CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chgchksg128

pro & kontra menyertai MLM

[Copy link]
Post time 29-3-2009 01:20 PM | Show all posts
AKU PUN JOIN BISNES MLM, YANG PENTING KENA RAJIN DAN PRODUK TU PASTIKAN HALAL DAN DIYAKINI KHASIATNYA.

ALHAMDULILLAH BISNES MLM YG AKU BUAT SEMAKIN BERJAYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2009 07:15 PM | Show all posts
Kurang minat sikit MLM, pernah cuba2 ngan Sureco daulu2 masa muda2 hehehe...tapi masalahnya aku ni berat mulut n tak pandai promo, last2 aku fed up dah, banyak juga kengkawan approach p takut tak berbaloi ngan modal aku keluarkan, sekarang ni aku join Ceramic Business Club, mungkin ramai dah tahu kut, yg ni tak perlu cari org smpi berjela2, sesuai utk yg sibuk bekerja tetapi mencari extra income, kalu minat nak tahu bolehlah PM aku, aku boleh sharing2 apa yg aku tahu, mana tahu dapat membantu sesama....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 10:36 AM | Show all posts
Sesiapa yg nak join MLM yg fokus pendidikan on-line, sila pm saya

Kelebihan produk ini, ialah merupakan produk keperluan yg diperlukan oleh pelajar Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 11:29 AM | Show all posts
dah jadi ruang iklan utk promote MLM le pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 11:37 AM | Show all posts
saya pun respect dgn syikin. moga terus berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 03:37 PM | Show all posts
huhu,tuh la...ruang nak iklan MLM pulak ni..dah lain dah ni..
kalo korang ade MLM yang bagus pun..iklankan kat tempat yang betul..kalo tak..zalim korang ni..

ape pun..semoga berjaya semua..!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2009 04:15 PM | Show all posts
dulu minat skg tak
(dulu hai-o dr year 2000 tp sejak ada skim loan 20k, 23k nmpak sgt manipulasi sistem . kejayaan tu lain citer tp sistem mcmtu rasa mcm x patut.... kita mohon loan than serah duit tu pd company hai-o kita lak cuma dpt produk yg perlu jual. yg berhutang kita... yg tanggung beban kita... yg kene kejer keras kita.... keje keras nak byr hutang bnk...!!!! tak heran le hai-o tersenarai dlm board saham kl - kaya hasil loan ahli.... :@ )

hai-o

produk bagus tp skg bila berjumpa dgn org hai-o asik citer skim loan entah amende llg bukan produk....

maleh la mcmtu...

sori yer org hai-o.... aku pun org lama hai-o.... skg hai-hai-byebye hai-o !!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 04:39 PM | Show all posts

Balas #74 ajimunchkin\ catat

sekarang MLM guna sistem ni dah berleluasa.. termasuk MLM yg aku buat..

biasanya org cenggini susah nak bertahan lama.. MLM aku buat pun dah ramai yg main Sistem Minima 5k ni.. yg success tu ok la.. yg kesian kat yg dah buat loan, pas tu barang simpan bawah meja..

1st month memang ar dapat cheque, 2nd month dapat vaucher, klu nasib baik.. dan bulan seterusnya, lelong barang bawah meja..

bagi aku, klu dah confident, ko upgrade sket diri korang.. takyah buat loan bagai ni..

Hai-O ni.. ada 3 org kawan aku yg dah sign up loan, baru mintak pendapat aku.. aku pun cakap kat dorang, Good Luck je le.. paling tak best dalam tu dok kenen aku jualkan Beautiful / Bio Aura dorang kat customer aku.. pas tu bagi aku komisyen 2-3 ratus.. ish.. tak kose ar....

[ Last edited by  syikin at 2-4-2009 16:41 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 05:10 PM | Show all posts
Betul tu, sistem yg buat2 loan beribu2 tu tak patut lagi2 beli barang sama sampai 10 biji. Tu cara yg salah. Sorry to say but to me, the management of the company is not good enough. Diorg patut bleh pk apabila sistem mcm tu dibenarkan, then org2 yg dah melabur ribu2 yg buat loan tu, bile dah tak leh jual, pastu akan lelong barang2 tu. In the end, the image of the product dah tercemar. Harga pun dah jadi lain2. Org ni jual harga ni, org tu jual harga tu.

When i do closing beribu2 pun, i make sure that duit yg diorg belanjakan itu adalah utk diri diorg sendiri. Bukan buat stok utk jual.

Buat MLM adalah utk memulakan bisnes dgn modal yg rendah. Kalo perlu ribu riban as modal, makanya tu bukan MLM tulen
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 05:50 PM | Show all posts

Balas #76 neomorpheus\ catat

tu yg saya belajar.. buat MLM ni ibarat pelari marathon.. biar konsisten.. tak perlu berlari laju.. sebab dalam MLM ada destinasi penghujung iaitu pangkat tertinggi.. tapi sekarang ni ramai yg gopoh.. semua nak senang cara cepat.. sanggup buat loan berpuluh malahan beratus ribu semata- mata utk kejar title dalam MLM ni.. buat MLM bukan kerja mudah.. kalau hati tak kering, takde daya saing, takde strategi, jgn harap le nak success.. permainan dalam dunia MLM ada kalanya agak zalim.. sanggup ketepikan hukum halal haram semata-mata DUIT... sanggup mencantas network orang lain masuk ke group mereka demi DUIT..  memang hancurle hidup kalau joint di bawah Leader MLM yg bertuhankan DUIT ni..

memang saya akui, bila kita di tahap status LEADER MLM, memang glamer.. nama kita dikenali.. setiap tutur kata kita didengar.. klu silap bg statement, kena hentam pun kaw kaw punya..


Hi-O ni klu tak silap bukan bumi kan.. tu yg dorang tak kisah halal haram kut.. ish.. tak berani nak komen lebih, karang aku kena lazer...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 09:46 PM | Show all posts
MLM...guna untuk kebaikan..dapatlah untungnye...guna untuk keburukan..dapatlah hasilnya..
MLM..produk2 mmg berkualiti..sistem memang superb..tapi..di salahgunakan..

cam dadah gak..orang suh amik sikti buat ubat..dia amik banyak2 plak...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by Kamen_rider at 2-4-2009 21:46
MLM...guna untuk kebaikan..dapatlah untungnye...guna untuk keburukan..dapatlah hasilnya..
MLM..produk2 mmg berkualiti..sistem memang superb..tapi..di salahgunakan..

cam dadah gak..orang suh a ...


Betul tu. Yg penting kita kenalah bijak memilih :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 08:48 PM | Show all posts
selain keburukan2nya, ada satu kebaikan yang memang tidak boleh dinafikan bila masuk MLM ni...ianya memberikan kita tapak dan networking yang bagus untuk memulakan business..ianya sebagai jalan untuk kita memulakan langkah dalam perniagaan...
bukan semua MLM tak baik sebenarnya...bergantung kepada jenis dan konsep pengurusan MLM itu sendiri...
so, kalau nak terlibat dgn MLM, kaji betul2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:26 PM | Show all posts
nak bg pendapat gak leh?

dulu time blaja penah join UPTREND, memang hampesssss!!
rase nyesal join pn ada, da la gune duit ptptn..
sampai skang rase bersalah kat member yang aku bawak masuk..
sori geng.. aku pn tertipu gak
so utk seme, cari la MLM yang untung nyer bukan juz base on cari org..
yang penting produk bagus n kaedah nak dapat untung tu halal..

juz pendapat aku...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by neomorpheus at 2-4-2009 17:10
Betul tu, sistem yg buat2 loan beribu2 tu tak patut lagi2 beli barang sama sampai 10 biji. Tu cara yg salah. Sorry to say but to me, the management of the company is not good enough. Diorg patut  ...


salam ...saya newbie tapi dah lama join MLM...

saya setuju dgn neo...
sistem mlm bagus,tetapi kekkadang ada yg cipta sistem tersendiri cam ni....pernah dipromote oleh kawan yg suruh buat loan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by syikin at 2-4-2009 17:50
tu yg saya belajar.. buat MLM ni ibarat pelari marathon.. biar konsisten.. tak perlu berlari laju.. sebab dalam MLM ada destinasi penghujung iaitu pangkat tertinggi.. tapi sekarang ni ramai yg go ...


setuju..amat setuju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 06:49 PM | Show all posts
korang yg dirapati oleh mereka yg ajak buat MLM.. yg cite senang nak buat ni.. tlg le jgn terpedaya.. takde cara senang nak senang.. cepat naik, cepat le korang merundum.. MLM bukan sekadar invest modal dan cari orang.. byk yg perlu korang belajar.. Ilmu Leadership, PR.. dan byk lagi..

ni ada satu artikel yg bagus utk dikongsikan

Kejayaan Stail Shortcut Atau Full Version
February 17, 2009 | By Shukri Abdullah |

Kejayaan dicapai, bila Anda berjaya mencapai apa yang Anda targetkan. Namun, ia bergantung pada seberapa besar kehendak Anda, matlamat, azam dan cita-cita Anda. Mungkin, kejayaan menjana pendapatan tertentu, kejayaan dalam kerjaya kerana dinaikkan pangkat atau kejayaan mencapai matlamat perniagaan Anda. Stail kejayaan ada berbagai. Bagi saya, ada dua bentuk, dua nama.

Nama panggilan ni saya cipta sendiri. Kat situlah saya panggil kejayaan dengan dua versi berbeza, kejayaan stail shortcut atau kejayaan stail full version. Kejayaan shortcut adalah kejayaan yang diraih melalui jalan singkat. Prosesnya sama. Anda bekerja keras, merancang strategi lalu bertindak. Cuma, kejayaan Anda luar biasa kerana ia pantas dari kejayaan biasa. Hasilnya pula segera!

Kejayaan full version nama panggilan saya pada kejayaan yang dicapai oleh orang-orang berjaya. Inilah kejayaan normal. Mereka belajar sepanjang masa, menguasai sesuatu kemahiran langkah demi langkah, mengatur strategi, bertindak selain bersedia menghadapi apa saja yang akan terjadi pada usaha mereka sama ada silap atau gagal. Orang-orang yang melalui stail kejayaan full version tidak tamak hingga mahu hasil cepat. Mereka melangkah perlahan-lahan, walaupun proses berusaha mengambil masa. Mereka berjaya mencapai kejayaan setelah melalui berbagai kepayahan, justeru kejayaan itu membuat mereka rasa benar-benar puas!

Sama ada Anda gunakan stail short cut atau full version untuk mencapai kejayaan milik Anda, terlebih dahulu Anda kena fahami kesannya. Kejayaan short cut menjadikan kejayaan yang Anda capai tidak berkembang. Mengapa? Sebab, Anda terdorong untuk jadi selesa dengan kejayaan sedia ada. Walaupun Anda berjaya lebih cepat daripada orang lain, tapi Anda akan hilang minat mencapai lagi kejayaan-kejayaan di masa depan.

Kejayaan full version membuat Anda semakin ghairah, semakin berselera mencapai tahap kejayaan yang semakin mencabar kerana Anda seronok merasai saat bila Anda mempelajari kemahiran baru, berkenalan dengan orang baru, meletak matlamat baru yang pasti menjadikan Anda memiliki mentaliti baru.

Akhirnya, Anda berjaya mencapai satu lagi kejayaan baru!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 02:05 AM | Show all posts
MLM mendidik asas keusahawanan

Mula belajar dengan MLM, kemudian boleh start bisnes sendiri bila dah ada ilmu menjual barang
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 09:51 AM | Show all posts

Balas #85 WonBin\ catat

Tepat sekali bro.. saya adalah insan yg kerdil terjerumus ke alam usahawan.. belajar ilmu bisnes dan perniagaan melalui MLM.. dan apa yg ada dalam diri saya sekarang, adalah hasil dari didikan perniagaan MLM..

Itu pasal saya agak sentap jika org bg persepsi negatif tentang MLM.. yg buruk bukan perniagaan ini, tapi mereka yg telah memanipulasi perniagaan ini..

Walau bagaimanapun saya bukan fanatik MLM, tapi saya terlalu cintakan Network Business.. Perniagaan ini terlalu indah bila kita dah selami...

Saya suka nak share Artikel dari Irfan Khairi..

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.


Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

* Perlu berlimu
Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.

* Perlu menambahkan jaringan
Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.

* Perlu punyai perasaan tolong menolong
Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

So, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

[ Last edited by  syikin at 14-4-2009 09:53 ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 10:23 AM | Show all posts
Pernah ikut kawan pegi dengar ceramah perniagaan salah satu company MLM. dan malam tu jugak aku buat rumusan. produk bagus. marketing talk bagus. strategi bagus. ganjaran teramat bagus. satu perkara yg kurang bagus. harga dia mahal.
join MLM bukan sekadar jual barang, tapi konsep berkongsi perniagaan.
kalau anda sanggup kerja keras siang malam, cari genuine prospek yg paham tentang produk dan strategi perniagaan, tak mustahil boleh berjaya. utk berjaya bukan sekadar tambah downline, tapi kena banyak menjual juga. dan finally, kena spend banyak masa.
nak dapatkan momentum tu ambil masa. macam kata forumer diatas, patience and persistence.
semoga berjaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.065248 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list