CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Gadis Melayu Musim 3 - RINA Juara!

[Copy link]
Post time 23-10-2010 01:29 PM | Show all posts
entah, tp x suke care die mcm bajet bagus gitu
yg paling kelakar tgk die siang ikan tue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2010 11:24 PM | Show all posts
aku tgk iklan kat tv9..wah bukan main masing masing puji diri sendiri cantikkkk{:1_126:}...perasan sungguh..perluker nak puji diri sendiri begituu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 11:31 PM | Show all posts
Reply 125# choolakaw

tulah nk ter tgk iklan tue....tlgla...yg GM2 dlu pon camtu gap angkat bakul sdri puji dri cntik
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 11:34 PM | Show all posts
Reply  choolakaw

tulah nk ter tgk iklan tue....tlgla...yg GM2 dlu pon camtu gap angkat bakul ...
lizsha Post at 23-10-2010 23:31

tue ler kannn...tau lah cantikk tapi perluker puji diri sendiri camtuhh ...kata gadis melayu tapii......kan gadis melayu kena rendah diri bagaii....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 11:41 PM | Show all posts
Reply 127# choolakaw


    kalau sya..even org tue cntik ble puji dri sndri trus napak die xcntik...cam riak pon ade..puji dr sndri...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 10:28 PM | Show all posts
aih... mendap ke thread ni.. mlm ni kan ke final GM3..
x meriah langsung cz ak pon x ikot sgt GM3 ni.. cam da x de feel je..
diorg ni nak cari pelakon teater ke ape.. x paham ak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2010 10:38 PM | Show all posts
rina salleh nie selalu jadi model utk majalh dara
tp personally aku mcm x suke dia
daai_violet Post at 20-10-2010 09:31



rina salleh juara gadis melayu 3

kenape x suke kakak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 01:57 AM | Show all posts
rina salleh juara gadis melayu 3

kenape x suke kakak?
ejans Post at 29-10-2010 22:38



   terlebih promo? hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 08:55 AM | Show all posts
Reply 130# ejans


    ejans, cik ct dah jwb soalan. hehehe. tp semalam memang obvious laa
die blh menang cara die jwbn pun dah tahu. lagipun yg lain muda2 sgt
pk gak juri bagi markah based on last nite jer ke? abis tue yg 9 minggu tue ape?
showcase jer agaknye
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 01:48 PM | Show all posts
semalam depa pakai tudung konsep afrika kerr...sungguh mata tak berkenan tgkk{:1_125:}.....fashion kowtt..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 01:50 PM | Show all posts
Reply 133# choolakaw


    besar tudung dr kepala. mcm serban pun ade
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 01:17 AM | Show all posts
x berkenan gap tudung camtue...xpham camanela depa blh stuju nk pkai camtu.kate pkai tudung npak tengkuk,anak rmbut n cuping tlinga
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 02:05 AM | Show all posts
fesyen tudung cam nak gi sawah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 05:49 AM | Show all posts
Rina ikon baru gadis Melayu

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
[email protected]
Gambar IZHAM JAAFAR dan SAHARUDDIN ABDULLAH


PERSEMBAHAN mantap dari Fatheen dalam Gaza Kami Endah membuatkan seluruh dewan senyap seketika.

ORANGNYA ayu, bijak, sopan-santun, penuh dengan kelembutan dan ciri-ciri seorang gadis Melayu sejati. Dalam masa yang sama tegas serta tahu membuat keputusan sewajarnya dalam hidupnya.

Ciri-ciri itulah yang membuatkan gadis dari Subang Jaya, Selangor, Norazrina Mohd. Salleh, memenangi hati juri lalu mengangkatnya menjadi ikon Gadis Melayu bagi musim ketiga (GM3) ini.

Usahawan muda itu berjaya memikat hati juri dengan cara dan bakatnya yang ditonjolkan sepanjang program itu berlangsung selama hampir tiga bulan dan kebijaksanaannya memberikan jawapan yang bernas ketika malam final GM3 itu.

Program realiti televisyen terbitan TV9 itu menyaksikan gadis berusia 25 tahun ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000, barangan Singer bernilai RM10,000 dan trofi dan yang paling penting gelaran ikon itu sendiri.

Ujar ikon GM3 yang dikenali sebagai Rina, dia masih terkejut dengan kemenangannya pada malam itu kerana menjangka rakan baiknya, Fatheen yang akan menang.

“Sepanjang berada di dalam GM3, Fatheen merupakan peserta yang saya paling kagumi kerana kebijaksanaannya dan cara dia membawa diri.

“Selalunya kalau ada masalah, saya akan merujuk dengan Fatheen kerana dia paling dekat dengan saya dan saya selesa dengannya.

“Saya memang reda jika dia yang menang pada malam itu kerana kami tahu keistimewaannya. Tetapi mungkin rezeki sudah tertulis dan saya pula dinobatkan sebagai juara.

“Peluang yang diberikan akan saya hargainya dan saya akan cuba memberikan yang terbaik dalam bidang penyiaran, sesuatu yang baru dalam hidup saya.

“Kemenangan ini merupakan satu titik permulaan untuk saya melakukan sesuatu kepada masyarakat dan saya mahu menjadi contoh kepada mereka di luar sana terutamanya dalam bidang perniagaan.

“Kalau boleh, saya mahu menggunakan platform yang diberikan dengan mendekati badan kerajaan mahupun NGO bagi membantu remaja seperti saya memulakan perniagaan.

“Saya mahu remaja tahu mereka juga boleh melangkah jauh asal ada keazaman dan kesungguhan untuk berjaya,” ujarnya sejurus selepas final GM3 baru-baru ini.

Ujar Rina, jika diberi peluang, dia mahu mengacarakan program kemasyarakatan seperti Majalah 3 kerana sering terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.

Mahu berkongsi rezeki dengan keluarga, Rina merancang menggunakan duit kemenangannya sebanyak RM30,000 tersebut untuk membantu keluarga serta menghantar kedua ibu dan bapanya mengerjakan umrah serta melakukan sesuatu kepada masyarakat.

Pada malam itu, Rina berjaya mengenepikan saingannya, Nur Diana Zainuddin atau Diana, 19 dari Pulau Pinang yang mendapat tempat kedua dan Fatheen Nabila Ghazali, 24, dari Johor mendapat tempat ketiga.

Peserta-peserta lain pada malam final yang disiarkan secara langsung menerusi TV9 dari Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor itu ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; dan Siti Nur Afiqah Abdullah (Siti), 21, dari Kelantan.

Empat peserta lain terdiri daripada Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor; Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah, Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang.

Hadiah sampingan penaja iaitu Gadis Hai-O dimenangi Afiqah, Gadis Secret Garden (Diana) manakala Gadis Silkygirl jatuh ke tangan Zakiah.

Tetap mahu bergelar pengacara

Bagi Diana yang merupakan pelajar Tingkatan Enam Atas SMK Permatang Rawa, Pulau Pinang, tempat kedua yang dimilikinya tidak mematahkan semangatnya dalam bidang yang diminati.

“Mendapat markah lima yang tertinggi pun boleh dikatakan satu kejayaan yang besar dalam hidup saya.

“Rezeki pada malam ini berpihak pada Rina dan saya tahu dia memang layak untuk bergelar Ikon GM3.

“Saya harap cita-cita saya tidak akan berhenti di sini sahaja kerana perjalanan hidup saya masih panjang dan saya amat meminati bidang pengacaraan,” ujarnya yang bakal menduduki ujian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bulan depan.

Dia yang berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang komunikasi dan pengajian media meletakkan akademik di tempat pertama dalam hidupnya.

Diana yang aktif dengan pidato dan syarahan ketika sekolah, sentiasa mengulangkaji pelajaran ketika berada dalam program GM3 bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi STPM.

Sementara itu, Fatheen yang hanya berpuas hati dengan tempat ketiga merupakan antara peserta yang disebut-sebut bakal menjulang gelaran juara pada malam itu.

Gadis berasal dari Johor ini bukan calang-calang orangnya kerana kini dia merupakan penuntut ijazah sarjana jurusan Botani di Universiti Putra Malaysia.

Bijak, berkeyakinan, cantik, Fatheen mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar juara mahupun menjadi pengacara yang hebat.

Namun, gelaran juara bukan miliknya sebaliknya berpihak kepada teman rapatnya, Rina yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan.

Ujar Fatheen, dia menerima semua ini dengan tangan terbuka dan optimis untuk pergi lebih jauh dalam bidang pengacaraan dengan caranya yang tersendiri.

“Saya mahu mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan alam sekitar memandangkan ia adalah bidang yang saya pelajari sekarang.

“Selain itu saya harap dapat membuktikan kepada masyarakat pendidikan juga antara teras utama untuk berjaya dalam hidup ini,” ujar Fatheen.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 12:18 AM | Show all posts
cuma tengok gadis melayu musim pertama jer..sbb peserta musim tu, betul2 menggambarkan gadis melayu yang sebenar....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.085955 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list