CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sirri_khafi

[split thread sirri-ali ridza]Trajedi khamis, para sahabt, batu sujud...

[Copy link]
Post time 13-11-2008 05:30 PM | Show all posts

dah habis dah

keseluruhan kenyataan dan jawapan tuan menimbulkan bebrapa persoalan yang perlu di jawab :

jika benar pendapat umar 'menulis' itu bukan suruhan yang wajib maka ..

1. tindakan nabi saw meminta pen dan kertas satu perbuatan yang laro


Adakah apabila tidak wajib maka ia terus menjadi lagho dan sia2 tanpa pengecualian? Tidak semestinya bukan?

jika benar pendapat umar 'menulis' itu bukan suruhan yang wajib maka...

2. nabi tidak tahu yang kehendaknya ingin menulis itu adalah tidak wajib


Mana mungkin Nabi tidak mengetahui niatnya. Mgkn pendapat Nabi pada mulanya wajib tapi ia berubah kepada tidak wajib. Segalanya mungkin. Tindakan Nabi tidak terus menulisnya menyokong kemungkinan ini.

dan jika benar pendapat umar'menulis' itu bukan suruhan yang wajib maka..

3. umar lebih tau dari rasulullah saw duduk satu perkara yang wajib atau tidak..


Yang pastinya S. Umar lebih tahu dari kita semua tentang kehendak Nabi. Adakah saya mesti mengambil andaian Tuan yang tidak hadir dan meninggalkan pandangan S. Umar yang mendengar sendiri suara Nabi dan menyaksikan sendiri situasi tersebut? S. Ibnu Abbas yang menceritakan sendiri peristiwa itu pun mewalikan S. Umar dan bercanggah dengan akidah Syiah. Tak nampak jalan untuk saya meninggalkan S. Umar dan S. Ibnu Abbas dan mengikut Tuan yang sama macam saya, hanya pandai membuat assumption sahaja

Ulama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 05:42 PM | Show all posts

Reply #141 nahzaluz's post

Panjang gitumo gabak ketapi mu.. nasib baik kawe toleh kiri kane sokmo, kalu tidok mampus selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:48 AM | Show all posts
salam, maaf kerana lambat respon ada masalah dengan net di office. so ini respon saya kepada jawapan tuan nahzaluz :

Terima kasih tuan nahzalus kerana respon kepada tulisan dengan baik sekali, sekali lagi sya akan beri jawapan balik di atas argumentsi dari pihak tuan.

[quote]1. Dalam kes S. Ali, ada:

- arahan Nabi : padam perkataan Rasulullah.
- tingkahlaku S. Ali : enggan memadamnya.
- alasan : Dalam riwayat, hanya ada kata2 S. Ali yang menunjukkan beliau tidak mahu padam. Keengganan beliau ini membuka kepada takwilan apakah alasan beliau berbuat demikian. Tuan telah menyatakan takwil Tuan, iaitu S. Ali merasakan dia tidak layak. Oleh kerana takwil Tuan ini adalah takwilan yang baik kerana Tuan berlaku adil dengan meletakkan S. Ali pada kedudukannya maka dari awal perbncgn kita lagi saya menerimanya tanpa soal.
- Tindakan Nabi : Nabi memadamkannya sendiri tanpa menyalahkan S. Ali. Atas tindakan Nabi ini saya melihat tingkahlaku S. Ali bukanlah satu kesalahan dan tidak perlu dipersoalkan.

2. Dalam kes S. Umar, ada :

- arahan Nabi : bawakan alat tulis sebab Nabi mahu tuliskan sesuatu yang tidak akan menyesatkan umat.
- tingkahlaku S. Umar : beliau berkata kepada orang yang mahu mengambil alat tulis itu : 搮 dan di sisi kamu ada al-Qur抋n, cukuplah kita dengan Kitabullah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:52 AM | Show all posts
bersambung jawapan kepada tuan nahzalus
Respon saya no 2 : tuan seharusnya meneliti kronologi peristiwa itu, koronologi nya bermula dengan :

  • permintaan rasulullah kepada pena dan kertas untuk menulis
  • umar berkata cukuplah al quran
  • berlaku khilaf
  • rasulullah perintahkan keluar.
  • tidak tercapainya kehendak rasulullah untuk menulis

kronologi 2,3,4 diakhiri dengan kronologi 5 yang bertentangan dengan kronologi 1. jadi bagaiman ingin saya takwil dengan sesuatu yang baik kerana kronologinya bermula dengan permintaan rasulullah dahulu. Melainkan kalau kronologi ceritanya begini ;

  • sorang sahabat nak tulis sabda nabi saw
  • umar kata tak payah
  • rasulullah diam dan tidak menyuruh tulis sehingga beliau wafat
  • tak tulis

kalau macam ni ye boleh, saya boleh katakan rasulullah sependapat dengan umar kerana setiap kata-kata dan perbuatan nabi menjadi sabda baginda yang di bebani oleh kita.

Oleh kerana kronologi bermula dengan rasulullah saw ingin menulisnya maka apa-apa yang menyebabkan tidak tercapainya kehendak rasul dianggap bertentangan dengan rasulullah saw.

Membenarkan tindakkan umar maka natijahnya menyalahi wahyu dari allah swt. Yakni kronologi no 1. pengertiannya ialah kebenaran dalam peristiwa ini berada pada pihak umar dan bukan di pihak rasulullah saw. Sehingga tuan mengatakan 揵enarnya umar kerana rasulullah saw ikut saranan umar iaitu tidak menulisnya. Kalian boleh terima ini. Minta maaf saya tak boleh terimanya kerana kebenaran sentiasa bersama rasulullah saw. Atau tuan ingin mengatakan pendapat bahawa mengabaikan penyedian tinta dan kertas lebih bijak sana dan baik?

Respon saya no 3 : sapa kata rasullah saw redha dan setuju denga umar dengan berhujjah bahawa Nabi Saw tak tulis pun sehingga beliau wafat.? Rujuk sumber dari ath tabrani dalam al ausath, apa kata rasulullah saw. 揃iarkan wanita-wanita itu sungguh mereka lebih baik dari kalian
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 12:01 PM | Show all posts
sambung lagiiii

Saya faham point Tuan itu (S. Umar menghalang) kerana ia adalah point syiah yang masyhur.


alamak...tak mau la cakap macam ni tuan, bukan poin mashur kami tapi dalam matan hadis tu sendiri menyatakannya adanya kalimah 'Terhalang" cuba tuan baca bebanyak kali baris-baris ahir hadis tu ada ke tidak kalimah 'terhalang"

Dalam Qur抋n ada surah yang turun ttg Perjanjian Hudaibiyyah. Ayat2 dlm surah ini menjadi kata pemutus dari langit ttg tindakan para sahabat yang Tuan kata nampak keterlaluan. Kita tengok ayat2 tersebut  dan sabab nuzulnya.

Kalau kita rujuk tafsir-tafsir utama seperti tafsir Tabari, Qurthubi dan Ibnu Kathir kita akan dapati surah al-Fath turun dlm perjalanan Nabi dan para sahabat pulang ke Madinah selepas selesai perjanjian Hudaibiyyah. Tuan boleh rujuk sendiri sabab nuzulnya dlm tafsir2 tersebut, terutamanya dlm tafsir Tabari yang menyebut byk riwayat ttg itu.

Dalam surah tersebut yang berjumlah 29 ayat, tiada ayat yang menempelak para sahabat, bahkan apa yang berlaku antara Nabi dan para sahabat di satu pihak dan kuffar Quraish di pihak lain adalah satu kemenangan kepada Islam. Saya kopipes terjemahan beberapa ayat yang releven dengan perbncgn kita:


Dalam perjanjian hudaibiyah, sebelum saya meneruskan perbahasan saya tentang surah al fath, maka saya minta tuan nahzalus sila syarahkan sikit ayat 2 kerana di situ ada jawapan kepada persoalan hudaibiyah.

揳gar allah memberi ampunan kepada engkau atas dosa engkau yang lalu dan akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya atas engkau dan menunjuki engkau ke jalan yang lurus擺/color]

Fokus kepada ayat dua sahaja. Saya nak lihat apa pandangan tuan nahzalus tentang ayat 2 ini.

[quote]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 12:38 PM | Show all posts
lagi sambungannya...

Tuan mahu saya jawab ikut soalan Tuan ini? Fokus pada tingkahlaku shj ya? Tak boleh kalau ubah sikit2, korner sikit2 he he? Kalau tak boleh no problemo wa la musykilata at all.

Dalam perjanjian hudaibiyyah no 1. dlm trajedi khamispun no 1.

Jadi, apa selepas itu?

Ok, bagaimana pula kalau saya pegang mcm ni :

Perjanjian hudaibiyah

1. menyokong keputusan rasulullah saw, dan

2. mentakwil dengan baik tingkah laku sebahagian besar sahabat yang nampak tidak cenderung dengan keputusan rasulullah saw.

Trajedi hari khamis

1. menyokong dan bersama dengan rasulullah saw, yakni dengan memberikan pena dan kertas kepada rasulullah saw, dan

2. mentakwil dengan baik tindakan umar yang mencadangkan pandangan sebaliknya sehingga menyebabkan rasulullah saw tak jadi menulisnya.


Bagaimana saya ingin mempertemukan dengan 2 perkara yang saling contradict menjdi satu, sedangkan KEBENARAN ITU BERSIFAT TUNGGAL.

Adakah saya telah mendamaikan antara Nabi dan para sahabatnya? Bukankah saya telah menunjukkan bahawa sebenarnya tiada apa yang perlu dijadikan isu? Bukankah saya telah menutup ruang kepada orang yg di dalam hatinya ada penyakit untuk menghina dan mencela para sahabat Nabi yang diredhai oleh Allah, Nabi dan ABnya?


Yang bersalah tetap bersalah tidak boleh kita nafikan, memang ada isunya, cuba tuan nahzalus renungi hadis shahih bukhari (yang saya pastekan kat atas) salah satu wasiat iaitu wasiat yang ke 3 periwayat tak dapat nak bagitau sebab dia dah LUPA, kan ada baiknya kalau ia di tulis, maka tidak timbullah isu LUPA, semua orang hatta umat zaman sekarang juga boleh menikmati wasiat yang ketiga itu.

Bukan satu kes ini saja yang menjadi hujjah saya tuan, banyak lagi peristiwa yang di rakamkan dalam sejarah perbuatan yang saya kira menyayat hati. Antaranya

Cubaan membakar oleh umar akan rumah fatimah az zahrah sekalipun ali, hassan dan Hussein berada di dalamnya, dalam peristiwa ini menyebabkan anak fatimah yang dalam perut bernama mukhsin gugur dan meninggal. Fatimah az zahrah meninggal kerana sakit di atas kejadian itu, sejarah merakamkannya tuan, bagaimana pintu rumah fatimah as pecah di tendang oleh mereka hingga patah tulang rusuknya fatimah. Bacalah sejarah tuan. Apakah tuan masih mengatakan tindakan ini satu tindakan yang betul dan selayaknya mereka di nobatkan sebagai sahabat agung? Sahabat yang agung tidak melakukan perkara semacam ini tuan, mereka akan memelihara dengan baik anaknya nabi saw.

Kita juga kena lihat semua perkara / sejarah yang di rakamkan barulah kita dengan adilnya boleh buat keputusan.


Adakah apabila tidak wajib maka ia terus menjadi lagho dan sia2 tanpa pengecualian? Tidak semestinya bukan?



mana dalil nya ya shaikh.


Mana mungkin Nabi tidak mengetahui niatnya. Mgkn pendapat Nabi pada mulanya wajib tapi ia berubah kepada tidak wajib. Segalanya mungkin. Tindakan Nabi tidak terus menulisnya menyokong kemungkinan ini.



mungkin pada mulanya wajib tapi ia berubah.... dalili menyokong kenyataan tuan.


[quoteYang pastinya S. Umar lebih tahu dari kita semua tentang kehendak Nabi. Adakah saya mesti mengambil andaian Tuan yang tidak hadir dan meninggalkan pandangan S. Umar yang mendengar sendiri suara Nabi dan menyaksikan sendiri situasi tersebut? S. Ibnu Abbas yang menceritakan sendiri peristiwa itu pun mewalikan S. Umar dan bercanggah dengan akidah Syiah. Tak nampak jalan untuk saya meninggalkan S. Umar dan S. Ibnu Abbas dan mengikut Tuan yang sama macam saya, hanya pandai membuat assumption sahaja ][/quote]


umar lebih tau..? umar kata : "nabi telah berat sakitnya"


apa nabi saw kata: "aku tidak seperti mana yang mereka sangkakan" (rujuk shahih bukhari yang telah saya paste kan)


apa yang ibnu abbas katakan perlu kepada cross reference dengan hadis, sejarah dan riwayat lain, cuba baca hadis riwayat yang di  bawa oleh jie shiang. perlu kepada penelitian bukan hanya bersandar dengan 1 hadis sahaja.


mengenai haidar ali qalamdaran al qummi, saya juga boleh bawa jawapan dari ayatollah al uzzma bagi menafikan tulisan beliau, tuan kena faham bebetul konsep marjaiyah dalam syiah baru cantek kalu nak guna tulisan shaikh qalamdaran kalu tidak kena bedal sesaja. mari kita tengok antara kenyataan qalamdaran.


qalamdaran kata: Ini kerana walaupun beliau tidak percaya S. Ali r.anhu telah dinaskan oleh Allah dan RasulNya menjadi khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w, pada hakikatnya beliau mengakui 杝ebagaimana
yang tampak secara jelas di dalam buku yang saya terjemahkan ini- bahawa S. Ali r.anhu telah dinaskan keimamahannya dari sudut ruhiyyah (kerohanian), bukan siyasiyyah (politik). Beliau berpendapat bahawa Imam Ali a.s adalah sebaik-baik makhluk selepas Rasulullah dan paling layak menggantikan baginda seterusnya menjadi pemimpin umat Islam.


awal-wal lagi dan buat kenyatan berbelit, tak nampak ke tuan nahzalus? persoalan dia apakah nabi saw di turunkan untuk memimpin kita hanya dari sudut ruhani sahaja tidak siyasi? kalau di utuskan nabi saw untuk memimpin dari sudut kedua-duanya maka kenyataan qalamdaran sudah berbau SEKULAR dan menyalahi apa yang di ajar oleh nabi saw. pada pandangan qalamdaran boleh ke imam ali as menyalahi rasulullah saw?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2008 05:45 PM | Show all posts
Tuan Ali,

Baiklah. Tuan boleh berehat dulu. Saya akan respon secara terperinci. Ia akan mengambil sedikit masa. Fokus kita sekarang ialah kepada THK. Betul Tuan kata kita kena rujuk byk sumber. Tak boleh pegang satu dua hadis. Saya setuju dengan Tuan. Takpa, saya akan mengambil tanggungjawab membawa KESEMUA hadis yang diriwayatkan tentang THK dlm kitab-kitab hadis sunni. Saya akan bentangkan penilaian hadis2 itu mengikut penilaian ulama' sunni dan kita akan tengok kenapa ulama' hadis kami tidak mentajrih S. Umar r.anhu.

Kemudian 3 isu lagi yang berkait dlm respon Tuan, iaitu isu perjanjian Hudaibiyyah (tafsir ayat 2 surah al-Fath), tindakan2 lain S. Umar yang bagi Tuan kontradik dgn kata2 S. Abbas (cubaan membakar rumah dll), dan Qalamdaran akan saya sentuh selepas selesai pembentangan hadis2 ttg THK.

Tuan berehatlah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 20-11-2008 05:45 PM
Tuan Ali,

Baiklah. Tuan boleh berehat dulu. Saya akan respon secara terperinci. Ia akan mengambil sedikit masa. Fokus kita sekarang ialah kepada THK. Betul Tuan kata kita kena rujuk byk sumber ...


Nahzaluz, nanti compile elok2 ye jawapan tersebut sebb setahun dua lagi mereka akan mai dgn persoalan yg sama utk TEGAKKAN kesyiahan mereka,  jadi menyenangkan kerja dari menjawab persoalan yg sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 09:04 PM | Show all posts

Reply #148 serihartatie's post

saya ada jugak terlintas nak compile respon2 saya dan kawan2 kat sini samada sunni dan syiah utk rujukan. mgkn boleh edit balik dan diterbitkan dlm bntk buku atas nama perbincangan sunni syiah. cdgn sajer, yg terlintas di fikiran. buat ke tak tak tahulah he he
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 07:57 PM | Show all posts
Originally posted by ali_ridzha at 19-11-2008 11:48 AM


salam....


[quote]揜asuullah saw pada hari itu telah bersabda : bawalah kemari untuk ku tinta dan loh untuk menuliskan apa yang menghindarkan kalian daripada kesesatan untuk selama lamanya匸/color].tapi sebahagian orang orang sekitar beliau berkata 搑asulullah telah meracau
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 01:11 PM | Show all posts

Balas #150 GT0\ catat

salam GTO, ini respon saya semuga GTO boleh berfikir sejenak.

tlg pastekan teks asal dari bhs arab jap.... kita tgk, kenapa salahnya terjemahan ini....


kan saya dah bagi rujukan, takpelah saya bagi detailnya, cari dan baca ye, kemudian tengok sendiri ada ke tidak kalimah 'hajara' yang membawa maksud meracau. apa bole ke cakap kat rasul 'meracau' macam tu..? kalau sayangkan rasul anda fikirlah sendiri

kitab : Terjemahan hadits sahih bukhari
jilid : 3, ms ; 144-145 (di bawah bab 'jihad dan tingkahlaku rasulullah saw' sub tajuk 'perang uhud'
penerbit: widjaya jakarta
cetakan : 1986

apakah wasiat nabi itu?


- wasiat ttg imam 12?
- wasiat ttg kemurtadan sahabat?
- wasiat ttg abu bakar menjadi khalifah?
- wasiat bahaya ajaran sesat syiah?


fikirlah sendiri, cari lah sendiri apa wasiatnya. kalu GTO nak bincang perihal 'imamah' dalam al quran mai saya boleh cerita. tu la pasal awak sendiri tanya APA wasiatnya, KAN LEBIH BAIK DI TULIS.

LUPA? adakah anda ingin mendakwa bahawa nabi sengaja meninggalkan ummatnya dalam kebingungan? bukan ke nabi masih hidup lagi lepas hari khamis tu? kalau 'wasiat' tu btl2 perlu, kenapa nabi tak tulis?


saya tak pernah dakwa nabi meninggalkan ummat dalam kebingungan, yang bengong ialah umat itu sendiri yang tak mau pegang dengan itrah baginda yang sepatutnys menjadi imam sebagai penerus ajaran nabi saw,iaitu manusia dari sisi ilahi. kalau nak bincang lanjut isu ini ye silakan bincang dengan elok, tak payahlah nak kata ajaran itu sesat, ajaran ini sesat kenali ajaran itu dari ahlinya kemudian baru menilainya, saya tanya awak, pernahkah awak berjumpa dengan ulama syiah untuk bertanya tentang pegangan mereka? saya secara adil telah melakukannya, kerana saya merasakan adalah adil untuk saya mengetahui sesuatu ajaran dari ahlinya. baru tepat keputusan dan penilaian kita.

kenapa nabi tidak menulisnya saya dah jawab, baca betul2 jawapan saya dalam post 144.

lagi pulak, mana awak tahu apa wasiat nabi tu? ntah2 nabi nak wasiatkan bahawa slps kewafatanya, abu bakarlah khalifah pertama... wasiat macamtu adalah sangat penting untuk penganut ajaran sesat macam kamu.... sbb antara sbb kamu menjadi sesat dan mengkafirkan sahabat ialah kerana 'KHILAFAH' bukan?


sedap je kata kat orang sesat, cuba awak tengok sepanjang tulisan saya, saya tak pernah meletakan kalimah 'sesat' kepada ASWJ atau sapa saja, pada saya terpulang kalu itu yang menjadi keyakinan kalian.

sekali lagi bukti bahawa tindakan menghalang penulisan nabi membuat kita tertanya tanya, awak sendiri menuliskan "ntah2 nabi nak wasiatkan bahawa slps kewafatanya, abu bakarlah khalifah pertama..."

apakah mengkafirkan sahabat itu menjadi sesat? bagaimana dengan perang JAMAL, perang Siffin, tidakkah yang bertelingkah sehingga berbunuhan itu dari KALANGAN GENERASI SAHABAT? dalam sejarah merakamkan muawiyah menyuruh khatib memaki Imam Ali di atas mimbar? saya MENGKRITIK tindakan beberapa sahabat, kenapa tak boleh kritik ke? maksum ke mereka sehingga tak boleh kritik? secara adilnya dalam generasi sahabat telah ada yang munafiq, sahabat ada yang baik, ada yang tak brapa nak betui juga, cuba baca kitab "al Imamah wa siyasah" ibnu qutabah.

itu kata kamu.... bukankah ada lagi kemungkinan lain?


ini bukan cerita kemungkinan, KRONOLOGI, tau tak apa itu KRONOLOGI? rantaian peristiwa la beb..., kalau ikut awak apa kronologi cerita dalam hadis tersebut?

mungkin jugak nabi rasa Xperlu tulis... sbb tu kita tengok, mana ada nabi tulis apa2...... bukankah ini lebih elok natijahnya?


elok natijahnya? perawi (ibnu abbas) lupa pun nak kata natijah yang baik? tidakkah keinginan rasulullas saw untuk menulis itu adalah merupakan wahyu allah? kalau awak membenarkan tindakan umar maka bagaiamana awak ingin menafsir keinginan rasulullah saw?

tapi, pembenci2 & pencaci sahabat seperti kamu mesti nampak buruk jer apa2 yang berkait dgn sahabat.... maklum lah.... lalat mana yang sukakan bunga... najis jugak menjadi pojaan hatinya......... bila otak dah ijau... apa2 pun mesti dilihatnya sbg hijau....


hati awak yang dah GELAP KELAM tak namapak apa laaaa, antara keinginan rasulullah saw dengan tindakan umar pun dah tak tau nak bela dan menyebelahi siapa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 04:50 PM | Show all posts

Balas #151 ali_ridzha\ catat

kan saya dah bagi rujukan, takpelah saya bagi detailnya, cari dan baca ye, kemudian tengok sendiri ada ke tidak kalimah 'hajara' yang membawa maksud meracau. apa bole ke cakap kat rasul 'meracau' macam tu..? kalau sayangkan rasul anda fikirlah sendiri

kitab : Terjemahan hadits sahih bukhari
jilid : 3, ms ; 144-145 (di bawah bab 'jihad dan tingkahlaku rasulullah saw' sub tajuk 'perang uhud'
penerbit: widjaya jakarta
cetakan : 1986


maaf ali,  kalau macam ni, semua orang boleh buat dakwaan dan tulis rujukan.  Kalau boleh tepekkan apa yang didakwa tersebut.  Macam ziwasi dan triple_8 buat tu.  Mana dia org tepek terus tulisan arab berkenaan.  

Sebagai adab kebiasaan berdebat, yang membawa tuduhan dan rujukan tu ler yang kena bawa rujukan.  Kalau suruh org yg dengar cari, senang ler cerita.  Cakap-cakap kemudian suruh cari.

Mungkin lepas ni agaknya ali nak kata...   nak percaya terpulang...  
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 04:54 PM | Show all posts
sekali lagi bukti bahawa tindakan menghalang penulisan nabi membuatkita tertanya tanya, awak sendiri menuliskan "ntah2 nabi nak wasiatkanbahawa slps kewafatanya, abu bakarlah khalifah pertama..."

Tapi sebelum tu, awak dulu buktikan yang nabi nak wasiatkan selepas kewafatannya, Ali lah khalifah yang pertama...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:49 PM | Show all posts

Balas #152 ibnur\ catat

salam.......

Mungkin lepas ni agaknya ali nak kata...   nak percaya terpulang...  


salah beb, saya tak akan cakap lagu tu, nak tau apa dia

HAMPA SEMUA PEMALAS, NAK KENA SUAP MASUK DALAM MULUT, PI CARI MALAAIH

sorriiii jgn marah

tak pe sya bagi juga yang telah di scan. amak dalam internet tak syok tak klasik.

alamak dah scan tak leh nak paste kat sinila, macam mana nak buat...?

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 01:53 PM | Show all posts

Balas #153 Triple_8\ catat

salam tigalapan

Tapi sebelum tu, awak dulu buktikan yang nabi nak wasiatkan selepas kewafatannya, Ali lah khalifah yang pertama...


ini kuar dari topik perbahasan : keinginan rasulullah saw vs ilham umar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 02:21 PM | Show all posts

Reply #154 ali_ridzha's post

kau tuh yg pemalas sebenarnya ....

HAJARA @ HA JA RO  ( mengikut sighoh fe'el madhi )  @ HAAA  JA RO ( dlm bab mufaa'alah ) @ HAJARUN (isim ...  hajaro tuh mungkin mansub ... so, kena check dulu tanda2 i'robnya ) .... TUH BOLEH JADI HIJRAH ( HA BESAR ) @ BATU ( HA KECIK ) .... KO BIAR BETUL  !   !    !   !   !   

X PAYAH CITER BANYAK ... TEPEK MATAN KAT SINI .... BOLEH KITA TENGOK SATU PER SATU KALIMAH NYA ...

JANGAN JADI PEMALAS & PREJUDIS ALA2 PENGIKUT IBNU SABA' ....







WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 27-11-2008 02:44 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2008 02:30 PM | Show all posts

Reply #155 ali_ridzha's post

KEINGINAN & KEPUTUSAN RASULULLAH SAW KPD UMMAT INI IALAH : BERPEGANG TEGUH DGN ALQURAN , BERPEGANG TEGUH DGN SUNNAH NYA TERMASUK BERPEGANG TEGUH DGN SUNNAH KHULAFAA UR ROSYIDIIN AL MAHDIYYIN SERTA MENGIKUTI PARA SAHABAT RA YG BERPEGANG TEGUH DGN ALQURAN & SUNNAH ,  SERTA BERPEGANG TEGUH DGN AHLULBAYT YG SEMESTINYA BERPEGANG TEGUH DGN ALQURAN & AS SUNNAH ....

PENDAPAT SAYYIDINA UMAR RA ITU TIDAK MENYALAHI PERKARA2 DI ATAS SERTA MEMENUHI PULA KRITERIA2 YG TERSEBUT DI ATAS ....

BACA & FAHAMKAN POSTING # 133 TUH .....

JANGAN JADI PEMALAS .. LEPAS TUH TWIST SANA SINI ....

TEPEK MATAN ARABNYA SEKALI  ... SEBAB MUDAH NAK REFER KAMUS AL MARBAWI,  AL MUNAWWIR & MUNJID BAB KALIMAH  "  MERACAU  "   TUH ......






WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 27-11-2008 02:51 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 02:40 PM | Show all posts
KAT TANGAN AKU CUMA ADA SOHEH MUSLIM SHJ ...  SOHEH BUKHORIYY TAKDE ...

SO, RAJIN2KAN LAH TEPEK MATAN ARAB NYA DI SAMPING AKU BERUSAHA MENCARI KITAB SOHEH BUKHORIYYY IN SYA ALLAH !

"  BAB JIHAD & TINGKAH LAKU NABI SAW  " TUH TERJEMAHAN ...

TAIP NAMA BAB ITU DLM BAHASA ARAB NYA ....

SENANG NAK REFER ....

DAN JANGAN JADIK PEMALAS ....








WALLAHU A'LAM .....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 03:59 PM | Show all posts

Reply #154 ali_ridzha's post

salah beb, saya tak akan cakap lagu tu, nak tau apa dia

HAMPA SEMUA PEMALAS, NAK KENA SUAP MASUK DALAM MULUT, PI CARI MALAAIH

sorriiii jgn marah

tak pe sya bagi juga yang telah di scan. amak dalam internet tak syok tak klasik.

alamak dah scan tak leh nak paste kat sinila, macam mana nak buat...?

banyak la alasan kau tu?  

hang pi upload kat photobucket atau website mana yang boleh direct linking.

pastu hang guna html command...  [img ]http:\\www.boleh-bla.gambar-tu-punya-link.com[/ img]
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 04:46 PM | Show all posts

Balas #156 sirri_khafi\ catat

hang yang malas, hang baca tak tulisan aku, aku dah scan cuba tepek belum berjaya lagi, dasar pemalas tuduh kita yang malas, sekurang2 nya aku ada usaha dulu beli dan cari buku tengok sendiri bukan macam hang, nak nganga molot tunggu orang suap, dasar pemalas.

'hajara' dalam kalimah hadis tersebut hurufnya Ha, Jim dan Ro, tak de huruf Aliff selepas ha, jadi bunyinya hajara bukan haa jara. jadi tak dapatlah kita nak kata hajara itu maknanya hijrah SEBAB TAK DE huruf ALIF. hadis dalam shahih bukhari yang aku tepekkan tu adalah antara lain hadis yang menceritakan tentang THK, nak aku tepek hadis dari kitab lain ka..ish tak leh ..tak leh aku malas, hampa cari sendiri.

hang tak mau komen ka apa kata nabi saw dalam al ausath "beliau bersabda 揵iarkan saja wanita-wanita itu, sungguh mereka lebih baik dari kalian擺/color]

Dulu hang kata umar cakap lagu tu sebab kesian kat nabi saw, tetiba ada plak hadis nabi saw sendiri cakap "Rasulullah saw bersabda; 揵iarkanlah saya keadaan saya sekarang lebih baik daripada apa yang kamu katakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.328618 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list