CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HaMpEH KoBau

Mengenai Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia (merged)

[Copy link]
Post time 2-1-2008 04:24 PM | Show all posts

Reply #8 ijad_adiputera's post

Tapi kena bagi credit gak kat dia, sebab dia bina Singapura dari situ...tak ramai yang expect Singapura boleh survive tanpa Malaysia, tapi tengok apa yang dia dah wat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2008 10:05 PM | Show all posts

Reply #8 SangSaka's post

Yang tu cuma gelaran...tapi pada prinsipnya dia masih hanya chief minister, prime minister adalah Tunku Abd Rahman.

Punca utama perpisahan tu sebab konflik UMNO dan PAP...PAP mencabar kerajaan persekutuan dengan polisi "Malaysian Malaysia", polisi yang masih dibawa serpihan PAP sekarang, DAP.

Tun Tan Siew Sin pernah mengeluarkan kenyataan "He (Lee) wants to be the prime minister of Malaysia"

Masa ni jugak, Syed Jaafar Albar selalu perang mulut dgn Lee. Tapi anaknya skang plak suka main golf kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 10:40 PM | Show all posts
ooo... abis skrg kang dengar2 diorang nak join malaysia balek?? ke isu tu dah senyap?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 10:41 PM | Show all posts
ooo... abis skrg kang dengar2 diorang nak join malaysia balek?? ke isu tu dah senyap?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 10:05 AM | Show all posts
Tidak mungkin ada cadangan lagi utk menyatukan Singapura dan Malaysia,. Bertambahlah derita paklah untuk berhadapan dengan tuntutan2 yg pelbagai....kes hindraf, tuntutan hak samarata, kebebasan beragama....:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by SangSaka at 2-1-2008 12:54 PM
Lee Kuan Yew sememangnya semasa itu pun sudah menjadi Perdana Menteri. Dia menggunakan gelaran jawatan Perdana Menteri Singapura (bukan Ketua Menteri). Jadi, secara prinsipnya, dia pun seorang Perdana Menteri. Sistem ini masih wujud di negeri-negeri Australia.


Itu cuma gelaran. Ketika Singapura masih dalam Malaysia, Perdana Menteri Malaysia adalah Tunku Abdul Rahman. Lee Kuan Yew dari segi prinsip hanyalah Ketua Menteri Singapura walaupun menggunakan gelaran jawatan Perdana Menteri Singapura...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 3-1-2008 02:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2008 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by syakuntala at 2-1-2008 10:41 PM
ooo... abis skrg kang dengar2 diorang nak join malaysia balek?? ke isu tu dah senyap?


Pada pendapat aku, Lee Kuan Yew cakap mcm tu cuma nak menakutkan rakyat Singapura. TPM kita sendiri pun dh kata gabungan tersebut tak mungkin berlaku buat masa skrg nih. Maknanya, kerajaan Malaysia tak de niat pun nak masukkan Singapura kembali dalam Malaysia...

Kemasukkan Singapura ke dalam Malaysia ada baik dan buruknya, tapi jelas buruknya lebih banyak dari yang baik. Tambah lagi dgn perangai Singapura yg menyusahkan tu. Kalau mereka masuk Malaysia balik, mesti mcm2 yg dorg mintak dari kerajaan. Paling besar pun yang dorg boleh mintak - Singapura jadi negeri berkuasa autonomi dalam Malaysia. Mesti negeri2 lain dalam Malaysia akan berasa cemburu terutama sekali Sabah dan Sarawak.

Rasanya lebih baik Singapura tak payah masuk Malaysia balik. Aku yakin majoriti rakyat Malaysia sendiri pun tak mau dorg masuk balik... Kalau Malaysia TERPAKSA terima Singapura sekalipun, tunggulah sampai Lee Kuan Yew tu mampus dulu. Aku rasa hubungan antara kedua-dua negara jauh lebih baik sekiranya si tua tak sedar diri tu dh mati...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 3-1-2008 03:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 10:26 AM | Show all posts
Aku kesian gak kat orang melayu singapore sbb aku rase populasi diorang semakin hari semakin mengecil sbb gomen singapore dok sebok mempromosikan singapore as heaven for immingrants. Disebabkan tu byk la orang luar dari cina,india, pakistan yang jadi rakyat singapore. Kemungkinan satu hari nanti jumlah penduduk melayu kat situ takkan ade signifikan lagi dalam negare tu.

Beza lagi antara singapore and malaysia. Malaysia ni natinalistic while singapore tu sosiolis. Malaysia masih mengamalkan dasar pecah dan perintah manakala singapore tidak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2008 07:44 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 4-1-2008 10:26 AM
Aku kesian gak kat orang melayu singapore sbb aku rase populasi diorang semakin hari semakin mengecil sbb gomen singapore dok sebok mempromosikan singapore as heaven for immingrants. Disebabkan tu byk la orang luar dari cina, india, pakistan yang jadi rakyat singapore.Kemungkinan satu hari nanti jumlah penduduk melayu kat situ takkan adesignifikan lagi dalam negare tu.


Mana tidaknya. Lee Kuan Yew sendiri kata orang Melayu Singapura tu 'pendatang dari seberang'. Perlembagaan Singapura mengiktiraf Melayu Singapura sebagai penduduk asal negara tu tapi undang-undang tu hanya tinggal pada kertas je.

Semakin ramai Melayu Singapura yang telah berhijrah ke Malaysia dan Australia kerana tidak tahan dengan sikap kerajaan Singapura yang sering menganaktirikan mereka.

Selepas Singapura keluar dari Malaysia, kerajaan mereka mengajak kaum Cina dari Macau, Hong Kong dan China untuk tinggal di pulau tu dengan menjanjikan pelbagai tawaran lumayan. Kalau ikutkan, jumlah kaum Cina di pulau tu tak ramai sebenarnya.

Entahlah labu...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 5-1-2008 07:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 07:55 AM | Show all posts
==double posting==

[ Last edited by  ijad_adiputera at 5-1-2008 10:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 03:00 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 5-1-2008 07:44 AM


Mana tidaknya. Lee Kuan Yew sendiri kata orang Melayu Singapura tu 'pendatang dari seberang'. Perlembagaan Singapura mengiktiraf Melayu Singapura sebagai penduduk asal negara tu tapi undang-u ...



Betul tu ijad, dun pernah berbual dengan seorang pakcik (Singaporean) di dalam bas semasa kami dalam perjalanan dari Tanjung Pagar ke Changi Road (tempet beliau mengajar) berhampiran juga dgn Geylang Serai.. Beliau berkata memang pemerintah Singapura menggalakkan kemasukan Cina Hong Kong ke Singapura sewaktu Hong Kong hampir diserahkan oleh British kepada China beberapa tahun lepas..

Dan saiz melayu Singapura yang semakin mengecil ini kita tak perlu hairan tambahan pula mereka banyak mengambil keputusan untuk bersara di Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 03:05 AM | Show all posts
Originally posted by Dasawarsa at 1-1-2008 01:46 PM
Punca sebenar ialah apek tua tak sedar diri Lee Kuan Yew tu bercita2 nak jadik perdana menteri.

Tunku Abdul Rahman anggap ancaman tersebut umpama barah...kena kikis segera sebelum melarat.

...


Tapi pelik jugak.. selepas dia menangis dia berjaya membangunkan Singapura menjadi First World..

Beliau telah membina 7 lebuhraya utama di negara itu dan membangunkan kawasan Raffles City (Riverside) sehingga terkenal di serata dunia sedangkan kita masa tu satu lebuhraya pon tak ada..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 11:56 PM | Show all posts
Apa-apa pun.. ada baiknya Singapore keluar dari Malaysia....
Walaupun memang amat sakit hati sebab tanah sekangkang kera itu bukan milik kita lagi...

Aku tak pernah cemburu dengan kemajuan Singapore.. sikit pun tak... kerana aku tahu, yang majukan singapore tu bukan 'rakyat'nya yang sebenar.. Biarlah mereka semua tu bergembira sekarang di tanah sekangkang kera itu. Asalkan tanah kita yang lain masih lagi milik kita sepenuhnya. Kita belajar dari peristiwa nie. Jaga tanah kita yang lain tu elok-elok. Jangan sampai tergadai ke tangan orang asing lagi.

Aku kesian dekat orang Melayu Singapura. Aku kesiankan dorang pasal dorang seperti dah terpisah dengan Melayu Malaysia. Padahal dulu dikatakan berasal dari tempat yang sama. Mereka terpisah walau tidak melangkah ke mana-mana pun. Sekarang, sudah semakin jauh walaupun jaraknya selempar batu sahaja. Mereka yang terpaksa menjadi "Korban" dalam cerita ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 02:55 AM | Show all posts
Originally posted by Dunhill. at 6-1-2008 03:00 AM
Dan saiz melayu Singapura yang semakin mengecil ini kita tak perlu hairan tambahan pula mereka banyak mengambil keputusan untuk bersara di Malaysia..


Aku cuma takut satu je - jumlah masyarakat Melayu Singapura semakin kecil dan mengecil lalu pupus. Langsung tak ada lagi masyarakat Melayu di Singapura lagi. Minta dijauhkan...

Originally posted by Dunhill. at 6-1-200803:05 AM
Tapi pelik jugak.. selepas dia menangis dia berjaya membangunkan Singapura menjadi First World..

Beliau telah membina 7 lebuhraya utama di negara itu dan membangunkan kawasan Raffles City (Riverside) sehingga terkenal di serata dunia sedangkan kita masa tu satu lebuhraya pon tak ada..


Alahai setakat negara kecik seciput tu, boleh la Lee Kuan Yew tu cakap besar. Cuba kalau saiz negara kita mcm Singapura tu, kita pun boleh jadi negara First World mcm diorang. Pendek kata, semakin kecil saiz sesebuah negara semakin senang utk diuruskan...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 7-1-2008 02:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 10:47 AM | Show all posts

Reply #156 ijad_adiputera's post

Tak jugak.. kene fikir, bile saiz populasi yang kecik, tenage kerja berkurangan, yet singapore dapat membangun. Cara Lee Kuan Yew menarik pelabur yang perlu kite kaji.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 11:31 PM | Show all posts
penang pun dh nak jd cam singapura.org melayu byk jual tanah kat chinese..abis tgadai tnh.yg ada pun kat ceruk2 balik pulau sana..pemerintah berat sblh!bila diperintah oleh C*** siaplaa..dia x kasi can punya,nanti jadila cam melayu spore!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2008 07:39 AM | Show all posts
Aku kesian dekat orang Melayu Singapura. Aku kesiankan dorang pasal dorang seperti dah terpisah dengan Melayu Malaysia. Padahal dulu dikatakan berasal dari tempat yang sama. Mereka terpisah walau tidak melangkah ke mana-mana pun. Sekarang, sudah semakin jauh walaupun jaraknya selempar batu sahaja. Mereka yang terpaksa menjadi "Korban" dalam cerita ini


sebenarnya, cakap dari pandangan orang singapore sendiri. tak payah lah korang nak kesian kat kita, sebab kita hidup bahagia di sini. education untuk orang melayu di sini free, diorang sensitive terhadap orang orang melayu singapore sebab melayu cepat melatah dan diorang takut kalau melayu melatah. anyway.. we are happy here better than livin' in malaysia. we were provide the security and the cleanliness for our healthy life. yang banyak duduk kat malaysia tu atas satu sebab, takda duit
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 11:02 AM | Show all posts

Reply #159 sLapshock's post

Hahahaha.. aku dah agak mesti jawapan macam nie yang akan aku dapat dari orang Singapore...  

Ada aku cakap aku kesiankan kat singapore pasal korang duk melarat kat sana ke? Harap dapat fahamkan apa yang aku maksudkan di sini. Aku tahu, dari segi keselesaan hidup, korang lagi selesa, lagi happy dan sebagainya. Kalau dalam hal tu, kenapa aku nak kesiankan????

Yang aku kesiankan adalah dari segi pemilikan tempat itu. Sejarah terbukti yang Nusantara nie, (Semenanjung, Temasik, Sumatera, Jawa, Borneo, Mindanau) adalah  di miliki oleh penduduk kAUM Melayu. (bukan suku melayu). Sekarang apa citer? Siapa pemilik temasik sekarang? Disebabkan hal itu, korang, melayu kat pulau tu dah seperti terasing dengan melayu dari dunia lain. Korang seolah dah bergerak ke tempat lain walaupun tak bergerak mana-mana pun.

Kalau kau tak kisah.. lantak ko laaa.. Aku tahu, ramai lagi Melayu kat Singapore yang kisah... Ini bukan sebab takde duit ke hapa... Ini semua sebab harga diri...

Lagi satu, aku tak pernah pun suruh Melayu singapore pindah ke Malaysia.. So apa point ko cakap living kat singapore better dari living kat Malaysia???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 11:09 AM | Show all posts
Lagik satu.. Singapore boy, citer la sikit pengalaman NS ko selama 2 tahun tu kat kami...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 11:54 AM | Show all posts

Reply #151 ijad_adiputera's post

Lebih baik dibiarkan Singapura dari membincangkan kemungkinan dia menyertai semula Malaysia. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kemasukan Singapura hanya menguntungkan negara itu, bukan Malaysia, bukan kita, bukan orang melayu. Dan kita tentu tahu, pernah ada cubaan untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia, walaupun tidak ramai yang pernah menyedari dan mengetahuinya.

Majoriti orang melayu di Singapura pun, sudah tidak lagi memiliki ciri-ciri ke Malaysiaan. Ramai diantara mereka memuji bahkan memuja Lee Kuan Yew. Sebab apa? Sebab orang melayu mengamalkan sifat di mana bumi dipijak, disitulah langit mereka junjung.

Singapura tidak menguntungkan apa-apapun kepada negara ini. Lebih dari itu, sejak berdekad lalu, sejak Singapura di bawah THE OLD AND SENILE LEE KUAN YEW, negara itu ditadbir seperti sebuah syarikat anak beranak. Ditadbir seperti buah pengurusan korporat awam. Boleh menghalalkan perlakuan gay, asal sahaja menguntungkan negara itu. Biarpun Goh Chok Tong atau anak Lee Kuan Yew sekalipun, negara itu tetap diperintah di belakang tabir oleh Kuan Yew yang nyanyuk itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061506 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list