CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayasukagame

Mahakarya Cinta - Keratan Media Faizal

[Copy link]
 Author| Post time 5-2-2009 10:52 AM | Show all posts

Berita Harian Jan 24, 2009

Tabung NSTP untuk Gaza

Hampir setiap hari laporan di dada akhbar dan laman maya menyentak perasaan kita. Tersentuh dan pilu rasa di hati menyaksikan pertumpahan darah terhadap manusia yang tidak bersalah. Mungkin saja kalau kita mempunyai kuasa dan magis hebat menghentikan darah daripada terus mengalir dan membekukan niat jahat, itu saja jalan terakhir untuk menghalang pakatan Amerika Syarikat dan Israel daripada terus berleluasa mengorbankan nyawa.

Lalu, usaha dan bantuan rakyat Malaysia menerusi medium kerajaan, pertubuhan tertentu mahupun orang perseorangan disambut baik segenap peringkat masyarakat di sini. Umum sudah tahu kepekaan negara kita yang begitu sinonim dengan sikap bermurah hati dan usaha kumpulan The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) mewujudkan Tabung NSTP Untuk Gaza terus meraih sokongan dan perhatian ramai pihak apabila berjaya membuat kutipan memberangsangkan.

Biarpun tidak sebesar mana bantuan atau derma yang diberi, paling tidak pun ia mampu mengurangkan keperitan yang dialami rakyat di sana. Kesinambungan kepada usaha yang dibangkitkan ini, satu jualan dan lelongan amal membabitkan selebriti di Malaysia diberi nama ABPBH 2008 Untuk Gaza akan diadakan pada 31 Januari ini di Tingkat 3, Amcorp Mall, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Hasil jualan ini akan disalurkan ke Tabung NSTP Untuk Gaza.



Info ABPBH2008 Untuk Gaza:

Tarikh: 31 Januari 2009
Tempat: Tingkat 3, Amcorp Mall, Petaling Jaya
Masa: 10 pagi sehingga 6 petang
Antara aktiviti: Jualan barangan peribadi milik artis dan selebriti, lelongan barangan artis dan selebriti, jualan kek yang ditaja hotel di Lembah Klang oleh artis, sesi bergambar artis bersama peminat, nyanyian oleh artis popular.


Antara artis, personaliti dan selebriti yang sudah mengesahkan kedatangan dan pembabitan:

Datin Seri Tiara Jacquelina, Anita Sarawak, Rosyam Nor, Ramli MS, Faizal Tahir, Erra Fazira, Anuar Zain, Mawi, Meet Uncle Hussain, Aizat, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Stacy, Chef Wan, Serina Redzuwan, Farah Annuar, Diddy, Nikki, Nubhan, Marsha, Zahid, Nita, Nabil Raja Lawak, Adi Putra, Farawahida, Sofaz, Foziah Gous, Ifa Radziah, Ally Iskandar, Maria Tunku Sabri, Shamsul Ghau Ghau, Eira Shazira, Dafi dan ramai lagi.

credit to dyan@ rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2009 11:05 AM | Show all posts

Berita Harian Jan 25, 2009

Kenapa Faizal pakai pewarna kuku?

BANYAK Banyak juga e-mel yang Kak Pora terima daripada pembaca memberitahu kekaguman mereka terhadap persembahan cemerlang 'Superman Malaysia', Faizal Tahir, pada Malam Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) di Stadium Putra, Bukit Jalil hujung minggu lalu. Kak Pora sendiri turut mengagumi konsep persembahannya ketika menyanyikan lagu Sampai Syurga, seolah-olah beliau sedang menjalani penggambaran video klip, lengkap dengan kehadiran perunding imej, pereka fesyen, pendandan rambut dan krew produksi, termasuk pengarah seninya.

Belum pernah Kak Pora melihat konsep persembahan sebegitu ditampilkan dalam mana-mana anugerah muzik tempatan mahupun antarabangsa sebelum ini. Tak hairanlah persembahannya dipilih sebagai persembahan terbaik pada malam itu, walaupun kalau ikutkan cita rasa Kak Pora, Kak Pora sebenarnya lebih suka kalau persembahan Stacy yang menang.

Tahniah kepada Faizal. Begitu juga tenaga kerja kreatifnya yang merekabentuk konsep persembahan menarik itu. Tidak lupa juga kepada komposer lagu berkenaan, Audi Mok dan Ahmad Izham Omar apabila Sampai Syurga yang menjuarai kategori Balada, selain dinobatkan sebagai Persembahan Vokal Terbaik AJL23.

Cuma, Kak Pora tersentak melihat Faizal memakai pewarna kuku berwarna hitam pada tiga jari tangan kirinya ketika menyanyikan satu lagi lagu popularnya, Cuba, yang turut dipertandingkan pada malam itu. Mungkin, Faizal sekadar mahu menampilkan imej unik tetapi tidak kena pada dirinya sebagai lelaki Islam, seorang ayah dan golongan terpelajar. Sebenarnya, bukan Kak Pora saja yang kurang senang dengan imeh digayakan beliau itu tetapi ramai peminatnya.

Hinggakan, ada yang beranggapan beliau sengaja membuka ruang untuk orang ramai menghentamnya. Apakah Faizal sudah lupa kontroversinya membuka baju dan melukis logo 'Superman' pada dadanya dalam satu konsert tidak lama dulu. Kak Pora masih ingat lagi Faizal 'dibantai' teruk ketika itu, termasuk oleh tokoh agama kerana tindakannya bercanggah dengan tatasusila masyarakat timur. Akhirnya, beliau dilarang mengadakan persembahan dan program TV, termasuk program TV dan diarahkan melakukan kerja amal.

Faizal perlu peka terhadap benda-benda macam itu, lebih-lebih lagi beliau mempunyai background nasyid. Sedangkan wanita Islam pun dilarang memakai pewarna kuku (kecuali ketika uzur), inikan pula lelaki Islam! Kak Pora berharap Faizal tidak berkecil hati dengan teguran ini. Percayalah, walaupun teguran ini nampak remeh, apa yang dibuat Faizal itu impaknya cukup besar.

credit to miella@ rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 03:46 PM | Show all posts

Berita Harian, 11/2/09

'Jadilah diri sendiri'
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]



BAKAT seni yang dimiliki Faizal turut menyemarakkan industri hiburan tempatan.

Pesanan Faizal Tahir, Suki, Ayu dan Shila kepada peserta One In A Million

BARANGKALI ramai pernah meragui kemampuan sebenar bintang yang dicungkil menerusi program realiti terutama apabila melihat populariti pantas yang dicipta namun akhirnya tenggelam lantaran tidak mampu membawa gelombang baru dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, pandangan sempit itu kian terhakis apabila satu demi satu bintang yang dicungkil menerusi pertandingan itu bangun membuktikan kemampuan mereka.

Kemaraan mereka juga menyemarakkan industri muzik yang lesu apabila menebarkan pelbagai idea segar, sekali gus menyuntik harapan dengan membina platform baru yang mengesankan.

Antara contoh paling jelas ialah kebangkitan Faizal Tahir. Mengakhiri perjuangan dalam One In A Million (OIAM) musim pertama dengan meraih tempat kedua, namun hari ini namanya mara ke puncak dengan pelbagai pengiktirafan.

Merentas pelbagai cabaran, malah saat namanya mula mendaki populariti dia diuji dengan dugaan hebat namun semua pengalaman itu dibayar dengan pengiktirafan yang membanggakan.


Berkongsi pengalaman dengan tiga lagi bintang yang juga dicungkil menerusi OIAM iaitu Ayu, Suki dan Shila, sesi fotografi yang diatur khas oleh 8TV mengajak khalayak mendekati semula laluan awal mereka.

Kata Faizal, perkara asas yang akan membuat khalayak tertarik adalah keupayaan seseorang peserta menjadi penghibur apabila beraksi di pentas, bukan hanya penyanyi semata-mata.

Baginya ramai penyanyi di luar, namun untuk mencari mereka yang mempunyai karisma atau aura yang boleh memancing perhatian peminat adalah sesuatu yang sukar terutama dalam bidang seni suara.

揚eminat sentiasa dahagakan sesuatu yang berbeza dan itu yang perlu kita berikan. Di luar lebih ramai penyanyi yang mempunyai mutu suara jauh lebih baik berbanding saya, namun apa yang ingin peminat saksikan ialah keberanian.


揑tu yang saya cuba berikan dan hari ini, saya melihat semangat itu turut dibawa oleh kumpulan seperti Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bunkface selain Aizat. Keberanian membawa mereka melangkah jauh dalam industri.

揚esan saya, peserta cuma perlu menjadi diri sendiri dan usaha mencuba terlalu keras untuk menarik perhatian khalayak. Itu penting untuk mendapat tempat di hati peminat,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 11:24 AM | Show all posts

ABPBH2008: Pasti sengit 20/20/09

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin & Zaidi Mohamad

Persaingan populariti sesama sendiri di kalangan barisan pelapis beri keputusan mendebarkan

ANGIN perubahan tidak hanya melanda industri muzik tempatan, tetapi tempias evolusi itu turut berlaku kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, apabila ramai muka baru disenaraikan oleh pembaca dalam Top 5 untuk 16 kategori yang dipertandingkan. Pengumuman senarai peringkat ini yang dilakukan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor itu sedikit sebanyak mengubah senario ABPBH yang selama ini dikatakan asyik mencalonkan 憃rang yang sama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 11:25 AM | Show all posts

Peminat Saya Belum Gila" ..HAI 20 Jan



credit to arissa@ rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 11:27 AM | Show all posts

Faizal dapat anak lelaki - Breaking News Gua

Faizal Dapat Anak Lelaki
by gua.com.my | 19 Feb 2009



Tahniah pada Faizal Tahir kerana bergelar bapa buat kali ketiga. Dengar kata isteri tersayang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

credit to [email protected]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-3-2009 09:55 AM | Show all posts

Wajah Terbaru Faizal Tahir-gua.com

27 Feb 2009



Turut memeriahkan final MyStarz LG Ahad lepas ialah pemenang anugerah persembahan terbaik AJL23, Faizal Tahir. Muncul sebagai artis undangan, Faizal membawakan lagu 揝ampai Syurga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 09:56 AM | Show all posts

Faizal dapat anak lagi - B*Pop,



Faizal Tahir

HARI tu kak Pora usik 'Superman Malaysia', siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir yang mengenakan pewarna kuku warna hitam pada pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-23. Malah, memang sukar menghubunginya sejak dia selalu terlepas untuk menulis dalam ruangannya, Aku.Muzik.Kamu, dalam B*Pop sebelum ini.

Teman Kak Pora, Hardi Effendi Yaacob, pernah memberitahu, Faizal memang sukar juga untuk dihubungi sedangkan sebelum itu, hampir setiap minggu Faizal menghubunginya untuk berbincang perihal industri muzik semasa, termasuk mencari angle terbaik untuk artikelnya.

Mungkin, Faizal terlalu sibuk dengan jadual hariannya, lebih-lebih lagi selepas menang besar dalam AJL23. Namun, beliau sebenarnya bukanlah sibuk dengan aktiviti nyanyian seperti yang disangka, sebaliknya sibuk menguruskan isteri kesayangan, Siti Raihanim Noran, yang sarat mengandung anak ketiga mereka selepas Ahmad Mikaeel Zidane, 3, dan Siti Raudhah Nur Iman, 1.

Khamis lalu, Kak Pora baru dapat tahu, isteri Faizal selamat melahirkan bayi lelaki comel pada 18 Februari lalu, kira-kira jam 8.30 malam di sebuah pusat perubatan terkenal di ibu negara. Malah, Kak Pora mengharapkan kehadiran bayi itu dapat mengeratkan lagi hubungan Faizal dan isterinya, sekali gus mendorong beliau untuk bekerja keras dengan menghasilkan lebih banyak karya bermutu pada masa depan.

Cuma, Kak Pora nak pesan supaya elakkan kontroversi. Jangan marah ye, Faizal. Kalau marah, Kak Pora malas nak pujuk, biarlah si Norman Becok tu yang pujuk kamu.

KAK PORA: Tahniah untuk semua finalis ABPBH 2008 termasuk Faizal...

credit to lynna@ rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2009 09:57 AM | Show all posts

ABPBH2008: Pasti sengit

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin & Zaidi Mohamad

Persaingan populariti sesama sendiri di kalangan barisan pelapis beri keputusan mendebarkan

ANGIN perubahan tidak hanya melanda industri muzik tempatan, tetapi tempias evolusi itu turut berlaku kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, apabila ramai muka baru disenaraikan oleh pembaca dalam Top 5 untuk 16 kategori yang dipertandingkan. Pengumuman senarai peringkat ini yang dilakukan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor itu sedikit sebanyak mengubah senario ABPBH yang selama ini dikatakan asyik mencalonkan 憃rang yang sama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 09:25 AM | Show all posts

Mstar, 13/03/09

Anita, Faizal Tahir kongsi pentas Minggu Setiausaha


Faizal Tahir dan Anita Sarawak akan menjayakan Minggu Setiausaha PNB Darby Park pada 7 April ini

SEORANG merupakan diva tersohor dan seorang lagi adalah penyanyi yang cukup menyerlah bakatnya pada masa kini - gandingan mantap dua bintang hebat ini pastinya akan menghangatkan Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park yang akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 April ini.

Anita Sarawak dan Faizal tahir akan menghiburkan kira-kira 1,000 tetamu dengan persembahan bertenaga mereka dengan diiringi barisan pemuzik di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Acis.

Selain persembahan hebat dua bintang ini, tetamu yang hadir pada Minggu Setiausaha itu juga akan turut membawa pulang cenderamata menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup hebat.

Hadiah utama cabutan bertuah itu ialah merupakan set bilik tidur bernilai RM18,000 tajaan Empire Classic Furniture. Turut menjadi penaja ialah Rafflesia, Jovian Mandagie, Silvana Ultimate dan Emma Lisz.

Bertemakan warna perak dan hitam, tetamu yang tampil dengan pakaian yang menarik akan berpeluang dinobatkan 'Pakaian Terbaik'.

Harga untuk menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Faizal Tahir adalah RM450++ dan RM280++ seorang. Tempahan boleh dibuat di talian 03-74903333/579/696/443.

credit to rienn@ rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 09:26 AM | Show all posts

BH, 20/03/09

Dengarnya...: Faizal Tahir digandingkan dengan Nita
Oleh Normah Becok

SEMPENA Minggu Setiausaha bulan depan, Cik Normah sudah terima banyak jemputan daripada hotel dan syarikat tertentu. Jemputan daripada hotel ini selalunya datang daripada pengurusan perhubungan awam atau pengurusan kanan. Selainnya dijemput atas hubungan kawan-kawan.

Tak apalah. Terima kasih dengan semua undangan ini. Tapi minta maaflah, bukan semua undangan boleh dipenuhi. Kalau Cik Normah tak boleh datang, pasti rakan setugas boleh menjadi wakilnya.

Antara undangan yang Cik Normah terima ialah menampilkan persembahan Faizal Tahir dengan Nita, bekas peserta Malaysian Idol musim kedua. Menarik juga undangan ini. Cik Normah teringin juga nak tengok macam mana agaknya persembahan yang menggandingkan Faizal dengan Nita nanti.

Zahid tak rasa apa-apa ke apabila tengok Nita bersama Faizal menyanyi di pentas nanti? Kena pula kalau dalam persembahan itu nanti, Nita dan Faizal berpegangan tangan menyanyikan lagu romantik? Jangan marah Zahid. Cik Normah usik saja.

Faizal Tahir dan Nita akan menjayakan persembahan terbabit di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak pada 22 April nanti. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut bolehlah hubungi nombor telefon ini, 013-3134623.

credit to rienn@ rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 10:46 AM | Show all posts

Balas #151 sayasukagame\ catat

Sal berturut2 faizal digandingkan dgn artis bernama nita???

last wk bukan dgn nita sarawak kew?? ni plak nita zahid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 09:06 AM | Show all posts

Secretaries in for a treat...NST 220309


Catch Faizal at Dewan Perdana Felda and Sime Darby Convention Centre for Secretaries Week.

TWO reality television “superheroes” from Terengganu are set to give secretaries a dinner to remember at Dewan Perdana Felda in Jalan Semarak, Kuala Lumpur on April 22.

One In A Million (Season One) runner-up Faizal Tahir and Malaysian Idol 2 runner-up Norhanita “Nita” Hamzah will be providing the entertainment for Secretaries Week being held there at 8pm.

The dinner, which offers attractive prizes, is themed “A Black And Red Affair” and diners are thus invited to turn up in their most sizzling and stylish red and black wear. It is organised by Me & U Creative.

Multi-talented pop-rocker and songwriter Faizal and glamorous R&B and soul singer Nita will be belting out some of their hit songs, plus cover versions of popular tunes. They will be joined by popular television host and comedienne Sharifah Shahirah as emcee.

The dinner is priced RM380, RM280 and RM180++ per head. Call 013-313-4623.
Faizal will also serenade secretaries at Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur on April 7 with evergreen entertainer Anita Sarawak.

The luncheon at noon organised by PNB Darby Park with the theme “Black and Silver” is sponsored by Rafflesia, Silvana Ultimate, Empire Classic Furniture and Jovian Mandagie.

It is priced at RM450 and RM280++ per head. Call 03-7490-3333.

credit ti ecahaishah@ rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:46 PM | Show all posts
rezeki faizal bertambah lg..
taun lps satu event je..
taun ni dua..
berkat yg anti2 tu ngutuk dye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2009 09:27 AM | Show all posts

Bila Faizal Tahir "Bencinta"

by Shah Shamshiri | 25 Mar 2009



Kami yakin ramai yang sudahpun mendengar lagu terbaru daripada penyanyi lelaki paling hangat Malaysia, Faizal Tahir. Lagu yang berjudul “Bencinta” itu sudahpun diputarkan di corong-corong radio dan seperti biasa, semakin mendapat tempat di kalangan peminat muzik tanah air.

Seperti kebanyakan lagu-lagu hit Faizal, “Bencinta” turut menerima sentuhan keramat komposer tersohor Audi Mok dan lirik penuh maknanya pula oleh Faizal dan Audi sendiri. Lebih menarik lagi, Faizal juga berpeluang mencipta serta menggubah lagu ini bersama-sama dengan Audi Mok. Lantas, sudah tentu hasilnya segah lagu-lagu popularnya sebelum ini.

Tidak perlu kita sangkalkan lagi kebolehan Faizal dalam menghasilkan lirik-lirik yang tulus dan luhur seperti yang pernah dibuktikan dahulu lewat lagu-lagu berhantunya “Sampai Syurga” serta “Cuba”. Kedua-dua lagu tersebut berjaya meraih perhatian pencinta muzik negara, malah “Sampai Syurga” turut menerima pengiktirafan penuh berprestij kala dinobatkan Anugerah Juara Lagu ke-23 kategori Balada.

Kali pertama mendengar tajuk single terbaru Faizal ini anda mungkin berfikir bahawa nama lagunya adalah “Bercinta” sedangkan judul lagu ini sebenarnya adalah “Bencinta” – hasil gabungan dua perkataan iaitu benci dan cinta.

Buat anda yang belum lagi mendengar alunan melodi “Bencinta”, ingin kami maklumkan bahawa muzik yang dipaparkan dalam lagu ini juga seunik tajuknya. Berbeza dengan kesemua lagu-lagu hit Faizal sebelum ini yang berentak rock balada, “Bencinta” lebih rancak dan gubahan muzik rocknya jauh lebih terserlah. Ini diserikan lagi dengan kata-kata hikmat yang menceritakan pembauran perasaan cinta dan benci terhadap seseorang pada masa yang sama. Ternyata, lirik yang ditaburkan oleh Faizal dan Audi ini pasti ada kena-mengena dengan kisah percintaan ramai insan di luar sana.

GUA yakin bahawa lagu ini bakal mengukir sejarah lagi buat penyanyi popular ini kerana keindahan irama serta kata-katanya. Jika anda ingin menjadi di antara mereka yang pertama memiliki lagu ini, anda boleh membelinya di www.guamuzik.com.my minggu ini!

credit to arissa@ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2009 08:27 AM | Show all posts
Minggu Setiausaha Bermula, Utusan 29/3/09


Minggu Setiausaha bermula

SUDAH menjadi tradisi, April menjadi bulan yang dinanti oleh pelbagai golongan untuk berhibur sempena Minggu Setiausaha.

Dahulu, pada bulan ini, Anita Sarawak adalah satu-satunya artis yang mengadakan persembahan sempena meraikan para setiausaha yang dibelanja bos masing-masing atas jasa mereka.

Anita secara eksklusif 'diterbangkan' dari Amerika Syarikat (ketika itu dia menyanyi di Las Vegas) semata-mata untuk menjayakan Minggu Setiausaha yang dipersembahkan oleh rangkaian Hotel Hilton, tidak kira sama ada Hotel Hilton Kuala Lumpur atau Hotel Hilton Petaling Jaya.

Memang hampir saban tahun ketika itu, ramai menantikan kemunculan diva ini menghibur tetamu dengan gaya sofistikated dan energetiknya.

Namun mengikut arus dan trend, semakin ramai khususnya hotel di ibu kota yang mula menganjurkan Minggu Setiausaha masing-masing dengan pilihan artis-artis tempatan yang popular.

Andai dahulu, hanya diraikan dan meraikan para setiausaha tetapi dewasa ini, pentasnya dibuka untuk semua golongan yang mahu menikmati hiburan daripada artis pilihan.

Sepanjang bulan April, tidak sahaja golongan setiausaha bersama bos masing-masing menikmati hidangan enak sambil berhibur dengan persembahan artis tetapi juga orang ramai yang mahu menghibur hati menonton persembahan artis pilihan.

Apatah lagi bukan sahaja hidangan enak yang terhidang malah pelbagai hadiah cabutan bertuah yang tinggi nilainya turut menanti untuk dimenangi.

Ketika demam setiausaha melanda, masyarakat umum boleh memilih untuk menyaksikan persembahan yang ingin mereka nikmati kerana ada kalangan artis yang mengadakan beberapa persembahan dalam tempoh Minggu Setiausaha sepanjang April.

Dan kerap kali pihak penganjur memulakan langkah promosi acara masing-masing secara besar-besaran terutama anda mereka menganjurkan persembahan daripada artis popular lagi ternama.

Ketika ini, sudah ada beberapa penganjur yang mempromosikan persembahan Minggu Setiausaha dengan tema masing-masing.

Pun begitu, melihat trendnya, boleh dikatakan acara promosi dan persembahan artis sempena acara ini agak berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Mungkin sahaja kerana kegawatan ekonomi yang melanda dunia hari ini membuatkan tidak banyak persembahan dibuat. Malah tidak banyak artis yang menjayakannya.

Lebih menarik, tidak ada lagi persembahan artis-artis di beberapa acara sebaliknya mereka membuat persembahan secara eksklusif di satu-satu lokasi.

Anita Sarawak, Anuar Zain dan Ning Baizura antara artis yang hanya menjayakan sebuah persembahan untuk tetamu masing-masing pada tahun ini.

Anuar Zain yang sering mencipta fenomenanya tersendiri apabila sering membuatkan para gadis dan wanita histeria menyaksikan persembahannya akan meraikan para setiausaha dan penggemarnya pada 9 April ini di di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC).

Berhibur selama 45 minit, Anuar yang bakal mendendangkan senarai lagu-lagu popularnya dengan iringan sembilan pemuzik di bawah pimpinan Aylwin Santiago.

Ning Baizura yang pernah menjadi 'queen of Minggu Setiausaha' apabila membuat persembahan lebih dari tiga lokasi beberapa tahun lalu menjadi pilihan Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya bagi menjayakan Minggu Setiausaha yang bakal berlangsung pada 23 April ini.

Mengadakan persembahan selama setengah jam dengan pilihan lagu-lagu malar segar serta lagu popularnya, acara itu turut menyediakan pelbagai hadiah akan menarik termasuklah tiket penerbangan ke Bali dan Bangkok berserta penginapan di sana.

Sementara itu Anita Sarawak buat julung kalinya akan berkolaborasi bersama Faizal Tahir bagi menjayakan persembahan Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park pada 7 April.

Dan setakat ini hanya Faizal Tahir yang bakal mengadakan dua persembahan istimewa sempena minggu setiausaha ini apabila turut berkolaborasi dengan Nita Hamzah menjayakan acara yang bakal berlangsung di Dewan Felda pada 22 April anjuran Me & U Creative.

Pun begitu, sehingga ini nampaknya tiket bagi menyaksikan persembahan Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti yang masing-masing berlangsung pada 22 April dan 21 April merupakan yang termahal iaitu RM580++ seorang bagi tempat duduk VVIP.

Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi sebenarnya antara beberapa nama yang popular dan menjadi rebutan penganjur memandangkan mereka antara penyumbang kepada penjualan meja yang memberangsangkan.

Malang sekali persembahan Minggu Setiausaha Mawi pernah gagal dan kurang mendapat sambutan dan tahun ini, namanya masih belum diuar-uarkan menjadi antara artis yang mengadakan persembahan istimewa.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp....an&pg=hi_17.htm

credit to arissa@ rockensteiners. net
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2009 12:42 PM | Show all posts

HIP BERITA HARIAN:Tak Pernah Terfikir

Tak pernah terfikir

Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]


Faizal Tahir



Walaupun berasa kelakar tersenarai Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2008, Faizal Tahir tetap hargai sokongan peminat

BETAPA sukar sebenarnya dia menerima hakikat bahawa namanya tidak berada dalam senarai pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008).

Sebagai penyanyi, pastinya menjadi harapan Faizal Tahir untuk melihat dirinya tersenarai dalam kategori itu, namun kerana tidak mempunyai sebarang produk baru sepanjang tahun lalu seperti yang disyaratkan membuatkan dia hanya mampu berpuas hati apabila namanya tersenarai sebagai finalis kategori Pengacara TV Lelaki Popular.



Satu penghargaan yang tidak pernah terfikir dalam benak penyanyi yang cukup popular dengan lagu Cuba dan Sampai Syurga ini. Bukannya menidakkan pengorbanan yang dilakukan peminatnya itu cuma Faizal merasakan kategori pengacara itu tidak begitu dekat dengan hatinya.

揝ejujurnya, saya rasa kelakar dan sangat kekok. Apabila mendapat tahu yang nama saya tidak tercalon untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular dan sebaliknya tersangkut dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular, saya memang terkejut sangat sebab bidang pengacaraan bukanlah sesuatu yang amat saya minati.

揕agipun kalau diimbas kembali, kebanyakannya pencapaian saya dalam bidang seni semuanya membabitkan muzik seperti kemenangan untuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu.

揗emang terkejut sangat sebab bidang nyanyian adalah kerjaya utama manakala pengacara adalah sambilan tapi yang tersangkut adalah kerjaya sambilan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 12:44 PM | Show all posts

Faizal dicop 'Mat Lambat' - B*Pop, 05/05/09



Faizal Tahir.

SEJAK kebelakangan ini, banyak sangat rungutan Kak Pora dengar mengenai Superman Malaysia, siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir. tak habis-habis lagi pasal dia ni. yang terbaru pasal kisahnya yang selalu lambat menghadiri sesuatu acara, termasuk temujanji bersama pihak media.

Kak Pora pun terkejut sebenarnya apabila mendengar cerita itu kerana sama sekali berbeza dengan sikap Faizal yang Kak Pora kenali ketika menyertai program realiti popular, One In A Million dulu, dengan beliau cukup berdisiplin, termasuk menjaga masanya. Mungkin Kak Pora terlupa hakikat bahawa seseorang manusia itu cukup mudah berubah, terutama apabila sudah mengecapi kesenangan hidup. Maklumlah, dulu tiada siapa pun mengenali beliau, kecuali hanya sebagai salah seorang anggota kumpulan nasyid, Mirwana.

Namun, keadaan sekarang sudah jauh berbeza apabila sudah mampu mengecapi populariti yang mungkin tidak dijangka oleh Faizal, dengan album laris di pasaran dan tawaran persembahan diterima berlambak-lambak, sekali gus memberikannya kemewahan hidup.

Bagi Kak Pora, mungkin faktor inilah yang membuatkan Faizal alpa, sekali gus begitu mudah mengubah sikapnya seperti mana begitu mudah beliau mengubah imejnya! Namun, Faizal perlu ingat, apa yang dilakukannya ini adalah resepi cukup mujarab untuk menjatuhkannya dirinya sendiri.

Kak Pora terkejut kerana beberapa rakan wartawan hiburan melabelkan Faizal sebagai 'mat lambat' kerana sering datang lewat ke sesuatu majlis dihadirinya, termasuklah sidang media Secretaries Week Luncheon 2009 PNB Darby Park di ibu negara, baru-baru ini. Kalau sekadar lewat lima atau 10 minit tidak mengapa juga, tetapi apa yang Kak Pora diberitahu, beliau terlewat lebih sejam dan terus duduk di kerusinya tanpa meminta maaf kepada penganjur dan wartawan yang membuat liputan, begitu juga artis senior, Anita Sarawak yang terpaksa menunggu beliau.

Cerita mengenai kelewatan Faizal ini tidak berhenti di sini, malah bersambung ke sesi fotografi promosi ABPBH 2008 di Ibu pejabat Pos Malaysia, Daya Bumi Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau terlewat hampir dua jam dari masa sepatutnya. Teman Kak Pora memberitahu, petugas dari Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) menghubungi Faizal hampir 15 minit sekali dan setiap kali dihubungi alasan diberikan berbeza termasuklah tersesat hingga ke Jalan Chow Kit. Entah ya atau tidak! J

Lebih mengecewakan kerana sudahlah lambat, sampai saja di lokasi fotografi, Faizal memerlukan masa tambahan selama setengah jam untuk mekap dan membuat rambut barunya, menyebabkan ramai artis lain bengang...

KAK PORA: Semua artis kena hayati lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad berjudul 'Punch Card'.

credit to rienn@ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 12:46 PM | Show all posts

Faizal Tahir janji baiki 'disiplin'

Faizal Tahir janji baiki 'disiplin' -Rabu April 8, 2009,Mstar Online
Oleh WAHIDA ASRANI

SEJAK kebelakangan ini, Faizal Tahir nampaknya sering dikaitkan dengan masalah disiplin.

Belum pun habis isu dirinya tiba lewat sejam ketika sidang media Minggu Setiausaha yang menggandingkannya dengan dan diva tersohor tanahair, Anita Sarawak tidak lama dulu, Faizal dikatakan turut tiba lewat pada satu sesi fotografi yang membabitkan beberapa artis lain pula selepas itu.

Gara-gara kes itu, Faizal dilabelkan sebagai artis tidak berdisiplin. Akui penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga dan Mahakarya Cinta ini, perkara sedemikian ternyata memberi tamparan hebat buat dirinya.


Apa yang berlaku, tuturnya, adalah disebabkan salah faham. Namun, dalam nada tenang, kata Faizal, dia tidak mahu memperbesar-besarkan isu tersebut walaupun sedar imejnya pasti terjejas.

Malah, pada satu majlis yang lain, Faizal pernah menyuarakan hasratnya untuk meminta maaf pada Anita Sarawak gara-gara tiba lewat sejam di sidang media Minggu Setiausaha di PNB Darby Park itu, sedangkan Anita yang mesra disapa Kak Nita sampai tepat pada masanya.

Faizal telah membuat penjelasan sebenar tentang kelewatan tersebut yang sememangnya berpunca daripada salah faham dengan pihak penganjur tentang penetapan masa itu.

Dan dia sendiri berjanji untuk meminta maaf pada penghibur tersohor itu jika ada kesempatan bertemu dengannya di mana-mana majlis.

Namun, kata Faizal, dia tidak mampu menghalang jika ramai yang beranggapan dia mempunyai masalah disiplin. Bagi bapa kepada tiga cahaya mata ini, dia akan mengkaji kelemahan diri sendiri agar tidak dilanda masalah yang sama lagi kelak.

"Memang perkara ini tidak sedap didengar. Seperti yang pernah saya katakan tentang isu sidang media di PNB itu, sebenarnya saya hanya lewat beberapa minit saja.

"Tak sangka pula saya telah lewat sejam. Saya sendiri ada bukti tentang masa sebenar yang diberitahu kepada saya untuk hadir di sana. Tetapi saya rasa tak perlulah saya besar-besarkan hal ini.

"Walau apapun, saya akan perbetulkan pengurusan masa saya, apatah lagi komitmen saya memang banyak...bukan saja sebagai penyanyi, tetapi untuk menguruskan keluarga juga.

"Saya minta maaf pada semua yang terasa. Saya berjanji akan cuba mengubah kelemahan diri. Setiap teguran itu saya terima dengan hati terbuka.

"Apa yang saya lalui selama dua tahun setengah ini memang cukup mencabar. Tapi, saya kena kuat dari segi mental," kata Faizal yang ditemui pada sidang media sejurus berakhirnya persembahan Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Faizal sendiri di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, semalam.

Faizal turut 'mengotakan' janjinya meminta maaf pada Kak Nita yang turut sama berada di sidang media itu.

Sambil bersalaman dan mencium tangan Kak Nita, Faizal berkata:

"Saya minta maaf dengan apa yang berlaku". Namun, Kak Nita dalam nada ceria menjawab:

"Saya tidak pernah marah. Tidak mengapalah. Perkara ini sudah berakhir," katanya yang turut menghadiahkan sejambak bunga kepada Faizal.

Bangga berkongsi pentas dengan Kak Nita
Minggu Setiausaha yang berlangsung semalam ternyata menyaksikan kombinasi yang hebat antara Kak Nita dan Faizal Tahir.

Meskipun tidak menggandingkan mereka bersama untuk berduet sebuah lagu, kedua-dua penyanyi itu nyata berjaya menggamatkan suasana dengan cara tersendiri.

Tutur Faizal, walaupun dia hanya menjadi 'opening act' pada persembahan itu, peluang berkongsi pentas dengan diva hebat itu merupakan satu pengalaman menarik buatnya.

"Bagi seorang yang masih mentah dalam bidang seni, saya memang rasa bangga dapat 'perform' bersama-sama dengannya. Walaupun hari ini saya tidak begitu sihat, tetapi saya telah cuba sedaya-upaya membawakan lima buah lagu," kata Faizal.

Penyanyi ini telah menyampaikan lagu Cuba, Mahakarya Cinta, You Make It Real, Gemuruh dan Sampai Syurga.

Kemunculan Faizal di pentas menerima respon yang cukup hebat. Melihat penyanyi berusia 30 tahun ini dikerumuni peminat-peminat wanita untuk bergambar ketika turun dari pentas mengingatkan khalayak kepada penyanyi popular, Anuar Zain yang sememangnya sering menjadi 'buruan' peminat-peminat wanitanya setiap kali membuat persembahan.

Ternyata Faizal kini juga berada di 'liga' sama seperti Anuar yang turut menjadi kegilaan ramai wanita.

Sambil tersenyum, Faizal berkata, dia melihat senario seperti ini sebagai satu penghargaan buat dirinya.

"Sejujurnya, pada umur seperti ini apatah lagi sudah berkeluarga, saya hanya lebih mementingkan tentang tahap persembahan saya.

"Bila dikerumuni untuk bergambar dan sebagainya, saya rasa itu bukan masalah besar kerana ia sekaligus bagus untuk meningkatkan tahap keyakinan diri saya, tetapi tidak lah bermaksud saya boleh besar diri.

"Saya sebenarnya lebih suka jika mereka yang meminati saya itu disebabkan hasil kerja dan persembahan saya," kata Faizal.

credit to amalin@ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 01:19 PM | Show all posts
Utusan 21/5/09

Ketentuan hidup Rossa

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
MEMILIKI raut wajah yang lembut di samping tutur kata yang penuhhemah dan sopan membuatkan sesiapa berada di sampingnya terasa begitusenang sekali.
Tidak cukup dengan itu, personalitinya yang ceria dan tidak lokekdengan senyuman itu juga merupakan salah satu faktor mengapa penyanyiwanita popular seberang, Rossa begitu mudah didekati.
Namun di sebalik keceriaan yang terpancar jelas di wajahnya itu,lara hidup yang dihadapinya ternyata begitu berat untuk ditanggung.
Masyarakat hanya mampu menafsir tetapi apa sahaja yang berlaku dalamkehidupannya, hanya tuan punya badan dan Sang Pencipta sahaja yang tahu.
Umum sudah mengetahui tentang kisah pergolakan rumah tangganyabersama pemain drum kumpulan Padi, Yoyo Prasetyo yang terbina padatahun 2004 itu.
Pemilik nama lengkap Sri Rossa Roslaina Handiyani ini mengakui, kasih sayang terhadap suaminya itu masih tebal dan tidak pernah sesekali berganjak.
Kerana itu jugalah, Rossa sendiri belum lagi mengambil keputusanuntuk bercerai biarpun mereka berdua tidak lagi tinggal sebumbung sejaksetahun yang lalu.
Biarpun sempat mengerjakan umrah buat kali kedua pada bulan Aprillalu agar diberikan petunjuk selain daripada mencari ketenangan, namunRossa cukup mengerti dengan kehidupan fana yang penuh misteri ini.
"Apa sahaja yang berlaku semuanya sudah ditentukan oleh Allah. Sayatidak pernah menyesal atas apa yang berlaku kerana saya percaya denganketentuanNya.
"Bohong kalau saya bilang saya tidak pernah berasa tertekan denganapa yang saya hadapi dan memikirkan tentang masa depan perkahwinan saya.
"Tetapi, saya harus bangkit dan meneruskan kehidupan ini demi anak saya, Muhammad Rizky Langit Ramadhan.
"Dia masih kecil dan dia juga tidak seharusnya tahu tentangpermasalahan kami berdua. Saya mahu dia menikmati kehidupan ini denganlancar dan gembira," jelas Rossa dalam satu pertemuan dengan mediatempatan baru-baru ini.
Tambahnya, sudah pasti dia mahu dan mengharapkan akan ada jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangganya.
Tetapi katanya, dia menyerahkan kepada takdir dan waktu yang akanmenentukannya kelak kerana buat masa ini karier dan anaknya itu menjadikeutamaan dalam hidupnya.
Sejak tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya itu, pelantun lagu Aku Bukan Untukmu dan Ayat-Ayat Cinta ini menjaga dan memelihara putera kesayangannya itu dengan dibantu ibunya, Eni Kusmiani.
Namun begitu jelas Rossa, dia tidak pernah menghalang Yoyo untukmenjenguk dan bergilir menjaga anak mereka kerana apa pun yang terjadi,Rizky yang berusia dua tahun setengah itu tetap darah daging Yoyo.
"Kami masih lagi berhubungan dan apa yang penting, hubungan kami ini adalah demi kebahagiaan Rizky.
"Saya tidak mahu menjadi seorang yang kejam apabila memisahkan sertamemutuskan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya," tuturnya penuhmakna.
Menutup kisah peribadinya dan beralih bicara kepada penghasilanalbum keenamnya yang diangkat daripada nama komersialnya itu, Rossaternyata tidak mampu menyembunyikan perasaan teruja dan gembiranya.
Masakan tidak, selepas kelahiran album Kembali tiga tahun lalu, Rossa gigih mengumpul material terbaik untuk menjadikan album Rossa sebagai sebuah album yang mampu memberikan kepuasan kepada peminatnya.
Dia juga berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Melly Goeslaw,Enda dari kumpulan Ungu, Aji Mirza Hakim, Badai dari kumpulanKerispatih serta adiknya, 'Nda yang pernah mencipta lagu popularnya, Pudar.
Disebabkan itu juga dia menamakan albumnya itu hanya sebagai Rossa kerana album ini katanya, merupakan terjemahan dan luahan isi hatinya terhadap setiap lagu yang disampaikannya.
Begitu juga dengan kisah dalam lagu popularnya masa kini, Terlanjur Cinta yang disampaikannya secara duet bersama Pasha iaitu vokalis kumpulan Ungu yang dikatakan adalah tentang kisah hidupnya.
Apatah lagi lagu berkenaan dicipta sepenuhnya oleh suaminyamenguatkan kesahihan khabar angin tentang kebenaran di sebalik laguberkenaan.
Hanya mampu tersenyum Rossa memberitahu, kisah Terlanjur Cintahakikatnya diangkat daripada sebuah filem Hollywood yang diadaptasidaripada sebuah kisah benar yang pernah ditontonnya di saluran HBO.
"Apabila kita mencintai seseorang itu dengan sepenuh jiwa dan raga,apa pun yang terjadi dan seburuk mana pun dirinya perasaan itu tetapada dalam diri kerana masing-masing sudah terlanjur cinta.
"Cinta adalah satu perasaan yang amat sukar dibendung dan ia tidakboleh hilang dengan sekelip mata biarpun seberat mana masalah dandugaan yang timbul di antara dua insan," cerita Rossa penuh makna yangcukup mendalam dan tersirat tentang lagu yang turut terpilih menjadilagu tema bagi sinetron, Dewi itu.
Diusik tentang album Rossa yang lebih bersifat peribadi,sambil ketawa kecil anak kelahiran Sumedang, Jawa Barat, Indonesia inibagaimanapun tidak menafikannya.
Bukan sifat peribadi secara total jelasnya, Rossa adalah sebuahalbum tentang warna cinta dan kehidupan yang dilalui oleh seorangwanita yang mudah rapuh hatinya.
"Cinta sememangnya satu subjek yang begitu universal dan ia jugatidak mampu untuk dipisahkan dengan wanita. Atas dasar itu, karya yangterkandung sememangnya berkisar tentang cinta dan permasalahan yangdihadapi kaum wanita," katanya yang mula mencipta nama di Malaysialewat lagu Tegar pada tahun 2000.
Selain Terlanjur Cinta, antara lagu lain yang dimuatkan dalam album ini adalah Hey Ladies, Hati Yang Kau Sakiti, Tega, Cerita Cinta, Keajaiban Cinta, 1000 Malam dan Sakit Hatiku.
Malah, Rossa begitu menggemari lagu Takkan Berpaling DariMu ciptaan Aji Mirza Hakim yang begitu mendalam maksudnya.
"Setiap kali saya berhadapan dengan masalah dan menikmati kejayaanyang manis, itu semua adalah ujian Allah kepada diri saya dan kepadaNyajugalh saya menyerahkan diri kerana Dia mahu mengetahuisegala-galanya," katanya yang bersyukur dengan sokongan peminatnya yangtidak pernah henti sejak dia mula menjadi penyanyi 12 tahun lalu.
Rossa juga akan kembali ke ibu negara untuk mempromosikan albumnyaitu dan akan mengadakan persembahan istimewa khusus buat peminatnya dinegara ini pada 27 Jun depan.
Dalam pada itu, Rossa sempat menyatakan kekagumannya terhadapkomposer dan bintang baru tempatan yang disifatkannya sebagai kreatif.
Begitu meminati album sulung Faizal Tahir berjudul Aku.Muzik.Kamudan juga karya komposer Audi Mok, penyanyi berusia 30 tahun ini tidakkeberatan untuk berkolaborasi dengan penyanyi dan komposer hebat itu.
"Saya memang meminati album Faizal yang begitu hebat dan segarmuziknya. Malah, dia juga mempunyai mutu vokal yang baik. Insya Allah,mana tahu nanti saya bisa berduet dan meminta lagu daripadanya,"ujarnya yang cukup meminati lagu Cuba dan tidak henti memutarkan lagu berkenaan di dalam keretanya.
Rossa juga sempat berduet dengan Faizal pada malam Anugerah Industri Muzik Ke-16 yang lalu menerusi lagu Terlanjur Cinta dan Cuba.
Malah, malam kemuncak itu juga menyaksikan Rossa memenangi kategoriLagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Disampaikan Oleh Artis Luar Negarauntuk tahun kedua berturut-turut.
Dia memenanginya untuk persembahannya menerusi lagu Ayat-Ayat Cinta manakala tahun lalu untuk lagu Terlalu Cinta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.223923 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list