|
BINCANG MENGENAI SEMUA PERIHAL KOPERASI [merged wif tok^dalang]
[Copy link]
|
|
FAMA Diminta Tubuh Koperasi Pasar Tani
MELAKA 18 April - Kerajaan negeri meminta kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri untuk menubuhkan Koperasi Pasar Tani bagi membantu golongan petani di negeri itu menjalankan perniagaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, dengan adanya koperasi tersebut ia dapat membantu golongan itu membuat pinjaman sebagai modal berniaga dan mengembangkan saiz perniagaan.
Sehubungan itu, katanya, FAMA negeri diminta menjalankan kajian segera berhubung cadangan tersebut bagi menentukan kesesuaian dan faedah yang diterima oleh golongan petani apabila ia dilaksanakan kelak.
Cadangan''Saya amat berharap agar cadangan ini dapat pertimbangan sewajarnya memandangkan golongan terbabit tidak mempunyai tempat bergantung dan mengadu hal sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan.
''Ada di kalangan petani ini terutama mereka yang menghadapi masalah kewangan terpaksa meminjam wang daripada Ah Long kerana sudah terdesak," katanya di sini hari ini.
Dengan penubuhan koperasi itu kelak, katanya, ia diharap dapat membantu golongan berkenaan membuat pinjaman dan pada masa yang sama, petani tidak pula dibebani dengan syarat yang ketat.
Ini kerana, katanya, koperasi tersebut diwujudkan ialah untuk membantu melancarkan perniagaan yang diusahakan oleh petani dan mereka yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka.
''Pada saya, koperasi ini wajar ditubuhkan segera dengan menamakan semua peserta pasar tani di negeri ini sebagai ahli kerana ia boleh memberi banyak manfaat bukan saja kepada peniaga malah kepada pihak FAMA sendiri.
''Saya yakin jika ini dapat dilaksanakan, nasib peniaga akan terbela dan mereka mampu meningkatkan ekonomi diri serta keluarga," katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, setakat akhir bulan lalu, pasar tani termasuk Pasar Tani Mega anjuran FAMA mempunyai keahlian seramai 167 orang dengan peniaga Melayu seramai 159 orang, Cina (enam) dan India (dua).
Sementara itu, pada perkembangan berasingan, Mohamad Hidhir berkata, jualan pasar tani di negeri ini sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini mencatatkan hasil keseluruhan sebanyak RM1 juta.
Jumlah itu, katanya, terbahagi pada beberapa bahagian antaranya pasar tani Alor Gajah, jumlah hasil jualan ialah RM339,050, diikuti Merlimau (Ahad) (RM146,251), Masjid Tanah (RM143,157), Merlimau (Selasa) (RM94,365), Jasin (RM89,467), Ayer Molek (RM42,845.50); Simpang Bekoh (RM32,333.85), Sungai Rambai (RM23,224), Umbai (RM11,188) dan Taman Desa Molek (RM8,073).
''Bagi meningkatkan lagi hasil jualan peniaga, mereka akan diberi kursus secara berperingkat-peringkat sepanjang bulan ini dan terlibat mengikuti lawatan ke beberapa pusat perniagaan di beberapa negeri pada Mei depan.
''Selain itu, kerajaan negeri melalui FAMA juga akan menyediakan anugerah khas kategori peserta Pasar Tani Berdaya Maju dan Pasar Tani Cemerlang peringkat negeri yang dijangka diadakan Jun depan," kata beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian - 3 Julai 2008
Kementerian Siasat 12 Kes Penyelewengan Koperasi
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedang menyiasat 12 kes penyelewengan koperasi di seluruh negara dan daripada jumlah itu lapan disyaki terbabit dalam salah guna dana dan lima lagi dalam pembabitan skim cepat kaya.
Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata sabit kesalahan, lembaga pengarah koperasi terbabit boleh dikenakan pelbagai tindakan, termasuk digantung dan dipecat, serta dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan mengikut Akta Pecah Amanah. Beliau berkata, tahun lalu empat buah koperasi dikenakan tindakan kerana penyalahgunaan dana koperasi, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah dana yang terbabit dalam kes berkenaan.
揃ilangan koperasi yang terbabit dalam penyelewengan dan penyalahgunaan agak kecil berbanding keseluruhan bilangan koperasi sebanyak 5,170 di negara ini. Namun kami memandang berat setiap kesan yang berlaku dan memastikan setiap kes didedahkan supaya aktiviti tidak sihat ini tidak merebak kepada koperasi lain dan tidak mencalar imej koperasi keseluruhan, |
|
|
|
|
|
|
|
KENYATAAN AKHBAR
1. Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan 憇kim cepat kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Koperasi Negara 2008 akan diadakan
pada 19 Julai 2008 hingga 20 Julai 2008
bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
TEMA HARI KOPERASI NEGARA
Tema sambutan HKN 2008 adalah 揔operasi Berdikari, Kukuh & Progresif |
|
|
|
|
|
|
|
kES KOPERASI PENGAMBIL DEPOSIT TAHUN 1987
Jilid 1 Hari Isnin Bil, 60 6hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BALI PERTANYAAN-PERTANYAAN
KOPERASI PENGAMBIL DEPOSIT-TINDAKAN 41. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) mengapa daripada pengarahpengarah 13 buah Koperasi=koperasi Pengambil Deposit (KPD) yang disebutkan dalam Laporan Putih melakukan perbuatan-perbuatan jenayah menipu dan percanggahan kepentingan setakat ini hanya pengarah-pengarah dari 7 buah KPD didakwa dan bawa ke depan mahkamah; dan (b) mengapa setakat ini tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap laporan-laporan polis berikut mengenai penyelewengan wang Koperasi Kosmopolitan Bhd. oleh pengarah-pengarah yang terdiri daripada Yang Berhormat dari Lembah Pantai oleh pendepositor-pendepositor. Koperasi Kosmopolitan yakin Laporan Polis No. 6111/87 S/D 1799 pada 5-4-1987, Laporan Polis No. 1712/87 pada 12-4-1987 dan Laporan Polis No. pada 19-4-1987 semuanya di Balai Polis Jalan Bandar , Kuala Lumpur. Tuan Loke Yuen Yow: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sungguhpun setakat ini hanya pengarah-pengarah dari 7 KPD sahaja yang didakwa di mahkamah, ini tidaklah bermakna bahawa mereka yang melakukan berbagai kesalahan di KPD yang lain, tidak akan didakwa sama sekali. Ahli Yang Berhormat tentu sedar bahawa sebelum seseorang itu disabitkan apa-apa kesalahan, penyiasatan rapi bagi membuktikan kesalahan yang dilakukan , perlulah dibuat terlebih dahulu . Ini sudah tentu akan mengambil sedikit masa. Saya ingin memberi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat , bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pengurusan tidak jujur, penyelewengan atau pecahan amanah, dalam KPD. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa nak tau pasal koperasi?...mai sini
Asalamualaikum semua...korang mesti pernah dengar pasal koperasi kan?? aku nak tanya..sapa2 yang ada terlibat sepenuhnya dengan koperasi tapi tak tau apa yang dia boleh dapat dari koperasi yang dia masuk tu dan dia pun tak tau hak sebenar sebagai Anggota...lagi satu...dia tak tau nak guna platform koperasi tu...kemudian...dia lagi tak tau apa itu koperasi...jom kita sembang2... untuk kongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada....
[ Last edited by tok^dalang at 3-12-2008 01:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tok^dalang's post
kalau koperasi sekolah tahu la
sebenarnya meha tak berapa faham ttg post tok dalang |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun tau koperasi sekolah je. ngan taman koperasi polis kat gombak nun.
explain sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
macam ni...
cmni le...
1. ada yang masuk koperasi...tak tau apa yang dia boleh dapat dari koperasi tu selain dari duit je
2. ada yang tak tau dah jadi ahi koperasi...lepas tu...tak dapat untung
3. ada yang dah masuk kop tapi...tak tau nak guna kop tu sebaiknya utk dapatkan permit/lesen/ap dan apa saja le
4. ada yang nak berkop...tapi tak tau pebendepun pasal kop...haaaa
tu yang nak kita sembang2 ni...ok meha??
[ Last edited by tok^dalang at 3-12-2008 02:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
asasnya
koperasi ni perniagaan bersama-sama...prinsipnya adalah SOSIO-EKONOMI :
SOSIO : adalah pembangunan anggota dari sudut yang bukan dasarnya kewangan ( cth: bantu yang susah )
EKONOMI : semestinya dari sudut penambahan kewangan...duit le..
konsepnye adalah berniaga bersama-sama untuk 2 matlamat tu la...bergerak dalam satu pasukan...jadi..10 hingit kongsi ramai2...1,000,000.00 kongsi ramai2 gak la...
yang pentingnya...RISIKO pun kongsi ramai2 gak la...yang tu yang peting sangat..sebab dalam peniaga Melayutakde prinsip ( kurang ) yang nak berkongsi sama-sama...contohnya...dia la yang tanam ubi...dia la yang buat kerepek ubi...dia le yang jual sendiri...akhirnya...TERKANGKANG...sebab mana bleh nak buat semua...
camtu le adanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
camana nak daftar koperasi erk? ada customer tanya.tak reti lak den.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 wira2149's post
kalau nak daftar koperasi camni :-
1. kumpul ahli paling minimum 25 orng
2. buat mesyuarat penubuhan, hantar kat suruhanjaya Koperasi Malaysia ( guna vorang yang telah disediakan ) amik je kat SKM tu
3. bila dah dapat kebenaran menubuh, mula kumpul ahli seramai minima 50 orng, kalau nak senang, adik-beradik le...gunakan alamat dalam satu negeri je...tak kisah camana pun...
4. buat mesyuarat agung pertama..panggil orang SKM datang....dah siap...
5. hantar keputusan mesyuarat agung + senarai bakal ahli+cadangan undang-undang kecil+kertas kerja perniagaan+senarai ahli Lembaga Koperasi
6. Setelah dapat kelulusan teknikal...bayar 250 kat SKM...tunggu lebih kurang 3 bulan maksimum...
7.. dapat sijil...boleh terus meniaga...apa juga selain dari yang melanggar hukum syara'
* Undang2kecik tu...bagi kat orang SKM buat je...bayar upah diorang buat 60.00/UUK x 6 set...sebab kalaukita buat sendri..selalunya banyak silap dari segi ayat dan fakta... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 sinar_inspirasi's post
hari tu kata nak buat koperasi...dah buat dah ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 tok^dalang's post
ada masalah teknikal.... akan diusahakan lagi... selesai satu persatu..
ada group dari forum lain nak ajak join... akan dibincangkan dgn rakan2 lain....
masih bercita2... ada beberapa faktor yg aku kena lakukan...
tungguuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 sinar_inspirasi's post
kalau perlu bantuan...no pblm...bisa di atur...janji jadi je kop tu...betoi dak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 tok^dalang's post
insyaALLAH.. akan jadi.... semangat masih kuat...
tp aku nak jumpa ko gak la.. nak bincang2 sikit bagaimana... bleh?..
datang gath nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 sinar_inspirasi's post
aku hari 13 tu ada kat s.alam...masuk karnival....ptg kan gath tu? kul 3 - 6 ke? mmmm...nanti aku check tengok camana jadual.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tok, bukak lagi ke pendaftaran utk koop ni? Tahun 2006 dulu ada jugak pegi ofis dia kat ptama komplks. Seperti biasa pegawai dia tak lyn prtanyaan saya sbb pendftaran d bekukan sbb byk kes tipu duit koop. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|