fight club tahun 1999 laaaa
-aku rasa film yg unik akan ekkal unik sepanjang masa, tak kira la zama ...
sekngucing Post at 27-5-2010 17:10
Depend kat mana keunikan tu.
Kalau keunikan tu pada CGInya, sampai satu saat ia akan jadi old school. Tengok macam Twister, Star Wars, Titanic dan tak lama lagi maybe Avatar...
Kalau keunikan tu pada ideanya yang segar dan takkan boleh ditiru, ia akan kekal. Contoh macam cerita To Kill A Mockingbird.
Kalau unik tu pada lawaknya pun, orang takkan boleh ulang level lawak yang sama tanpa dianggap meniru. Contoh macam Monty Python.
Macam cerita Forrest Gump, walaupun idea dia tu segar, tapi idea dia tu masih mampu diolah untuk hasilkan jalan cerita yang berbeza seperti The Big Fish. Orang kata The Big Fish adalah Forrest Gump versi noir. Tapi aku tak rasa camtu...
Memento misalnya, cerita dia menarik sebab dia bermula dari dua horizon. Hujung cerita dengan awal cerita dan endingnya bertemu di tengah-tengah...
Mujurlah ada internet. Kalau tidak mesti susah manusia nak cari idea baru untuk buat filem...
Kazakhstan greatest country in the world
All other countries are run by little girls
Kazakhstan number one exporter of potassium.
Other countries have inferior potassium.
Yang dia pi selamatkan bapak dia dengan kembali ke masa lepas tu ke?
Best dan simple ce ...
juwaini Post at 28-5-2010 16:23
betul dah tu..tapi dia tak kembali ke masa lepas pun..masing2 hidup zaman masing2 tapi boleh berhubung melalui radio tu dan mengubah sejarah akhirnya bertemu di masa kini..unik apa
semalam aku layan citer the game lakonan maikel dagles ngan son pen
citer pasal sorang yg berjaya tapi kerjaya tapi hidup dia hampeh...cakap dgn orang lain macam takde perasaan mungkin duk terkenang kisah silam yg bapak dia bunuh diri...adik dia bagi dia hadiah besday melalui company ni sampai kacau bilau hidup dia
kalo ko minat falsafah existentialism, cuba cek Being John Malkovich (1999). filem ni genre dark comedy. pernah tak ko bayangkan ko jadi orang lain? pernah dengar orang kata "put yourselves in other people's shoe" ??
Ada satu filem animasi french, Persepolis (2007). cite tu lebih pada kreativi sebenarnya tapi pada aku agak unik juga jenis animasi yang dimainkan. Mengisahkan pasal pengalaman budak pompan yang hidup dalam masyarakat autoritarian di zaman revolusi Iran. Movie ni agak shocking pada orang2 yang tak biasa, even pada penonton western.
ada banyak lagi movie yang unik tapi aku dah lupa. Nanti kalo aku ingat aku tambah. Fight Club (1999) pun antara faveret aku, deep sebenarnya, tapi filem tu dah overrated dan selalu kena hijack dengan budak2 yang ingat filem tu cuma berkisar MPD dan boxing club semata2.
korang neh asyik citer omputeh je.citer melayu takde yg unik ke?kalau citer kembara seniman jalanan &dari jemapoh ke mancestee tuh boleh masuk list unik tak? dari segi berbeza dari kebiasaan citer melayu?