CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajinomotonosuga

Bagaimana membuat suami selalu jatuh cinta pada isteri sendiri yang SATU.

[Copy link]
Post time 13-4-2009 04:12 PM | Show all posts

Balas #132 lonelyme\ catat

jangan le cakap camtu, malu aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 04:15 PM | Show all posts

Balas #137 Lipton\ catat

ye ke kak lip? ingatkan akak cakap ttg orang yg selayaknya cakap pasal poligami...bukan pasal org yg boleh kemudi byk kapal..nak refreshkan ingatan akak balik...

[quote]Originally posted by Lipton at 13-4-2009 14:16
aku kan kalau cam nik aziz ke bekas mufti perlis ke..harun din ke...somi ustazah bahiyah ke...pakar motivasi fazilah kamsah ke...hassan ali ke...sedap la jugak nak promote poligami ikut sunnah bagai neh...[quote]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by Lily_Savage at 13-4-2009 15:09
sampai saat ni aku masih tak faham ngan species lelaki yg menyimpan gundik tanpa diambil buat isteri yg sah


lily
depan mataku ada kes....suami isteri satu opis tapi memasing ada skandal
isteri ada skandal....suami pun ada skandal
ramai yg tau pasla diorg
tp balik rumah....nafkah yang satu tu tetap diberi
bila ditanya kat si isteri...jawapan dia "oh....suami tu...suami la. pakwe...pakwe la. I pun nak berkasih sayang jugak. lagipun suami I ada makwe jugak. kami saling tak berhutang "

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by tennis at 13-4-2009 16:25


lily
depan mataku ada kes....suami isteri satu opis tapi memasing ada skandal
isteri ada skandal....suami pun ada skandal
ramai yg tau pasla diorg
tp balik rumah....nafkah yang satu tu te ...


Ya Allah, akhir zaman sungguh la..ngeri aku membacanya
islam ke idak pasangan tu?
Kalo aku lah, bkn nak tunggu affair bagai, kecik ati sbb suami tinngi sore pun blh buat aku hilang mood
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 04:38 PM | Show all posts

Balas #124 ParinAmat\ catat

jgn salah fhm bro. saya tak menentang poligami. dan rasanya kebanyakan cik kak kat sini pong tak menentang poligami malah ada yang praktis. Saper kita nak menentang sesuatu yg dihalalkan oleh Allah.. Dia Maha Mengetahui keperluan makhluk yang diciptaNya. Kalau fikirkan tentang hukum Allah ni aje, cukup utk buat kita kagum dengan kebijaksanaan dan luas  serta ketinggian ilmuNya.

Allah tak wajibkan poligami kerana Allah Maha mengetahui yang tak semua mampu dan incline utk poligami. Allah juga tidak melarang kerana Allah Maha Mengetahui, dalam situasi2 tertentu, poligami menjadi satu keperluan. Itulah kesederhanaan Islam -titik tengah di antara dua extreme. Allah benarkan dalam batas2 yang ditetapkan, agar manusia tidak berlaku zalim pada diri sendiri dan juga pada org lain.

perkahwinan poli or mono, kedua-duanya adalah amanah. Even mono sekalipun, ada ketika2nya hukumnya haram..tepuk dada, tanya iman tentang kemampuan diri sendiri.

Dalam topik aji ni, saya lebih suka melihat peranan complementary dan supplementary antara suami isteri. Suami melengkapkan kekurangan isteri. Isteri melengkapkan kekurangan suami.

Bagaimana isteri dapat membantu menundukkan pandangan suami.. Bgm suami isteri boleh saling membantu utk mengawal agar diri dan keluarga supaya tidak menjadi penghuni neraka? Bgm nak jadikan rumahtangga sbg tempat yang mendamaikan, yg penuh melimpah ruah dengan cinta dan kasihan belas, sebagaimana dalam surah al-Rum. Ketenangan dan cinta dalam rumahtangga tu menjadi salah satu daripada dalil/tanda keagungan Allah..   

Cuma jangan jadikan poligami sbg jln pintas menyelesaikan masalah rumahtangga.. Kalau diri sendiri belum terpimpin, isteri yang sorang belum terdidik, anak berderet tak terbimbing, fikirlah byk kali sebelum menambah beban amanah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 04:46 PM | Show all posts

Reply #146 Lily_Savage's post

malangnya....mereka beragama Islam
nauzubillah
semoga aku dan semua yang berkenaan dijauhkan dari melakukan perbuatan ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2009 04:53 PM | Show all posts
mana edot nih? senyap jer...orang kat sini dah stat perang dah neh:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 04:56 PM | Show all posts

Balas #147 aaz\ catat

amatlah betulnya komen ko nie...terdidik atau tak wallahua'lam. setahu aku iman kita bukannya konsisten mcm para nabi, cuma kepala kuarga kena la tambah ilmu agama dan interpersonal skill utk bina keluarga, tambah2 dgn cawangan2 yg sedia ada... ...cuma tang cinta pada isteri yang satu (dicapital  letter kan) yang rasa cam ko promote mono... itu je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 04:57 PM | Show all posts

Reply #149 cokkodok's post

apa perang2 neh..ibu poziah kata "takmo, takmo, takmo"
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 05:00 PM | Show all posts

Reply #144 ParinAmat's post

sorry bro..ahkak sebenarnya nak tulis kalau depa2 tu berpoligami then sedaplah sikit kita nak promote poligami neh bagai kan..tapi nik aziz sendiri pernah bagi komen katanya wanita hari neh fobia pasal poligami sebab terlalu banyak contoh yang tak elok di sekeliling...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 05:12 PM | Show all posts

Balas #152 Lipton\ catat

barulah terang lagi bersuluh
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 05:42 PM | Show all posts
cuma tang cinta pada isteri yang satu (dicapital  letter kan) yang rasa cam ko promote mono... itu je..


Kita tak promote poli ke mono ke.. kalu sape2 nak jadi mcm imam nawawi tak kahwin sebab bz ngan tugas2 keilmuan pun, kita tak kisah..

tang huruf besar tu, kita ikut topik aji je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 07:21 PM | Show all posts

Balas #154 aaz\ catat

nie dah terlebih terang berspot lite lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 10:10 PM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 13-4-2009 01:07
Patut ke kita buat isteri2 yang sominya tak mengamalkan poli merasa bersalah pulak sebab seolah-olah somi tu hak dia sorang?


laki me hak me dah me tak da rasa bersalah pun..
kenapa nak rasa bersalah..?


kalau suami tu
tak da curang menghabiskan
masa denganw anita bukan isteri sebelum kahwin,
yg direct minta izin tanya bini cam
''yang, boleh carikan abang bini tak''...
ha cam ni layak kot berpoligami....
tapi ada ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 10:28 AM | Show all posts
cuba yg ni lak

GODALAH PASANGAN ANDA


Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya
lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan
yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan
gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap
anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk
dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,
cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa
stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang
dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?
Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk
menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya
namanya.


2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang
tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.
Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si
dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.


3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian
semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.
Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak
sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja
pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.


4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,
pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika
itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.
Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan
besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti
mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan
daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu
tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.


5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya
tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti
seronok menyakat si dia dengan cara ini.


6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.
Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton
televisyen atau semasa berbual-bual. .


7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya
dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti
orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila
sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda
perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan
waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula
dimarahinya.


8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak
juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika
bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun
kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si
dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat
dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,
romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,
cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah
terancam si dia memandang.


11. Nak masukkan gear...ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.
Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa
salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya
dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops... tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas
mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa
hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak
biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda....


13. Jeling-jeling

Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka
tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya
menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya
terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.
Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula
pada anda.


14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel
dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.
Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga
boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.. .


15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai
merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.
Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya
jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk
bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti
hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke
rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa
dirinya lebih disayangi.



17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,
mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu
tunggu-tunggu lagi.



18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh
itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,
setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila
dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.



19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..
Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar,
takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,
ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan
pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.



20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si
dia.


selamat mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 11:20 AM | Show all posts

Balas #156 faraway1\ catat

Fara, jangan tatau, ada suatu puak umat ni yang memang suka propa poligami, sampai kalu isteri dok pulun laki dia sorang isteri tu seolah-olah berdosa plak sobab macam stingy gitu, macam somi tu hak dia sorang.

Masa aku baru kawen dulu aku jadi konpius, sobab puak2 ni rajin lah jugak nak berkawan-kawan ngan kitorang laki bini (ni sobab laki aku nyer opismet salah sorang daripada ahlul puak ni dulu). Depa nyer propa - JALAN PINTAS KE SYURGA UNTUK ISTERI. Selalu lah kami dapat keset, majalah sume.

So aku pi tanya sorang ustaz ni, Tuan Ibrahim Tuan Man...ustaz tu jawab pe'el mencarikan isteri untuk somi tu bertentangan dengan fitrah manusia. Lain kalu ada keperluan yang mendesak, maka poli jadi last resort. Tapi banyak lagi cara lain nak masuk syurga, bukan takat pi cari gadis gebu untuk dibuat madu.

Jangan pigi tadah leher untuk dipancung, moral of the story.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2009 11:29 AM | Show all posts

Reply #157 sunsuria's post

aku suka yg no 12
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2009 11:35 AM | Show all posts
hangpa tak paham soalan ek..

soalan topik aku tu luas..tak semesti dari sudut soang isteri or even suami tu sendiri

penguasa or pemerintah pun bleh fikir dan buat, malah anak pun leh amik tau dan buat or sesapa je lah

misal gomen buat kempen satu suami satu isteri haa..tu contoh dari pemerintah
misal anak tu ajak mak ayah pi piknik..kalo ayah bz tokleh pih..dia takmoooooooooooooh..nak depa pi sesama gak haaa.


so banyak ler sudut2 lain..ni asik2 romennnnnnnnnnn jek..kembangkan la skit akai tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by bella_luna at 13-4-2009 00:51
boleh pakai buang...


Tapi masih boleh pakai gak kan?

yeaaaaaaaaaa..abg night menang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 02:15 PM | Show all posts

Reply #160 ajinomotonosuga's post

oooo kalau cam tu aku cadangkan cukai lebih skit  keatas lelaki yg berpoligami....duit tu diguna utk bantu yayasan ibu ibu tunggal...boleh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057442 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list