CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alahai

Mak Mah bertunang

[Copy link]
Post time 23-4-2014 06:24 PM | Show all posts
Nk kumpul wet dulu ke niy? Cpt2 la nikah ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
diharapkan lah anak masing2 sediakan pembantu rumah.
biar deyols enjoy hari tua sama2  tanpe fikirkan nak kemas rumah.. nak basuh baju...nak masak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 06:39 PM | Show all posts
tahniah mak mah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts

Dah kawin kali ke berapa mak mah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 07:32 PM | Show all posts
tahniah mak mah..semoga berkekalan ye..comel laa mak mah nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2014 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Mak Mah.. Comel je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 07:49 PM | Show all posts
moga berbahagia hingga akhir hayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 08:01 PM | Show all posts
pergh..rapatnya posing dgn tunang...kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok org tua kawin ....
Kat kampung i pun ada makcik tu kawin dgn boipren lama dia ... tp tak lama
Lbh krg dua tahun hb ninggal
Skg sorg blk
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 09:11 PM | Show all posts
it's never too late, there is still hope for all of us
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 10:01 PM | Show all posts
tahniah
moga kekal ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 23-4-2014 05:39 PM
Haruslah muhasabah diri kn apsal Tuhan x bg jugak... Mmg duit dia byk kejap treatment ke gleneag ...

Yep dear betul apa yg u ckp..
Tp xsemesti benda xelok tu musibah.. Kn ujian untuk naikkn darjat..nabi n rasul pon diuji inikn pulak kita.. Benda negatif adaklnya ujian..n adaklnya musibah.. Firaun yg kufur tu pon kaya raya n xpernah sakit.. So sihat..kaya n berjaya belum tentu Allah redha..

Its ok itu pendapat u..just me bgtau apa yg me tahu..me pon masih mencari n mendalami..try upgred diri.sori u..xde niat lain2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 11:45 AM | Show all posts
Leonarzi posted on 23-4-2014 06:04 PM
Pak ajis dh cerai ke

Cer uols baca kat sini
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=687353

Dah cerai tapi nak rujuk balik masa tu. Tapi lepas tu tak ada cerita samada jadi rujuk atau tak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:36 PM | Show all posts
'Masih ada yang sudi...'

JIKA penghujung tahun lalu, pelakon veteran, Wan Maimunah memilih untuk kembali berdua, kini giliran Mak Mah pula.

Baharu sahaja melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihannya pada 19 April lalu, ibu kepada pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramli, ini akan disatukan pada 17 Mei depan.

Walaupun bakal mengulangi detik bahagia ini di usia senja, namun Mak Mah atau nama sebenarnya, Ruminah Sidek, 68, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja untuk kembali berumah tangga.

"Alhamdulillah, akhirnya ALLAH SWT memperkenankan doa-doa Mak selama ini yang memerlukan teman untuk meneruskan sisa usia. Walaupun Mak sering jadi nenek kebayan, namun masih ada yang sudi...

"Mak sentiasa berdoa untuk dipertemukan dengan lelaki yang boleh membimbing Mak mempelajari agama, teman untuk beribadat, berbual bicara dan ada ketika sakit demam.
"Walaupun Mak ada 10 anak, namun mereka mempunyai keluarga sendiri untuk diuruskan. Sesungguhnya jodoh, pertemuan dan ajal itu di tangan Yang Maha Kuasa," katanya yang kini berusia 68 tahun.

Menurut Mak Mah, perkahwinannya itu akan berlangsung di rumah abang iparnya yang terletak di Taman Berkat, Meru, Klang.

Siapa 'takcle' siapa?

Bercerita mengenai pilihan hatinya, Mak Mah memberitahu bahawa mereka pertama kali dipertemukan di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah pada 3 Mac lalu.

Menurut Mak Mah, bakal suaminya itu adalah peneroka di Felda Jelai 4, Negeri Sembilan, yang telah lama hidup sendiri setelah kematian isteri.

Menariknya, dalam pertemuan itu, Mak Mah terlebih dahulu menyuarakan isi hatinya kepada Haji Al Fatah Rahim, 70, mengenai kekosongan jiwanya sejak sekian lama.

"Sebenarnya, Mak yang 'tackle' dia dulu. Saya bertanya kepada Haji, adakah dia sedang mencari wanita untuk dijadikan isteri?

"Apabila dia mengiakannya, Mak terus masuk 'line' dan percubaan Mak tidak sia-sia. Mak setuju untuk menjadi isterinya bukan kerana nafsu atau teman tidur semata-mata.

"Namun, Mak amat yakin bahawa haji ini boleh membimbing Mak ke arah yang lebih baik dan bukan bersandarkan rupa dan harta semata-mata," katanya yang memilih untuk bertunang terlebih dahulu kerana mengikut sunnah.

Tidak seperti pasangan muda, Mak Mah memberitahu, dia hanya meminta hantaran berupa senaskhah al-Quran dan tasbih.

"Haji tanya Mak beberapa kali mengenai perkara ini, namun Mak tetap putuskan untuk tidak menerima pemberian lain selain al-Quran dan tasbih.

"Sebenarnya, nilai perkahwinan ini bukan hanya pada harta atau wang ringgit. Mak hanya mahukan kebahagiaan dan keseimbangan hidup," katanya lagi.

Adlin membantah?

Bagi golongan muda, terutamanya anak-anak, mungkin perkahwinan di usia ini dilihat sedikit janggal, malah tidak kurang juga yang membantah.

Akui Mak Mah, pada awalnya, anak-anak juga terkejut dengan keputusannya untuk berkahwin lagi.

"Mereka semua terkejut dan tidak percaya yang Mak ingin kahwin lagi. Adlin pula tidak terkecuali memberikan khidmat nasihat secara percuma agar Mak fikir masak-masak sebelum membuat keputusan.

"Mereka juga turut ke Negeri Sembilan untuk berjumpa dengan Haji dan 'menemuramah' lelaki yang cuba 'merampas' Mak daripada mereka.

"Bukan apa, mereka bimbang jika Mak sedih atau berdepan dengan masalah di kemudian hari kerana Mak sangat rapat dengan mereka. Biasalah, mereka membesar di bawah ketiak Mak...," katanya lagi.

Tambah Mak Mah yang terkenal dengan watak nenek kebayan dan hantu ini, bakal suaminya juga tidak melarang untuknya meneruskan kerjaya dalam bidang seni.

"Setakat ini, dia tidak pernah melarang. Malah, dia turut memberitahu, jika Mak larat, teruskanlah.

"Kalau tak larat atau nak bersara, dia tak kisah kerana dia boleh memberi makan pakai yang secukupnya," jelasnya.

Sebelum ini, Mak Mah pernah melalui beberapa pernikahan termasuk dengan pelakon veteran, Allahyarham AR Tompel.

Selain AR Tompel, pelakon ini pernah berkahwin dengan Ahmad Safari dan Mohd Taib.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 03:02 PM | Show all posts
Tahniah Mak Mah.

Walaupun Mak sering jadi nenek kebayan, namun masih ada yang sudi...


Mak Mah buat lawak la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 03:28 PM | Show all posts
hehehe aku pon tergelak part nenek kebayan tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 03:39 PM | Show all posts
Tahniah & semoga Mak Mah bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 03:42 PM | Show all posts
Adeh..mak mah ke yg ngorat...geli hati pulak bila dibaca..
tua sikit dr mak aku...tapi mak aku hidup beliau banyak je pengisiannya..
pendek kata tak pernah sunyi...
so tak sempat la nak pikir bab berlaki...
ok lah mak mah..congrats..comey mak mak senyum..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah tahniah mak mah..
Diusia begini, keutamaan kebanyakan pasangan cuma nak teman bercerita jer, menghilangkan rasa sunyi...hal2 lain dah jatuh no.2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 1.196496 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list