CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farra2503

Hai-O Marketing

[Copy link]
Post time 4-6-2008 02:02 AM | Show all posts
wife member husband buat Hai-O ni, nampak mmg berjaya sungguh..tapi tu la..anak2 membesar di kereta sbb ikut maknya buat jualan..

dari segi tu mmg saya tak mampu dan tak sanggup la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2008 08:58 AM | Show all posts

Reply #140 hanna1905's post

sama dgn jiran aku.. gila-gila buat Hi-O, jual beautiful.. kiranya pangkat dah tinggi le.. bonus dah tentu ribu riban.. tapi anak dia tak jaga sendiri, adik beradik lain yg tlg jagakan.... anak dia cite, sesekali kalau mak dia bawak gi jejalan, konon nak spend time, bawak gi seminar Hi-O.. sudahnya bila mak dia ajak gi jalan, dia takmo ikut..

sekarang dah berhenti buat dah.. concentrate kat kedai kek yg dia bukak.. agaknya dah penat sgt berkejar sana sini... kejar harta dunia, anak harta depan mata jgn le diabaikan..

aku tak tuju kat sesiapa ek.. sekadar kongsi cerita..

PEACE!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:17 PM | Show all posts
kawan2 aku keja government...masuk...2x je dpt cek sbb dpt cari downline pehtu bungkus...skang x dpt cari downline...tanggung utang 10 tahun lg kat bank rakyat....korset pun x terjual...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 04:20 PM | Show all posts
salam,

   TQ atas info yg sedara/i posting kat sini..tertarik ngan satu reason klu ada org ajak masuk Hai-O dan wat loan,akta kat org tu,kita dh tak leh wat loan sbb dah 60% gaji kita bayar kat loan lain..bagus gak idea tu..heheheh!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 11-5-2008 04:50 PM



yg tak masuk mlm pun boleh pakai setakat estima kak



asben akk pn tak buat mlm, keje biase je..leh pakai estima gak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by airynz at 18-3-2008 05:20 PM
Written by ENCIK UBAIDILLAH on 2008-02-20 18:40:43
--------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum
Saya adalah seorg government servant yg tur ...



kes ni sebijik kes kakak saya...mmg dia tak terjual pon korset tu semua...kwn2 yg manis mulut berjanji nak tlg tu dah hilang entah kemana bila loan 21K tu lulus....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2008 04:11 PM | Show all posts

Reply #142 arenis's post

jual je murah-murah kat kawan ke, jiran ke, janji boleh cover harga kos takpun a little bit below cost... tak le rasa rugi sangat...
Kena cuba habiskan juga...duit tu...
Ok nie pendapat I je...kalau dah cuba tak berjaya...pack dan simpan elok-elok 5~ 10 thn akan dtg boleh jual balik tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:15 AM | Show all posts
kalo ada sesape nk jual corset beautiful below 1000,contact saya ek...
nurul  0124268144
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 02:16 PM | Show all posts
kwn aku ade join hi-o...dia x pnh pn join mana2 mlm seblum ni...tatau la bjaya ke tak...
berbekalkan muka kesian yg salu dpt MC dr doktor...tatau lak klu jual mende ni dia wat muke kesian gak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:31 AM | Show all posts
sorang kawan berjaya and pakai compressor
keje gomen... skg asik cuti nak wat sale katanye

2 org lagik dah bungkus... tanggung hutang
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 09:32 AM | Show all posts
aku tukang perati je
x berani maaa....
high-risk n dah calculate = lari jauh2
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:05 PM | Show all posts
ye la, bagi yg nk cuba yg kecik-kecik dulu boley try yg lain...

apahal masuk topik bab amway pulak ni?
tolong jangan buat iklan, ok!

[ Last edited by  ctredzuan at 22-6-2008 08:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:49 PM | Show all posts
bincang hal hai 0 jer, jangan nak tambah cakap bab lain le pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 11:07 AM | Show all posts
jgn buat investment kalau berhutang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 09:51 AM | Show all posts
aku dh joint hai-o, tak kaya-kaya pun seperti yg dikata masa mula-mula dulu. kata boley dapat balik rm 23k. 10 unit penapis air tak laku-laku. tergolek dalam stor.CDM cerita umpama memaksa kita cari orang. Ah..poyolah, menyesal aku masuk hai-O nie. sapa-sapa nk masuk pikir 3000 kali. Kalu masuk je, umpama jerat leher sendiri.pastu suruh gi meeting. meeting pulak tu asyik-asyik cerita basi. tak yah masuk! tak payah masuk hai-O..Okey ?

Hahaha.. Aku dah agak hai o ni penipu. Aku dah pegi dengar ceramah kat bdr baru sentul, tupun sebab kesian kat kawan aku ajak byk kali. Dahla buat dlm dewan, panas gile, tertutuplak tu. Tiba2 datangla sorg akak ni naik brabus kononnya dah berjaya la. Tp dlm hati, aku dah agak die akan guna cara yg sama cam MLM lain. Tu semua kereta syarikatla. Disebabkan die dapat cari ramai org, psl tu company sanggup bagi pinjam kete tu utk menarik lebih ramai org utk join. Kene labur kat 21k, pastu bayar hutang x pasal2. Sebenarnya ni cara company jual barang dan buat marketing, tp dgn cara MLM. Aku yakin ni semua mesti syarikat Cina, yg menggunakan kelemahan org Melayu sebab org Melayu mmg suke nak kaya cepat dan mudah. Kalau betul ada bisnes yg betul2 boleh jadikan seseorg tu kaya, kenapa masih wujud org2 Cina yg bukak kedai di tempat2 baru? Sebabnya cara perniagaan camtu baru boleh jadikan kita senang. Nasib baik aku dah buat loan 25k, tp ternak cacing. Lagi banyak kelebihan dan income. Sekurang2nya nampak gak hasilnya. ok, tu aje..caucin

25 Mei 2008 baru ni ada keluar di akhbar berita harian peringatan oleh Hai-O Marketing yang kata ada penipuan oleh orang tertentu bersama syarikat kewangan yang beri pinjaman 75K. Saya tak faham apa yang sebenarnya berlaku. Takut gak kena tipu ni.....

betui kata adlina tu....kalo dapat upline hampeh...macam tu lah jadinya..dah tahu satu kaki ni tak bergerak..dia bukan nak heran pun..sebab ader banyak lagi kaki yang bergerak....bulan2 dia dapat jugak ....bagi dia..yang tak bergerak tu..tak produktif....pastu bila ngadu ngan CDM lak..macam lari2...tak layan..tak amik peduli..(sebab income dah ribu2..bz tak der masa nak layan karenah yang gagal ni)..pastu sibuklak duk cari prospek nak naikkan sleeping partner dia....masa nak suh masuk bukan main janji...u all tak kan keseorangan...kalau upline u nak naik pangkat lebih tinggi dia akan makesure u naik juga..tu lah ayat yang aku ingat sampai hari ni)tapi hakikatnya...bila dah banyak kaki..downline yg gagal ni..dibiarkan macam tu aja....terkontang kanting..dah dekat 10 bulan berlalu..tanya khabar pun tidak...memang aku tak halalkan dunia akhirat...hari2 aku doa..hidup mereka tu semua dapat malapetaka....tak bahagia..just tunggu je laa..(agaknyer sebab tu la ramai orang2 yang nampak kaya..tapi selalu tak bahagia..sebab hidup mewah atas penipuan dan kesengsaraan orang lain..hari-hari didoa macam tu...orang teraniaya ni..doa makbul pulak tu)....kalau dah 40 orang doa mender sama..memang abislaa..cewaahh..terpanjang plak melalut...tu hanya untuk upline yang jenis hampeh la..yang jenis ok..jangan lah risau...u all tak der kena mengena..so teruskan perjuangan..jangan jadi macam mereka yang hampeh tu..bertanggungjawablah atas kata2 dan janji anda..yang kononnya nak menolong bangsa sendiri....kawan2 sendiri..sebaliknya menyusahkan kami2 ni dengan hutang-piutang...kalau tak...ghentikanlahh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 09:53 AM | Show all posts
Plan Hai o Marketing (group 369)
Pagi tadi saya menghantar kawan saya yang akan ke Penang untuk tujuan pemantauan tapak projek. Bila masuk ke dalam kereta saya, dia bertanya berkaitan bag di seat belakang. Balik kampung ke??. Pantas saya jawab.”Eh tidaklah. Bag tu kepunyaan rakan kongsi saya”.saya juga menerangkan serba sedikit berkaitan bag tersebut. Bag berwarna hitam tu adalah hadiah dari Hai O marketing apabila pelanggan membeli (corset premium beautiful sebanyak 10 set + 2 set percuma) dan kesemua nilainya adalah sebanyak RM 23000. “Istimewanya Hai O“. Kawan saya seakan-akan pelik dengan kata-kata saya. Sambung saya , “pelik bukan” belum start meniaga dan menaja, hai o dah bagi bonus RM3 ribu. Kalau dah start menaja lagi lah bonus berlipat kali ganda. lagipun nak jual cuma 11 set untuk seumur hidup, satu lagi kita pakai sendiri lah. Ada orang tanya kenapa Hai o bagi RM3k padahal belum meniaga, jawapannya amat mudah iaitu hai o marketing dengan lapang dada menghargai usaha anda dan memutuskan untuk memberi ganjaran, orang dah kasi, apa lagi, amiklah. Hai-o amat bermurah hati kan. Segalanya untuk usahawan hai-o. Dan satu lagi Hai o juga tidak mempunyai sebarang hutang. semua aset dimiliki sepenuhnya oleh Hai o sendiri. Sambung kembali bab tadi,kalau katakan satu set kita jual secara ansuran RM100 sebulan selama 24 bulan berapa totalnya ek.

100 x 24 bln x 11 set = RM26400.00

Jumlah sebanyak RM26400.00 inipun dah boleh bayar loan sebanyak RM 23000, maka 26400+3000 (bonus pertama) - RM23000 = (RM6400 Keuntungan.)

Ramai orang takut nak buat loan untuk bisness hai o kan… Tapi ramai pula yang tak takut untuk buat loan kereta. Padahal loan kereta akan susut nilai. Tp kereta tetap kena beli juga. Penting tu…Bagaimana pula dengan loan untuk berniaga ? sepatutnya kita tak akan takut disebabkan itulah bisness yang akan membawa pembaharuan kepada sumber kewangan kita. Tak salahkan kita mencuba.

Apa yang perlu adalah bermula dari diri kita dahulu. Bagaimana untuk kehadapan sekiranya kita tidak mampu melangkah setapakpun ke hadapan. Apa tunggu lagi. Melangkahlah segera , mulakan langkah dengan penuh gaya dan penuh tanggungjawab.

Perniagaan premium beautiful sangat istimewa kerana kita tidak perlu menyewa kedai, tidak perlu mempunyai pekerja, Barang tidak pernah luput dan boleh dibawa kemana-mana. Just letak dalam kereta pun boleh kita berniaga di mana-mana sahaja. Ada orang cakap modalnya terlalu besar. Tapi bagi saya ia adalah kecil jika dibandingkan dengan membuka sebuah kedai yang memerlukan sekurang-kurangnya 50K, Francise 100k keatas, stesen minyak 250K, pendek kata semua perniagaan memerlukan modal. Logik saya kata, kalau modal besar untung pun besar dan modal kecil untung pun kecil. Nak yang mana ?. Pilih sendiri. Kedua-duanya pun ada kebaikan dan keburukan. Baik kita ambil kebaikan secara maksimum dan buruk/kerugian kita minimumkan. Realitinya kita mesti yakin dan percaya. Bentukkan kepercayaan adalah dengan merobohkan tembok penghalang “kepercayaan”. Fikir secara mendalam, tenangkan fikiran keluarkan apa-apa sahaja ketidakpercayaan tadi menjadi percaya dan yakin bahawa Anda “BOLEH LAKUKAN” dan mempunyai keinginan. Orang yang tidak mempunyai keinginan, tidak dapat berjaya dalam hidup. Sia-sia sahaja hidup di dunia ini jika tidak mempunyai keinginan. Untuk berjaya dalam kehidupan, anda bukan sahaja dikehendaki mempunyai keinginan. Malah, anda perlu menambahkan perkataan ‘KUAT’ pada keinginan anda. Keinginan yang kuat, itulah kunci bagi mencapai kejayaan. Amat berbeza antara keinginan dengan keinginan yang kuat. Mempunyai keinginan sahaja menyebabkan anda mengaku kalah apabila bertemu kegagalan, sekalipun tujuan anda adalah untuk menang. Sebaliknya keinginan yang kuat membuatkan anda terus mengejar impian walaupun anda menemui kegagalan demi kegagalan. Keinginan yang kuat inilah yang akan mendorong, menolak dan menghalang anda dari berputus asa malah ianya akan memaksa anda bagi meneruskan mengejar impian. Tempat paling layak bagi anda adalah di hadapan. Paling hadapan sekali, mengatasi yang lain. Tidak sekali-kali hanya menjadi pemerhati, melihat kemenangan orang lain. Kuatkan keinginan, maju kehadapan kearah kekayaan.

…………………………………………………………………….

Setelah itu kita perkenalkan dengan 2 orang rakan berkaitan produk premium beautiful (penerangan berkaitan Funsi setiap set produk Premium Beautiful akan saya bincangkan kemudian). Alah kawan kawan rapat pun boleh. Ada kawan tak?? mesti ada. kalau tak percaya cuba buka senarai nama Handphone tu. At least ada lebih kurang 50 orang. Namun begitu untuk permulaan pada bulan pertama cukuplah kita perkenalkan produk kepada 2 orang teman rapat. Itupun dibantu oleh upline. Upline yang akan ambil alih tugas anda.Tugas kita adalah:

1. Perkenalkan Kawan kepada upline

2.Duduk diam, ketika upline bercakap

3.Senyum….dan anggukkan kepala (mengiya kan saje apa yang dicakapkan)

(langkah 2) Faedah yang anda dapat untuk tugas diam dan senyum anda :

1. Bonus RM2500 (2 tajaan)

2. Kenaikan pangkat dari SM(sale manager) kepada SSM (senior sale manager)-penerangan dari segi kenapa boleh naik pangkat untuk dari SM / SSM / DSM / DDM / CDM

Nota : Kalau dahulu untuk mencapai pangkat SM mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi dengan sistem ni cuma mengambil masa 1 hari sahaja. Umpama kita nak balik jauh. Jalan mana yang cepat sampai. Highway atau jalan kampung yang berlopak. Kalau saya lebih baik ikut Highway, jalanpun elok dan selesa.

3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah.

4.Melayakkan anda untuk melancong ke destinasi terpilih.

(Langkah 3) Faedah memimpin / senyum dan angguk2

Seperti dilangkah pertama dan juga langkah kedua sudah pasti rakan baru kita mahukan perkara yang sama berlaku. Disitulah pentingnya kita sebagai upline mengendalikan tugas supaya rakan baru diperkenalkan dimana letaknya stokis berdekatan, diperkenalkan dengan barang keluaran, memperkenalkan dengan rakan kongsi yang lebih senior, memperkenalkan latar belakang dan letaknya Head Quarters sebagai langkah awal supaya rakan kongsi yang baru tadi lebih berkeyakinan dan kemudiannya meniru (duplicate) apa yang kita lakukan sebentar tadi seperti pada langkah awal. Dengan cara ini rakan baru tadi akan mendapat faedah yang sama seperti yang terdapat pada langkah 1 dan 2. Namun begitu kita sebagai senior juga akan mendapat faedahnya. Dalam masa yang sama juga kita perkenalkan lagi kepada 2 orang lagi. Kena ingat !! semua ini perlu dilakukan bersama upline.

Faedah memperkenal rakan baru : (2 rakan kongsi baru - direct leg yang masuk bulan pertama) dan 2 rakan kongsi yang join bulan kedua tadi + 4 rakan leg baru)

1. Bonus sebanyak RM7500

2. Kenaikan pangkat dari SSM kepada DSM

3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah

4. Kelayakan untuk melancong

5. Bermulanya pencapaian untuk tabung kereta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2008 09:53 AM | Show all posts
Begitulah seterusnya, duplication akan berlaku sekiranya kita sabar dan bertanggung jawab terhadap semua rakan kongsi. Perkongsian ini adalah ikhlas supaya setiap rakan kongsi beroleh kejayaan. tanpa rakan kongsi bagaimana kita akan menempa kejayaan. Jika rakan kongsi berjaya baru lah kita akan berjaya. Tetapkan matlamat agar setiap rakan kongsi akan berjaya dengan cemerlang. Insya-Allah.

Sistem inilah yang memberikan sinar baru kepada Usahawan hai o. Dengan kata mudahnya ia dikenali sebagai

“SISTEM BONUS RM13 RIBU DALAM MASA 3 BULAN”

Betul ke 13 ribu

(RM3K-mula2 masuk + RM2500 Bln ke2+ RM7500 bln ke3)

Total RM13 ribu untuk 3 bulan-secara purata 1 tahun ada 12 bulan. Maka

RM13 ribu - 3 bulan per 1

RM13 ribu - 3 bulan ke2

RM 13 ribu - 3 bln ke 3

RM 13 ribu - 3 bln ke 4

——————————

RM 52 ribu untuk setahun

——————————

Setelah saya terangkan sistem yang membuatkan Hai o melonjak kini tiba masanya saya terangkan bagaimana untuk berniaga. Ada juga tatacara yang perlu diikuti. Kalau mengikut sistem dan panduan yang diberikan insya-Allah pasti berjaya.

BAGAIMANA NAK BISNES !!

1. Pakai

Disebabkan kita perlu berniaga dan menjual produk premium beautiful seharusnya kita perlu merasai dan menjiwai kelebihan dan kehebatan sesuatu produk. Bagaimana kita nak cakap sesuatu itu rasanya manis padahal kita belum merasainya sendiri. Dengar cakap orang !!!….belum pasti ianya betul. Untuk wanita set premium beautiful boleh dipakai 1 set iaitu bermula dari bahagian atas /tengah@bengkung dan bawah. Bagi lelaki pula boleh dipakaikan bengkung sahaja. Tak perlu malu..waktunya boleh dipakai bila-bila masa. Malam ketika tidur pun boleh.

2. Buatkan senarai nama.

Kekadang kita terlupa bakal pelanggan. Jadi seharusnya kita menyediakan seberapa senarai nama yang berpotensi untuk bersama-sama berkongsi perniagaan. Kawan rapat, kawan sekolah, kawan tempat kerja, kawan ketika berkursus, keluarga. Senarai nama tersebut hendaklah dituliskan diatas kertas/buku sebagai rujukan kita dan upline supaya kita sama-sama memperkenalkan produk dan sistem hai o marketing.

3. Jual secara ansuran.

Umum sedia maklum bahawa set premium beautiful adalah barang keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi. Disebabkan itulah harganya juga agak mahal. Namun begitu ramai orang memerlukan premium beautiful sebagai pembentuk badan dan juga untuk kesihatan. Kita andaikan sebuah mercedes dan wira. Mana yang lebih mahal ? sudah pastilah mercedes lebih mahal berbanding wira. Kenapa mahal ? ia adalah disebabkan jaminan kualiti, prestij dan kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh kereta wira tersebut. Samalah macam premium beautiful, ianya mempunyai kualiti yang pasti tidak dapat ditandingi oleh corset seumpamanya. Sebagai contoh premium beautiful telah diiktiraf sebagai produk super brand…corset lain ada tak super brand. Bukan calang-calang sesuatu produk untuk mendapat super brand. Lagi pula, produk premium beautiful telah mendapat pengiktirafan dari pakar-pakar tulang belakang. Jadi, memang patutlah premium beautiful lebih mahal kan?.

Ramai wanita yang inginkan premium beautiful tetapi disebabkan ianya mahal maka pelanggan terpaksa melupakan dulu hasrat. Oleh itu kaedah yang sepatutnya adalah dijual secara ansuran. Boleh dijual mengikut kemampuan samada 100 /150/ 200 sebulan mengikut kemampuan pelanggan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 09:54 AM | Show all posts
Apa pendapat korang dan sesiapa yang dah menceburi Hai-O nie. Sebab Sabtu nie Hubby ajak meeting dengan Hai-o nie. Takut tertipu je
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:07 AM | Show all posts
membe aku ajak masuk gak ari tu.tapi di pk2 baik aku simpan duit dr buat sistem ni.menakutkan.21k tu.

ko ckp ape ek.kat atas ko kasi keburukan kat bawah lak ko macam ajak orng masuk plak.tak pham aku!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #5 farra2503's post

Dgr blh percaya jgn..mcm2 kn dgr pasal MLM nih..baik rm20k+ tu masuk FD..just pandangan merak :victory:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.713015 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list