CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dasatgiler

[Tempatan] Pembenihan Awan Pertama Tahun 2014, Hujan Lebat Selepas 20 Minit

[Copy link]
Post time 4-3-2014 04:10 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 4-3-2014 04:08 PM
Syukurlah dekat kluang, johor dah beberapa hari xada air terus

syukur tak syukur ..yang penting khalid gagap celaka.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2014 04:13 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 4-3-2014 04:10 PM
syukur tak syukur ..yang penting khalid gagap celaka.....

Pastu khaled nordin xnak celaka kan k?...

Tempat lain ada air, singapura, melaka yg beli air dari johor ada lak air
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:15 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 4-3-2014 04:13 PM
Pastu khaled nordin xnak celaka kan k?...

Tempat lain ada air, singapura, melaka yg beli air d ...

itu layeennnn itu layennnnnnnnnnnnnnnn

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:19 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 4-3-2014 04:15 PM
itu layeennnn itu layennnnnnnnnnnnnnnn

Pastu pahang ada kawasan xada air aku dengar, biarpun bukan kemarau

xnk celaka kan adnan yaacob k? Xpun ahli parlimen pekan terus sbb kawasan dia!?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:20 PM | Show all posts
jazaa posted on 4-3-2014 03:40 PM
tak kontang pun tira.....tadi akak call syabas dia kata tak penuh.....nak sampai penuh melimpah2 b ...

tak kontang... air ada tahap berapa persen?
ni aku ambik kat webpage span.. senang... depa yg ada kuasa catu mencatu ni...
harap akak paham ye kenapa catu2...
tak tahu la dgn sapa yg akak bercakap di pihak syabas itu
sama dan dgn penjelasan SPAN?


Kenyataan Media (20 Feb 2014) - Kedudukan Bekalan Air Di Musim Panas dan Kering Yang Panjang
PUTRAJAYA, 20 Februari 2014 - Cuaca panas dan kering yang berterusan sejak awal tahun ini serta kekurangan jumlah hujan di kawasan-kawasan tadahan telah menjejaskan paras simpanan air di empangan-empangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Malah paras air di sungai-sungai utama yang membekalkan air mentah kepada loji-loji rawatan air turut terjejas disebabkan keadaan cuaca yang panas dan kering yang dijangka akan berterusan sepanjang bulan Februari 2014. Kekurangan bekalan air mentah di sungai-sungai utama dan empangan air mentah telah mula dialami di beberapa buah kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
KAWALAN SUMBER AIR MENTAH
Memandangkan bahawa sumber air di semua negeri adalah di bawah kawalan Kerajaan Negeri masing-masing, semua Kerajaan Negeri melalui Badan Kawal Selia Air Mentah Negeri telah diminta mengambil langkah berjaga-jaga serta memantau dengan rapi paras semua empangan dan sungai.  
Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai badan kawal selia yang mengawal selia perkhidmatan bekalan air terawat di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sedang bekerjasama rapat dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri untuk turut memantau rapi keadaan empangan dan sungai yang boleh menjejaskan bekalan air kepada pengguna-pengguna.
Sekiranya kedudukan bekalan air semakin terjejas hingga mencapai tahap kritikal, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), melalui kuasa-kuasanya di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) boleh mengarahkan operator-operator air melaksanakan catuan air kepada para pengguna sebagai langkah terakhir bagi menangani masalah ini.
Sehubungan itu, mana-mana operator negeri yang perlu mencatu bekalan air disebabkan kekurangan sumber air mentah hendaklah mendapatkan kelulusan SPAN terlebih dahulu di bawah Seksyen 54, Akta 655. Untuk tujuan itu, operator perlu mengemukakan justifikasi termasuk Pelan Kontigensi yang meliputi strategi pengurusan, jadual catuan, pelan komunikasi serta lain-lain langkah mitigasi seperti penyediaan lori tangki dan tangki statik.
Kementerian juga ingin menegaskan bahawa walaupun paras di kebanyakan empangan-empangan dan sungai-sungai telah mengalami kemerosotan, keadaan bekalan air di kebanyakan negeri masih dalam keadaan terkawal. Setakat hari ini, hanya Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) yang telah diberikan kelulusan oleh SPAN untuk melaksanakan catuan bagi Daerah Kluang. Selain Daerah Keluang, Johor, dua buah negeri lagi iaitu Negeri Sembilan dan Selangor diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan paras empangan serta sungai yang rendah.
Bagi negeri Selangor, keadaan kemerosotan bekalan air mentah lebih ketara disebabkan permintaan terhadap air terawat yang tinggi yang memerlukan lebih banyak air mentah diabstrak dari sungai oleh loji-loji rawatan air. Hal ini menyebabkan lebih banyak air mentah terpaksa dilepaskan dari empangan untuk memastikan paras air yang optimum di sungai-sungai, khususnya di Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratusdaripada jumlah permintaan bekalan air terawat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
KEADAAN BEKALAN AIR DI NEGERI JOHOR
SPAN telah melaporkan kepada Kementerian bahawa Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) telah melaksanakan catuan air di Daerah Kluang bermula pada 18 Februari 2014 akibat penurunan paras Sg. Sembrong Kiri yang menjejaskan pengeluaran Loji Rawatan Air (LRA) Sembrong Timur. Sehingga 19 Februari 2014, pengeluaran LRA Sembrong Timur telah berkurangan daripada 31 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 19 JLH. Catuan air melalui kaedah pembekalan air berjadual melibatkan sebanyak 51,036 akaun pengguna di Daerah Kluang di mana penduduk-penduduk akan mendapatkan bekalan air selama 2 hari dan dicatu selama 1 hari berikutnya.
Sebagai operator air, SAJH telah membahagikan kawasan-kawasan terlibat kepada 9 buah zon. Melalui pembekalan air berjadual, bekalan air dapat dibekalkan melalui paip bagi satu tempoh masa secara sistematik dan akan dapat mengurangkan kesulitan di pihak pengguna-pengguna. Bagi memantau pembekalan air di Daerah Kluang, SAJH telah membuat hebahan kepada pengguna-pengguna serta membuka Bilik Gerakan. SAJH juga telah menyediakaan sebanyak 3 buah lori tangki serta menempatkan sebanyak 19 buah tangki statik di beberapa tempat.
KEADAAN AIR DI NEGERI SEMBILAN
Bagi Negeri Sembilan, SPAN memaklumkan bahawa sehingga kini walaupun terdapat penurunan di beberapa empangan dan sungai di negeri itu, keadaan masih lagi terkawal dan catuan air masih belum diperlukan. Kerajaan Negeri Sembilan melalui operator air mereka iaitu SAINS telah melaksanakan pengagihan semula daripada punca-punca bekalan yang lain dan dilaporkan dapat mengatasi gangguan bekalan air di beberapa tempat.
KEADAAN AIR DI NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dua buah loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih lagi ditutup berikut dengan pencemaran air mentah. Akibat cuaca yang panas, aliran Sungai Langat telah berkurangan dan keadaan ini telah menyebabkan kandungan ammonia di dalam sungai meningkat melebihi paras yang dibenarkan untuk dirawat. Pada ketika ini, operator air iaitu SYABAS membekalkan air kepada kawasan-kawasan yang terlibat di Hulu Langat dan Kuala Langat melalui lori tangki dan tangki statik.
Sehubungan itu, Kementerian telah dimaklumkan bahawa SPAN akan mempertimbangkan catuan air di kawasan-kawasan terlibat sekiranya terdapat permintaan daripada SYABAS. Paras-paras empangan di Selangor masih menurun khususnya Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gates. Sehingga 20 Februari 2014, paras di Empangan Sungai Selangor dan Klang Gate masing-masing berada pada 199.30 m dan 90.19 m di atas paras laut dengan peratus simpanan aktif pada52.02% dan 55.79%. Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS sedang memantau rapi paras di kedua-dua empangan tersebut.
KEADAAN AIR DI NEGERI-NEGERI LAIN
Setakat 20 Februari 2014, SPAN dimaklumkan bahawa keadaan bekalan air di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan masih terkawal tanpa catuan air. Walau bagaimanapun, SPAN akan terus memantau kedudukan bekalan air dan memaklumkannya dari semasa ke semasa.
NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI
Sehubungan dengan itu, pengguna-pengguna air di seluruh negara khususnya di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor dinasihatkan supaya berhemat dalam penggunaan air dan mengelakkan pembaziran dalam masa-masa kritikal ini. Langkah-langkah berjimat cermat dalam menggunakan air terawat akan membantu mengurangkan pengambilan air mentah dan boleh memanjangkan tempoh penggunaan air simpanan dari empangan-empangan air.
Oleh itu, Kementerian ini menyeru para pengguna untuk berhemat dalam penggunaan air supaya catuan dapat dielakkan. Kementerian ini juga berharap agar semua pihak sama-sama menjaga sungai-sungai yang membekalkan air mentah kepada loji-loji rawatan air supaya tidak berlaku pencemaran air sungai yang akan menjejaskan lagi pengeluaran air terawat kepada para pengguna khususnya pada musim panas dan kering ini.
Dikeluarkan oleh:Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Last edited by atira on 4-3-2014 04:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:25 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 4-3-2014 04:19 PM
Pastu pahang ada kawasan xada air aku dengar, biarpun bukan kemarau

xnk celaka kan adnan yaacob ...

takkan la saya nak celaka kan umno......khalid gagap tu layennn la.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2014 04:26 PM | Show all posts
anishacute posted on 4-3-2014 03:31 PM
Ai harap selangor banjir kali ni.. hujan sebulan tanpa henti.. rindu plak ai dgn musim banjir..

ko jgn nanti kebangga herrhughie meratip selangor kotor..kotor=banjir

skrg herrhughie sedang kebangga bangga penang sgt bersih dan xujan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:32 PM | Show all posts
tadi ade kereta lambang syabas mai area rumah aku, kejap je pastu kuar balik
mungkin cek tempat aku ade air ke tak kot..
so far so good...air masih mencukupi
mungkin sebab x padat sangat dengan penduduk kat sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2014 07:50 PM | Show all posts
Nampak cam tong LSL ja. Anyway syukur ke hadratnya atas rezeki dan kurniaaan ini
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 10:41 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 4-3-2014 10:14 AM
Ni thread pmbenihan awan ka thread siyall kne cerai?

tu la pasal.. masing2 sedang membongkar aib lawan, hingga keduanya terbogel lalu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 10:47 PM | Show all posts

.. hari ini panas  .............  tapi syukur .. masih bernafas di bumi Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 10:49 PM | Show all posts
lucky_peace posted on 4-3-2014 09:21 AM
betol-betol.... tgk pokok2 dah kering, binatang pon ade yang dah kuar dari habitat cari air.... pt ...

betul la tu. pagi td seb baik tak eksiden, babi hutan tetiba melulu keluar dr selekoh.. terkejut aii.. tu kt bukit segar tu area banglo2.. kemain gigih menatang tu turun dari apek hill (bukit hatamas) tu nk carik air.. kasihan..

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 11:01 PM | Show all posts
karayukisan posted on 4-3-2014 10:49 PM
betul la tu. pagi td seb baik tak eksiden, babi hutan tetiba melulu keluar dr selekoh.. terkejut a ...

kannn... sedih tgknya, kasihan diaekor sume, hhuuhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 11:26 PM | Show all posts
Bukan kite je manusia yg berdoa supaya Allah turunkan ujan..tp haiwan2 jugak berdoa minta Allah turunkan hujan..kerana semue di dunia ni survival....nak survive xde air susah juga....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 11:32 PM | Show all posts
Xberagak syabas xnak anta air...laknatla depa2 nie bekerja menyusahkan org....catu bole terima lg...kalau janji catu 2 hari..then meleret 3 4 hari...xnak gak anta air..mmg bongok org syabas..!sekian!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 08:57 AM | Show all posts
lucky_peace posted on 4-3-2014 09:23 AM
mak ai kat kampung kate kelmarin pon dah hujan kat sitiawan.... kalau tak panas je hah...

A'ah. Dah ujan dah kat area Manjung, Lumut n Sitiawan. Ujan tengah malam. Aku tak sedar ujan da turun, time tu dah membongkang hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2014 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun posted on 5-3-2014 08:57 AM
A'ah. Dah ujan dah kat area Manjung, Lumut n Sitiawan. Ujan tengah malam. Aku tak sedar ujan da tu ...

Perghh... memang sedap betol la tidor kalau camtu kann... hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 12:51 PM | Show all posts
suruh saja Rosmah Mansor carutkan awan

mana kan kita tahu , carutan beliau mampu membuatkan awan menangis dan itulah hujan yg kita tunggu2 kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.071010 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list