|
Bijak Menabung: Simpanan untuk keluarga
ALAN Lakein berkata: Perancangan adalah membawa masa depan ke masa kini supaya anda dapat melakukan sesuatu sekarang. Memang tepat kata-kata falsafah Inggeris itu kerana dengan membuat perancangan sekarang, anda sudah membina hidup untuk masa depan. Memang semuanya belum pasti, tetapi mereka yang merancang sudah membuat persediaan awal agar apa juga yang datang dapat dihadapi dengan baik.
Begitu juga dalam pengurusan kewangan. Perancangan adalah perkara penting, nadi yang menentukan kedudukan kewangan anda sama ada positif atau negatif. Apabila simpanan melebihi perbelanjaan, anda berada dalam zon positif dan ini sesuatu yang baik, tetapi jika perbelanjaan anda melebihi pendapatan, anda berada dalam zon bahaya dan perlu bertindak segera sebelum terjebak dalam kemelut hutang yang tiada kesudahan.
Ramai kalangan kita ingin menyimpan dan mengetahui pentingnya mempunyai simpanan. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan alasan tidak mempunyai cukup wang ataupun kesuntukan masa. Itu hanyalah alasan yang lemah kerana kuncinya ada pada anda. Ia bertitik tolak pada diri anda, sama ada mahu atau tidak mahu.
Apakah komitmen anda untuk diri anda pada masa depan? Adakah anda ingin melihat diri anda berada dalam kesempitan ataupun kesenangan? Yang mana lebih baik, mempunyai wang simpanan sendiri ataupun mempunyai kad kredit? Ada yang tidak menyimpan kerana mereka mempunyai kad kredit untuk dijadikan sandaran apabila berlaku kecemasan. Kad kredit hanyalah satu alat bagi memudahkan kehidupan namun perlu diingat wang yang anda gunakan itu bukan wang anda. Ia sekadar pinjaman dan perlu dipulangkan dengan kadar faedahnya sekali!
Pernahkah kita terfikir menerusi wang simpanan, kita boleh membentuk tabung warisan yang boleh dinikmati dari generasi ke generasi? Tidak perlu menunggu sehingga kaya-raya baru kita dapat tinggalkan harta benda untuk keluarga. Memadai meninggalkan mereka dengan tabiat atau disiplin menabung yang ditanamkan dalam setiap ahli keluarga, yang mana tabung ini berfungsi sebagai tabung kebebasan kewangan.
Inginkah anda melihat, tabung yang anda mulakan dengan hanya menyimpan RM100 sebulan itu kemudian berkembang menjadi beratus ribu dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang? Ini tidak mustahil berlaku kerana jika tabiat menabung itu sudah sebati dalam diri, amalan ini akan berterusan dan sukar ditinggalkan. Kemudian tabiat yang baik ini diterapkan pula pada anak cucu. Anda akan dapat melihat bagaimana sebuah dana keluarga terbentuk yang manfaatnya boleh dinikmati semua orang.
Bagi melaksanakan tabung keluarga ini, anda hanya perlu peruntukan 10 peratus saja daripada pendapatan anda. Ia perlu disimpan untuk jangka masa panjang dan dibiarkan berkembang. Anda tidak dibenarkan menyentuh pokoknya, hanya keuntungannya saja yang boleh diambil.
Katakan anda menyimpan RM100 sebulan dengan melaburnya dalam instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun. Anda terus menyimpan selama 30 tahun. Jika pelaburan anda memberikan pulangan 10 peratus setahun, dalam tempoh berkenaan wang simpanan itu berkembang hampir RM230,000. Jika pelaburan itu mampu memberi pulangan 15 peratus setahun, ia akan berkembang hingga RM700,000!
Bayangkan setelah ketiadaan anda, anak anda pula terus menyumbang RM100 sebulan, diikuti anak cucu anda dan tradisi ini diteruskan daripada generasi ke generasi. Jumlahnya akan mencecah jutaan. Ia akan menjadi warisan keluarga yang boleh digunakan untuk membiayai pendidikan, wakaf keluarga ataupun sebagai modal untuk perniagaan.
Menariknya pula, apabila simpanan pelaburan anda itu turut menyediakan perkhidmatan penama pewaris. Anda sudah tahu wang anda akan diserahkan kepada mereka yang berhak apabila berlaku kematian. Ramai kalangan pelabur kita yang tidak mengetahui kepentingan penama pewaris ini dan sehingga kini, hanya CIMB Wealth Advisors Bhd saja yang menyediakan perkhidmatan berkenaan bagi pelaburnya.
Ketika ada hayat, mungkin anda melihat menyediakan penama pewaris tidak begitu penting, tetapi cuba fikirkan jika berlaku sesuatu kepada anda. Keluar saja sijil kematian, wang yang ada dalam akaun simpanan dan semua aset lain akan dibekukan dan ia akan ditadbir sementara oleh Amanah Raya Berhad. Anda perlu mendapatkan surat kuasa sebelum membuat sebarang tuntutan dan lazimnya proses ini mengambil masa berbulan-bulan hingga bertahun-tahun.
Justeru, ada baiknya sebelum anda menabung terutama bagi mewujudkan tabung warisan ini, menentukan manakah institusi pelaburan yang mampu memberi perkhidmatan komprehensif. Jangan mudah terpengaruh dengan pemberian pulangan tinggi sedangkan anda tidak pasti ke mana wang itu pergi selepas anda tiada lagi.
Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor. |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak kuar duit EPF.....masuk UT
caper consultant nak tolng nie....
sila pm |
|
|
|
|
|
|
|
edit------
[ Last edited by nemoo at 17-3-2008 03:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku igt nak invest...tp dlm jangkamasa 6 bulan jer...dpt sket pun takper ler kot dpd aku letak dlm akaun simpanan jer...ok ker tak ek kalo letak kat unit trust cimb nih |
|
|
|
|
|
|
|
serius aku x paham langsung..biarpun da terang panjang lebar..benyut nye aku rasa..haha..aku umur 19thn dan aku ada rm1000..leh join x?? |
|
|
|
|
|
|
|
Bijak Menabung: Menabung demi masa depan anak
KEGEMBIRAAN menyambut Syawal masih lagi terasa dan ketika ini ramai yang mengambil kesempatan menjemput sanak-saudara, rakan kenalan dan juga jiran tetangga dengan menganjurkan rumah terbuka. Pendek kata, setiap hujung minggu pasti saja jemputan dan aktiviti ini menjadikan bulan Syawal satu bulan sibuk yang bukan saja mampu mempereratkan silaturahim, malah jika tidak dibuat perancangan teliti, boleh menyebabkan perbelanjaan keluarga terlebih bajet.
Bagaimanapun dalam keadaan ekonomi yang semakin makmur, ramai yang mengambil inisiatif berbelanja secara berhemah dengan meningkatkan tabungan masing-masing. Beberapa suri rumah yang ditemui memilih membuat kuih-muih sendiri kerana bukan saja aktiviti itu dijadikan aktiviti keluarga di mana anak-anak pun boleh turut sama, malah ia juga menjimatkan.
Adalah lebih membanggakan, jika dapat menjamu tetamu yang berkunjung dengan hasil air tangan sendiri sekali pun tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis biskut dan kek yang enak-enak dijual di pasaran.
Setahun sekali menyambut Aidilfitri tidak seharusnya perlu membuat persediaan dan berbelanja berhabis-habisan. Kehidupan tidak terhenti dengan berakhirnya bulan Syawal kerana tidak lama lagi sesi persekolahan baru akan dibuka dan sudah pastikan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah perlu menyediakan sejumlah wang sebagai persediaan.
Mungkin agak meringankan bebanan apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan dalam Belanjawan 2008, semua murid akan mendapat buku teks dan tidak perlu membayar yuran sekolah. Namun, ibu bapa masih lagi perlu menyediakan pakaian, sepatu dan peralatan lain sekolah. Masih banyak yang perlu dibelanjakan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna.
Ibu bapa yang bijak biasanya sudah membuat perancangan awal sejak anak mereka masih kecil lagi. Mereka sudah menentukan di mana anak mereka perlu di sekolah sama ada sekolah biasa (kerajaan) ataupun sekolah persendirian (termasuk sekolah tahfiz ataupun sekolah antarabangsa) dan mereka juga sudah menyediakan tabungan sejak awal lagi.
Pendeknya, sejak anak mereka baru lahir saja ibu bapa ini sudah mula menabung untuk kegunaan anak mereka masa depan. Seorang klien saya, mula menyimpan ketika anaknya berusia sebulan secara membuat arahan auto debit. Tindakan sama dibuat untuk anak kedua dan anak ketiga dan simpanan dalam akaun simpanan kanak-kanak ini hanya bertambah di segi jumlah tetapi tidak berkembang seperti sepatutnya.
Untuk simpanan jangka masa panjang terutama lebih lima tahun, akaun simpanan biasa bukanlah tempat yang tepat kerana pulangan tahunan amat sedikit antara 0 hingga satu peratus saja setahun. Ada baiknya jika simpanan bulanan ini dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan lebih tinggi dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun.
Melaburkan wang simpanan bagi tujuan pendidikan anak-anak di pasaran saham bukan satu tindakan bijak kerana pasaran saham bergerak terlalu aktif dan tinggi risikonya. Sekalipun ia mampu memberi pulangan sehingga 400 peratus, ada masanya nilai pelaburan itu menjadi negatif. Yang ditakuti ramai pelabur pasaran saham adalah apabila pasaran saham merudum. Apabila ini berlaku, untuk mendapat semula modal dilaburkan perlukan masa dan ada yang terpaksa menanggung kerugian kerana tidak sanggup menunggu terlalu lama.
Pendidikan anak amat penting kerana merekalah pemimpin masa depan. Ibu bapa mana yang tidak bangga apabila anaknya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti. Ketika ini memang ada pinjaman daripada institusi perbankan dan juga badan-badan berkaitan. Bayangkan kosnya yang perlu anak anda tanggung apabila mereka tamat pengajian kelak. Belum tentu lagi mereka mendapat pekerjaan, mereka perlu berfikir untuk membayar semula pinjaman.
Ini belum lagi jika mereka mendapat tawaran untuk mengikuti program berkembar dengan institusi pengajian luar negara. Untuk mengikuti program berkembar di Malaysia bagi tempoh tiga tahun adalah RM92,670; Australia RM191,903 manakala United Kingdom pula, RM211,875. Dianggarkan kos pendidikan meningkat enam peratus setahun, kos program berkembar ini masing-masing akan meningkat RM222,089 (Malaysia); RM459,906 (Australia) dan; RM507,770 (United Kingdom).
Bayangkan jika anda tiada tabungan pendidikan untuk anak anda. Sanggupkah anda melihat nasib mereka diperjudikan? Fikirkanlah dan rancanglah sekarang!
Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #139 ahmaddamanhuri's post
setiap pelaburan ada risiko...hanya low risk or high risk |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku kat area miri nih..kena carik agent area miri la ek untuk invest...? aku berminat nk invest nih..which one better ek? cimb islamic global unity fund? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #124 haira's post
kena alert gak la ngan rege pasaran saham... cam kes saya nih.. kita bagi duit time rege maintain... masa bagi duit dah cakap jgn labur dulu... tunggu rege turun... 3 hari pas tu, rege saham turun... tgk dia tak masuk2 lagi... macam2 reason.. sibuk la.. tak sempat la.. last2 2 weeks after bagi duit kat dia, baru dia masukkan... masa tu rege saham dah naik balik dah..
bukanlah bermaksud semua agent cam tu.. nasib la kan.. kita ada hak utk tau sbb duit yg dilaburkan tu duit kita... bukan duit dia... sbb tu kena pandai pilih agent... my other agent utk UT lain tu pandai adjustment... hari ni bagi duit... dia tunggu betul2 rege turun.. baru dia masukkan duit... kena ada cam instinct la utk invest menda nih.. lagi satu.. dah namanye UNIT TRUST... kena la percaya...
just my 1 sen opinion.. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
up.............................................. |
|
|
|
|
|
|
|
Unit Trust ini adalah tempat menyimpan duit/investment tools yg paling sesuai untuk mencapai objektif jangka masa sederhana dan panjang (3-5years or more)
Contoh objektif yg sesuai adalah untuk kos perkahwinan, pendidikan anak2 atau sendiri dan persaraan
Perkahwinan: Kos yg perlu ditampung amatlah tinggi dan ianya menjadi lebih tinggi jika anda berkahwin dgn selebriti atau org yg berada.. Dan juga harga makanan yg semakin meningkat dari tahun ke tahun...
Mungkin anda kata 'alah nak kahwin buat ringkas2 sudah!' tetapi kita rakyat malaysia mempunyai budaya masing2 yg perlu di patuhi... bagi diri sendiri mungkin tak kisah tapi apa kata org2 tua kita? saudara mara?
Pendidikan: Mengikut kajian, kos pendidikan meningkat 6% setiap tahun terutama pendidikan peringkat tinggi.. Mungkin anda kata "takpe, biarkanlah anak saya belajar berdikari. pinjaman pelajaran kan byk'. sebagai ibu bapa, takkan lah kita tak mahu menolong anak sendiri. Takkan nak biarkan mereka berhutang sedangkan mereka baru je nak mulakan kehidupan.. kalau dapt ipta mungkin ringan sikit, tapi kalo tak dpt? kos lebih tinggi di kolej swasta... Senario sebenar: anak2 ada pinjaman pelajaran, tapi tiap minggu atau bulan still minta parents duit poket... Kalau kita bertindak sekarang, kos utk melabur utk anak2 adalah lebih rendah jika kita tak buat apa2 dan pinjaman pun ada interest!!!
Persaraan: Kos pada peringkat ini adalah mustahak. persoalan yg perlu ditanya, adakah saya dpt meneruskan gaya kehidupan sekarang apabila bersara? Adakah anak2 masih bergantung pada saya? adakah simpanan saya sekarang mampu menampung kos perubatan nanti? Kos utk melancong? Hobi? Sebenarnya banyak persoalan yg perlu ditanya dan yg paling penting sekali adalah kadar inflasi sekarang dan kadar semasa bersara... Mungkin ada kata 'KWSP ada, cukuplah. pencen ada' Tapi sedarlah bahawa nilai tersebut tidak cukup, dan mengikut kajian kebykan rakyat m'sia menghabiskan wang kwsp mereka dlm masa tiga tahun sahaja.. Takkan lepas tiga tahun tu anda nak jual nasi lemak, jadi jaga?
Jadi bertindaklah sekarang dengan menyimpan wang anda di tempat dimana pulangan yg diberikan mampu mengatasi kadar inflasi terutamanya dan kenaikan kos yg lain2 |
|
|
|
|
|
|
|
up..................................................................................... |
|
|
|
|
|
|
|
............................... |
|
|
|
|
|
|
|
"DALI 3 is a sequel to DALI 1 & DALI 2 where DALI 1 10years total return is 234% and DALI 2 5years total return is 116%."
so by simple calculation boleh dok akif buat mcm ni,
let say my initial investment = rm 5000 over 10 years in DALI1 =>
=>rm 5000 x 23.4% (ambik average je from 234% over 10 years) = rm 6170.
and it keep compounding every each year kerrr duit akif tu ????
eeemmmm kena buat excel formula la pulak.....betul ker mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kelebihan unit trust ni adalah compounding returns, lagi lama simpan, lg byk yg akan dpt...
Ok let's say RM5k initial investment and assuming return of 12% per year..
after ten years the value will become RM15,529..
so, the total return is [(15,529-5,000)/5,000]x100 = 210.58%
so, average is 210.58/10 = 21% per year
walaupun assuming return is 12% per year, tetapi after 10 years,
average rate of return we can say is 21% because of the compounding return every year...
Let's look at the value if there is NO compounding effect but still with the same return: 12%
the value after 10years will be RM11,000 je... a total return of 120% only...
dan jika dibhgi 10thn, still will be 12%, tak berubah...
* Tapi ada ke simpanan yg takde compounding ni bagi return smpai 12% per year?
Lg sikit adalah... dgn takde compounding lg, lebih perlahan la duit nak berkembang...
kpd Akif, RM5k tu takleh simply multiply with 23.4%
sbb kalo camtu, nilai after 10years akan jadi RM40,937.53 pulak!!
so, to get 234% total return after 10 years for DALI 1,
the return per year is 12.81703% (averagely)
Utk DALI 2 plak, utk dpt total return of 116% after 5years,
the return per year is 16.65161% (averagely)
-----------------------------------------xoxo-------------------------------------
[email protected]
[ Last edited by adamalek at 17-5-2008 03:44 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|