dapat la dalam RM25/guni (50kg). Cuba tanya kedai berapa harga sikalang, tatak kulang RM35 wooo... Kalau FFM plak, tahun ni aku beli mula2 dulu RM33. Sikalang aaa sudah dekat2 RM40 wooo...aiyak..ini macam aaa tokey balak pun boleh banklap.
Tokey2 pembuat makanan ni suka2 mak-bapak dia je nak naikkan. Aku rasa sebab2 kenaikan adalah kerana faktor harga raw material macam soya mentah dan lain2 yg diimport turut naik. Juga disebabkan masalah iklim global yg semakin panas menyebabkan bekalan makanan seluruh dunia semaikin kurang. Contohnya Australia. Masa musim kemarau hari tu, australia banyak mengimport dedak dari malaysia. Setelah tokey ah cong (kilang dedak) membuat kira-kira, lagi untung jual kat australia dari jual kat malaysia disebabkan currency exchange. Jadi, ah cong telah mengeksport dedak ke sana dan menyebabkan bekalan di dalam negara mengalami shortage. Disebabkan permintaan tinggi untuk dedak ini maka ah cong dengan suka hati mak bapak tiri sebelah jiran dia menaikkan harga iaitu RM1 sebulan seguni. Begitulah kira2 rentetan peristiwa kenaikan harga makanan dedak.
Harga ini tidak dapat dikawal oleh penternak macam kita. So apa yang patut kita buat ialah cuba beri makan berasaskan daun sebanyak mungkin dan kurangkan dedak. Tapi bila bagi banyak daun masalah lain pula timbul iaitu Jenis daun apa nak diberi.
Negara kita ni banyak daun yang terbuang contohnya rumput gajah dan kelapa sawit. Jadi gunakan sumber ini sebaik mungkin. Macam di Ijok, aku menggunakan daun kelapa sawit sebagai makanan utama. Tidak ada rumput yang diberi kerana tidak terdapat pembekal rumput dikawasan Ijok dan juga tanah untuk tanam rumput gajah ini amat terhad.
Tapi daun kelapa sawit sahaja tidak cukup untuk menampung khasiat tumbesaran kambing. begitu juga dengan rumput gajah (napier Malaysia). Jadi kambing2 kena disulam dengan dedak untuk menampung khasiat yang sepatutnya diperolehi oleh kambing. Ada jugak alternatif2 lain seperti daun jagung. ubi dan macam2 lagi yang sesuai. Yang penting ialah setiap daun2 atau dedak atau juga makanan2 lain yang diberi kepada kambing hendaklah diketahui khasiat atau kandungan nutrition didalamnya. Untuk itu, penternak2 boleh mendapatkan maklumat2 tersebut didalam web atau merujuk kepada pakar. Jangan guna makanan dari australia kerana ianya amat susah untuk didapati disini dan boleh menyebabkan kos operasi meningkat. apa yang cuba kita lakukan didalam bidang ini ialah menjimatkan sebanyak kos yang mungkin tanpa memudaratkan ternakan.
Hendaklah juga aku katakan bahawa apa yg aku terangkan diatas kebanyakannya apply kepada bidang pembiakan. Ini amat berbeza dgn penggemukan atau kambing yang hendak disembelih (kambing daging). Untuk kambing2 daging ni, bagilah makanan sebanyak yang mungkin yang termurah. Maknanya kalau kita nak bagi daun kelapa sawit, bagilah tanpa henti sampai dia muntah pun takpa. jangan kembung udah. hampas soya pun boleh. PKM pun boleh. Bantailah apa pun janji dia boleh gemuk gedempol. lagi gemuk lagi untung. Andai kata kambing yang diprojekkan untuk daging itu masih kecil, pastikan makanan2 yang diberi tidak menyebabkan kembung. rugi kalau mati sebab kembung. So, pandai2 la balance kan antara makan dan tumbesaran.
Mengawal makanan juga amat penting didalam bidang pembiakan. Ingat, untuk pembiakan, kita nak kambing yang fit (bukan mat fit), macho, tough, katang dsbgnya. Jangan kasik makan macam kita kasik kambing daging makan. Kita bukan nak kambing gemuk tapi nak yang sihat walafiat untuk masa depan pembiakan. Jadi pengawalan makanan amat penting didalam bidang pembiakan.
So, okay pasal teknik meknik pemakanan ni. Dapatkan rujukan tentang khasiat makanan yang bakal atau sedang diberikan kepada kambing2 untuk memastikan keseimbangan nutrition. Rujuk kepada pakar atau carik sumber2 makanan tersebut. Kos terbesar didalam operasi penternakan adalah makanan, jadi, kalau kita dapat mengurangkan kos makanan tanpa memudaratkan pembiakan, itu adalah yang terbaik antara yang terbaik.
Wassalam.
===> sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
bro,saya betol2 berminat nak menjalankan aktiviti penternakan kambing.
kebetulan pula rumah gf saya dkt sekitar ijok.
saya pula berada di klang.
sekiranya saya bertemu jodoh hingga kejinjang pelamin
dgn gf saya,
pasti lebih mudah saya utk menjalankan kan aktiviti penternakan kambing
di sekitar ijok. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #148 stfunewbiez's post
aku mendoakan agar mahligai bahagia terbina jua hendaknya kat ijok. ada geng kat sana nanti. Rule no 1, pandai cakap jawa tak? baik belajar cepat sebab mostly kat ijok ni cakap jawa. kalau gf kau asal sinun, konpom orang jawa. Sekian siji rolo tolo papat limo nonam pitu lowu songo supoloh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by boersakti at 9-12-2007 08:56 PM
aku mendoakan agar mahligai bahagia terbina jua hendaknya kat ijok. ada geng kat sana nanti. Rule no 1, pandai cakap jawa tak? baik belajar cepat sebab mostly kat ijok ni cakap jawa. kalau gf kau ...
a ah,memang family dia keturunan JAWA.
nenek sebelah mak dia asal sana,
so memang leh cakap jawa la.
bapak dia lak keturunan minang dari bangi.
yang saya lak keturunan minnag dari seberang.
cuma parent saya dah lama menetap dkt sini.
bro kenal tak pakcik ma'mor?
[ Last edited by stfunewbiez at 10-12-2007 01:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #150 stfunewbiez's post
fyi, aku bukan orang jawa and bukan jugak orang ijok. So, bila kau tanya pakcik ma'mor...sumpah tak kenal. Kat sana aku kenal sorang je. Wak Bahari. Sebab kandang aku kat belakang rumah dia. Bila kau pergi ijok, cuba carik kg bukit badong, jalan haji karjan. Pastu kau tanya orang kat mana rumah wak bahari. Ha...kandang aku kat belakang rumah dia la...
Jemput la datang |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana kita nak set up akaun bisnes kambing ni...? |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak beli anak kambing buat pet.... sesape boleh supply, tolong PM aku ok... aku kat bangi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by polis_kata_jgn at 12-12-2007 12:40 PM
aku nak beli anak kambing buat pet.... sesape boleh supply, tolong PM aku ok... aku kat bangi
ish bukan ker kat area ILIM tuh ada ternak kambing ... nape x tanya kat situ jer..
but seriously, betul ker nk wat pet? sian kambing tuh tak puas lagi bermanja ngan mummy dia .. |
|
|
|
|
|
|
|
pet...?? x busyukk ke...??? |
|
|
|
|
|
|
|
Lupa lak nak beritahu....kini kami menyediakan perkhidmatan katering dengan menu nasi beriyani kambing boer special...boleh dapatkan di Q-Briyani di Tok Yem Food Court, Damansara damai.....TQ |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak gak la blajar2 pasal kambing nie...kursus bila? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerocredit at 22-1-2008 09:05 PM
aku nak gak la blajar2 pasal kambing nie...kursus bila?
kalau berminat pi kat http://albarakah.com.my dia orang pengendali kursus penternakan kambing bersama jph n9 & bank pertanian..kat site tu carik nama abang din call dia cakap bob jutawantani recommend...insyallah dia bagi prioriti..kerana kursus bulan 2,3 hampir penuh..bayaran hanya rm20 sahaja (kursus nie subsidi JPH) kalau direct pergi bukan bawah dia orang caj rm1500. kursus 3-4 hari. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|