|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
Selesai mandi dan menukar balutan luka kaki di kamar mandi, Jasmin keluar dengan tuala yang masih di kepalanya. Rambutnya masih basah. Abang baik hati sedang membaca surat khabar di ruang tamu dengan TV yang terbuka. Dengan segan silu, Jasmin melangkah jua ke ruang tamu.
“Nak hair dryer?” soal Arif sebaik melihat Jasmin duduk didepannya dengan simpulan tuala dirambut. Kopi diteguk sekali buat menghilangkan dahaga tekak. Jasmin mengerutkan dahinya, seolah2 tidak faham. Arif menghembus nafas lemah, kemudian bangun mendapatkan pengering rambut di kamar mandi. Sepantas kilat dia keluar.
Wayar pengering rambut dipasang di plak berhampiran TV yang terbuka. Arif menekan punat pengering rambut lalu menggayakan cara penggunaannya kepada Jasmin.
“Macam ni,” kata Arif sambil tersenyum. Budak ni datang dari ceruk mana? Takkan hair dryer tak pernah guna? Bisik hati kecilnya. Arif duduk kembali ditempatnya. Jasmin angguk lalu perlahan2 mengambil pengering rambut yang ditunjukkan oleh Arif. Dengan serba tak kena, dia menekan punat yang sama. Hampir tersentak dia bila pengering rambut itu berbunyi kuat. Arif yang memandang hampir tergelak, namun disembunyikan tawanya.
Tuala dirambut dileraikan. Rambutnya yang panjang melentur jatuh ke bahu. Jasmin memandang Arif yang sedang merenungnya. Melihat Jasmin yang serba tak kena, cepat2 Arif kembali membaca akhbar di tangan. Agaknya dia segan bila aku tengok dia. Arif menjungkit keningnya.
Jasmin terus menghalakan pengering rambut ke kepalanya. Selepas 3-4 minit berbuat demikian, Jasmin sudah berpuas hati dengan rambutnya yang sudah kering. Dikirai2kan rambutnya dengan jari runcingnya. Haa…macam dalam iklan Pantene pula!!
“Boleh saya pinjam sikat bang?” pinta Jasmin lembut. Arif mengangguk tanpa memandang Jasmin. Pantas Jasmin kembali ke kamar mandi, menggunakan sikat milik lelaki itu. Selesai mengikat rambutnya dengan rapi, Jasmin keluar ke ruang tamu sekali lagi.
“Makan!!!” panggil Arif sambil menepuk2 sofa disebelahnya. Tanda dia memanggil Jasmin agar duduk menyertainya bersarapan. Jasmin yang sememangnya lapar, duduk saja di kerusi berdepan dengan Arif. Ada roti bakar, daging panggang yang dibakar dan dihiris halus, sosej, hirisan jagung, sos kacang dan beberapa lagi sos yang kurang diketahui Jasmin.
Melihat Jasmin yang asyik meneliti makanan, Arif menghulurkan piring kecil kepada Jasmin. Sekeping roti diletak di dalam piring. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fizziany at 26-2-2011 22:08
“Makanlah. Hari ni kita makan ‘American Breakfast’,” ujar Arif tanpa ditanya. Sekeping sisej dan daging bakar diletak di dalam piring Jasmin. Segelas cranberri jus dihulur dekat kepada Jasmin.
“Makan. Jangan segan,” Arif tak putus2 mempelawa Jasmin. Jasmin angguk lalu makan. Jika dia berlengah lagi, entah apa pula yang akan diberikan lagi nanti. Sambil makan, Jasmin sesekali mengerling ke arah Arif. Semalam, dia sudah memberitahu lelaki itu, hari ini dia mahu keluar dari situ. Perancangannya, sebaik siang menjelma, dia mahu segera keluar dari situ.
Dia tidak mahu terus membebani lelaki itu. Makin lama dia di situ, makin banyak budi yang ditelan. Jasmin memandang Arif.
“Nak cakap apa?” bagai sedar dirinya diperhatikan, lelaki itu segera bertanya tanpa memandang Jasmin. Jasmin terkedu sambil menelan baki roti yang sedang dikunyah dari tadi. Abang ni ada mata sepasang lagi kat dahi ke? Dia tak pandang sini pun, dia tahu aku tengok2 dia? Jasmin meletakkan roti di piring. Serba salah dia hendak memulakan bicara.
“Pasal…perkara yang saya bagitau abang semalam tu…” kata2nya terhenti sejenak, merenung Arif didepan menantikan reaksi lelaki itu. Arif meletakkan akhbarnya di riba. Kakinya disilang sambil memandang Jasmin.
Arif menjungkit keningnya sambil merenung tepat ke mata coklat Jasmin. Gugup pulak Jasmin jadinya.
“Sebelum saya pergi, saya nak ucapkan terima kasih pada abang sebab sudi tumpangkan saya…” ujar Jasmin berlapik. Arif masih diam sambil merenungnya. Tiada reaksi yang terbit dari wajahnya. Buat seketika, mereka sama2 terdiam. Arif yang mendengar, segera teringatkan perbualan sebelum tidur malam tadi. Arif terdiam merenung akhbar di ribanya.
Arif menarik nafas resah. Perlahan2, dihembus nafas itu keluar. Wajah gadis itu dipandang lagi.
“Tahu ke rumah kawan kat mana?” soal Arif. Jangan ditipunya aku macam tempoahari, sudahlah. Cakap nak naik bas ke Johor, tapi rupa2nya tak ada duit nak ke sana pun. Cakap nak balik rumah, tapi bila mahu dihantar, minta dihantar jauh pula.
Jasmin mengangguk teragak2. Jujurnya, dia sendiri tidak tahu kemana arah hendak dituju. Tapi, untuk terus bergantung hidup pada lelaki itu, bukanlah idea dan jalan yang terbaik. Lelaki itu bukan siapa2 pun dengannya. Abang bukan, adik pun bukan. Pak cik bukan, datuk lagilah bukan!!!
Arif menarik nafas dalam. Dia mengulum bibir merahnya yang terpelihara bersih dari asap rokok.
“Okay. Tapi, kalau Jas ada masalah, Jas jangan segan2 datang sini jumpa abang…” pesan Arif. Terasa berat hati pula hendak membiarkan gadis itu pergi.
Wahh..wah..Arif..sejak bila kau berhati mulia sebegini? Bukankah dulu, kalau apa2 yang terjadi, ayat yang biasa disebutnya adalah ‘Ada aku kesah?’ Arif terdiam. Musykil juga dengan pendiriannya untuk membantu gadis itu.
Alah..orang dalam kesusahan, wajib ditolong!!! Arif menggaru2 keningnya , kemudian membuka kembali akhbar yang dibaca separuh tadi.
“Makan kenyang2 dulu sebelum pergi,” pesan Arif seakan memberi arahan. Jasmin angguk patuh. Makanan dihabiskan seberapa cepat yang boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 143# nhid_tam
tak sampai seminit aku letak n3...ko dah kata 'next'!!!
adoyaiiiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nhid_tam
tak sampai seminit aku letak n3...ko dah kata 'next'!!!
adoyaiiiiii.....:sha ...
fizziany Post at 26-2-2011 22:11
TQ TQ TQ....anak haram
sedih dan simpati |
|
|
|
|
|
|
|
sama juga kisahnya kalau dlm satu keluarga ada ank yg berbeza rupa...semua org kata anak angkat |
|
|
|
|
|
|
|
nexttttttttttttt jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
er...baru kat sini...
nak cakap gak la...
next................... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagiiii............... |
|
|
|
|
|
|
|
wahh .. fizziany.. sangat menarik... tahniah dengan cerita yang penuh saspen neh |
|
|
|
|
|
|
|
keep it up!
ingatkan cerita cik pon macam hantu kak limah...
next!! hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nhid_tam
tak sampai seminit aku letak n3...ko dah kata 'next'!!!
adoyaiiiiii.....:sha ...
fizziany Post at 26-2-2011 22:11
ini memang perkara normal sangat la fizz |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa JAS x berterus terang erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
misteri masih blm terungkai... next2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya perjalanan hidup Jas tp masih xterungkai persoalan
Tuan Ariff makin bersifat pengasih dan pemurah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam & morning... Siapa lah si Jes yg sebenarnya???? |
|
|
|
|
|
|
|
hi fizzy...maaf fazss terlambat check in.... kenapa Arif tak tahan aje Jasmin...?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ariff tu patut bawak Jas gi repot polis dulu... apa2 hal senang sbb IC tak de...
karang Arif yg terjebak dgn masalah yg tak terang lagi berkaitan dgn jas...kan haru...
maybe Ariff tak smpai hati nak biarkan Jas pergi cam tu je.. pasti ada sesuatu yg terjadi nnti...
next..next..next... |
|
|
|
|
|
|
|
Ariff tu patut bawak Jas gi repot polis dulu... apa2 hal senang sbb IC tak de...
karang Arif yg ter ...
Jaza2008 Post at 28-2-2011 12:14
betul gak jaza...ni biar mcm tu aje.... fazss rasa Jas mesti tak dtg dah nanti, melainkan diaorg tak sengaja terjumpa... |
|
|
|
|
|
|
|
masih menanti sambunganya
Arif dan Jasmine ini macam lurus bendul |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|