|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
cpt ler nicky.......bosan sudah!!! cam nk |
|
|
|
|
|
|
|
sambung...
-gmbr kt umah jirn tu x nmpk la... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung...
-gmbr kt umah jirn tu x nmpk la...
sarizu Post at 5-7-2012 11:30
Tak nampak? Cheq tengok okeh je ha... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 7
Selepas solat Isya’, Datuk Yusuf menghabiskan sepanjang baki waktu malamnya di dalam bilik bacaan ini. Bilik bacaan ini memang di penuhi dengan pelbagai jenis buku, pelbagai jenis ilmu. Tidak tercakup kepada agama semata, segala ensiklopedia, politik, biografi dan berbagai lagi jenis buku ada di sini. Semuanya merupakan koleksi peribadi Datuk Yusuf sendiri. Datuk Yusuf memang gemar membaca. Tabiat yang telah di semai oleh arwah ayahnya sedari kecil kepada Datuk Yusuf dan juga adik-beradiknya yang lain. Datuk Yusuf juga menerapkan budaya membaca itu kepada ketiga-tiga orang anaknya. Membaca jambatan ilmu. Dengan ilmu itulah, minda manusia akan terbuka, akal fikiran lebih tajam, pengetahuan di pertingkat. Hikmah membaca itu sangat luas.
Tetapi hari ini Datuk Yusuf tidak membaca sebarang buku. Dia membaca lagi kontrak itu berulang-ulang kali. Mencari sekiranya ada fakta-fakta yang tertinggal yang perlu di titik beratkan. Kontrak itu di sediakan olehnya sendiri dengan lengkap sekali. Akhirnya Datuk Yusuf berpuas hati. Fail kontrak itu di tutup. Keningnya berkerut dan matanya di pejamkan. Di peringkat usia emas ini, kudratnya masih utuh walaupun adakalanya dia kelelahan.
Saat ini, otaknya memikirkan Fifi, anak bongsunya itu. Betapa dia kecewa dengan tindak tanduk Fifi. Kebebasan yang di berikan di balas dengan keperitan. Sungguh mudah Fifi menyerah semata-mata kerana cinta.
Subahanallah…
Perlahan Datuk Yusuf mengucapkan kata suci itu. Dia sedar, ini semua adalah ujian ALLAH. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang di datangkan dalam bentuk bencana alam. Ada yang di uji dengan kemiskinan. Ada yang di uji dengan kekayaan. Semua itu adalah kerana ALLAH hendak melihat sejauh mana keimanan hambaNya.
“Abang”
Datuk Yusuf mengalihkan pandangan ke arah Datin Haryati, isteri yang di kasihi. Wajah yang kian di mamah usia itu tetap kelihatan anggun di mata Datuk Yusuf. Dialah isteri, dialah permaisuri. Susah senangnya, jatuh bangunnya di kongsi bersama wanita itu.
“Oooo bang” Datin Haryati memanggil lagi apabila Datuk Yusuf tidak menyahut. Dia maju ke depan, lalu duduk di sofa, bersebelahan dengan Datuk Yusuf lalu meletakkan secawan kopi o panas kegemaran suaminya. Datuk Yusuf menghadiahi senyuman kepada Datin Haryati.
“Ada apa?” Datuk Yusuf pula bertanya, setelah melihat Datin Haryati terdiam. Tetapi mata isterinya tertumpu kepada fail yang tertutup di atas meja. Perlahan Datuk Yusuf mengambil fail itu, lalu di serahkan kepada Datin Haryati. Datin Haryati menyambut lalu fail itu di baca sekali lalu. Kemudian, dia menutupnya, lalu meletakkan kembali di atas meja.
“Betul ke ni bang?” Datin Haryati pula bertanya.
“Nak hantar ke pusat pemulihan, Ti tak nak. Kalau kita hantar Fifi ke London, mesti hal ni akan jadi lebih kecoh. Sebolah-bolehnya, abang tak nak orang lain tahu perkara ni” Datuk Yusuf berkata perlahan. Fifi itu anaknya. Sungguhpun di kalangan keluarga sendiri. Datuk Yusuf tidak mahu keaiban itu terbuka.
“Entahlah bang. Ti risau” Datin Haryati berkata lagi. Datuk Yusuf mendiamkan diri.
“Tapi, kenapa abang pilih budak tu? Kenal pun tidak” Kening Datin Haryati berkerut, masih mempersoalkan keputusan yang di ambil oleh suaminya.
“Abang tak ada pilihan Ti. Kita kena cepat sebelum kandungan Fifi makin besar” |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“Yalah… tapi kenapa budak tu?”
“Abang rasa dia baik”
“Mana abang tahu?” Datuk Yusuf mengangkat bahu. Dia tidak ada jawapan kepada soalan itu. Yang dia ada cuma rasa hatinya. Rasa hatinya cukup kuat mengatakan anak muda itu mampu menjaga Fifi.
“Abang ni…Ini soal masa depan Fifi, bang. Mana boleh rasa-rasa” Nada suara Datin Haryati kedengaran bimbang.
“Ti ada cara lain?” Datin Haryati terdiam lalu menggelengkan kepala perlahan-lahan.
“Tapi, abang tahu ke siapa budak tu? Mak bapa dia, asal usul dia?” Datin Haryati bertanya lagi. Datuk Yusuf menganggukan kepala. Sebuah lagi fail di hulurkan kepada Datin Haryati. Fail itu telah di berikan kepadanya oleh Aidil, anak sulungnya di pejabat siang tadi.
Datin Haryati membuka fail itu lalu membacanya, kali ini dengan tumpuan penuh. Nampaknya, Datuk Yusuf bersungguh dengan rancangannya. Datuk Yusuf telah mengarahkan Aidil mengupah seorang penyiasat persendirian untuk menyiasat latar-belakang anak muda itu. Dari maklumat yang di berikan, tiada apa nampaknya yang mencurigakan. Latar-belakang pemuda itu biasa-biasa sahaja. Anak kedua, dari tiga orang adik beradik. Ayahnya bekas pesara kerajaan, ibunya suri rumah. Datin Haryati menghabiskan membaca maklumat di dalam fail itu. Beberapa keping gambar pemuda itu juga di tatap.
“Ti takut dia tak ikhlas” Datin Haryati berkata. Datuk Yusuf menggelengkan kepala seraya tersenyum.
“Ti, dalam hal ni, kita tak boleh nak persoalkan sama ada dia ikhlas ke tidak. Sebelum kandungan Fifi membesar, kita perlu buat sesuatu. Lagipun, kita dah ada kontrak. Dia mesti patuhi arahan dalam kontrak ni sebelum dapat bayaran”
“Abang dah tanya budak tu?”
“Belum lagi. Esok baru abang nak pergi jumpa” Datuk Yusuf berkata sambil menarik nafas.
“Nak ke budak ni, bang?” Sekali lagi Datin Haryati menzahirkan persoalan utama yang bermain di mindanya. Mahukah anak muda itu menikahi Fifi? Mahukah pemuda itu menjaga Fifi sebaik mungkin? Mampukah pemuda itu menghadapi kerenah Fifi yang kasar dan kebudak-budakan? Pelbagai soalan menerjah ruang otaknya.
Mengenangkan Fifi, hatinya menjadi sebak tiba-tiba. Tidak di sangka, anak gadis tunggal kesayangannya sanggup membiarkan diri ternoda kerana cinta. Sedangkan, sudah cukup rasanya kasih sayang yang di berikan kepada Fifi oleh dia dan Datuk Yusuf. Datin Haryati menahan air matanya dari tumpah, tidak mahu menambah kegalauan hati Datuk Yusuf.
“Abang rasa dia akan terima” Datuk Yusuf menjawab. Wajah Datin Haryati di tatap lama. Datuk Yusuf perasan, ada manik-manik kaca di tubir mata isterinya tapi tidak pula Datuk Yusuf mahu memujuk. Sekiranya menangis mampu menghilangkan rasa resah di hati isterinya, maka biarlah isterinya itu mengalirkan air mata. Dia akan tetap di sisi, bersama-sama menghadapi masalah ini.
Tangan Datin Haryati di genggam, lalu isterinya membalas. Genggaman itu seolah-olah memberikan kekuatan antara satu sama lain. Perlahan Datin Haryati mengucup tangan suaminya, titis air matanya tumpah juga. Datuk Yusuf memeluk bahu isterinya, tidak berkata apa-apa membiarkan sahaja isterinya di dalam emosi. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
errr... apex ke yg nak jadi pak sanggup tu?
citer ni mcm citer asmara kat tv3 tu. hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 147# ladyFinger12
Asmara? Citer apa tu?
Bukan tajuk lagu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ladyFinger12
Asmara? Citer apa tu?
Bukan tajuk lagu ke?
Nicki_Meow Post at 5-7-2012 15:17
citer lama dah... sampai ada sequel. Si jezel kesukaan nicki tu jadik asmara. Asmara tu nama hero daa... hehe...Anak datuk tp kena jadik pak sanggup kpd kawan ayah dia utk kahwin dgn pompuan satu kolej dgn dia. Tapi pompuan tu sombong tak hengat dunia! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-7-2012 15:29
errr... apex ke yg nak jadi pak sanggup tu?
citer ni mcm citer asmara kat tv3 tu. hehe...
ladyFinger12 Post at 5-7-2012 15:13
Ah okay... gigih cheq pergi tanya Mr. Google...okay, dah ingat.
Haahlah... ada sikit sama . Seriously, cheq tak tengok citer ni,
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sinopsis Drama Asmara Slot Lestary TV3
Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tapi takpelah... korang boleh nilai sendiri cerita yang Suratan Atau Kebetulan ni. Seandainya memang sama / ada complain, cheq stop menulis. |
|
|
|
|
|
|
|
Cheq tuko yg ni buleh tak?
Nicki_Meow Post at 5-7-2012 15:38
Hmmm... hang boh laki si Irma yg org dok meroyan tu pun raff tak kan teruja. Dia cuma minat abe zul fareez jahhh |
|
|
|
|
|
|
|
lagi...
prettyuglybabe Post at 5-7-2012 14:49
tengok avvy Babe, mata cheq pun turut juling..... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 8
“Assalamualaikum”
“Walaikummussalam” Fandi menoleh.
“Pakcik” Fandi mengelap tangannya ke seluar. Setelah yakin ianya sudah agak bersih, tangannya di hulurkan kepada Datuk Yusuf lalu di sambut.
“Kereta rosak lagi ke pakcik?” Fandi bertanya. Setahu Fandi, kereta Datuk Yusuf sudah di tuntut oleh Aziz.
“Eh..bukan. Pakcik datang ni nak jumpa Fandi” Datuk Yusuf berkata sambil tersenyum. Fandi mengerutkan kening. Dia terasa pelik kenapa tiba-tiba Datuk Yusuf datang berjumpa dengannya.
“Boleh kita bercakap sekejap?” Datuk Yusuf bertanya. Fandi melihat jam di tangan. Pukul 5.45 petang.
“Macam nilah pakcik. Saya habis kerja lagi lima belas minit. Kalau pakcik tak keberatan, saya nak sudahkan kerja ni, tinggal sikit lagi. Pakcik boleh tunggu di dalam dulu. Pukul enam nanti, saya datang jumpa pakcik” Fandi berkata. Walaupun dia menghormati permintaan Datuk Yusuf, tapi tidak wajar pula rasanya untuk dia menangguhkan kerja. Lagipun, waktu bekerjanya hampir tamat. Tidak salah rasanya jika dia meminta Datuk Yusuf menunggu sebentar.
“Okay” Datuk Yusuf mengangguk sambil tersenyum. Kemudian, Datuk Yusuf berlalu ke dalam pejabat C&C Batu Caves, meninggalkan Fandi dengan seribu tanda tanya.
********************************************************* |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suasana di Restoran Old Town White Coffee itu agak lengang pada waktu ini. Datuk Yusuf dan Fandi menempatkan diri di satu sudut terpencil di restoran itu. Sengaja Datuk Yusuf memilih tempat yang agak jauh dari orang ramai. Mudah untuk mereka berbincang. Setelah habis menikmati makanan, barulah Datuk Yusuf membuka mulut tentang tujuan kedatangannya berjumpa Fandi.
“Mesti Fandi tertanya-tanya, kenapa pakcik datang jumpa Fandi...kan?” Datuk Yusuf bermukadimah, berhati-hati menyusun kata.
Fandi mengangguk. Sejak setengah jam tadi, persoalan itu di biarkan saja di mindanya. Biarlah saja Datuk Yusuf sendiri yang memulakan kata. Fandi tidak mahu bertanya. Lebih suka Datuk Yusuf sendiri yang membuka mulut.
“Biarlah pakcik berterus terang” Fandi masih diam. Menunggu Datuk Yusuf meneruskan kata-katanya.
“Tapi kamu jangan terkejut” Fandi mengangguk lagi.
“Sebenarnya pakcik nak minta tolong dengan Fandi” Datuk Yusuf berkata lagi.
“Minta tolong? Tolong apa pakcik?” Kening Fandi berkerut. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi lah lagi...>>> |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-7-2012 16:22
“Tolong tutup pintu pagar tu” Puan Sairah menepuk perlahan bahu Fandi, lantas menghilangkan bayangan pertemuan Fandi dengan Datuk Yusuf kelmarin. Fandi menoleh ke arah ibunya.
“Mak ni..terkejut dibuatnya”
“Kamu tu yang mengelamun” Kata Puan Sairah. Fandi hanya tersengih memandang ibunya lalu bangun menutup pintu pagar.
“ Abah mana?” Puan Sairah bertanya lagi. Setahu dia, Fandi ke surau dengan suaminya tapi bila balik, Fandi berseorangan.
“Pergi ngeteh dengan Pak Samad” Fandi menjawab, kembali duduk di sebelah ibunya. Puan Sairah mengangguk.
“Kamu balik KL pukul berapa esok?”
“Dalam pukul sembilan” Fandi menjawab. Kemudian, kedua-dua beranak itu terdiam.
“Ala mak… nak cakap, cakap ajelah. Orang dengar ni” Fandi berkata apabila melihat ibunya seperti serba salah untuk berkata.
“Kamu dah fikir habis ke?” Ibunya bertanya. Fandi tersenyum seadanya.
“Dah” Fandi menjawab ringkas.
“Betul ke ni?” Puan Sairah menduga lagi.
“Mak… masuk ni dah sepuluh kali mak tanya” Puan Sairah mendiamkan diri.
“Emak, cuba mak cakap, apa yang mak rungsing sangat?”
“Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba kamu kata nak kahwin” Fandi tidak menjawab.
“Berapa lama kamu kenal dengan budak tu?”
“Budak mana?”
“Ya Allah, kamu yang nak kahwin, kamu tanya mak budak mana?” Fandi terdiam lagi.
“Entah-entah, kamu ni frust menonggeng sebab Alya kan? Sebab tu tiba-tiba nak kahwin…” Puan Sairah meneka lagi.
"Sebutannya 'Frast' mak... bukan frusss...."
"Tak kisahlah tu....tapi ni mesti sebab Alya"
“Apa kena mengena dengan Alya pulak mak?”
“Iyalah. Si Alya tu kan dah bertunang bulan lepas…” Fandi mengerutkan kening. Hatinya terusik dengan pertanyaan ibunya. Puan Sairah juga terdiam. Sedikit menyesal kerana menyebut nama itu. Dia tahu, betapa kecewanya hati anaknya bila Alya Syuhada bertunang dengan orang lain.
“Mak tahu, kamu kecewa dengan Alya…” Tutur Puan Sairah lagi apabila melihat Fandi mendiamkan diri.
Fandi mengeluh lagi. Percintaan Fandi dengan Alya Syuhada bukan sekejap. Malah, kedua-dua belah keluarga mereka juga telah mengetahui hubungan ini. Bermula dengan cinta monyet ketika di tingkatan lima, lalu cinta itu subur mekar hingga ke hari ini. Malah, Fandi juga telah bersedia untuk meminang Alya Syuhada sementelah kewangannya sudah kukuh. Tetapi, nampaknya Alya Syuhada telah berubah hati.
“Ala mak... Orang ni apa ada. Mekanik cabuk je. Manalah si Alya tu nak pandang” Puan Sairah hanya tersenyum memandang anaknya.
“Mekanik cabuk pun, ada juga yang berkenan dengan kamu” Fandi menggigit bibir. Sesekali menarik nafas.
“Sebenarnya mak…” Fandi menarik nafas lagi, mengumpul kekuatan untuk menerangkan perkara sebenar kepada ibunya.
“Sebenarnya apa?” |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|