|
Bagaimana Nak Beri Kesedaran kepada orang Islam Menyokong Peniaga Islam
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amirul_nazri at 9-3-2010 10:05
ada 1 scenario yg bagus happen kat aku today...yg ada kaitan dgn topik nie
td pagi aku dah terlewat nak gi kerja sbb spoket motor rosak.. aku gi bengkel motor melayu (usahawan islam)..minta tolong dia amik motor aku di rumah, bwk ke bengkel dan repair...dia kata "abg tolak la motor tue..kami tak buat camtue"..
then
aku pergi ke bengkel motor lagi satu plak (usahawan cina non islam)..dia kata " ok, wa ikut belakang honda u, dah siap wa hantar motor lu skali ke rumah "..
so, korunk fiker,kdg2 camna yg org islam nak beri sokongan pada usahawan2 islam??...kami consumer2 muslim bukan nak servis tiptop sgt pun, tp just mengharapkan kesenangan...duit takder hal punya asal urusan kami mudah..bukan kami malas.. |
|
|
|
|
|
|
|
bank islam ke, bukan ke.. sama sahaja agenda dan nama lagi institusi perbankkan, akan ada untung yg mereka declare sbg upah simpan @ akad upah bg pinjam, sama sahaja kalau kita kaji, yg nampak halusinasinya.. akad jual beli
ctredzuan Post at 8-3-2010 23:01
bank bukan badan kebajikan...mereka juga consider business entity..akad jual beli is part of islamic module yg dh jadi standard worldwide dan halal..so takder isu agenda or "hidden" agenda utk mengaut keuntungan lebih2 whatsoever... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sedarkah ko..yg kita juga diuji.. ...
ladyrock Post at 8-3-2010 09:10
bagaimana pula jika peniaga itu yang diuji sebenarnya...? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun nak respon sepanjang saya berniaga kek dan cupcakes, kategori perniagaan makanan la kan,
biasanya peniaga area bangi ni akan membeli barang di kedai Yummie, selang beberapa kedai dia ada satu kedai melayu, jual barang bakeri...
Kalau saya tidak berniaga, saya akan memilih untuk perig menolong usahawan melayu/islam tadi, tetapi bila saya sendiri untuk berniaga, rasanya tak berbaloi saya nak beli barang disitu
Contohnya sekilo self raising flour kalau kedai cina jual sekilo RM3.40, kedai melayu RM3.90 (50sen beza utk sekilo) biasanya kami beli 10kg tepung sekali so 10kg x 50sen, kami rugi RM5 kat situ.
Krimwell utk kek, kedai cina jual RM5.90/kg, kedai melayu jual sampai RM7.20/sekilo beza berapa tu?? kalau 10kg, berapa ringgit bezanya..
Satu tong buttercup 3.8kg, kedai cina Rm41, kedai dia jual RM45.00 benda yang sama
ni saya cerita 3 benda je...
kalau sekali saya beli barnag untuk berniaga mmg beratus-ratus abeh.. kalau dihitung beza saya beli kat kedai cina dan kedai melayu ni berpuluh-puluh ringgit bezanya...
Tetapi bagi barangan lain yang saya gunakan seharian dirumah, macam barang basah, memang akan cari orang melayu/islam, tak kisah walau mahal sedikit... niat nak bantu.. kalau kedai runcit pun sama, ada kedai melayu dan cina, kalau mahal sikit kedai melayu taper, niat nak bantu, moga-moga dia keluarkan zakat nanti orng susah lain merasa...
tapi kalau untuk berniaga, tak praktikal saya beli barang di kedai melayu kerana harganya mahal...
seringkali saya terfikir, kenapa orang melayu/islam kita tak byk supply barang bakeri.. dpt bawa masuk barnag murah dan jual murah macam cina...
itu sebab bake with yen, bagus, yummie dan beberapa tokei bakeri supply kaya raya, sebab org malayu tader pilihan...
yummie tu dari ada satu kedai belakang warta, kemudian bukak lagi satu, mula dua lot kedai, skrang 3 lot kedai dia sewa sekaligus....
lagi satu beza tokei cina ni, dia jaga customer dia..macam masa krisis gula/tepung, dia akan jual pada customer tetap dia saja, orang dia tak kenal, dia tak jual... kalau jual pun dia limit, tp regular customer dia, kita call, dia prepare, kita datang amek barang dan bayar je..
and again peniaga cina suka terokai pasaran, ingat lagi masa mula saya bisnes cupcakes minta tokei cina ni carikan cup jenis soufle cup, dia kata dia akan cari, u bagi gambar, bila saya minta tokei kedai melayu, kata dia, mahal la...takder org beli la....
tapi tokei cina tu terus call saya bila dia dpt stok barang macam saya nak, dan skrng dia jual cup tu berkoyan-koyan dia bawa masuk... abeh je...
erkk tu pengalaman saya la |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
144 # pnut
emmm...betul la.. kite tak banyak pilihan..
nak kena jimat kos gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
144# pnut
Aku sama spt hang. Selagi terdaya tolong bisnis org2 Islam. Terutama untuk membeli barangan di kedai runcit. |
|
|
|
|
|
|
|
sy stuju ape yg pnut ckp tuh...... mmg nak tolong org same kite tp kadang2 derang lak yg tak pandai nak jage hati kite, cth. kat tempat aku duduk nih pun kalau kedai runcit cume ade 2 kedai mlayu, tp regenye kalau nak compare ngan kedai lain sgt lah beze. kalau blih dlm amoun yg sikt mkn tak terasa tp kalau blih byk mmg sgt2 terasa. tambah lak dlm keadaan ekonomi skung, sume nak jimat.... itu masalahnye skung... |
|
|
|
|
|
|
|
112# aarie
betul3....
hantu2 gila ingat dah berjaya troublemakerkan aku aku dah bosan n tak masuk board usahawan lagi...
silap besarlah....
kita tunggu doa panahan petir kedua... |
|
|
|
|
|
|
|
149# saatchamboss
ish ish ish.. tak baik ko nie...
cuba mintak dibukakkan hati kita sumer supaya boleh berkasih sayang..
pastu bleh ko belanje kitorang sumer makan mee banjir ke... ikan bakar ke...
kan ke lagi bagus.......... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam berniaga ni, orang melayu kita kena pegang prinsip
macam cina "jual murah-ramai org datang"
kalau kedai melayu satu barang untung 20sen, yg datang 5 org je, dia baru dapat untung RM1. kedai cina untung 10sen satu barang, tapi yang datang 20 orang, cina untung 2rggit...
gitulah konsepnya... murah-tapi ramai datang... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam berniaga ni, orang melayu kita kena pegang prinsip
macam cina "jual murah-ramai org datang"
kalau kedai melayu satu barang untung 20sen, yg datang 5 org je, dia baru dapat untung RM1. kedai ...
pnut Post at 12-3-2010 11:17
tapi aku rasa masalah kepada kebanyakan peniaga melayu adalah harga... macamana diorang boleh jual dgn harga yang hampir sama dengan harga borong... kadang2 lebih rendah lagi (ini terjadi kat aku masa expo di uum tahun lepas)..... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam berniaga ni, orang melayu kita kena pegang prinsip
macam cina "jual murah-ramai org datang"
pnut Post at 12-3-2010 11:17
mungkin dia dapat dengan harga murah...so boleh le jual dengan harga murah... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by happydot at 15-3-2010 22:36
if sebgai penjual, mestilah sya nak org sokong sya... even if guna konsep tolong sesama agama/bangsa. Atau apa je konsep yg diketengahkan, asalkan jualan saya laku.
Tapi sebagai pengguna, saya tetap akan cari harga murah, kualiti bagus & servis tip top. Kadang if harga mahal sikit tapi servis puas hati, saya mmg tak kisah bayar lebih. Asalkan puas hati. Contoh, ada seorang akak tu, jual sayur. Dia layan customer mmg tip top. Dia cam ngan customer dia. So bila jumpa dia kat mana2 pun dia mesti tegur kita. If lalu depan gerai dia lagila, mesti dia pelawa beli barang. Tu yg kekadang, walaupun takde intention utk membeli sayur, if lalu kat gerai dia, saya tetap akan beli brg gak, cam kesian lak. Walhal, harga brg agak mahal sikit dr kedai biasa.
Moral of story, sbg peniaga, cuba beri yg terbaik. If takleh control harga brg, cuba tingkatkan kualiti perkhidmatan. Saya percaya, if kita beri yg terbaik, kita akan dpt yg terbaik gak.. insya-allah.
Tu pendapat saya la... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by happydot at 12-3-2010 17:49
Moral of story, sbg peniaga, cuba beri yg terbaik. If takleh controlharga brg, cuba tingkatkan kualiti perkhidmatan. Saya percaya, if kitaberi yg terbaik, kita akan dpt yg terbaik gak.. insya-allah.
happydot Post at 12-3-2010 17:30
pengamatan yang sangat baik... setuju. |
|
|
|
|
|
|
|
nak share sket kat sini..
niat kita yg baik kalau tak dikaji semasak2nya
kadang2 bleh bawa padah lebih buruk..
pengajaran buat kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctredzuan at 17-3-2010 17:37
Salam.
Saya sungguh menyokong, terutamanya dalam sektor ICT seperti pembinaan perisian, laman web, design dan sebagainya, cubalah cari kompeni tulen melayu ( bukan bertopengkan melayu tapi workforce bukan melayu )
Kecenderungan kebanyakkan pegawai melayu dalam memilih vendor bukan melayu disebabkan package mereka amat menarik itu salah satu sebab kompeni IT melayu nih bungkus. Adakah mereka tau, workforce kompeni nih semua berasal dari luar negeri ? Bukannya hire pekerja tempatan..mereka cuma proxy syarikat luar aja.....jadi kat mana nak campak beribu ribu fresh grad melayu dalam IT kalau kompeni asas IT nih teramat kurang di dalam Malaysia ?
Di sini saya ingin share beberapa produk percuma yg dibina menggunakan produk open source untuk kegunaan peniaga melayu
Iklan Kereta di http://protoncars.biz ( online automotive ads )
Daya telah bina satu sistem di mana peniaga automotif melayu kecil-kecilan untuk iklan produk mereka secara online tanpa bayaran. Tapi janganlaa pi letak iklan MLM ker, ubat kuat ker, sebab niche business kat situ cuma automotif sahaja ( sport rim, engine,kereta ).
Selain dari itu, saya juga ada membuat beberapa perisian da tutorial lain seperti:
1. MamakSpot Wifi ~ untuk sesiapa yg cipta sendiri perniagaan berasaskan wifi ( http://mamakspot.blogspot.com )
Review dari Kosmo : http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... finiti&pg=in_03.htm
Tutorial di atas banyak digunakan oleh student IPT untuk projek tahun akhir, dan banyak yg dah buat version ( forking ) sendiri........at least saya turunkan ilmu asas untuk mereka cipta sendiri produk
2. CakeSMS ~ untuk sistem SMS guna Handphone dan Laptop ( http://cakesms.blogspot.com )
Sistem ini banyak student IPS guna untuk gabungkan dengan sistem mereka disebabkan kos yg amat tinggi dikenakan oleh telco untuk memiliki sistem sms sendiri. Sistem ini cuma gunakan handphone biasa dan pc biasa sahaja. Sesuai digabungkan dengan GPS Tracking, Marketing, News dsb
3. Penjejak GPS ~ Sistem jejakan guna Handphone dan GPS
Eksperimen saya yang terkini guna Nokia E71 dan PHP/MySQL. Pernah keluar paper, http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... finiti&pg=in_04.htm
Pelantar Ujian GPS : http://map.cikgu.net.my/locator
*** kesemua kos-kos eksperimen di atas semua guna duit sendiri, nak mintak funding saya tak pandai ***
Tapi semuanya masih under development, sebab kurang masa nak polish...yerlah saya kerja makan gaji, buat research cuma time free sahaja. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak masuk ni...topik menarik nih..
Yang kita nak perlu tau...kita ni nak jadi usahawan tolong bangsa atau tolong ugama...
Kalau nak jadi usahawan melayu....tu yang boleh terang2 cabar usahawan bangsa lain sebab kita boleh main redah saja...halal haram belakang cerita!!!
tapi kalau nak jadi usahawan Islam...yang ni lah yang saudara Zaidi dok habaq tu....kena check balik tiga perkara tu...hubungan2 kita....dan yang pasti memang kena redha kalau hari ni rezeki sikit..sikit lah...kalau banyak Alhamdulillah!!!
Apa apa pun nak jadi usahawan macamana pun Ilmu kena ada.....yang kita dok kondem orang kita nak mula meniaga tu pasal tak dak ilmu lah....orang lain nak meniaga dia pun nak meniaga tapi selok belok tak tau....cara2 layan customer...promosi barangan....iklan..dan macam2 lagi lah.....yang ni lah yang jadi kes nak repair motor kena tolak sendiri tu....
Nak cari ilmu ni bukan payah...banyak agensi yang boleh tawarkan khidmat nasihat dan macam2...contohnya Jabatan Pertanian....tapi tak ramai orang2 kita yang tau....semua nak berniaga ikut redah sendiri....nak kira Titik Pulang Modal pun tak tau....yang depa tau beli seringgit jual 1.50...dah kira untung 50 sen.....depa tak tau yang dalam 50 sen tu macam2 kos lagi nak kira....akhirnya makan modal balik pastu kata berniaga ni tak untung...pastu bungkus.....So memang masalah la pada kita nak support...kalau peniaga sendiri tak mau support diri sendiri....wasalam!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nie br citer psl peniaga2 melayu blom lg psl kontraktor2 melayu yg sebahagiannya hanya harap kontrak kerajaan ..kdg2 kesian tgk sesama melayu pn berebut2 projek wlwpn hanya projek kecik2 jer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|